Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

TAY HOOI KEAT

DISEDIAKAN OLEH:

NOR SAADAH BT.HJ.ABDULLAH UMI KALSUM BT.ZAKARIA

Dilahirkan di Nibong Tebal pada tahun 1910.

Berkahwin dengan rakan sekerjanya,Tan Ghek Khean pada tahun 1931.


Pada tahun 1936,beliau bertemu dengan

Yong Mun Seng dan berdamarwasita seni lukis bersama-samanya.


Catan cat air awal Hooi Keat dipengaruhi oleh

Mun Sen.

Menjadi ahli pengasas serta bendahari Kelab

Seni Lukis Cina Pulau Pinang pada tahun 1936.


Beliau mempamerkan hasil-hasilnya bersama

Mun Sen,Kuo Ju Ping,Lim Cheng Ean dan pelukis-pelukis lain dalam pertunjukan yang dikelolakan oleh kelab itu.
Akhirnya,kelab tersebut dibubarkan pada

tahun 1939.

Kemudian,beliau mengajar di Sekolah

Perempuan St.Georges sehingga tahun 1954 apabila beliau dilantik sebagai penguasa Seni Lukis Pulau Pinang.
Pada tahun 1957,beliau dilantik sebagai Nazir

Seni Lukis Sekolah-sekolah sehingga beliau bersara pada tahun 1969.

Apabila kembali dari England,beliau

menubuhkan Majlis Pendidik-pendidik Seni Pulau Pinang dan menjadi pengerusi pertamanya.
Beliau memperkenalkan aliran seni terbaru

Barat kepada rakan sekerjanya.


Beliau juga memberi idea-idea baru

mengenai Pendidikan Seni Lukis untuk pelaja sekolah berdasarkan konsep pernyataan diri yang bebas.

Antara risalah kegemarannya ialah Ten

Commandments of Art Teaching yang dipenuhi dengan kebijaksanaan serta kelucuan untuk memimpin para pendidik seni lukis.
Beliau digelar Lau Hor kerana kesungguhan

serta kegigihan beliau melaksanakan perubahan dalam pendidikan seni.

Pada tahun 1955 beliau mengadakan

pertunjukan perseorangan keduanya dan yang ketiga pada tahun 1968 di British Council-Penang Library Hall.
Seni lukis beliau, banyak merangkumi

keseluruh bidang akademik realisme, impresionisme, post-impresionisme, kubisme dan expresionisme abstrak.

Beliau juga sentiasa sibuk sebagai Pengerusi

Balai seni Lukis Muzium Pulau Pinang bermula dari tahun 1964-1989.
Beliau diberi penghormatan oleh Muzium

dan Galeri Seni Lukis USM diatas peranan beliau sebagai pendidik, seni lukis dan pejuang seni lukis.
Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur telah

memberi penghormatan kepada beliau dengan pameran retrospektif yang menunjukkan 213 hasil karya beliau.

Beliau juga dianugerahi Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (DMPN) oleh Gabenor Negeri Pulau Pinang pada tahun 1986 dan

menjadi pelukis pertama yang diberi pangkat Datuk diatas sumbungannya.


Beliau merupakan insan yang kuat beriman. Pada tahun-tahun akhirnya, beliau melukis beberapa siri catan cat minyak yang banyak

berkisar pada kehidupan Nabi Isa.

The Cross Oil on Canvas

In The Garden Water Colour

Fishermen Village Oil 1956

House4s on Stilts Water Coluor

You might also like