Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

KONSEP ALAM BELAJAR Alam belajar dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat

merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif serta daripada tidak tahu kepada tahu. Sejak kecil lagi, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran yang berterusan tidak kiralah formal atau tidak formal. Justeru itu, suasana alam belajar yang kondusif pastinya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang dijalankan oleh guru tidak kiralah di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Penglibatan yang aktif dan interaksi yang baik perlu diwujudkan antara guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), alam belajar merupakan keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku. Terdapat tiga komponen penting dalam membantu pembentukan murid yang menyeluruh iaitu: a) Aspek fizikal Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah adalah merupakan lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan sebagainya. Komponen fizikal meliputi semua keadaan fizikal seperti fizikal bilik darjah, bahan-bahan pelajaran, kemudahan dalam alam persekitaran (Mok Soon Sang, 2008). Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar (Azizi Jaafar, 2009). Bagi menggalakkan pemikiran kreatif, suasana bilik darjah yang selesa perlu disediakan. Oleh itu,

terdapat berbagai-bagai cara penyusunan bilik darjah yang akan mencerminkan gaya pengajaran kita sebagai guru. Antara cara penyusunan bilik darjah menurut Choong (2008) ialah: i. Gaya auditorium iaitu gaya penyusunan tradisional di mana murid-murid duduk menghadap guru. ii. Gaya bersemuka iaitu gaya murid-murid duduk menghadap satu sama lain di dalam kumpulan seramai enam atau lapan orang. iii. Gaya Off-set memerlukan tiga atau empat orang murid-murid duduk pada meja tetapi tidak menghadap sesama mereka. iv. Gaya seminar iaitu kumpulan murid-murid yang terdiri daripada 10 atau lebih orang duduk dalam bulatan, segiempat sama atau berbentuk-U. v. Gaya Kluster terdiri daripada 4 hingga 8 orang murid duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat (L 1). Oleh yang demikian, persekitaran fizikal yang terancang dan selamat akan memberikan pengaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak. b) Aspek psikososial Selain daripada persekitaran fizikal yang boleh mempengaruhi

pembelajaran kanak-kanak, aspek psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas pembelajaran kanak-kanak. Faktor pertama psikososial merangkumi 4 elemen iaitu nada suara yang sesuai, saling berbudi bahasa, tingkahlaku yang diterima dan suasana yang kondusif. Faktor ini lebih memfokuskan kepada perasaan murid-murid yang berhubung dengan aspek keselamatan dan keselesaan mereka dengan persekitaran sekolah. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramahtamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.

Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Persekitaran pembelajaran aspek psikososial memenuhi keperluan kanak-kanak selaras dengan Hierarki Keperluan Maslow. c) Aspek komuniti pembelajaran Komuniti merujuk kepada sekecil-kecilnya, kelompok manusia yang berkongsi cara hidup yang sama dan sebesar-besarnya kumpulan masyarakat. Komuniti pembelajaran adalah merupakan sekumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar. Secara amnya, komuniti memfokuskan sekumpulan manusia yang belajar bersama dalam persekitaran selesa untuk menggalakkan aktiviti berdialog, maklum balas, refleksi dan penurunan kuasa. Menurut Choong (2008), ciri-ciri komuniti pembelajaran merangkumi kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif, penglibatan murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan sebaya mereka, sumber jaringan sokongan akademik dan sosial dan yang terakhir fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran. Menurut McMilan dan Cavis (1986) pula komuniti mempunyai 4 ciri iaitu keahlian, pengaruh, memenuhi keperluan individu dan berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009)

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran boleh dihuraikan sebagai memberikan arahan-arahan kepada orang lain atau berkongsikan pengetahuan dengan orang lain. Ia juga boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Pembelajaran pula boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat interaksi dengan persekitaran serta perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) Perkataan Pengajaran dan Pembelajaran adalah berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar dan pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepada rangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan. Menurut Shea (1994) dalam Juhazren Junaidi et al. (2005) pembelajaran ialah satu proses mental atau fizikal yang membawa mengatakan kepada perubahan tingkah laku. Eh Ah Meng (1993) pula bahawa pembelajaran adalah satu proses memperoleh

pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE Gagne mengatakan bahawa pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal. Terdapat lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari iaitu :

