Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

AKTIVITI PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI ( PIKK/PCK ) 1 TAJUK : PERUBAHAN TENAGA

Tujuan : Untuk menyiasat perubahan tenaga. 1. Aktiviti-aktiviti di bawah dijalankan :

i.

Menghidupkan suis lampu meja Tenaga elektrik bertukar kepada tenaga cahaya apabila suis lampu dihidupkan. Tenaga elektrik Tenaga cahaya + Tenaga haba

ii.

Menyalakan lilin Menggunakan sumber api lilin, tenaga kimia bertukar kepada tenaga haba dan tenaga cahaya. Tenaga kimia Tenaga haba + Tenaga cahaya

iii.

Menghidupkan kalkulator berkuasa solar Tenaga solar bertukar kepada tenaga elektrik seterusnya tenaga cahaya dan kimia untuk mempamerkan imej digital pada skrin. Tenaga solar Tenaga elektrik Tenaga cahaya + Tenaga kimia

iv.

Memasukkan dua bateri ke dalam kereta mainan dan menghidupkan suisnya

Tenaga kimia bertukar kepada tenaga elektrik seterusnya berubah kepada tenaga kinetik. Tenaga kimia Tenaga elektrik Tenaga kinetik

v.

Meregangkan gelang getah Apabila taki getah diregangkan, tenaga keupayaan dihasilkan. Kemudian, apabila tali getah dilepaskan akan menghasilkan tenaga kinetik kerana tali getah bergerak atau terbang ke arah lain. Tenaga keupayaan Tenaga kinetik

vi.

Memerhati telefon bordering Tenaga elektrik bertukar kepada tenaga bunyi dan tenaga kinetik apabila telefon berdering sambil bergerak akibat getaran. Tenaga elektrik Tenaga bunyi + Tenaga kinetik

2. Di akhir aktiviti-aktiviti ini, jawab soalan-soalan berikut :

a) Apakah yang dapat dipelajari daripada aktiviti ini ?

Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari kepelbagaian sumber tenaga dan jenis-jenis tenaga yang digunakan dalam kehidupan seharian manusia. Misalnya seperti tenaga elektrik,

tenaga kimia, tenaga cahaya dan tenaga solar. Pengetahuan berkaitan tenaga amat penting untuk diketahui kerana ia berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu, saya dapati bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Tenaga juga mempunyai banyak jenis seperti tenaga keupayaan, tenaga kinetik dan lain-lain lagi. Apabila kita menggunakan tenaga, ia tidak hilang. Kita menukarkan ia dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Tenaga bertukar atau mengalami transformasi bentuk. Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Tenaga hilang daripada sistem ke persekitaran sebagai tenaga haba.

Saya juga dapat mempelajari tentang bagaimana perubahan tenaga itu berlaku dalam sesuatu aplikasi yang dilakukan. Sebagai contoh, ketika menyalakan lilin, terdapat perubahan tenaga berlaku seperti daripada tenaga kimia, ia menukarkannya kepada tenaga haba dan tenaga cahaya.

Di samping itu, saya juga dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang perubahan tenaga yang sentiasa berlaku dalam khidupan seharian kita. Sebagai contoh, saya dapat mengetahui bagaimana perubahan tenaga berpindah semasa proses menyalakan lilin, menyalakan lampu dan sebagainya. Aktiviti ini memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan pengetahuan tentang tajuk perubahan tenaga yang banyak berkait dengan kehidupan seharian kita.

Seterusnya, saya turut merasakan kehebatan alam ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya untuk dihargai dan disyukuri. Sedari dahulu sehingga kini, sumber tenaga semulajadi tiada putusnya diikuti

dengan peningkatan teknologi sehinggakan semua sumber tenaga yang tersedia dapat digunakan untuk menambah baik kehidupan manusia. Sebagai contoh, sumber tenaga daripada cahaya matahari yang sekian lamanya menyimbah ke Bumi tetapi hanya puluhan tahun kebelakangan ini dapat dimanfaatkan melalui kemajuan pengetahuan dan teknologi. Hanya manusia yang berfikir dapat memanfaatkan ilmu dan sumber yang tersedia untuk menjadikan hidup ebih baik dan sempurna di samping mengurangkan pembaziran sumber dan tenaga.

b) Di bahagian manakah pada Kurikulum Sekolah rendah diajar berkaitan dengan tajuk ini? Sains Tahap 2 Tahun Tema Topik :5 : Menyiasat Daya dan Tenaga : Memahami bahawa tenaga boleh berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.

c) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktivti ini dalam pengajaran dan pembelajaran?

