Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERANAN UNSUR MUZIK DALAM PERSEMBAHAN LAKONAN Dalam seni perfileman, drama, teater, sketsa, mahupun puisi unsur

muzik merupakan satu bahagian yang penting. Tidak kiralah persembahan tradisional mahupun moden pasti akan menggunakan unsur muzik ataupun kesan bunyi. Muzik sering menjadi elemen kedua dalam seni persembahan ataupun berfungsi sebagai penyokong dalam sesuatu persembahan. Muzik bukan sekadar digunakan sebagai ilustrasi tetapi juga mengasilkan suasana, sebagai rentak untuk tarian, mengiringi tempo lakonan, dan saling melengkapi dan menguatkan. Dalam persembahan kumpulan kami, kami telah bahagikan muzik ataupun kesan bunyi kepada beberapa bahagian iaitu: 1. Muzik pembuka 2. Muzik penutup

Muzik Pembuka Muzik pembuka merupakan muzik yang dimainkan di awal persembahan. Ia berfungsi untuk memberikan pendahuluan kepada imaginasi penonton supaya dapat menggambarkan serba sedikit mengenai persembahan yang bakal disaksikan mereka. Dalam persembahan kumpulan kami, saya telah memilih muzik pendahuluan hagemaru seperti yang sering digunakan dalam pementasan animasi hagemaru. Bagi

memperkenalkan tajuk yang kami akan lakonkan.

Muzik Penutup Muzik penutup merupakan muzik yang terakhir dalam sesuatu persembahan. Ianya berfungsi untuk memberikan kesan dari pertunjukan lakonan ataupun teater yang sudah dipersembahkan yang bersifat baik, positif dan gembira, buruk,sedih dan sebaginya. Paling penting ia mencerminkan nilai moral yang dapat menjadi pengajaran kepada semua penonton. Dalam persembahan kami, saya telah memilih muzik tenang serta memberikan suasana berkawan kepada penonton. Muzik yang saya maksudkan ialah lagu bertajuk Sahabat Selamanya nyanyian Padi yang menjadi lagi tema bagi cerita animasi melayu Upin dan Ipin. Muzik atau lagu ini dapat menunjukkan nilai yang ingin kami sampaikan daripada lakonan kami iaitu berkawan.

Lirik Lagu Sahabat Selamanya Padi & Upin & Ipin

Dua tiga kapal belayar di samudera Ayuh sahabatku kita bergembira Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia kerna..

Sahabat untuk selamanya Bersama untuk selamanya Kau dan aku sahabat Untuk selamanya setia oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu berenang-renang kita ke tepian kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita menjadi..

Sahabat untuk selamanya Atasi semua perbedaan Kau dan aku sahabat

Untuk selamanya selama-lamanya setia

Tiada bukit yang terlalu tinggi untuk kita daki bersama dan tak ada laut yang terlalu dalam untuk diselami

Sahabat untuk selamanya Bersama untuk selamanya Kau dan aku sahabat Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya Berbagi dan saling menjaga Kau dan aku sahabat Untuk selamanya selama-lamanya setia

You might also like