Peringkat 1: Motivasi Yelon tertentu. Peringkat 2: Memberikan Perhatian : Memastikan Perhatian Pelajar Guru harus memberikan perhatian sepenuhnya kepada cara atau strategi untuk memastikan pelajar memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran. Peringkat 3 & 4: Perolehan dan Ingatan Guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar mengingati perkara yang diajar. Peringkat 5: Ingat Kembali dan Retrieval Bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru perlu mudah difahami dan ini memudahkan maklumat diingat kembali oleh pelajar. dan Weinstein (1997:294) menyatakan bahawa motivasi

merupakan satu motif yang menyebabkan seseorang bertindak dalam cara

Peringkat 6: Generalisasi Pengajaran dianggap sebagai berjaya jika pelajar dapat mengaplikasi apa-apa yang telah dipelajari dalam situasi baru di dalam atau di luar sekolah

Peringkat 7: Prestasi Guru boleh mempengaruhi cara pelajar memberikan respons dan maklumat ini dapat diperoleh dengan mengemukakan soalan-soalan secara lisan atau bertulis kepada pelajar. Peringkat 8: Maklum Balas dan Peneguhan Guru perlu memberikan maklum balas dan memaklumkan tentang prestasi pelajar serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. PRINSIP PRINSIP PEMBELAJARAN Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsipprinsip darjah. 6 pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik

1. Penglibatan Aktif Pelajar perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung kepada mereka. 2. Perkaitan dan Corak Mengikut Woolfolk (2004), pelajar membuat perkaitan dengan

pengetahuan sedia ada dan pelajar juga membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa hadapan. 3. Pembelajaran Informal Pembelajaran informal merupakan pembelajaran implisit iaitu

pengetahuan diperoleh akibat interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya, orang yang lebih dewasa atau persekitaran. 4. Pengalaman Langsung Dalam konteks pengalaman langsung, pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau fenomena yang ingin dikaji. 5. Situasi Mendesak Prinsip pembelajaran jenis ini mengandaikan bahawa pembelajaran optimum berkemungkinan boleh berlaku sekiranya seseorang berhadapan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian tertentu

6. Maklum Balas Berterusan Maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan serta respon mereka. Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan kepada analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta merta supaya pelajar tidak melakukan kesilapan. 7. Sesuatu yang menyeronokkan Menurut Ewell (1997) maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada guru secara peribadi. 8. Refleksi Refleksi ialah proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita. PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN Manusia dilahirkan dalam keadaan yang berbeza. Justeru setiap guru perlu memahami perbezaan dalam kalangan muridnya. Personaliti yang dimiliki setipa individumembezakan individu dengan individu yang lain. Hal ini memudahkan kita untukmemahami ragam manusia. KECERDASAN Tidak semua murid mempunyai tahap kecergasan yang sama.

Kebanyakkan ahli psikologi percaya bahawa keturunan dan persekitaran samasama memainkan peranan dalam menentukan tahap kecergasan setiap individu. Dr. Gardner telah mengemukakan8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu

cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut: 1. Linguistic intelligence("word smart") 2. Logical-mathematical intelligence("number/reasoning smart") 3. Spatial intelligence("picture smart") 4. Bodily-Kinesthetic intelligence("body smart") 5. Musical intelligence ("musicsmart") 6. Interpersonal intelligence("people smart") 7. Intrapersonal intelligence("self smart") 8. Naturalist intelligence("nature smart") GAYA BERFIKIR Gaya berfikir akan menentukan persoanaliti dan corak kehidupan seseorang. Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah. Ia melibatkan penerimaan dan pemahaman rangsangan dalaman dan luaran, pembentukan konsep, pentafsiran dan penghasilan gerak balas yang sesuai. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan/keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Secara kesimpulannya, pemikiran ialah satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar

GAYA PEMBELAJARAN Gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh serta memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru. Gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan. Ia juga merupakan pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang pelajar. MOTIVASI PEMBELAJARAN Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Terdapat dua jenis motivasi yang umum iaitu : 1. Motivasi Ekstrinsik : Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini hanya berfokuskan kepada ganjaran yang diberi. Contohnya, ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred, agregat, keistimewaan , penghargaan dan sebagainya. 2. Motivasi Intrinsik : Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu kerana percaya ia tindakan yang betul dan baik serta melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya. 10

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut. Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini kerana tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan dalam tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip yang dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan. Pelaziman Klasik Tokoh Ivan Pavlov (1849-1936) Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dan pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah(2009), pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran perkaitan melibatkan rangsangan neutral berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa. Konsep-konsep penting dalam Pelaziman Klasik Rangsangan Rangsangan nuetral: Semua objek, perkara atau peristiwa yang tidak ada hubungan langsung dengan diri kita, oleh itu tiada respon dari kita.

11

Rangsangan semulajadi: Semua objek,perkara atau peristiwa yang ada hubungan semula jadi, maka respon semula jadi akan diberikan. Rangsangan terlazim: Rangsangan yang terhasil apabila rangsangan nuetral digabungkan dengan rangsangan semulajadi untuk menghasilkan gerakbalas yang serupa dengan rangasangan semulajadi. Gerak balas Gerakbalas semulajadi (juga dikenali sebagai gerakbalas pantulan): Dimiliki oleh semua organisma yang mempunyai siatem saraf. Contoh, air liur yang meleleh apabila melihat makanan yang enak, kelipan mata apabila terdapat gangguan. Gerakbalas terlazim: Gerakbalas yang berlaku hasil dari rangsangan terlazim. Tokoh J.B. Watson (1978-1958) Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman. Pelaziman Operan Dikenali sebagai pelaziman instrumental yang merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku seterusnya diulangi, diteruskan atau dihentikan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).

12

Tokoh E.L. Thorndike (1874-1949) Teori Pelaziman Operan Thorndike turut dikenali sebagai teori cuba-jaya. Melalui kajiannya, seekor kucing dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luarnya, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi sehingga terpijak selak pintu dan sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar semula, kucing tersebut melakukan lagi beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut. Perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konsep pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Tokoh B.F. Skinner (1904-1990) Beliau mengutarakan juga Teori Pelaziman Operan dengan cara menjalankan Kajian dengan menggunakan Kotak Skinner. Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut Pelaziman Klasik, murid akan menjadi pasif kerana ganjaran diberikan kepadanya bukan atas usahanya mendapatkan ganjaran tersebut. Manakala mengikut Pelaziman Operan, pelajar bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan cara berusaha sendiri.Skinner memperkenalkan lima jenis proses Teori Pelaziman Operan iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Perspektif Behavioris:

Ahli

behaviorisme menitikberatkan

persekitaran

luaran

bagi

memotivasikan seseorang. Salvin, 200; motivasi dari perspektif behaviorisme amat berkait rapat dengan prinsip dimana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan, malahan dendaan. 13

