Soalan 7 - Artifak ZMN Logam Prlihtkan Zman Prasej - Lewat

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 45

MOHAMAD HANAFI BIN JAMALUDIN MOHAMAD ISZUDDIN BIN JUMAAT SYAQRONI BIN SAHIMI WAN AIMAN BIN WAN

DIN MUHAMMAD ZULKIFLI BIN AHMAD SITI KHAIRUNNISA BINTI MAHMUD HUSNI NORAFIFAH BINTI MOHD SHUIB NOR HASIKIN BINTI BARDAN SURAYA BINTI AHMAD NURFATIN NAZIRA BINTI MD NOH

Zaman

logam bermaksud masyarakat pada zaman ini telah mula menggunakan peralatan daripada logam.

Zaman Gangsa

Zaman Besi

Zaman Logam

Zaman Gangsa Awal

Zaman Gangsa
Zaman Gangsa Akhir

Bermula

kira-kira 2500 tahun dahulu Terdiri daripada peralatan yang tajam dan kecil seperti mata beliung, mata kapak, mata lembing dan barangbarang perhiasan diri seperti gelang dan anting-anting.

Ciri-ciri

peralatannya lebih besar. Antara contoh-contoh peralatannya ialah gendang gangsa dan loceng gangsa.

Artifak

adalah salah satu sumber data yang digunakan untuk mendapatkan maklumat.

Artifak:

Benda yang ditinggalkan oleh manusia purba

Menurut

Thomas R.Hester : Sesuatu yang dibuat atau diubahsuai oleh manusia misalnya senjata yang dibuat daripada batu.

Karl

Huterer : mengklasifikasikan artifak kepada Artifak maintenan Artifak ekstratif

Artifak maintenan : Alat yang digunakan untuk memotong bahan organik dan membuat alat seperti sumpit yang diperbuat daripada buluh. Artifak ekstratif : Alat-alat yang digunakan secara langsung untuk berburu. Contoh : sumpit

Artifak-artifak

yang ditemui ini memperlihatkan kebudayaan-kebudayaan yang wujud di kawasan Asia Tenggara. : Kebudayaan Tampaniah Kebudayaan Dong Son Kebudayaan Sa Hyun

Contoh

Patung perunggu kebudayaan Dong Son, yang berasal dari Thailand

Merupakan sejenis alat muzik Gendang ini diperbuat daripada gangsa iaitu campuran tembaga, plumbum, saduran timah, besi, zink dan bahan yang tidak dikenali. Diberi nama gendang HEGER sempena nama pengkaji gendang gangsa ini iaitu Franz Heger. Beliau membahagikan kepada 4 jenis iaitu gendang Heger 1 hingga 4. Sarjana Vietnam pula menamakan gendang tersebut sebagai Gendang Dongson sebagai satu daripada bentuk kebudayaan Dongson. Pelbagai istilah telah digunakan untuk gendang gangsa ini seperti Perunggu (Indonesia), Tamra (Jawa), Moko atau Mako (Alor, Indonesia), Gendang Ubon (Laos).

ASAL-USUL GENDANG DONGSON

Bermula pada zaman Neolitik Akhir (sekitar 500 B.C), buktinya melalui galian di Ban Chiang iaitu sebuah perkuburan zaman gangsa.pada tapak perkuburan Neolitik akhir. Di bawa dari daerah IndoChina oleh orang melayu melalui Negara Thailand. Sebelum tersebar dengan meluas, artifak ini dipercayai berasal dari sebuah perkampungan di utara Vietnam iaitu kampung Dongson. Gendang ini turut ditemui di Kepulauan Indonesia, Burma, Malaysia, Laos dan China. Gendang Heger 1 banyak ditemui di kawasan Thailand, Burma, Laos, China, gugusan kepulauan Indonesia dan Semenanjung Malaysia Di Vietnam, bengkel pertukangan gangsa telah ditemui Penemuan dua gendang rosak ditemukan dibawah lapisan perkuburan di kampung sungai Lang, Selangor yang bertarikh antara 500 sm hingga 200 m

Terdapat hubungan antara masyarakat di pesisir pantai, masyarakat di tanah pamah dan di kawasan pedalaman telah wujud sejak Zaman Neolitik lagi. Selangor kaya dengan bijih timah. Logam bijih timah digunakan sebagai campuran dengan logam kuprum dan plumbum untuk menghasilkan produk gangsa.

