Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

FUNGSI ALATAN Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip

Digunakan untuk memasang / menanggalkan skru. Matanya diperbuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung sama ada kepala / Philip. Panjang mata ialah antara 75 mm-30 mm. Pemegangnya pula diperbuat daripada kayu / plastik. Gerudi

Terdiri dariapda gerudi tangan, gerudi engkol serta gerudi elektrik. Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan skru. Terdapat beberapa jenis mata gerudi iaitu : 1. Mata tengah 2. Mata terlaras 3. Mata paku 4. Mata pulas 5. Mata Froester 6. Mata pelubang benam

Gerudi Tangan

Digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter kurang daripada 8 mm. Bahagian utama gerudi ini ialah hulu pemegang tepi, tangkai engkol, piring gear, pinion, bindu, dan rahang. Gerudi tangan ini digunakan bersama mata gerudi pintal. Saiz mata gerudi pintal ialah .4 mm - 12.5 mm. Ia boleh membuat lubang pada kayu dan logam. Semasa menggerudi, mata gerudi hendaklah diletakkan minyak supaya ia tidak haus.

Gerudi Engkol

Digunakan untuk menebuk lubang pada kayu. Saiznya ditentukan oleh ayunan pemegangnya. Bahagian utamanya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol, gear sehala, bindu, dan rahang. Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit. Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan saiz mata gerudi pintal. Gerudi engkol tidak boleh digunakan untuk membuat lubang logam.

Gerudi Elektrik

Memudahkan kerja-kerja membuat lubang atau pemasangan skru. Mempunyai 2 kaedah iaitu menggerudi secara menegak atau mendatar.

Bahagian dan Fungsi Gerudi Penutup Melindungi tali sawat dan takal. Suis

Menghidupkan dan mematikan motor. Bindu Memutar mata gerudi. Mata gerudi Membuat lubang pada kayu dan logam. Tuas pemasuk Menurunkan dan menaikkan bindu. Motor Untuk memutar bindu. Ragum gerudi Memegang objek ketika menggerudi.

Senggerek

Digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu. Untuk membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke kiri sambil menekan.

You might also like