Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kumpulan kami menyiapkan tugasan kumpulan 2 yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Pelaksanaan Perubahan Kurikulum ( Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris). Tugasan ini yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek Pembangunan Kurikulum. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali kepada Prof. Dr. Maizam Binti Alias, pensyarah pembangunan kurikulum kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua pelajar DPLI ERT seksyen 1. Selain itu, sekalung penghargaan untuk Bahagian Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberikan maklumat dan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu kami juga menghargai jasa guru-guru SMK Bandar Baru Bangi dan SMK ...., Selangor kerana sudi meluangkan masa kepada kami dalam proses mencari bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang samasama berhempas pulas dalammenyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan amat kami hargai. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan dijalankan dan dibentangkan.

ABSTRAK

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Dasar MBMMBI ini dilaksanakan kerana pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara soft landing. Kajian ini mengupas perubahan kurikulum yang berlaku selepas pelaksanaan MBMMBI. Ia juga membincangkan sejauhmana hala tuju pelaksanaan dasar MBMMBI ini dalam erti kata lain memartabatkannya. Dalam melaksanakan dasar ini, pelbagai strategi dan perubahan dalam sistem pendidikan sekolah. Antaranya ialah kesan kepada pendidik dan pelajar,

bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, sokongan dan komitmen agensi pusat serta cabaran dan sokongan masyarakat.

PENDAHULUAN

Definisi

MBMMBI

atau Memartabatkan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia

Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Memartabatkan

bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikanberdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Dasar ini berperanan untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

Pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011 telah dipercepatkan berbanding cadangan asal pada 2012. Pelaksanaan lebih awal MBMMBI bagi menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya, bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.

Dasar MBMMBI ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft- landing ) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia atau bahasa Malaysia sahaja di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan bahasa Cina atau bahasa Cina sahaja di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), bahasa Inggeris dan bahasa Tamil atau bahasa Tamil sahaja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT). Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme soft landing

akan memberi ruang kepada dilaksanakan dalam dwibahasa. pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P sains dan matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Ini bertujuan untuk membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar PPSMI ke dasar MBMMBI.

Soft-landing ini akan membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum tahun 2010 untuk meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft-landing ini, proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah pula, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. Selaras dengan softlanding MMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI. Antara strategi pelaksanaan MBMMBI dalam memartabatkan Bahasa Malaysia ialah P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT, menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT, menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia, menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia dan memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris. Manakala strategi bagi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris pula ialah melalui penyediaan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA, menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid), menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris.

KRONOLOGI MBMMBI

15 April 2009

Pelantikan Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

8 Julai 2009

Memorandum Jemaah Menteri daripada Menteri Pelajaran : Transformasi Pendidikan Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris.

8 Julai 2009

Pengumuman

pemansuhan

PPSMI

dan

pelaksanaan

MBMMBI oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia. 4 Julai 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI Bil.1/2009

dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri KSU & Y.Bhg. Tan Sri KPPM. 3 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Bil. 1/09 dipengerusikan oleh Y.Bhg.Dato Noor Rezan Bapoo Hashim, TKPPM (0) 5 Ogos 2009 Nota Jemaah Menteri daripada Menteri Pelajaran Strategi MBMMBI 5 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa induk MBMMBI 2/2009 2.30 petang dipengerusikan oleh KSU & KPPM 14 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Bil.2/09 dipengerusikan oleh Y.Bhg.Dato TKPPM (0) 14 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan & Penyelarasan Program Bahasa Inggeris Bil.2/09 17 Ogos 2009 Mesyuarat Ketua Setiausaha KPM bersama Ketua

Perkhidmatan KPM Bil. 8/2009. Pembentangan MBMMBI oleh Y.Bhg Tan Sri KPM. 19 Ogos 2009 Sidang Media- Keputusan Meja Bulat PPSMI & Soft Landing MBMMBI oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM. 20 Ogos 2009 Publisiti dalam MHI-TV3 mengenai MBI oleh Pn.Adzura Elier

