Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Menentukan tarikh uji bakat Penentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap

pelajar yang berminat berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu mendapatkan pelajar yang terbaik dikalangan pelajar . Melaksanakan uji bakat Melaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi dalam nyanyian koir.dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam setiap kumpulan. Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses keseimbangan bunyi sesebuah kumpulan koir. Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari penyanyi secara kumpulan bukan secara solo.

Penyanyi yang telah terbena identiti dan cara nyanyian tersendiri lebih sesuai untuk nyanyian solo , Walaubagaimanapun mereka boleh diasuh untuk bernyanyi secara kumpulan. Warm up perlu dijalankan sebelum uji bakat dilaksanakan agar pelajar telah betul-betul bersedia. Menguji bakat perlu dilakukan mengikut beberapa turutan bagi mempastikan pekara-pekara berikut; Tempo Menyanyi dengan tempo yang tepat amat penting dalam sesebuah kumpulan ensembel . Terdapat aktivitiaktiviti yang dapat membantu mengesan tempo pelajar antaranya ialah; Meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau dinyanyikan. Tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya. Renj Menentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara saperti suara soprano, alto ,tenor . dan bes.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah ; Meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat dilakukan secara lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar misalnya: mainkan satu nada sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan not tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu . Proses ini memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap individu. Tone Suara Tone kualiti setiap individu berbeza-beza dan iaperlu disesuaikan dengan kumpulan kumpulan tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya misalnya terlalau tajam, atau gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan keseluruhan ensembel. Suaranya akan selalu tertonjol menyebabkan imbangan bunyi sukar dilakukan.Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun secara kumpulan.

You might also like