CARA PENGHASILAN
Perlu mengetahui campuran jenis logam yang sesuai, menyediakan acuan dengn bentuk dan penekap corak serta ukiran-ukiran pola hiasan pada gendang. Suatu kemahiran baru pada masa itu adalah kemampuan menuang peralatan dari logam. Teknik melebur logam merupakan teknik yang tinggi, kerana pengetahuan semacam itu belum dikenal dalam masa sebelumnya. Logam perlu dipanaskan hingga mencapai titik lebur, kemudian baru dicetak menjadi bermacam-macam jenis alat atau benda lain yang diperlukan.

Teknik pembuatan benda gangsa ada dua macam iaitu dengan cetak setangkup (bivalve) dan cetak lilin (a cire perdue). Cetakan setangkup, iaitu cara menuangkan dengan kita membuat, cetakan dari batu misalnya, yang terdiri daripada dua bahagian yang dapat di tangkupkan (dikatupkan) seperti kulit tiram. Teknik ini dilakukan untuk benda-benda yang tidak mempunyai bahagian-bahagian yang menonjol. Tuangan untuk seperti ini boleh digunakan untuk beberapa kali.

Teknik a cire perdue digunakan untuk benda-benda yang berbentuk dengan ada bahagian yang menonjol, contohnya arca, kapak gangsa. . Caranya ialah, pertama mula-mula dibuat model benda dari lilin yang dikehendaki. Kemudian , seluruh model dari lilin itu kemudian dilapisi dengan tanah liat yang tahan api. Lapisan tanah liat di bahagian atas dibuat semacam corong dan dibahagian bawah diberi lubang. Kemudian seluruh model yang berlapis tanah liat itu dibakar lilin meleleh dan mengalir melalui saluran yang telah dibuat. Selepas itu,dari corong tadi dituangkan cecair gangsa. Setelah cecair gangsa membeku dan dingin, maka lapisan tanah liat itu padat dan pecah, sehingga kita memperolehi benda cetakan dari gangsa.

CIRI-CIRI

Diperbuat daripada campuran gangsa, tembaga timah plumbum tanah liat dan lilin. Cth: Burma, cara pembuatan menggunakan teknik lilin hilang. Dihiasi dengan lukisan pemandangan daripada dunia sekitar mereka Terdapat pola-pola hiasan seperti corak manusia, haiwan, flora dan geometri Terdapat juga perhiasan berbentuk natural cthnya: di Kampung Sg. Lang, Selangor gendang yang dijumpai mempunyai corak 4 ekor katak. Barangan yang bernilai tinggi dan hanya layak dimiliki oleh golongan atasan atau kaya Mempunyai 3 komponen utama iaitu timpanum, badan dan kaki. Cth: di Sg. Sedu dijumpai timpanum gendang yang mempunyai pola hiasan zoomorfik iaitu seekor burung sedang terbang melawan arah jam dan mengelilingi pusat bidang pukul.

KEGUNAAN

Sebagai penunjuk kepada sistem sosial seseorang kerana artifak ini digunakan sebagai hadiah kepada penguasa tempatan atau raja. simbol kepercayaan melalui gambar yang diukir di gendang gangsa tersebut. Cth: haiwan-katak;semangat memanggil hujan perahu;pertandingan perahu serta perayaan air dan hujan. Sebagai barang dagangan Sebagai alat ketika pemujaan cth: di daerah Vietnam gendang Rain Drum dimainkan untuk memohon hujan Sebagai alat muzik ketika upacara hiburan Sebagai alat memberi amaran perang. Menggambarkan kebudayaan (Dongson) Ditanam bersama-sama mayat

GENDANG DONGSON

CORAK HAIWAN

RAIN DRUM

CORAK PELAYARAN

Nekara perunggu dari Dong Son, Vietnam

Penggunaan loceng gangsa dipraktikkan oleh pemimpin tempatan di Klang dan juga dijumpai di Muar sebagai perlambangan kekuasaan dan digunakan secara bersamaan dalam kehidupan harian sekitar 100 Masihi. Tiada bukti kukuh yang mengatakan bahawa artifak ini berasal daripada Semenanjung Malaysia. Bukti-bukti yang ada lebih menunjukkan kesemuanya wujud di negara ini kerana dibawa dari luar ekoran daripada aktiviti perdagangan.

