Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

RUMUSAN PETA MINDA 2.

1 RUMUSAN PETA MINDA Peta minda yang telah dihasilkan merupakan peta minda berkaitan dengan jenis-jenis kepimpinan. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa terdapat empat jenis kepimpinan iaitu kepimpinan semulajadi, kepimpinan berkarisma, kepimpinan birokratik dan juga kepimpinan teragih. Peta minda yang telah dihasilkan telah menujukkan beberapa perkara di dalam setiap jenis kepimpinan iaitu berdasarkan kepada definisi, ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan dan juga kesan jenis kepimpinan tersebut terhadap sistem persekolah di Malaysia pada hari ini. Peta minda yang pertama adalah berdasarkan jenis kepimpinan semulajadi. Kepimpinan semulajadi boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang individu yang bertindak secara semulajadi untuk muncul sebagai seorang yang berpengaruh dan mengetuai sesuatu perkara walaupun tidak dilantik. Definisi ini menunjukkan bahawa individu yang mempunyai jenis kepimpinan semulajadi ini sememangnya telah dilahirkan dengan ciri-ciri seorang pemimpin. Terdapat beberapa ciri yang dapat dilihat di dalam jenis kepimpinan semulajadi ini iaitu jenis kepimpinan ini kebiasaannya terdiri daripada anggota kumpulan yang lebih tua dimana mereka merupakan ahli yang berpengalaman terhadap sesuatu perkara yang dipimpin. Dalam konteks yang sama, ciri-ciri kepimpinan semulajari ini adalah apabila seseorang individu itu mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi dimana mereka mudah untuk disenangi dan diterima oleh individu sekeliling. Ciri-ciri yang ditunjukkan di dalam jenis kepimpinan semulajadi ini menjelaskan individu yang telah dilahirkan dengan jenis kepimpinan ini pasti akan dapat memimpin sesebuah organisasi dengan baik. Kelebihan jenis kepimpinan semulajadi ini adalah apabila terdapat pihak yang sentiasa bersedia untuk memimpin di dalam sesebuah organisasi dan setiap perkara yang dilakukan dengan wujudnya kepimpinan semulajadi ini akan bertambah lancar kerana mereka sentiasa bersedia untuk memimpin dan memberikan pandangan walau apa jua keadaan. Namun begitu, kepimpinan semulajadi ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri iaitu mungkin terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan yang dilakukan kerana kebiasaannya individu yang mempunyai kepimpinan semulajadi ini akan secara sukarela memimpin sesuatu perkara. Kesan kepimpinan semulajadi kepada sistem pendidikan pada hari ini adalah aktiviti yang dilaksanakan di sekolah pasti akan berjalan dengan lancar kerana terdapat guru berpengalaman dalam melaksanakan aktiviti melibatkan murid. Selain itu, guru novis juga dapat menimba pengalaman daripada guru yang mempunyai bakat kepimpinan semulahadi ini.

4|Page

RUMUSAN PETA MINDA

Gambar 1 : Jenis Kepimpinan Semulajadi Peta minda yang seterusnya adalah peta minda berdasarkan jenis kepimpinan berkarisma. Berdasarkan kepimpinan berkarisma ini, dapat dinyatakan bahawa definisi kepimpinan berkarisma ini adalah seseorang ketua yang dianggap oleh pengikutnya mempunyai kualiti istimewa dan luar biasa yang mampu menyelesaikan segala masalah serta pengikut memberikan taat setia yang sepenuhnya (Max Weber 1947). Ciri-ciri yang terdapat di dalam jenis kepimpinan ini telah dinyatakan oleh House & Howell yang menyatakan tret-tret yang ditunjukkan oleh pemimpin berkarisma ini adalah berorientasikan pencapaian, berorientasikan kraetiviti dan inovasi, seseorang yang amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi, mempunyai keyakinan yang tinggi, keperluan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain, sanggup menanggung rasiko dan membina serta bertimbang rasa dan sensitif. Ciri-ciri umum yang terdapat di dalam diri individu jenis kepimpinan berkarisma ini adalah mereka merupakan seorang yang tajam pemikiran, pandangan helang, kreatif dan inovatif, berani mengambil risiko, mengetahui keutamaan, mempunyai

keperibadian yang tinggi, kemahiran interaksi yang baik, keimanan yang teguh serta bersedia untuk melebarkan kepimpinan. Kepimpinan berkarisma ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangan dimana kelebihan kepimpinan berkarisma ini adalah pemimpin berkarisma dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan berkesan dan mereka mudah untuk diterima masyarakat kerana secara dasarnya mereka merupakan seorang individu yang berpengaruh. Pemilihan yang dibuat ke atas pemimpin jenis berkarisma ini adalah berdasarkan kepada kelebihan yang dimiliki. Jenis kepimpinan berkarisma ini mempunyai kelemahannya yang tersendiri di mana mereka akan memimpin bukan hanya berasakan kepada pencapaian dan perubahan secara positif kepada pihak sekolah dan akan memberikan impak yang negatif 5|Page