Ahmad (UiTM) 24 Ogos 2009 Publisiti dalam The Star mengenai MBMMBI oleh Y.Bhg.Dato TKPPM(0) 25 Ogos 2009 Publisiti dalam NST mengenai MBI oleh Y.Bhg Dato KPPM(0) 25 Ogos 2009 Sesi perbincangan cadangan LDP untuk guru Bahasa Inggeris 2 Sept 2009 Publisiti dalam WEB TV mengenai MBI oleh Y.Bhg.Dato TKPPM(0) 17 Sept 2009 Publisiti dalam Berita Harian mengenai MBI oleh Y.Bhg.Dato TKPPM(0) 10 Sept 2009 Publisiti dalam Nasi Lemak Kopi 0-TV9 mengenai MBM oleh Prof. Dr. Onn Hj.Hashim (MBM) 10 Sept 2009 Publisiti dalam Berita Harian mengenai MBM oleh Y.Brs.Dr. Haili Dolhan, TKPPM(D) 10 Sept 2009 Publisiti dalam WEB TV mengenai MBM oleh Y.Brs. TKPPM(D) 5 Oktober 2009 mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI 3/2009 2.30 petang dipengerusikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran 8 Oktober 2009 Majlis Bersama Tokoh-tokoh Bahasa dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri KPPM 10 Oktober 2009 Program bersama KPM di TV1 : 6 Fokus Utama MBMMBI oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM 12 Oktober 2009 Mesyuarat Tindak Susul kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI 3/2009 11 November 2011 15 November 2011 18 November 2011 3 Disember 2011 3 & 4 Januari 2012 Taklimat pelaksanaan MBMMBI kepada JPN. Taklimat pelaksanaan MBMMBI oleh JPN kepada PPD Taklimat pelaksanaan MBMMBI oleh PPD kepada sekolah Pendaftaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 Sesi persekolah 2012 bermula dan pelaksanaan MBMMBI bermula.

DASAR PELAKSANAAN MBMMBI

KementerianPelajaran Malaysia telahmengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil.12/2011 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh BahasaInggeris (MBMMBI) bertarikh 4 November 2011 yang menjelaskan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Di bawah dasar MBMMBI, pengajaran sains dan matematik dilaksanakan dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Bagi melicinkan pelaksanaan dasar tersebut dalam tempoh peralihan ini, garis panduan berikut disediakan bagi membantu pihak sekolah untuk membuat keputusan tentang pemilihan bahasa dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan SPI Bil. 12/2011.

1. Pihak sekolah boleh meneruskan p&p bagi sains dan matematik berdasarkan situasi semasa yang sedang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing, iaitu:

1.1 Kelas yang menggunakan bahasa Malaysia dalam p&p sains dan matematik hendaklah terus menggunakan bahasa tersebut; atau 1.2 Kelas yang menggunakan bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik juga boleh terus menggunakan bahasa tersebut; atau 1.3 Bagi kelas yang menggunakan dwibahasa, penggunaan bahasa Malaysia amat digalakkan. Walaubagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan bagi menerangkan istilah dan konsep. 1.4 Murid dibenarkan untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang diikuti sebelum ini. 1.5 2. Pemilihan penggunaan bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik tertakluk kepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah.

2.1 Kesediaan guru bermaksudkompetensi guru yang sediaada di sekolahuntukmengajardalambahasaInggeris. 2.2 Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah mempertimbangkan kesediaan muriduntuk mengikuti p&p dalam bahasa Inggeris.

3. Pihak sekolah dibenarkan untuk menentukan bilangan kelas yang akan melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Inggeris/bahasa Malaysia berdasarkan keputusan Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah.

4. Sekolah diminta menggunakan glosari yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk menerangkan istilah dan konsep sains dan matematik dalam pengajaran:

4.1 Sekolah akan dibekalkan dengan buku glosari bagi membantu p&p sains dan matematik; 4.2 Sekolah juga boleh memuat turun glosari daripada laman web Kementerian Pelajaran.

5. Pengetua sekolah yang menerima murid baru Tingkatan 1 hendaklah mengenalpasti bahasa yang digunakan dalam p&p sains dan matematik semasa murid tersebut berada di Tahun 6.

6. Bagi tujuan pendaftaran/penempatan murid keTingkatan 1, dasar dan prosedur penempatan yang sedia ada dikekalkan. Urusan pendaftaran murid Tingkatan 1 perlu dilaksanakan pada awal bulan Disember sila rujuk lampiran.

7. Sekiranya terdapat permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa dalam p&p sains dan matematik, prosedur pertukaran sekolah hendaklah dipatuhi.

