Cakap Pindah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah.

Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Samad Aziz : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan berlancong di dalam negeri. Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.

Jawapan: Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negaranegara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu. Tukarkan setiap ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah. (i) Beliau berkata kepada penyokong-penyokongnya, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (ii) Saya telah menziarahi nenek saya di Hospital Kuala Lumpur, kata Rohaizat (iii) Cikgu Julia berkata, Semua peserta rombongan dikehendaki berada di sekolah selewat -lewatnya pada pukul 7.50 pagi esok kerana bas rombongan akan bertolak pada pukul 8.00 tepat.

Jawapan: (i) Beliau berkata kepada penyokong-penyokongnya itu bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (ii) Rohaizat menyatakan bahawa dia telah menziarahi neneknya di Hospital Kuala Lumpur . (iii) Cikgu Julia meminta semua peserta rombongan berada di sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7.50 pagi esoknya kerana bas rombongan akan bertolak pada pukul 8.00 tepat.

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan. Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya. Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat. Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah. Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, Kamarul memberikan alasan. Jawapan: 1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat. 2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah. 3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah. 4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ. 5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur. 6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh. Rancangan apa? jawab Ani. Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata Salleh. Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani. Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu Jawapan: 1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu. 2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh. 3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu. 4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu akan datang. 5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya. 6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah. Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam. Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu. Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan. Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru baru ini, jelas Salim. Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya, kata Nizam. Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim Jawapan: 1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja. 2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya. 3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskan yuran peperiksaannya. 4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. 5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya. 6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan seorang yang sangat garang

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ? FELIX : Mi Pedas. MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ? FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas. MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah? FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia Jawapan: 1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada Felix. 2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas. 3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian namanya sekali lagi daripada Felix. 4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas. 5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya sematamata makan Mi Pedas. 6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu.

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam? Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah. Norhayati :Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan? Norsyikin : Sebenarnya ibu Syikin sakit.....

Jawapan: 1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam. 2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah. 3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan. 4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan: Mak Limah : Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini? Pak Usop : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar. Pak Usop : Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah : Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa? Pak Usop : Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. 2.

Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar? kata Siti. Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya, kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.

3. 4.

Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya, jerit Fatimah. Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak sesuatu, kata seorang tua di kedai kopi.

5.

Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian, kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.

6.

Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelak, kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

7. 8.

Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan, kata gadis itu. Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan awak di sekolah esok, kata emak.

9.

Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon, kata jurujual itu kepada Tauke Lim

10. Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim. Adakah dia ada di rumah? kata pemuda itu.

Jawapan: 1. Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa dan bertanyakan khabar kepadanya 2. Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu mengatakan bahawa dia tidak pernah terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain yang mencemburuinya. 3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang. Fatimah mengatakan bahawa adiknya tidak tahu berenag sambil meminta orang ramai supaya cepat menyelamatkan adiknya. 4 5 Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana ketika itu kes ragut berlaku satu demi satu Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus malas dan tidak membuat latihan dan jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka. 6 Dengan perasaan marah, Hang Jebat mengatakan bahawa dia juga pendekar yang bukan alang-alang dan Hang Tuah tidak patut menyangka bahawa dia akan tunduk kepada kerisnya. Hang Jebat juga mencabar Hang Tuah bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh berlawan secara lelaki dengan lelaki. 7 8. Gadis itu berdoa kepada Tuhan agar mengampuni dosanya dan memberinya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan. Emak memberitahu Abu bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah Abu. Emak memesan Abu supaya Abu memasak gulai sayur yang disediakan di dapur selepas itu sebagai lauk malam itu dan bekalan Abu di sekolah keesokan hari. 9. Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya dengan telefon. 10. Pemuda itu memberikan salam lalu bertanya sama ada terdapat orang di rumah dan menyatakan bahawa dia hendak mencari Kassim sama ada Kassim ada di rumah.

Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah.

Apa kau buat di belakang, Hilmi, pakciknya sedang duduk di kerusi ruangan depan itu bertanya sebaik sahaja dia sampai di pintu. Saya melihat-lihat bekas kebun itu pak cik, Kau suka berkebun? Suka

Jawapan:

Sebaik sahaja Hilmi tiba di muka pintu, pak ciknya yang sedang duduk di kerusi di halaman rumah itu bertanyakan kerja yang dilakukan oleh Hilmi di belakang rumah mereka. Hilmi menerangkan yang dia melihat-lihat bekas kebun di belakang rumah mereka. Seterusnya pak ciknya bertanya sama ada Hilmi suka berkebun atau tidak. Hilmi menyatakan bahawa dia memang suka berkebun.

Abu

: Saya mahu kahwin, Pak Aji. Cuma saya tak ada duit. Lagipun, siapa yang nak macam saya ni. Kerja cuma menggali kubur.

Pak Aji : Kerja menggali kubur tu, kerja juga. Malah satu pekerjaan yang mulia. Setiap orang yang mati wajib dimandikan, dikapankan, wajib disembahyangkan dan wajib

Abu

: (Menyambung) Wajib dikebumikan, he..he..he Jadi kerja saya ni mulia, ya Pak Aji.

Pak Aji : Memang mulia kalau tak ada penggali kubur, di mana mayat tu nak dikuburkan.

Abu

: Hmm, betul juga kata Pak Aji tu. Kalau gitu sekarang saya nak pergi gali kubur Ngah Baba tu.

Jawapan: Abu mengatakan bahawa dia hendak berkahwin tetapi tidak mempunyai wang. Abu seterusnya mengatakan bahawa tidak ada sesiapa yang hendak berkahwin dengannya kerana dia hanya bekerja sebagai penggali kubur. Pak Aji menjelaskan bahawa penggali kubur juga adalah satu pekerjaan. Pak Aji turut mengatakan bahawa penggali kubur merupakan kerja yang mulia kerana setiap orang yang meninggal dunia wajib dimandikan, dikapankan, dan disembahyangkan. Sebelum sempat Pak Aji meneruskan kata-katanya, Abu menyampuk dengan mengatakan bahawa orang mati wajib dikebumikan. Kemudian dia ketawa sambil bertanya kepada Pak Aji sama ada kerjanya mulia atau tidak. Pak Aji menegaskan bahawa pekerjaan Abu itu memang mulia kerana kalau tidak ada penggali kubur di mana mayat orang hendak dikebumikan. Abu menyokong kata-kata Pak Aji dan mengatakan yang dia hendak menggali kubur Ngah Baba.

You might also like