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan menggunakan beberapa aktiviti seperti yang dicadangkan untuk mengajar mengenai tajuk ini. Saya akan membahagikan murid kepada

beberapa kumpulan kerana ingin menggunakan aktiviti berkumpulan secara mengikut stesen.

Setiap aktiviti akan dilakukan di dalam kumpulan sebelum setiap kumpulan bertukar stesen. Contoh aktiviti ialah memerhati perubahan tenaga pada lilin, lampu dan tali getah yang ditegangkan. Aktiviti ini akan dilakukan pada awal pengajaran untuk mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk ini. Kemudian, selepas melakukan aktiviti murid akan melakukan perbincangan sesama mereka dengan bimbingan guru.

Seterusnya guru boleh meminta murid menjalankan projek Buku Skrap secara berkumpulan. Kandungan buku skrap tersebut boleh diisi dengan foto berkaitan perubahan tenaga dan penyataan perubahan tenaga yang terllibat bagi setiap perubahan tenaga yang dikenal kereta. pasti dalam kehidupan seharian murid misalnya menyalakan api dapur, menghidupkan kipas dan menghidupkan enjin

d) Apakah peranan guru dalam praktikal di atas?

Guru berperanan sebagai fasilitator. Guru menyediakan alatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti, Selain itu, guru juga boleh meminta murid membawa beberapa jenis bahan sebelum bertindak sebagai orang yang mengumpul barangan yang dibawa oleh murid. Guru juga perlu memastikan risiko kemalangan dan pembaziran dapat dikurangkan.

Guru sebagai pemberi motivasi. Guru memberi motivasi yang tinggi dengan mengucapkan kata-kata semangat kepada murid agar murid dapat melakukan praktikal dengan betul dan memastikan aktiviti berjaya dilakukan oleh murid sendiri.

Guru sebagai pembimbing di mana guru perlu untuk memerhati segala perjalanan eksperimen dijalankan dengan betul. Guru juga sebagai pembina teori dan penyelesai masalah yang sentiasa bersedia sebagai sumber rujukan murid.

SENARAI RUJUKAN Imzaron. ( 2012 ). Perubahan bentuk tenaga. Diakses pada 10 Julai 2013 daripada http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/05/perubahan-bentukbentuk-tenaga.html

Tan Y.T., Loh W.L . & Tan O.T ( 2007 ). SUCCESS: Chemistry SPM. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn.Bhd

Utusan Malaysia. ( 2013 ). SPM : Kimia. Diakses pada 12 Julai 2013 http://tutor.com.my/tuor/arkib2002.asp? e=SPM&s=KIM&b=JUL&m=1&t=&r=g&i=PNP

Wikieducator. ( 2013 ). Lesson 1: Forms of Energy. Diakses pada 20 Julai 2013

http://wikieducator.org/Lesson1:FormsofEnergyandEnergyTransformati ons

PERUBAHAN BENTUK-BENTUK TENAGA ( Transformation of Energy )

Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Apabila kita menggunakan tenaga, ia tidak hilang. Kita menukarkan ia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Tenaga bertukar atau mengalami transformari bentuk, tetapi jumlah tenaga di dalam alam semesta tidak berubah.

Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Sebahagian dari tenaga hilang.

Perubahan tenaga ini melibatkan satu hokum fizik yang dikenali sebagai Hukum Termodinamik.

Contoh-contoh perubahan tenaga

Dalam setiap contoh yang diberi, tenaga bermula dengan satu bentuk dan bertukar kepada bentuk yang lain. Namun terdapat juga tenaga

bertukar kepada lebih daripada satu bentuk sebelum terhasil bentuk tenaga paling akhir.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat dengan perubahan tenaga ( Activities involve of transformation of energy )

Menghidupkan lampu Tenaga elektrik Tenaga cahaya + Tenaga haba

Menyalakan lilin Tenaga kimia Tenaga haba + Tenaga cahaya

Kalkulator kuasa solar Tenaga solar Tenaga elektrik Tenaga cahaya

Menendang bola Tenaga kimia Tenaga kinetik Tenaga haba

Memanaskan air menggunakan cerek elektrik Tenaga elektrik Tenaga haba

Tenaga Keupayaan ialah tenaga yang tersimpan di dalam objek yang bergerak. Tenaga kinetik adalah satu kuantiti skala. Perubahan tenaga kinetik adalah bersamaan dengan kerja yang dilakukan oleh objek itu.

Tenaga elektrik ialah tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.

Tenaga haba ialah tenaga kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalam darjah celcius.

Tenaga kinetik dihasilkan oleh pergerakan sesuatu jasad.

Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan atau terpendam dalam sesuatu jisim dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

You might also like