7.1 Pihak sekolah hendaklah sebaik mungkin mengekalkan murid yang telah mendaftar di sekolah masing-masing.

7.2 Sekolah perlu seboleh mungkin memenuhi keperluan murid untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang telah mereka ikuti. 7.3 Sekiranya perkara 7.1 dan 7.2 tidak dapat dipenuhi, maka permohonan pertukaran sekolah murid berdasarkan pilihan bahasa boleh dilaksanakan. 7.4 Bagitujuan perpindahan murid seperti perkara 7.3, hendaklah disegerakan dan diberi pertimbangan khas oleh pihak PPD dan sekolah.

8. Sekiranya timbul sebarang isu atau keraguan di peringkat pelaksaan adalam tempoh peralihan pelaksanaan Dasar MBMMBI, hal tersebut perlu dirujuk kepada pengurusan atasan.

9. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar MBMMBI dalam tempoh peralihan ini, satu pasukan petugas khas hendaklah ditubuhkan di peringkat KPM, JPN dan PPD. 9.1 Peranan pasukan petugas khas ini adalah untuk:

9.1.1 9.1.2 9.1.3 9.1.4 9.1.5

menjadisumberrujukanpelaksanaan MBMMBI; memantaupelaksanaan MBMMBI; menyediakanlaporanpelaksanaan MBMMBI; menyelaraskandanmenyelesaikanisu-isuberbangkit; dan mengumpul data pelaksanaan MBMMBI.

9.2 Setiap pasukan petugas khas hendaklah mengadakan mesyuarat mingguan seperti berikut: KPM setiaphariRabudandipengerusikanoleh KPPM JPN setiap hari Selasa dan dipengerusikan oleh Pengarah JP 9.2.3 PPD setiap har iIsnin dan dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah

9.2.1 9.2.2

9.3 Keurusetiaan dan urusan pendokumentasian bagi pasukan petugas khas adalah seperti berikut: 9.3.1 KPM diurusetiakan oleh BahagianPengurusan Sekolah Harian 9.3.2 JPN diurusetiakan oleh SektorPengurusan Sekolah 9.3.3 PPD diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah

TUJUAN DASAR MBMMBI

Tujuan utama memartabatkan bahasa Malaysia sangat jelas kerana ia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan,bahasa

perhubungan utama dan bahasa ilmu kea rah membina negara, bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Begitu pula dengan memperkukuh bahasa inggeris kerana ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, P&P Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperlukan menerusi pendekatan yang lebih berkesan.Dengan pemansuhan menerusi PPSMI,mulai tahun 2011,murid tahun satu sekolah kebangsaan akan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

PERLAKSANAAN DASAR MBMMBI

Dalam usaha menjayakan dasar ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengangkat kembali matapelajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran utama dan bahasa melayu sebagai bahasa utama negara, semua rakyat

Negara Malaysia khususnya guru mestilah menjaga dan memelihara bahasa Malaysia kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa. Oleh demikian peruntukan masa untuk pengajaran Bahasa Melayu akan ditambah mulai tahun 2011, apabila dasar MBMMBI dilaksanakan sepenuhnya. Pertambahan masa Bahasa Melayu daripada 270 minit kepada 330 minit di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil, manakala untuk Sekolah Kebangsaan dikekalkan kepada 270 minit, menunjukkan komitmen KPM dalam usaha memartabatkan kembali Bahasa Melayu di sekolah. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, inisiatif berkenaan diambil sebagai usaha melaksanakan MBMMBI yang menggantikan PPSMI mulai 2011. Namun begitu, dengan pertambahan masa tersebut tidak akan memanjangkan waktu persekolahan semasa kerana ia hanya melibatkan pengubahsuaian peringkat dalaman sahaja.Menurut pelbagai sumber media dasar yang diperkenalkan amat ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang sebenarnya lebih selesa menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Langkah menambahkan masa pembelajaran dalam bahasa inggeris adalah amat wajar bagi memperkukuhkan penguasaan para pelajar. Kita perlu faham, bahasa inggeris bukan untuk sains dan matematik sahaja, tetapi untuk semua mata pelajaran.

