Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Refleksi

Tugasan ini adalah berfokus tentang teori-teori pembelajaran. Teori-teori pembelajaran adalah penting kepada murid-murid sebab daripada teori pembelajaran, guru akan faham tentang tingkah laku manusia dan cara-cara manusia belajar serta memahami cara menyelesaikan masalah. Teori pembelajaran menjuruskan kita kepada pilihan-pilihan penyelesaian masalah. Untuk lebih memahami konsep teori-teori pembelajaran, saya mencari maklumat yang berkenaan daripada buku rujukan dan internet. Saya membaca setiap maklumat yang telah saya kumpul dan susun, kemudian barulah membuat tugasan saya. Apabila saya menghadapi masalah semasa membuat tugasan, saya akan bertanya rakan melalui telefon dan email. Saya juga mendapatkan bantuan daripada pensyarah dalam menjalankan tugasan saya. Selepas melaksanakan tugasan, saya berasa teori-teori pembelajaran amat penting kepada guru dan murid-murid di sekolah, sebab teori pembelajaran membantu guru memilih strategi dan juga membantu murid secara optimum. Selain itu, saya juga memahami kepentingan hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan untuk murid belajar dengan lebih berkesan. Pendidikan kanak-kanak adalah untuk menyediakan mereka menghadapi alam dewasa. Oleh itu, murid-murid hendaklah dididik untuk menghadapi zamannya. Pendidikan hendaklah sesuai dengan keperluan semasa murid-murid berkenaan.

Selain itu, saya juga menyedari bahawa guru boleh memberi peneguhan secara berterusan untuk membentuk tingkah laku murid mencapai sesuatu matlamat. Setelah matlamat tercapai, berikan peneguhan secara berkala. Oleh itu, saya akan berusaha untuk mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang telah dibelajari dalam aktiviti pengajaran saya.

You might also like