Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERATURAN TIMANG-TIMANG TAKRAW KATMO 2013 MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SELANGOR 1. NAMA KEJOHANAN 1.

1 Kejohanan ini dinamakan PERMAINAN TIMANG-TIMANG TAKRAW KATMO MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SELANGOR 2. ACARA 2.1 Kejohahan ini mengandungi acara: 2..1.1. Pertandingan antara regu bawah 10 tahun. 3. PENGURUSAN 3.1. Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor. 3.2. Urusan pengelolaan diuruskan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah yang dilantik sebagai pengelola. 4. PERATURAN 4.1. Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Timang-Timang Takraw KATMO Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor yang berkuatkuasa pada masa ini. 4.2. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan ini atau Undang-Undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 4.2.1. Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSS 4.2.2. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa pengelola. 4.3. Semua keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD. 5. PENYERTAAN 5.1. Pertandingan Antara Regu: 5.1.1. Dua regu bawah 10 tahun dan tiap-tiap regu terdiri daripada 5 pemain iaitu 3 pemain utama dan 2 pemain simpanan. 5.2. Kelayakan Umur: 5.2.1 Pelajar-pelajar yang lahir pada 1 Januari 2012 dan selepasnya. 6. SISTEM PERTANDINGAN( Berdasarkan kesesuaian ) 6.1. Pertandingan Antara Regu Bawah 10 tahun: 6.1.1. Pertandingan dijalankan secara liga dalam 4 kumpulan, Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir. 6.1.2. Pertandingan Suku Akhir ( Kalah singkir) 6.1.2.1. Johan Kumpulan A bertemu Naib Johan Kumpulan B, Johan Kumpulan B bertemu Naib Johan Kumpulan A, Johan Kumpulan C bertemu Naib Johan Kumpulan D, Johan Kumpulan D bertemu Naib Johan Kumpulan C. 6.1.3. Separuh akhir : Pemenang Peringkat Suku Akhir 6.1.4. Akhir : Pemenang Peringkat Separuh Akhir. I

7. MENARIK DIRI 7.1. Regu atau pasukan yang lewat 15 minit daripada masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasabah akan dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan. 7.2. Menarik diri ( walk over ) tidak dibenarkan. Jika berlaku maka regu yang berkenaan akan dihukum menarik diri daripada keseluruhan kejohanan. 7.3. Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu ( sistem liga sahaja ) tidak akan diambil kira bagi regu yang menarik diri. 8. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN 8.1. Semua pengadil dan penjaga garisan yang bertugas di kejohanan ini dilantik oleh Pengerusi Teknik Sepak Takraw MSSS melalui Pengerusi Pengadil MSSS. 9. PENGGANTUNGAN 9.1. Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan dari gelanggang oleh pengadil, maka dengan serta merta digantung bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga AJK Tatatertib membuat keputusan 10. BANTAHAN 10.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan sahaja secara bertulis kepada Juri Rayuan tidak lewat daripada 30 minit selepas perlawanan berkenaan tamat. 10.2. Tiap-tiap bantahan / rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja ) 10.3. Wang pertaruhan ini akan luput jika bantahan / rayuan itu didapati tidak wajar. 11. JAWATANKUASA TATATERTIB 11.1. Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa 1 jam setelah menerima laporan daripada Pengadil atau Pegawai Pertandingan dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil daripada para 9.1

12. JURI RAYUAN 12.1. Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 2 jam setelah menerima bantahan/rayuan yang dibuat oleh regu / pasukan dan akan menyampaikan eputusan kepada Ahli Jawatankuasa Pengelola untuk diumumkan. 12.2. Juri Rayuan terdiri daripada: 12.2.1. Pengerusi Kejohanan 12.2.2. Pengerusi Teknik 12.2.3. Pengerusi Pengadil 12.2.4. 2 orang Pengurus Pasukan yang berkecuali.

13. AM 13.1. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan AM ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang berkenaan, semua keputusan yang telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Kerja MSSM atau ahli Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD. II

You might also like