Garis Panduan Perancangan Pembinaan Taska

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBINAAN TASKA

1.0

PENDAHULUAN

Kelulusan perancangan adalah diperlukan untuk kegunaan bangunan sebagai taska ( taman asuhan kanak-kanak ) di bawah Akta 267 ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan 1982 ( Seksyen 19 ).

1.1

Tujuan

Garis panduan perancangan taska di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) disediakan bertujuan untuk memberi panduan dalam menilai dan menimbang permohonan taska di dalam kawasan WPKL supaya selaras dengan kehendakkehendak yang ditetapkan di dalam akta dan keperluan jabatan berkaitan.

1.2

Objektif

i.

Memastikan kehendak

lokasi perancangan.

taska

bersesuaian

dengan

ii.

Memastikan pengusaha taska menjalankan aktiviti mengikut garis dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

panduan

1.3

Skop Garis Panduan

Skop garis panduan ini hanya melibatkan aktiviti taska yang dijalankan oleh pengusaha swasta dan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

1.4

Definisi

Taman asuhan kanak-kanak mengikut Akta 308 (Akta Asuhan Kanak-kanak 1984 ) bererti mana-mana premis yang menempatkan empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan lebih daripada satu isi rumah diterima masuk dan dijaga dengan upah.

2.0

DASAR-DASAR DAN GARIS PANDUAN SEMASA

2.1

Dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020)

Permintaan terhadap keperluan kemudahan masyarakat yang lebih berkualiti telah meningkat. DBKL mesti memenuhi aspirasi ini dan matlamat menyediakan kemudahan, yang setanding dengan bandar raya lain bertaraf dunia. Dasar: CF 9: DBKL akan menggalakkan penyediaan pelbagai kemudahan masyarakat oleh pihak swasta

sebagai alternatif pelaburan.

2.2 i.

Dasar JKPB Pemerosesan Permohonan Bagi Tadika / Taska (Polisi/Dasar bertarikh 14.9.1988)

Datuk Bandar mengarahkan bahawa dalam memproses permohonan bagi tadika/taska, lapuran kepada TPC hendaklah mengandungi butir-butir dan maklumat yang lengkap mengenai bilangan murid, umur mereka, waktu operasi, bilangan guru, angka-angka mengenai jumlah penduduk kawasan perumahan berkenaan dan lain-lain yang berkaitan.

ii.

Kelulusan Bagi Premis Tadika / Taska

(Polisi/Dasar bertarikh 19.1.1989)

Datuk Bandar menyatakan bahawa dalam kelulusan bagi premis tadika/taska, perhatian utama hendaklah diberi terhadap cara susunatur dan pemasangan alat-alat kelengkapan di dalam premis tadika/taska itu supaya keselamatan kanak-kanak terjamin dan supaya sebarang kemalangan tidak berlaku.

3.0 3.1

GARIS PANDUAN PERANCANGAN Jenis Bangunan Yang Sesuai

Tiap-tiap bangunan yang hendak digunakan sebagai Taska mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk, struktur dan keselamatan.

Bangunan-bangunan ini termasuk :-

i.

Rumah kediaman dari jenis:

Semua jenis rumah kediaman yang mana pelan bangunan diluluskan oleh pihakberkuasa.

telah

ii.

Semua jenis bangunan bertingkat:

TASKA yang dicadangkan hendaklah ditempatkan ditingkat

bawah,

pertama dan kedua sahaja. Tingkat Lower ground juga akan dibenarkan jika ianya dari jenis terbuka dan mempunyai kemudahan laluan, pengedaran udara yang mencukupi.

Lain-lain bangunan:-

i. ii.

Bangunan di dalam kawasan perkarangan masjid, surau & madrasah Bangunan di dalam kawasan perkarangan gereja, tokong cina, kuil Hindu.

iii. iv. v.

Bangunan di dalam kawasan perkarangan Sekolah. Kolej, Universiti. Di ruang pejabat ( di hadkan hingga tingkat satu sahaja ) Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk Taska.

3.2

Bangunan-Bangunan Yang Tidak Sesuai

i.

Rumah atau

kediaman

yang

terletak

di

hujung

persimpangan

berhampiran lebuhraya dan jalan-jalan yang terlalu sesak dan

sibuk dengan kenderaan lalulintas.

ii.

Unit-unit rumah

kediaman

di

tingkat

keatas

dalam

blok-blok

pangsapuri.

iii.

Ruang-ruang pejabat yang terletak di tingkat dua keatas.

Nota: TASKA yang dicadangkan hendaklah dihadkan sehingga tingkat 2 sahaja di dalam sesuatu bangunan bertingkat. Ini adalah untuk memastikan tingkat-tingkat tersebut boleh dinaiki dengan mudah oleh kanak-kanak dengan menggunakan tangga sahaja. Kegunaan lif oleh kanak-kanak adalah tidak dibenarkan untuk menjamin keselamatan mereka.

3.3

Lokasi Bangunan

i.

Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 10.0 meter ( 33 kaki ) dari simpang utama.

ii.

Tidak terletak di kawasan sesak di mana lokasi bangunantidak sebatang jalan yang sibuk / jalan utama.

terletak di

iii.