STRATEGI MENCAPAI DASAR MBMMBI

Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P Yang telah disediakan khas untuk dasar MBMMBI

1. Asas Berbahasa /(Basics To Basics). Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi,prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul pengajaran dan pembelajaran yangmenerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. Pengajaran danpembelajaran tatabahasa perlulah berasaskan dari sistem bahasa yang betul dandilakukan secara bersepadu dalam konteks. Sebagai contoh jika guru yangmengajar mata pelajaran Matematik haruslah menggunakan bahasa yang betul danstandard bagi memberi kebiasaan murid dalam menggunakan bahasa Melayu.Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kitasebagai satu bangsa - bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika kita mendaulat bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah jati diri asing . Lantas, akan terancatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia.

Guru boleh membantu membetulkan penuturan bahasa murid dengan memberikan galakkan yang akan menaikkan semangat murid menggunakanbahasa Inggeris. Pelaksanaan hari Rabu sebagai English Day harus diperluaskandan diperketatkan pengisiannya agar tidak suam-suam kuku sahaja. Penguasaanguru dalam bahasa Inggeris hendaklah mantap agar boleh menjadi rujukan kepada muridmuridnya.Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah merangka dan menyediakan latihan bahasa Inggeris kepada guru-guru untuk mempertingkatkan

penguasaan berbahasa Inggeris seperti ; Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyenbahasa Inggeris, Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Bukan Opsyen

bahasa Inggeris dan Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris. Guru mesti memantapkan diridalam penguasaan bahasa itu sendiri sebelum menyampaikan kepada murid-muridbagi mengelakkan kesilapan dan boleh memalukan diri mereka sendiri. Sepertiperumpamaan guru kencing berdiri murid kencing berlari perlulahdielakkan bagi memastikan murid murid ini tidak mencontohi perkara yang negatif dilakukan oleh guru. 2. Didik Hibur Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysiaakan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melaluipelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasadan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarianmaklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Manakala OPS-ENGLISHStudents Handbook pula untuk bahasa Inggeris. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran kesemua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikankhusus bagi matapelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Bahan digital iniberbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua computer. Bahan iniditerapkan dengan unsur didik hibur disamping menitikberatkan kemahiranberbahasa. 4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan ataubahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu BahasaMalaysia itu sendiri. Program Bulan Bahasa yang dilaksanakan di sekolah haruslahdimanfaatkan oleh semua warga sekolah bagi memastikan penggunaan bahasastandard dapat difahami , dilaksanakan sepanjang program berlansung danseterusnya dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian. 5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, lamansembang dan laman web dapat menyediakan proses pengajaran dan pembelajaranyang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untukmenghimpunkan

bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa,para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untukberbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia. BukuPanduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan pengajarandan pembelajaran untuk pelajar Tingkatan Satu tahun 2012 dalam kemahiranbertutur dan berkomunikasi yang lebih berkesan. CD Audio-Video (Teachers CD)akan membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur danberkomunikasi dengan lebih efektif. 6. Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera dalamBahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan AwalBerstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukansupaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan. Makmal bahasa merupakansalah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasarMBMMBI ini. Insfrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandangdengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.Guru juga haruslah menyediakan bahan bacaan dalam bahasa Malaysiadan bahasa Inggeris mengikut pelajaran yang diajar. Bahan bacaan ini cukuppenting dimana guru haruslah mencari bahan bacaan yang berkualiti dan mengikuttahap kebolehan murid berkenaan, Jika tahap murid adalah terbaik, maka bahanbacaan mereka haruslah mempunyai aras yang sesuai manakala murid yang lemahharus diberi bahan bacaan yang rendah. Ini adalah bertujuan agar bahan bacaantadi akan difahami dan seterusnya dasar yang dicanang tadi dapat hayati denganbetul. 7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti Guru yang mengajar mata pelajaran iniperlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi.Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikanpendedahan tentang

perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembanganbahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara. Bahagian Pendidikan Guru(BPG) juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme gurubagi mata pelajaran bahasa Malaysia