Menurut Ormord, 2008, aktiviti yang menyeronokkan boleh ditingkatkan melalui peneguhan ekstrinsik. Perlakuan akan merosot jika peneguhan itu dihentikan. Peneguhan ekstrinsik akan memberikan kesan jika murid mempunyai tanggapan bahawa peneguhan sebagai mengawal atau memanipulasi, bukan sahaja merangsang penambahbaikan dan kemajuan. Peneguhan ekstrinsik amat berguna jika murid tidak mempunyai keinginan untuk bertingkah laku sedemikian bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang teratur dan produktif. Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan meningkatkan kemahiran dan kompetensi murid bertambah baik. Beberapa tanggapan ahli-ahli behavioris iaitu : i. Sebahagian besar daripada tingkah laku manusia dipengaruhi oleh rangsangan dari persekitaran. ii. Pembelajaran ialah hasil dari kejadian yang boleh diperhatikan. iii. Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku. iv. Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan dan tindak balas berlaku dalam masa yang dekat. v. Proses mental diabaikan dalam bilik darjah behavioris. vi. Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis. Antara contoh teori pembelajaran behavioris yang boleh diperhatikan adalah: i. Loceng yang berbunyi di sekolah untuk menandakan pertukaran waktu, rehat atau balik. 14

ii. Cara murid mengumpul buku latihan selepas dilatih oleh guru. iii. Individu yang fobia selepas mengalami sesuatu kejadian yang menakutkan. iv. Sitcom televisyen yang menyebabkan penonton ketawa walaupun tidak lucu.

Implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Teori ini menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Matlamat yang spesifik perlu ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas oleh guru supaya ia boleh dicapai dengan berkesan. Guru juga boleh menyusun aras kesukaran soalan-soalan supaya murid-murid berupaya menyelesaikannya dengan betul (Lee Shok Mee, 1994). Oleh itu, mereka akan menerima pengukuhan positif melalui soalan tersebut. Guru juga boleh mengaplikasikan hukum kesediaan dengan mengaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Hukum latihan juga boleh dilakukan dengan memberi banyak latihan dan pengulangan. TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby, 1993). Teori Pembelajaran Gestalt Pengasas psikologi gestalt, Wolfgang Kohler mengemukakan Teori Pembelajaran Celik Aka yang bermaksud penyelesaian masalah yang berlaku mendadak dan lengkap. Individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia 15

perlu

melihat

unsur-unsur

berkaitan

di

dalam

persekitarannya

dan

mengaitkannya dengan pengalaman lepas. Pandangan beliau lebih bertumpu pada tingkah laku yang boleh diperhatikan prinsip yang berkaitan dengan organisasi persepsi dan penanggapan manusia. Teori Pembelajaran Penerimaan Ausuble Menurut Kamarudin (1993), teori ini berfokuskan kepada penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Aspek yang penting di dalam teori ini ialah Advance Organizer yang merupakan unit pengajaran yang digunakan sebelum mengajar satu topik baru. Ausuble berpendapat bahawa manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi yang dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model ini menekankan keterangan bahan pembelajaran guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan mengikut urutan lengkap. Penyusunan awal (Advance organizer) terbahagi kepada beberapa jenis iaitu ekspositori yang memerihalkan bahan, comparative yang membina kaitan luaran dengan pengetahuan sedia ada, sesuai dengan maklumat baru dan naratif yang mempersembah bahan baru dalam bentuk cerita. Kaedah ini dapat memudahkan pembelajaran dari aspek pemahaman, maklumat lengkap dan mengingat kembali. Teori Pembelajaran Bruner Jerome S.Bruner (1915 hingga kini) mengemukakan perkembangan mental manusia kepada 3 tahap iaitu peringkat enaktif, berasaskan perlakuan (02 tahun), peringkat ikonik, berasaskan imejan (2-4 tahun) dan peringkat simbolik, berasaskan bahasa (5-7 tahun). Bruner menghuraikan enam ciri perkembangan kognitif iaitu keupayaan kawalan emosi, keupayaan menyerapkan peristiwa, keupayaan penggunaan perkataan dan simbol, pertambahan aktiviti tindak balas, penggunaan bahasa dan keupayaan menghadapi berbagai situasi. 16