RUMUSAN PETA MINDA terhadap kepimpinan di sekolah. Jenis kepimpinan berkarisma ini juga memberi kesan kepada pendidikan dimana pemimpin jenis ini akan menjadi seorang yang sangat berpengaruh di dalam sesebuah sekolah. Kesan yang diberikan kepada pendidikan yang dibawa adalah berdasarkan pencapaian dan perubahan yang dilakukan kerana jika perubahan yang dilakukan adalah positif maka hasilnya juga positif begitu juga sebaliknya.

Gambar 2 : Jenis Kepimpinan Berkarisma Peta minda yang seterusnya adalah berkaitan dengan jenis kepimpinan birokratik. Kepimpinan birokratik ini boleh didefinisikan sebagai seseorang individu yang dilantik ke jawatan yang disandang secara rasmi dalam sesebuah organisasi dan bertindak menggunakan kuasa yang ada bertujuan memaksimakan kecekapan serta mengurus organisasi menggunakan pendekatan rasional (Max Weber 1989). Max weber juga telah memberikan ciri-ciri kepimpinan birokratik ini iaitu organisasi berasaskan matlamat, pembahagian bidang pengkhususan, struktur berhierarki, mementingkan peraturan dan tertib, mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal dan perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang. Ciri-ciri

kepemimpinan biokratik dalam organisasi sekolah ialah adalah struktur organisasi yang berhierarki dengan guru besar berada di pucuk kepemimpinan, guru guru mempunyai bidang kepakaran masing-masing, mempunyai satu peraturan sekolah dan jadual waktu akademik yang patut dipatuhi, ketua bidang atau panitia mata pelajaran akan bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti kurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan atau sukatan yang telah ditetapkan. Kelebihan jenis 6|Page

RUMUSAN PETA MINDA kepimpinan birokratik ini adalah individu yang mengamalkan jenis kepimpinan ini akan melaksanakan kualiti kerja yang dihasilkan berada pada tahap yang memuaskan. Selain itu, gaya kepimpinan birokratik ini juga mempunyai kelemahan yang tertentu dimana pemimpin birokratik ini akan jarang mencuba perkara baru dalam menyelsaikan masalah kerana penyelesaian masalah dilakukan secara individu. Selain itu, individu ini juga berorientasikan tugas dan bersifat autokratik dimana mereka kurang mengambil berat aspek keperluan seseorang individu. Kesan kepimpinan birokratik kepada sekolah ini adalah akan wujud konflik antara kepimpinan birokrasi dengan profesionalisme di sesebuah sekolah. Dalam konteks yang sama autoriti kepakaran mungkin berkonflik dengan autoriti jawatan contohnya guru besar yang mengajar matapelajaran Sains mungkin kurang arif terhadap perkara yang diajar.

Gambar 3 : Jenis Kepimpinan Birokratik Peta minda yang terakhir adalah berkaitan dengan kepimpinan teragih. Kepimpinan teragih ini boleh didefinisikan sebagai kepemimpinan diagihkan dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin dengan semua ahli dan dapat menimbulkan semangat kerjasama serta keakraban sesama rakan setugas. Ciri-ciri yang ditunjukkan di dalam kepimpinan teragih ini adalah dimana kesemua tugas yang dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi akan diagihkan sama rata antara pemimpin dan juga ahli-ahli. Kelebihan kepimpinan teragih ini adalah semua ahli organisasi sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Kepimpinan teragih ini akan dapat menimbulkan semangat kerjasama dan keakraban 7|Page

RUMUSAN PETA MINDA antara rakan sekerja keran setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan keputusan bersama. Kelemahan jenis kepimpinan ini adalah mungkin terjadinya situasi apabila sebilangan pihak yang hendak mengikut pendapat sendiri dan terdapat individu kurang mahir terpaksa melakukan perkara di luar kepakaran mereka. Kesan jenis kepimpinan teragih ini kepada pendidikan di sekolah ini adalah dapat mewujudkan suasana persekitaran kerja yang positif kerana ahli organisasi dapat bekerja di dalam satu pasukan dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan di tempat kerja.

Gambar 4 : Jenis Kepimpinan Teragih

8|Page

You might also like