Tiada halangan dari jiran berkaitan bunyi bising dan kesesakan ( surat-surat kebenarandari lot-lot bersebelahan adalah diperlukan ).

lalulintas.

iv.

Mendapat kebenaran bertulis dari pemilik rumah.

v.

Keutamaan akan di berikan kepada lokasi yang berhampiran dengan kawasan lapang / padang permainan.

vi.

Ada peredaran udara dan cahaya semulajadi.

3.4

Bilangan Pelajar

i.

Bilangan pelajar yang di benarkan adalah di tetapkan mengikut

pawaian

Ordinan Sekolah 1950, Ordinan ini menetapkan bahawa seorang pelajar taska memerlukan ruang seluas 15 kaki persegi ( 3.5 meter persegi/ seorang kanakkanak )

NOTA: a. Dalam mengira ruang lantai minima yang dikehendaki bagi tiap-tiap kanak-kanak taska, hanya keluasan bilik-bilik aktiviti sahaja dikira ( Kiraan luas ruang tidak termasuk jalan lalu,stor,dapur, pejabat,tandas dan bilik kakitangan.) . b. TASKA yang dijalankan diantara tingkat bawah hingga tingkat 2 ( kediaman ) dibenarkan tanpa sekatan terhadap jumlah kanak-kanak. selain

3.5

Kegunaan Ruang

i.

Jika dalam bangunan pejabat, ruang TASKA diasingkan dari aktiviti pejabat.

ii.

Dalam dibenarkan

komplek

perindustrian,

ruang

TASKA

tidak

ditempatkan didalam bangunan kilang atau workshop itu

sendiri. Sebaliknya ruang TASKA hendaklah diadakan dibangunan yang berasingan atau dalam blok pejabat dengan mempunyai jalan kel;uar masuk yang berasingan dan bersendirian. Langkah-langkah ini ialah untuk menjamin keselamatan kanak-kanak dan mengelakan dari sebarang kemalangan dan keadaan yang tidak diingini.

3.6

Keperluan Tandas

i. ii.

Hendaklah berasingan bagi lelaki dan perempuan dan; Peralatan dan rekabentuk tandas; Kemudahan bersuci, mesti menyediakan elbow tap Lantai tandas hendaklah sentiasa bersih, tidak licin dan air tidak bertakung. Sediakan tempat pemegang ( ralling )- untuk kanak-kanak cacat Mangkok tandas tidak melebehi 6 inci ( 0.15 meter ) tinggi dari

lantai. Besin mencucui tangan hendaklah rendah ;dan Lain-lain peralatan yang sesuai (sekira ada kanak-kanak cacat )

3.7

Kemudahan Belajar Dan Rekreasi Hendaklah diasingkan. Sediakan ruang untuk perpustakaaan. Sediakan alat kawasan permainan yang lengkap dengan alat-

i. ii. iii.

permainan yang tidak merbahaya.

3.8

Tempat Rehat Kanak-Kanak Sakit

i.

Satu ruang berasingan hendaklah disediakan bagi kanak-kanak yang kurang sihat.

ii.

Sediakan kotak perubatan kecemasan.

3.9

Dapur Dan Penyediaan Makanan

i.

Dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan oleh kanak-kanak.

masuki

ii.

Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih

iii. iv.

Tempat makan yang bersih disediakan. Dapur hendaklah terpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak.

v. vi.

Tempat setor bahan-bahan makanan mestilah bersih. Kanak-kanak tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam dapur dan setor pada setiap masa.

3.10Kemudahan Kecemasan/Keselamatan

i.

Perlu ada dua pintu keluar berasingan ( satu di hadapan satu belakang ).

ii.

Semua pintu dan tingkap di atas bangunan tidak boleh dipasang pagar besi ( grills ).

iii. iv. v.

Semua pintu dan tingkap mestilah mudah dibuka dari dalam. Tingkap jenis louvers tidak dibenarkan. Semua punca kuasa (power point ) hendaklah dipasang dengan plug dan berkedudukan di paras yang tinggi. kosong

3.11

Kelulusan Perintah Pembangunan

i.

Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan perancangan

kepada

Jabatan Perancang Bandar untuk memperolehi Perintah Pembangunan sebelum menukar kegunaan sesuatu premis kepada TASKA. ii. Pemohon dikehendaki mendapat lessen daripada DBKL sebelum TASKA menjalankan

Kelonggaran

Pemohon bebrapa

pengusaha

TASKA

adalah

dibenarkan

kelonggaran seperti berikut:-

i. ii.

Boleh memohon pengecualian dari Pendaftar Perniagaan. Tidak perlu memohon untuk menukar syarat nyata dalam suratan

Hakmilik Tanah apabila sesuatu penukaran premis / bangunan kepada TASKA dibenarkan.

4.0

PENUTUP

Melalui garis panduan taska yang disediakan ini, pihak berkuasa dan pengusaha dapat menjalankan aktiviti dengan lebih tersusun dan tahap keselamatan kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Ini selaras dengan dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur yang menghendaki kemudahan masyarakat disediakan sebaik mungkin dalam membentuk generasi masa depan yang lebih baik.

You might also like