seperti ; Latihan Kursus Pendek KelolaanInstitusi, KDP 14 Minggu dan Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa DanPustaka. Sebagai seorang guru yang ingin menyampaikan maklumat terkini kepada pelajarnya, guru juga haruslah tidak jemu mencari ilmu. Ibarat bagai air mencari jenisnya amat bersesuaian dengan guru yang tidak kenal penat lelah namun masih juga mencari ilmu untuk disampaikan kepada anak muridnya.Selain dari itu guru haruslah membuat persediaan yang mantapkhususnya bagi pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu agar murid lebihberminat dan dapat mewujudkan interaksi dua hala agar menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkualiti. Guru juga harus bersedia dengan senjata utama iaitubahan bantu mengajar yang menarik disamping berkaitan dengan tajuk yang akan disampaikan nanti. Kualiti yang mantap dalam pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih menyeronokkan dan masalah dalam bilik darjah dapat dikurangkan. Begitu juga mata pelajaran teras lain iaitu Sains dan Matematik. Guru yang kreatif akan melakukan serampang dua mata iaitu sambil mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa melayu, haruslah melihat tatabahasa yang digunakanoleh murid. Penerapan unsur bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tadi sememangnya patut sebagai memenuhi dasar yang dinyatakan tadi. 8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Pemantauan daripada aspekkebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa kesemasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan,dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan -bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan mejadan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan,kata-kata motivasi,termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk beradalebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri,wujudnyaperasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitubersamaberusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Pihak pengurusan harusmemainkan peranan dalam melakukan pemantauan segala aspek yang dinyatakan agar objektif tersebut dapat dicapai dengan jayanya. 9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa. 10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara. 11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.

BAHAN DAN SUMBER MBMMBI Dalam melaksanakan sesuatu perubahan kurikulum, pihak yang bertanggungjawab haruslah mengenalpasti apakah bahan-bahan sumber yang akan disediakan kepada para pendidik. Hal ini penting kerana bahan dan sumber yang disediakan akan membantu melicinkan lagi proses perubahan kurikulum tersebut. Dalam melaksanakan MBMMBI, pihak kementerian memperkenalkan makmal bahasa dimana makmal komputer sekolah digunakan sebagai makmal bahasa bagi menyokong dasar MBMMBI. Penggunaan makmal komputer sebagai makmal bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa

dilaksanakan berasaskan beberapa perkara iaitu menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk makmal Bahasa. Di samping itu, harus

mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi pengajaran Bahasa. Dengan ini dapat menggalakkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa di sekolah. Seterusnya dapat membantu guru dan murid dalam memperkasakan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Objektif Makmal Bahasa ini diperkenalkan ialah satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum pembelajaran Bahasa dan disamping itu dapat menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksisdan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Melalui penggunaan komputer juga, pelajar secara individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P Bahasa di dalam kelas sebenar dan ini akan meningkatkan daya kreativiti pelajar. Malah, Makmal Bahasa ini juga menjadi pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa misalnya mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid dan filem yang berkaitan.

Antara peralatan ICT di makmal komputer sekolah yang boleh digunakan termasuklah Head set, Spilter, LCD Monitor, Classroom Monitoring System (Perisian platform bagi pelaksanaan p&p) dan perisian Bahasa ( Bahan p&p Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia). KESAN MBMMBI TERHADAP GURU

Perlaksanaan MBMMBI sedikit sebanyak mengubah kehidupan harian pendidik. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu terlibat dengan tambahan waktu P&P. Ini kerana peruntukkan tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah bertambah di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.

Peruntukan waktu BM bagi sekolah jenis kebangsaan adalah antara 30 minit hingga 90 minit. Peruntukan waktu pengajaran BI di sekolah kebangsaan ditambah antara 60 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah jenis kebangsaan ditambah antara 30 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu BI bagi tingkatan Satu hingga Tingkatan lima ditambah sebanyak 40 minit seminggu. Guru juga mesti mengikuti program yang dilaksanakan oleh kerajaan di mana kerajaan telah membawa masuk penutur jati dari luar di kalangan

pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah bersara secara kontrak untuk melaksanakan program peningkatan profesionalisme pensyarah dan guru. Pakar Bahasa Inggeris ini akan dilantik sebagai mentor kepada kepada guru-guru Bahasa Inggeris yang terlibat mengajar bahasa Inggeris di sekolah. Untuk memastikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajarkan oleh guru mengikut opsyen , semua guru-guru opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa

inggeris akan ditempatkan semula mengikut keperluan, manakala guru-guru bukan opsyen akan diberikan kursus tambah opsyen. . Guru-guru bahasa Ingggeris akan dibantu oleh seorang pembantu bagi kelas yang besar, kelas yang melebihi 35 orang murid untuk meningkatkan contact time antara guru dan murid. Dengan wujudnya jawatan guru pembantu bahasa Inggeris , tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar pelajar yang lemah

penguasaan bahasa Inggeris. Guru-guru yang berminat untuk mengajar di luar Bandar akan diberi insentif, tawaran ini bertujuan untuk guru supaya

berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajarpelajar luar Bandar.

