Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ISL 1 1. Minta 5 pelajar dalam kampus anda memberi definisi pentaksiran. 2.

Bincangkan dengan rakan sebaya anda definisi-definisi yang dikumpul. 3. Tulis ringkasan tentang perbezaan di antara definisi yang dikumpul dengan definisi yang dibincangkan dalam kuliah anda. ISL 2 1. Untuk setiap bidang pentaksiran sains sekolah rendah, senaraikan satu atau lebih alat pentaksiran yang boleh digunakan untuk memantau kemajuan pembelajaran sains pelajar. 2. The KidSource (http://www.kidsource.com) meliputi spectrum yang luas isu-isu berkaitan dengan pentaksiran dan pengajaran. 3. Pilih satu daripada isu di atas dan ringkaskan isu tersebut dalam 100 patah perkataan. ISL 3 1. Layari internet untuk mengumpul maklumat tentang pentaksiran dalam sains 2. Dengan menggunakan penyususn grafik, senaraikan jenis alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir isi kandungan sains dan kemahiran sains. ISL 4 Renungan: Mengingat kembali ide utama (a) Apakah tujuan menggunakan ujian sebagai alat pentaksiran? (b) Apakah perbezaan antara Taksonomi Solo dan Taksonomi Bloom?

ISL 5 1. Rujuk kepada hasil pembelajaran satu topic yang sesuai dalam sukatan sains sekolah rendah, dan bina dua item ujian mengikut format berikut Betul/salah Padanan Aneka pilihan Melengkapkan

2. Saling tukar ujian yang dibina dengan rakan anda. Semak kesesuaian setiap item dengan hasil pembelajaran dan criteria pembinaan soalan objektif ISL 6 1. Bina satu soalan struktur pada aras kefahaman atau aplikasi. 2. Bina satu soalan esei pada aras analisis, sintesis atau penilaian. 3. Sediakan panduan pengskoran yang sesuai untuk soalan struktur dan soalan esei yang anda telah bina. ISL 7 1. Dengan menggunakan penyususn grafik, banding beza di antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan criteria. 2. Dalam situasi manakah guru akan menggunakan ujian rujukan norma dan ujian rujukan criteria? Kenapa? ISL 8 1. Bina 10 soalan objektif untuk mana-mana topic yang sesuai. Tadbirkan soalan-soalan di atas kepada kumpulan seramai 10 pelajar. Siapkan data ini untuk sesi tutorial akan datang. ISL 9 1. Layari internet dan cari satu kajian kes yang sesuai yang menunjukkan bagaimana ibu bapa dan guru telah bekerja sama untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dalam sains. Kongsikan penemuan anda dengan rakan.

ISL 10 1. 2. Buat refleksi tentang pengalaman anda mengenai peperiksaan berpusat. Tulis refleksi pendek tentang bagaimana pengalaman anda mempengaruhi kepercayaan anda tentang apa yang perlu dibuat untuk pelajar.

ISL 11 1. Pilih satu aktiviti yang menfokuskan kepada salah satu kemahiran proses sains. Sediakan satu senarai yang mengandungi empat atau lima indicator untuk menilai kemahiran proses di atas. Kongsikan senarai anda dengan rakan.

You might also like