Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pemerhatian Semasa aktiviti pengumpulan data saya telah menggunakan kaedah pemerhatian.

Kaedah pemerhatian telah saya praktikan dan amatlah sesuai untuk digunakan apabila berada di dalam kelas untuk mengambil pengalaman bagaimana guru mengajar. Kaedah ini telah banyak membantu dalam pengumpulan maklumat yang saya perlukan. Selain itu, pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani di sekolah. Namun begitu, kaedah ini turut diguna pakai semasa meninjau kawasan sekolah, kemudahan yang terdapat di kawasan sekolah dan sebagainya. Walaupun begitu kaedah ini tidak dapat membantu untuk mendapatkan maklumat secara menyeluruh dengan memerhati sahaja. Kaedah seperti temu bual juga harus digunakan agar maklumat hasil daripada kaedah memerhati itu adalah benar.

Kaedah Temu Bual Kaedah temubual telah saya jalankan bersama guru-guru di sekolah tersebut. Maklumat yang diperlukan lebih mudah didapati. Melalui kaedah ini banyak persoalan yang saya ajukan kepada guru antaranya proses pengajaran Pendidikan jasmani juga. Semua maklumat yang diperolehi telah dicatat di dalam buku. Di samping itu, temu bual juga dilakukan dengan kakitangan sekolah serta murid-murid. Banyak maklumat yang penting hasil daripada kaedah ini. Semasa menjalankan kaedah temubual tersebut juga maklum balas yang baik dapat dilihat apabila mereka tidak ringan mulut untuk disoal. Secara keseluruhannya, proses mendapatkan maklumat berdasarkan kaedah temubual ini adalah sangat berjaya.

You might also like