Alkhawarizmi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

http://www.cut-the-knot.org/pythagoras/index.

shtml

Al-Khwarizmi Pengenalan Al-Khwarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasan Khwarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan.

Al-Khwarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Mamun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Dilahirkan disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah.

Sumbangan Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang matematik, astronomi, astrologi, geografi, dan cartography (tentang peta) serta pengasas kepada

perkembangan dalam ilmu algebradan juga trigonometri. Perkataan Algorithm berasal daripada nama latin al-khwarizmi iaitu algoritmi, manakala istilahAlgebra berasal daripada perkataan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah yang

bermaksud penyempurnaan danpenyeimbangan (pembandingan).

Matematik Al-Khwarizmi melebih dikenali kepakarannya dalam bidang matematik.

Walaupun sejarawan dan ahli matematik berselisih pendapat tentang asal usul Algebra. Namun yang pasti al-Khwarizmi bukanlah orang yang mengasaskan Algebra, tetapi jelas beliau adalah pengembang ilmu Algebra. Beliau menghasilkan sebuah kitab yang berkaitan dengan algebra iaituAl-Kitaab Al-Muhtasar fi hisaab al-jabr wa almuqaabalah (Buku keterangan ringkas tentang pengiraan menggunakan Al -Jabr dan Al-muqaabalah (penyempurnaan dan penyeimbangan) yang menjadi rujukan terkenal dan juga pemulaan perkembangan ilmu algerba. Pendekatan secara sistematik dan

logik beliau dalam menyelesaikan masalah quadratik dan linear memberi acuan baru dalam disiplin ilmu algebra. Selain daripada algebra, Al-Khwarizmi juga pengembang sistem nombor yang dikenali sebagai Sistem penomboran Arab dan India yang diguna pakai diseluruh dunia hingga hari ini. Beliau juga antara orang pertama yang menyertakan angka sifar 0 sebagai salah satu digit dalam sistem penomboran dan memberi nilai kepada angka 0. Beliau juga mengembangkan dan memperkenalkan sistem titik perpuluhan yang ada pada hari ini. Selain beberapa sumbangan lain dalam ilmu matematik.

Astronomi Beliau adalah salah seorang ahli falak (astronomi) dan menulis sekurangkurangnya dua buah zij iaitu buku yang mengandungi jadual parameter nilai yang digunakan untuk menentukan kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet. Zij penting dalam perkembangan ilmu astronomi hari ini. Zij al-Sindhind (jadual astronomi Sind dan Hind) adalah zij yang dihasilkan oleh Al-Khwarizmi yang berdasarkan keadah astronomi India yang dikaji beliau.

Geografi Selain Algebra, al-Khwarizmi juga menghasil beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitaab surat al-Ard (Buku tentang rupa muka bumi). Buku ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Georgafi.

Rumusan Al-Khwarizmi adalah seorang ahli matematik muslim yang terkenal dan wajar kita jadikan contoh. Sumbangan besar beliau kepada perkembangan ilmu perlu kita jadikan sebagai muhasabah kepada diri kita kerana satu ketika dahulu umat islam adalah pendominasi ilmu pengetahuan. Mereka berlumba-lumba menimba ilmu atas dasar keimanan kepada Allah. Hari ini budaya ilmu kurang menjadi budaya umat islam dan agak jauh terkebelakang dari segi ilmu pengetahuan.

You might also like