Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Noor Syaakira Binti Isahak, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. 59990, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, 59990, Kuala Lumpur. 19 Julai 2011.

Tuan, Ketidakhadiran ke Perhimpunan Hari Guru pada 24 Jun 2011 Merujuki perkara di atas, saya guru pelatih kumpulan PISMP 4G ingin menyatakan sebab berikutan tersenarai di dalam senarai nama tidak hadir ke perhimpunan guru. 2. Bagi rujukan pihak tuan, saya telah menghadirkan diri pada perhimpunan tersebut. Namun, saya berpatah balik semula ke asrama kerana saya sudah berjanji ingin membeli komputer riba baru bersama abang saya. Disebabkan abang saya perlu menghadiri kursus di China, saya tidak mempunyai pilihan untuk pergi pada hari lain. Oleh yang demikian, saya hanya sempat hadir pada sambutan pada waktu pagi dan tidak menanda kehadiran pada waktu petang berikutan abang saya sudah menunggu di pagar asrama. . 3. Oleh yang demikian, saya memohon maaf di atas kesulitan yang telah berlaku dan di harapkan tidak dikenakan tindakan disiplin. Saya berjanji akan mengatasi hal seperti ini sekiranya berulang kembali. Kerjasama daripada pihak saya ucapkan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Yang benar, .................................. (Noor Syaakira Binti Isahak)

You might also like