Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN AJK KESELAMATAN DAN DISIPLIN Sek. Keb. Bagan Serai, Perak.

Program Bina Insan Guru Fasa III PPG Sains 2 telah dijalankan pada 14 September 2013 (Sabtu) yang lepas.Aktiviti BIG Fasa III ini diadakan di Sek.Keb.BaganSerai, Perak .Seramai 48 orang peserta dari kalangan guru SK Bagan Serai bersama 20 orang murid dan 25 pelajar PPG Sains 2 telah melibatkan diri dalam aktiviti bengkel dan ceramah dan program khidmat masyarakat iaitu teknik menjawab soalan sains UPSR. Beberapa aktiviti yang diatur oleh semua AJK telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari tersebut. Antaranya AJK Keselamatan dan Disiplin yang memainkan peranannya dalam memastikan kawasan selamat sebelum dan selepas program dijalankan serta mengawal disiplin pelajar ketika program dijalankan. AJK Keselamatan dan Disiplin diketuai oleh Cikgu Zuraidi bin Ibrahim dan di bantu oleh CikguHasniza bt. Abd Hamid, Cikgu Fauziah Hanum bt. Mohammad dan Cikgu Ong Yong Yong.

Disiplin murid yang terkawal semasa penceramah berucap dalam sesi pertama.

Keselamatan murid dan disiplin murid terkawal semasa mereka menjalankan aktiviti.

Di sepanjang aktiviti sama ada sebelum, semasa dan selepas, kawalan disiplin dan keselamatan murid adalah terkawal. Suasana persekitaran yang begitu kondusif juga sedikit sebanyak telah membantu pihak AJK dalam menjalankan tugas dengan jayanya. Pada keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan perjalanan aktiviti dan tingkah laku murid serta suasana sekolah yang selamat ini. Perjalanan aktiviti BIG Fasa III ini berjalan dengan lancer sekali.

Disediakan oleh,

.. (ZURAIDI BIN IBRAHIM) AJK Keselamatan dan Disiplin, BIG Fasa III Kelas PPG SN 2.

You might also like