Perlaksanaan PPSMI sebelum ini memberi memberi kesan negatif kepada pelajar Luar Bandar di mana pelajar perlu belajar mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengakibatkan keputusan pelajar merosot. Perlaksanaan MBMMBI memberi nafas lega kepada guru kerana keciciran pelajar boleh diminumkan jumlahnya kerana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik boleh diajar dalam dwibahasa mengikut kefahaman pelajar. Guru juga perlu mengambil inisiatif dalam mempelbagaikan bahan Alat Bahan Bantu mengajar (ABBM) dalam pengajaran dan

pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar melalui pendekatan kurikulum modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Pendekatan ini dilakukan melalui modul pengajaran yang dan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada perkara asas berbahasa, didik hibur, apreseasi bahasa melalui Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa yang memberi tumpuan kepada

pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu berasaskan sistem bahasa. Aktiviti ini perlu disokong dengan bahan bacaan estetika seperti seperti kontemporari kanak-kanak, bahan program awal berstuktur dan bacaan intensif yang mendedahkan murid kepada bahan bacaan yang berkualiti. Pendedahan kepada kepda masa depan yang cenderung kepada era globalisasi. Guru juga perlu melengkapkan ilmu dengan bahan bacaan dan bilik komputer bahasa yang diiktiraf sebagai makmal bahasa Ingggeris yang debekalkan sebagai perintis makmal kepada memperkasakan bahasa inggeris Penggunaan Bahasa Ingeris sekiranya dijadikan bahasa pengantar untuk berkomunikasi memberi faedah kepada guru dan pelajar untuk jangka masa panjang. Guru perlu memantapkan pengetahuan dengan program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan antaranya program sastera kontemporari kanakkanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa inggeris di peringkat umur awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa inggeris . Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris digalakkan untuk menambah alat bantuan mengajar semasa P&P agar menambah minat dan kefahaman pelajar.

KESAN MBMBI KEPADA PELAJAR

MBMMBI yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), adalah strategi serampang dua mata kerajaan bagi memartabatkan bahasa Melayu tanpa meminggirkan kepentingan bahasa Inggeris. Justeru, usaha kerajaan

mempercepatkan MBMMBI yang sebelum ini disasarkan bermula pada 2012 kepada 2011, membabitkan murid Tahun Satu, mamp. Langkah kerajaan memperluaskannya MBMMBI kepada murid Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat membuka ruang kepada pelajar untuk mepelajari subjek

Sains dan matematik dalam bahasa Melayu. MBMBI mampu membantu pelajar yang keciciran terutamanya di sekolah rendah luar bandar berikutan subjek Sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. Tindakan kerajaan untuk melaksanakan MBMMBI pada 2012 telah

memudahkan pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan matematik di mana kedua-dua mata pelajaran ini perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Merujuk kepada garis panduan perlaksanaan MBMMBI tahun 2012 SPI BIL 5/2011 perkara 7 pelajar boleh boleh membuat permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa P&P sains dan matematik tetapi BIL 5/2011 perkara 7.1 sekolah perlu memenuhi keperluan murid untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang telah mereka ikuti. pihak sekolah juga diarah untuk mengekalkan murid-murid yang telah mendaftar di sekolah (BIL 5/2011 perkara 7.2).

Sekiranya hal ini tidak dapat dipenuhi, BIL 5/2011 perkara 7.3 permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa boleh dilaksanakan.

IMPLIKASI MBMMBI TERHADAP PENGURUSAN BILIK DARJAH Kementerian Memartabatkan Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Bahasa Dasar Inggeris

Bahasa

Malaysia

Memperkukuhkan

(MBMMBI) bagi memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.Dasar MBMMBI berbeza dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Manakala Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Dasar MBMMBI yang dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P Sains dan Matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu P&P, transformasi kurikulum,

peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam P&P. Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksana seperti dihasratkan. Hasil kajian mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.Murid mengambil masa lama memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris.Hal ini memaksa guru mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami mata pelajaran itu.Masalah seperti ini bukan saja dialami sekolah luar bandar, malah di bandar.

Sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara ini tidak dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka terus ketinggalan.Mulai 2010, dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat peringkat di semua sekolah.Dalam proses peralihan ini, P&P Sains dan Matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar itu. Perlaksanaan secara berperingkat membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang mengikuti P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima berdasar kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan ini, P&P Matematik dan Sains di sekolah rendah dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada 2016.Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada 2021.MBMMBI memberi kesan terhadap perubahan suasana P&P dengan adanya pelbagai modul yang perlu diguna pakai oleh guru sebagai satu alat bantuan terhadap pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Melayu.Melalui modul P&P penguasaan asas bahasa dapat diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Aktiviti di dalam kelas juga lebih menarik melalui pendekatan MBMMBI apabila asas berbahasa atau Back to Basic di laksanakan secara berstruktur dan sistematik di dalam kelas. Asas berbahasa seperti pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis dapat diperkukuh melalui modul P&P yang

menyeronokkan seperti penggunaan televisyen pendidikan di dalam kelas, penggunaan audio dan visual, penggunaan CD interaktif dan sebagainya yang mampu mempertingkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Malaysia. Bagi pengukuhan dan pemantapan lagi Bahasa Inggeris penekanan kepada Phonics adalah dititikberatkan di dalam kelas.Elemen pembelajaran yang

menyeronokkan di bentuk dalam Language Arts bagi menarik minat

pelajar.Modul tatabahasa diberikan penekanan penting di dalam pengajaran tatabahasa di dalam kelas. Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, email, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P& P yang bersifat interaktif serta menghiburkan.Satu portal akan dibina untuk menghimpunkan bahan penulisan bagi pengiat bahasa, pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia. Bagi mempergiatkan lagi pembangunan penguasaan Bahasa Malaysia di Sekolah, program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia, Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan dan diperkukuhkan lagi dengan penambahbaikan dalam pelaksanaan program. Melalui aktiviti didik hibur pendekatan P&P Bahasa Malaysia

memberikan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai pendekatan dan kaedah seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa dengan menggunakan aktiviti

penerokaan, pencarian maklumat, dan penghasilan produk. Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P Bahasa Inggeris yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar yang interktif. Bahan bacaan estetik juga diberi penekanan di dalam aktiviti pelajar di dalam kelas melalui Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif bagi mendedahkan pelajar kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre.

Pelaksanaan

MBMMBI

di

sekolah

banyak

mendorong

kepada

pembinaan dan pelestarian bagi persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat untuk pelajar-pelajar sekolah.Sekolah perlu memantau dengan teliti dalam aspek kebersihan, keceriaan, dan keselamatan di sekolah. Pemantauan ini perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, keadaan bilik darjah, jumlah pelajar di dalam kelas lebih kondusif dan selesa bagi pelajar-pelajar menjalankan aktiviti P&P. Peningkatan sumber atau bahan bantu mengajar berlakuapabila MBMMBI dilaksanakan di sekolah

melalui penaiktarafan makmal computer dengan penambahan perkakasan dan perisian supaya boleh berfungsi sebagai makmal bahasa. Perisian yang sesuai akan digunakan sebagai bahan P&P di dalam kelas.

KOMITMEN KPM DALAM MEREALISASIKAN MBMMBI Bagi melaksanakan dasar MBMMBI, KPM bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI. KPM bertanggungjawab bagi melatih guru bahasa Inggeris dalam perkhidmatan bagi meningkatkan profesionalisme dan melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. Dalam meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris, ELTC dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan program serta kursus berikut:

I.

Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG. Certicate in the Practice of English Language Teaching (CPELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris.

II.

III.

Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti CPELT(Certificate in the Practice English Language Teaching). Oral Prociency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu di sekolah Band 3 hingga 5.

IV.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris: Latihan untuk bahasa Malaysia:

i. ii. iii.

Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI) KDP 4 Minggu Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris: i. ii. iii. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris .

Sebagai langkah untuk memastikan guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, ELTC melaksanakan Certicate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini adalah kursus tambah opsyen. BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan itu: i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang berkhidmat antara 1 hingga 5 tahun ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru bahasa Inggeris yang bersara dari seluruh negara.