CIRI-CIRI
Bahagian badannya adalah berbentuk silinder dan memanjang hingga ke bahagian tapaknya. Kadar kelebaran mulut loceng adalah hampir sama dengan ukuran kelebaran bahagian badan loceng. Bahagian mulut loceng terletak di bahagian bawah atau di sebelah hujung bahagian badannya. Ciri-ciri ini berbeza daripada loceng biasa.

Kadar kelebaran mulut loceng gangsa biasa lazimnya lebih besar sedikit berbanding dengan bahagian kepala yang kadang kala dikenali juga mahkota. Bahagian kepala loceng gangsa ini agak terasing; kelihatan dipisahkan oleh satu lekukan yang seolah-olah menjadi sempadan yang memisahkan antara bahagian badan dan bahagian kepalanya.

Loceng gangsa yang ditemui di Klang berjumlah tiga kesemuanya dan loceng gangsa bersaiz besar yang ditemui di Klang, mempunyai tiga pola hias utama iaitu, pertama garis geomatik pada bahagian badan, kedua, seakan huruf S pada bahagian badan dan ketiga adalah pola hias yang menyerupai bentuk bersegi tiga yang disusun dalam tiga tingkat pada bahagian kaki. Sementara pada bahagian mulut loceng gangsa, tidak terdapat sebarang pola hias, melainkan lubang kecil yang berfungsi sebagai tempat untuk loceng ini digantung pada bahagian leher gajah.

KELIHATAN KELOK ATAU LANGGAM HIASAN YANG HAMPIR MENYERUPAI HURUF S

Bukti-bukti sejarah memang menunjukkan berlaku aktiviti perdagangan antara Tanah Besar Asia Tenggara, iaitu Vietnam dan Kemboja, dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Asia Tenggara, selewat-lewatnyasejak abad ke-2 Masihi. Misalnya, menurut W. Linehan (1951), penyebaran kebudayaan Gangsa-Besi di Semenanjung Tanah Melayu adalah melalui kerajaan Funan antara 3 SM hingga abad pertama Masihi. Sebaliknya, kerajaan Funan pula menerima tempias kebudayaan Dongson sama ada melalui bahagian utara Annam, Tongkin atau pesisiran pantai China.

LOCENG YANG DI JUMPAI DI KLANG

LOCENG YANG DI JUMPAI DI KEMBOJA

PADA HARI INI, LOCENG YANG TELAH DIJUMPAI DI KLANG TELAH DILETAKKAN DI BRITISH MUSEUM, LONDON

BELLWOOD MENCATATKAN: LEFT AND CENTER : BRONZE BELLS FROM KLANG, SELANGOR (CENTER) SPECIMEN IS 56.6 CENTIMETERS HIGH). FROM LOEWENSTEIN 1956: RIGHT: BRONZE BELL 58 CENTIMETERS HIGH FROM KAMPONG PENCU, JOHOR

Zaman logam seiring dengan kemunculan teknologi pembuatan peralatan yang lebih baru. Zaman ini memperlihatkan satu kerja yang datangnya dari wilayah-wilayah yang bertamadun lebih awal seperti China, India dan Vietnam. Kebudayaan gangsa wujud sebelum kebudayaan besi. Artifak-artifak gangsa yang telah ditemui menjelaskan kebudayaan manusia prasejarah di Asia Tenggara.

Kawasan

Thailand tengah dan timur laut memiliki bukti awal tentang pembuatan gangsa Jenis-jenis gangsa yang ada sebelum 500 S.M. terdiri daripada kapak corong, ujung tombak, sabit, corong, ujung tombak bertangkai dan mata panah serta artifak kecil seperti pisau, kail dan gelang. Di Vietnam pula terdapat dua kebudayaan gangsa iaitu Dong Son dan Sa Huynh

Artifak logam bercorak Dong Son adalah logam antara yang terawal yang dijumpai di Asia Tenggara. Muncul antara 500-300 S.M. Pelbagai artifak gangsa jenis Dong Son dijumpai di tapak Dong Son sendiri dan kubur di Vietnam Khe, Lang Ca dan Lang Vee. Kapak merupakan salah satu jumpaan yang telah ditemui. Budaya Sa Huynh terlibat dalam penyebaran teknikteknik pembuatan khususnya besi ke kepulauan Asia Tenggara

Kapak Corong

Ia bermula di Vietnam selatan dan diamalkan oleh orang-orang Cham. Himpunan budaya Sa Huynh terdapat di tapak-tapak kubur tempayan ( mayat dimasukkan dalam tempayan besar ). Kebudayaan ini dipercayai dibawa oleh penduduk Cham daripada Borneo dan semenanjung Malaysia. Ia berdasarkan kepada bentuk-bentuk perkuburan yang terdapat di Gua Niah dan Tabon Kapak juga merupakan salah satu alatan yang dijumpai dalam budaya ini. Tapak-tapak Sa Huynh menunjukkan wujudnya penggunaan peralatan besi yang lebih banyak berbanding dengan Dong Son.

