Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN JAWATANKUASA SAMBUTAN

Pada Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang kali ke-28 , jawatankuasa sambutan telah melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan baik. Tiada sebarang masalah yang menganggu kelancaran majlis berlangsung. Kebanyakan masalah timbul hanya semasa menyediakan kad jemputan bagi para pensayarah serta staf-staf IPIP. Kad jemputan yang telah direka terpaksa dibuat semula berikutan kesalahan format, logo, ejaan nama serta nama kejohanan sendiri. Memandangkan ini adalah pengalaman pertama bagi kami mengelolakan sebuah acara yang besar, maka banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Selain itu, kami turut menghadapi kesukaran mendapatkan kerjasama daripada ahli jawatankuasa lain bagi mencari beberapa orang guru pelatih untuk menjadi penyambut tetamu. Selepas majlis perasmian, ahli jawatankuasa sambutan menyimpan bahanbahan yang digunakan seperti bunga manggar di stor simpanan. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan perancangan berjalan dengan lancar. Semua bahan yang digunakan boleh digunakan untuk kejohanan sukan akan datang. Melalui ahli jawatankuasa ini, kami belajar cara untuk mengendalikan komponen dalam kejohanan, khususnya dalam menyambut tetamu kehormat yang memerlukan protokol khas.

You might also like