Implikasi

teori

pembelajaran

kognitif

terhadap

pengajaran

dan

pembelajaran Guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar. Mereka perlu menyusun maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan kepada murid-murid mengikut tahap kebolehan mereka. Selain itu, guru perlu mengenalpasti murid-murid yang berada pada mod pembelajaran berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), konstruktivis bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan dan pengalaman baru. Teori ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kognitif dan sosial. i) Teori Konstruktivis Kognitif Struktur kognitif kanak-kanak semakin kompleks selaras dengan

perkembangan yang dilalui, Choong (2008). Sesuatu organisma untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dikaji oleh Jean Piaget (1896-1980) dan hasilnya, terdapat dua proses membuat adaptasi iaitu asimilasi dan akomodasi. Proses asimilasi adalah proses mengintegrasi maklumat atau pengalaman baru ke dalam skema sedia ada dan akomodasi pula ialah proses mengubah struktur kognitif untuk menerima sesuatu daripada persekitaran. Berdasarkan pemerhatian dan kajian Piaget, beliau mendapati perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat sensorimotor (lahir-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). 17

ii)

Teori Konstruktivis Sosial Teori ini menekankan hubungan dan bimbingan orang lain ke atas

pembelajaran individu. Lev Vygotsky adalah pelopor teori ini dan beliau berpendapat bahawa pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampaian formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang lebih berpengalaman. Persekitaran yang kondusif dapat memberikan mereka peluang untuk memanipulasi objek sedia ada dan guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran kepada pelajar. Zon Perkembangan Terdekat Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada tugasan

pembelajaran

yang sukar dilakukan

sendiri oleh

pelajar, tetapi dapat

menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Teknik scaffolding dapat membantu pelajar menguasai isi pelajaran mengikut kemampuan mereka. Teknik yang digunakan untuk scaffolding ialah soal jawab, penjelasan verbal, prompting dan cueing. Implikasi Teori Konstruktivis terhadap pengajaran dan pembelajaran Sebagai guru, kita perlulah membuat perancangan dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran untuk mengajar serta mengambil kira keupayaan pelajar kerana pembelajaran kini lebih berpusatkan pelajar itu sendiri. Teknik Zon Perkembangan Terdekat harus digunakan untuk memastikan pembelajaran berkesan berlaku. Guru perlu mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar di samping penerangan yang jelas.

18

PENDEKATAN HUMANIS Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), pendekatan ini melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Menurut Choong (2008) pula, pendekatan ini menumpukan kepada perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri pelajar. Bagi humanis, manusia dilihat sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang berbeza dengan haiwan. Humanis percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai, dengan itu individu itu harus dilihat sebagai satu entiti. Pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan mengiktiraf persepsi, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran yang berbeza. Ini bererti pendekatan ini memberi tumpuan kepada perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri pelajar. Terdapat lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanis (Gagne dan Berliner, 1991) iaitu: i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain. ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari. iii. iv. v. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.

19

Gagne dan Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan humanis seperti berikut: i. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka. ii. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan. iii. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namun pelajar perli mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. iv. v. Perasaan adalah sama penting dengan fakta. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman. Teori Pembelajaran Eksperimental Carl Rogers (1902-1987), pelopor teori ini menganggap manusia pada dasarnya baik dan bermotivasi tinggi untuk mencapai potensi diri dan setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Teori pembelajaran eksperiental mengutamakan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Terdapat dua bahagian dalam kategori ini iaitu pembelajaran kognitif yang mementingkan akademik semata dan pembelajaran pengalaman yang melibatkan aplikasi pengetahuan. Apabila pelajar berada pada tahap ancaman rendah, kadar pembelajaran menjadi lebih pantas kerana pembelajaran tersebut atas usaha mereka sendiri.

