Ulasan Video Suasana Sambutan Majlis Perkahwinan Kaum India Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KOD KURSUS : HBEF2803 TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN DISEDIAKAN OLEH: LEE KONG WEI

ULASAN VIDEO SUASANA SAMBUTAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA DI MALAYSIA

Berdasarkan video yang telah dirakam pada majlis perkahwinan kaum india, dapat dilihat bahawa secara keseluruhannya majlis tersebut dilengkapi dengan adat istaiadat yang sangat dituruti oleh kaum ini.Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat beberapa adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum India itu sendiri.Namun begitu,dalam video yang telah dirakan tersebut, hanya suasana pada hari perkhawinan dan juga upacara keagamaan yang dijalankan sewaktu upacara mengikat thali dirakam. Terdapat banyak jenis a dan langkah yang perlu dijalankan oleh pengantn lekaki sebelum upacara kemuncak, iaitu uapcara mengikat thali dilakukan. Semua uapacara ini adakan diketuai oleh seorang sami yang akan membantu dalam menjalani uapcara sembanyang tersebut. Thaali atau Tjrumaanggalyam adalah suatu kalungan berupa rantai leher yang dikalungkan ke leher pengantin perempuan semasa upacara perkahwinan dijalankan. Ia adalah lambang suci sesuatu perkahwinan itu. Thaali boleh diperbuat daripada emas ataupun hanya daripada kunyit sahaja yang kemudiannya diikat pada benang. Proses pembuatan thaali dilakukan tujuh atau sembilan hari, sebelum hari perkahwinan oleh pembuat thaali. Apabila siap ia akan menjalani upacara sembahyang dan akan dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Suasana di dewan perkhawinan adalaha sangat meriah dan disambut dengan gembira oleh kedua dua saudara pengantin perempuan dan juga pengantin lelaki. Sewaktu pengantin lelaki dan pengantin perempuan masuk ke dewan perkahwinan,

mereka telah disambut dengan tarian tradisional kaum india yang sangat menarik dan ceria. Bukan itu sahaja, dengan adanya alunan muzik alat muzik tradionsional kaum india yang dimainkan secara lansung di atas pentas perkahwinan menjadikan suasana di dewan perkhawinan tersebut sangat menarik.Oleh kerana upacara perkahwinan rakan saya ini telah diadakan di sebuah kuil,makanan yang telah dihidangakan pada hari itu adalah makanan yang berupa vegetarian. Ini adalah untuk menghormati adat istiadat agama Hindu yang mengamamalkan pemakanan yang berasakan sayur sayuran pada hari hari yang istimewa ataupun dikaitkan dengan uapcara keagamaan. Di samping itu, pakaian juga mestilah dijaga dan hanya pakaian tradisional ataupun pakaian yang sopan dibenarkan di dalam kawasan kuil. Penganut mahupun tetamtu tidak boleh memakai seluar pendek ataupun pakaian yang pendek dari aras buku lali. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa suasana perkahwinan yang telah saya hadiri ini merupakan satu pengalaman yang ti dak dapat saya lupakan keran ianya disambut dengan sangat meriah tanpa mengabaikan semua dat istiadat yang telah diamalkan oleh kaum india di negara kita,Malaysia.

You might also like