Kebanyakkan kapak yang ditemui diperbuat daripada logam, besi, gangsa dan tembaga.

<<<<<< Kapak-kapak perunggu dari Jawa dengan bahagian corong berbentuk ekor burung layang-layang Penggunaan kapak corong adalah sama dengan kapak batu. Ia mempunyai bentuk seakan-akan kasut.

Di Indonesia telah dijumpai artifak canderosa yang berfungsi sebagai tanda kebesaran kepala suku dan alat dalam upacara keagamaan

KAWASAN JUMPAAN
Ia dijumpai dibeberapa lokasi di Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, China, Laos, Malaysia dan Indonesia.

Penemuan acuan untuk membuat kapak gangsa di Gua Harimau, sisa-sisa cetakan yang digunakan untuk membuat kapak tembaga di Kepulauan Jawa dan Filipina.

KEGUNAAN KAPAK

Ritual - untuk melakukan upacara pemujaan yang mengamalkan kepercayaan anismisme seperti penemuan artifak Gendang Raindrum untuk memohon diturunkan hujan selain itu alat kapak candrosa juga digunakan untu upacara keagamaan dan alat kebesaran Sebagai alatan kegunaan aktiviti harian. Alat untuk perdaganggan.

Candrosa

Penyebaran peralatan dan teknologi gangsa dari luar ke Kepulauan Asia Tenggara yang cepat telah membawa kepada munculnya pusat pembuatan logam setempat. Beberapa tapak di Pulau Jawa Sabah dan Kepulauan Talaud dijumpai alat untuk membuat cetakan pada kapak tembaga dan gangsa. Mata Kapak gangsa merupakan salah satu artifak yang dijumpai selain daripada gendang gangsa, loceng gangsa, mangkuk gangsa yang kebanyakannya ditemui di kawasan sungai dan persisiran pantai yang merupakan tapak perdagangan. Bukti-bukti ini adalah cukup kuat membuktikan bahawa wujudnya industri percetakan logam di Asia Tenggara.

Budaya pemakaian besi yang banyak (perhiasan ) adalah menggambarkan kebudayaan Sa Huynh pada prasejarah lewat di Asia. Contohnya : Gelang, Loceng , Manik emas dan Perak. Kebanyakan perhiasan terdiri daripada manik kaca , dari batu Agate bergaris-garis dan berbagai manik carnelian ( bundar, berbentuk cerutu @ berfaset) yang berasal dari India . Manik Carnelian adalah bertarikh 1200-800 SM( di kawasan Muang Thai Tengah ) dan 700 500 SM ( di Nil Kham Heng

ALAT BATU PERHIASAN


Gelang Cincin Batu

rantai (manik batu)

Tapak Gua Cha, Jenderam Hilir, Khok Phanom Di, Ban Chiang, Non Nok Tha, Sai Yok dll.

CONTOH PERHIASAN
Anting anting batu yang berbentuk separuh bulat . kebanyakan di jumpai Gua Tabon , dan Palawan .

Berbentuk kepala @ puncak dan gegelung Kebanyakan dijumpai berbentuk gangsa Terdapat beberapa cincin gangsa dijumpai bersama gigi manusia yang di kawasan timur laut seperti di Wang khon dan Ban Na Lao di daerah U-Thong Manik telah di temui berteraburan bersama gigi manusia . Ianya tidak ketara sekiranya tidak berbentuk rangkaian . kebanyakan berbentuk berlubang dan mempunyai ukuran saiz 0.25 0.55 CM kebanyakan manik di temui berhampiran tapak di kawasan Phu Nam Khang dan Hua Tha- Le

Artifak

zaman logam sememangnya memperlihatkan kebudayaan prasejarah lewat. Terdapat dua budaya besar yang wujud pada zaman prasejarah lewat iaitu budaya Dongsun dan budaya Sa Huynh. Daripada artifak-artifak yang ditemui memperlihatkan budaya tersebut. Artifak-artifak ini diperbuat daripada gangsa, timah, logam dan juga aluminium.

You might also like