Dalam usaha menangani masalah perlaksanaan MBMMBI, pada 2008 KPM telah bersetuju mengambil penutur jati Bahasa Inggeris sebagai pakaratau mentor kepada guru dan pensyarah bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini.Keputusan dibuat bagi melaksanakan Program Penutur Jati bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013. Peranan Training Fellows ditempatkan di setiap PKBI adalah menjadi mentor kepada pensyarah bahasa Inggeris bertujuan membantu pembangunan

profesionalisme pensyarah itu. Selain itu,TrainingFellows juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas dilaksanakan Training Fellows sejajar dengan keperluan dan kehendak institusi.

Bagi menjayakan Dasar MBMMBI, English Language Teaching Centre (ELTC) menyediakan bahan meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru manakala Bahagian Teknologi Pendidikan menyediakan dan membekalkan bahan digital

pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1,800 sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI) iaitu:

I. II. III. IV. V.

IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur.

AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN MBMMBI

Sokongan kerajaan yang kuat dalam meralisasikan transformasi pendidikan ini dapat dilihat melalui penyediaan guru untuk mendidik pelajar di serata pelusuk negara.Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk melatih 10,000 guru bahasa Inggeris bagi memastikan pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah berjalan lancar. Penyediaan latihan berkenaan selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu yang akan bermula pada tahun depan. Hampir 12,000 guru terlibat dalam program latihan khusus untuk mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris yang diadakan tahun lepas dan untuk tahun ini kementerian menyasarkan 10,000 guru bahasa Inggeris diberikan latihan sama untuk memastikan kelestarian MBMMBI di sekolah-sekolah. Selain itu, kementerian juga memberikan komitmen yang padu dalam perlaksanaan MBMMBI dengan menawarkan kerja secara kontrak melalui pengambilan semula guru bersara Bahasa Inggeris. Mulai tahun ini sehingga 2013, kementerian menyasarkan 600 guru bersara bahasa Inggeris telah dilantik secara kontrak di seluruh negara, dan sehingga Mac lepas 168 guru telah menerima tawaran. Kementerian juga meningkatkan kapasiti bilik komputer di sekolah sebagai makmal bahasa Inggeris, dengan 20 buah sekolah dipilih sebagai perintis makmal dan diperluaskan ke 700 buah sekolah lagi . Semua ini adalah bertujuan memberi kemudahan kepada sekolah-sekolah dalam melaksanakan MBMMBI. Mentor yang terbabit di sekolah rendah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut: I. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru bahasa Inggeris.

II. III.

Pengendalian, program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon.

IV.

Perkhidmatan pakar dalam.perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

V. VI. VII. VIII.

Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi dalam kalangan guru sekolah.

Bahan berkenaan adalah bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.Bahan digital ini berbentuk CD Standalone yang dapat dijalankan di semua komputer.Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur, di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.

SOKONGAN IBU BAPA DALAM MELAKSANAKAN MBMMBI

Pada awalnya ramai ibu bapa yang bimbang mengenai peralihan bahasa pengantar dalam pendidikan sains dan matematik daripada Bahasa Inggeris (PPSMI) kepada Bahasa Malaysia (MBMMBI).Namun kebimbangan ini dapat dirungkaikan melalui pendekatan soft landing.Ada juga ibu bapa yang tersenyum bersetuju dengan dasar baru kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia melalui pendekatan MBMMBI di sekolah.Melalui pendekatan MBMMBI di sekolah, bahasa pengantar di sekolah ialah dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan serta perhubungan utama dalam bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.MBMMBI juga bermatlamat untuk memperkukuh Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. MBMMBI ini juga kurikulumnya direka bentuk apabila hasil dapatan daripada kajian perlaksanaan PPSMI mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak memahami pengajaran yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris.Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut.Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.Bagi mengelakkan pelajar ini terus ketinggalan kerajaan mengambil langkah bijak dengan menggubal dasar baru iaitu MBMMBI yang kini semakin mendapat sokongan daripada ibu bapa. Kini ibu bapa boleh menarik nafas lega dan tidak perlu runsing kerana segala masalah mereka diselesaikan oleh pihak Kementerian Pelajaran dan pihak

kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.

KESIMPULAN

You might also like