20

Teori Hirarki Keperluan Maslow Abraham Harold Maslow (1908-1970), menghasilkan peringkat keperluan manusia untuk mencapai potensi diri masing-masing. Peringkat keperluan ini pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan. Di dalam keperluan kekurangan terdapat keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan yang perlu dicapai agar pelajar terus bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam keperluan perkembangan pula, pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan dicapai apabila keperluan kekurangan dipenuhi. Kita akan berusaha merealisasikan kebolehan kita agar menjadi manusia yang sempurna. Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru perlu memenuhi keperluan asas pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran. Kenalpasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Peruntukkanlah sedikit masa untuk melakukannya serta menerima pelajar tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), guru hendaklah melayani individu pelajar sebagai insan, membentuk individu pelajar mengikut potensi masing-masing dan menyediakan mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Menurut Choong (2008), teori ini berfokuskan kepada pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial dengan memberi pertimbangan kepada bagaimana kita belajar sesama kita melalui pembelajaran pemerhatian. Teori Pembelajaran Sosial dikenali juga sebagai teori pembelajaran peniruan dan juga sebagai pembelajaran pemerhatian atau modeling menekankan faktor sosial di mana manusia berfikir dan bertingkahlaku melalui pemerhatian dan meniru tingkahlaku 21

yang menghasilkan ganjaran. Pembelajaran sosial menurut Albert Bandura melibatkan hubungan pengaruh tiga unsur iaitu persekitaran, individu (kognitif) dan tingkah laku, (Ormrod, 2008). Teori Pembelajaran Pemerhatian Albert bandura (1925 hingga kini) adalah pakar psikologi yang menghubungkan pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Proses peniruan mempunyai empat langkah tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Menurut Choong (2008), manusia belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut. Menurut teori ini, terdapat beberapa cara peniruan yang boleh dilakukan iaitu : 1. Peniruan secara langsung Peniruan secara langsung terjadi apabila seseorang melihat orang lain melakukan sesuatu dan meniru kelakuan itu. 2. Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan Peniruan sekat lakuan ialah peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain manakala Peniruan tak sekat lakuan pula melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi. 3. Peniruan Elisitasi Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan. Dalam proses elitasi seseorang akan terus lakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut.

22

Langkah-Langkah Pembelajaran Peniruan adalah seperti berikut: 1. Tumpuan Perhatian Individu menumpukan perhatian dan memerhatikan perlakuan model berulang kali. 2. Penyimpanan dalam Ingatan Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Pemerhatian perlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya proses mengenkod, menyimpan dan mendekod. 3. Pengeluaran Maklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan. Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat. 4. Motivasi dan Peneguhan Sekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi dan dikukuhkan Model dalam teori Pembelajaran Sosial Bandura dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu : 1. Model Sebenar / Model hidup Model ini merujuk kepada model sebenar atau model langsung seperti tingkah laku manusia, haiwan atau objek yang ditiru.

23

2.

Model simbolik Model simbolik merujuk kepada langkah kerja atau prosedur. Model ini boleh dalam bentuk bahasa atau bentuk visual iaitu seperti gambar, carta aliran atau gambar rajah. Kategori ini juga adalah termasuk watak dalam cerita, tokoh sejarah serta tingkah laku watak-watak yang ditonton dan didengar melalui media dan televisyen.

Implikasi

Teori

Pembelajaran

Sosial

Terhadap

Pengajaran

dan

Pembelajaran Pelajar perlu diberi peluang untuk memerhati dan meniru pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Sebagai guru, kita perlu menjadi teladan yang baik kepada pelajar. Selain itu, persekitaran sosial yang kondusif perlu disediakan agar tingkahlaku yang baik dapat diterapkan dalam kalangan pelajar. Daripada pemerhatian dan peniruan ini, pelajar dapat mempelajari sesuatu dengan mudah dan ringkas.

24

Rujukan Arends, R. I. (1998). Learning to teach (4th ed.). Boston: McGraw Hill. Bransford, J.D. (1979). Human cognition: learning, understanding and remembering. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Co. Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture of learning. Educational researcher (Washington, DC), vol. 18, no. 1. B rown, A.L., et al. (1996). Distributed expertise in the classroom. In: Salomon, G., ed. Distributed cognitions: psychological and educational considerations, halaman 188228. Bond. T.E. (2001). Giving them free rein: Connections in studentled book groups. Reading Teacher, 54(6), halaman 574-584.

25

You might also like