RPH Pam

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PROFIL KELAS Mata Pelajaran: Topik : Sub topik: Unit: Tingkatan: Bilangan Pelajar: Masa: Pengajian Am, Penggal

1. Bab 2 (Malaysia Kekal Berdaulat) 2.3 Tadbir Urus Negara Sistem Pentadbiran Negeri dan Kerajaan Tempatan 6 Semarak 23 orang 8.40 am 9.20 am (40 minit)

Objektif / Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat: 1) Kognitif : i. ii. iii. iv. Menyenaraikan unit-unit pentadbir yang terlibat dalam sistem pentadbiran negeri di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Melabelkan fungsi bagi setiap peringkat pentadbiran negeri seperti bahagian, daerah, mukim dan kampung. Menganalisis konsep dan fungsi Kerajaan Tempatan. Menyenaraikan undang-undang berkaitan Kerajaan Tempatan.

2)

Afektif i. ii. Pelajar menerangkan semula struktur pentadbiran peringkat negeri dan tempatan di hadapan kelas semasa sesi pembentangan. Pelajar menunjukkan keyakinan dengan mengangkat tangan apabila ditanya soalan oleh guru.

3)

Psikomotor i. ii. iii. Pelajar membentuk kumpulan-kumpulan kecil dan bekerjasama menyelesaikan tugasan yang diarahkan guru. Pelajar membina rajah sistem pentadbiran negeri di atas kertas mahjung. Membina jadual Undang-Undang Berkaitan Kerajaan Tempatan bersama rakan kumpulan.

Pengetahuan Sedia Ada: Strategi: Kaedah: ABM: KBKK:

Pelajar-pelajar telah mengetahui tentang sistem kerajaan pusat. Berpusatkan guru, pelajar dan bahan. Tayangan slide show, penerangan, simulasi, perbincangan dan pembentangan kumpulan, dan soal jawab. Kertas Mahjung, Soalan Kuiz, Power Point, Pen Marker, Soalan Latihan, Nota, Papan Putih. Menjana idea, membentuk kefahaman, mengenal pasti, membezakan dan membuat rumusan.

Langkah/ Masa Pendahuluan (2 minit)

Isi Pengajaran Doa belajar

Aktiviti Guru Guru meminta pelajar membaca doa belajar Guru bertanya kepada pelajar pengetahuan asas mereka terhadap sistem pentadbiran negeri terutamanya di peringkat kampung. (merangsangkan kecerdasan intrapersonal, interpersonal dan juga linguistik yang dimiliki oleh pelajar) Guru menayangkan slide show berkaitan dengan susunan peringkat pentadbiran negeri dan memberi ulasan ringkas. Guru menerangkan fakta berkaitan tajuk hari ini serta mengapa tajuk ini dipelajari.

Aktiviti Pelajar Semua pelajar membaca doa belajar Pelajar akan memberi jawapan terhadap soalan yang ditanya oleh guru. (merangsangkan kecerdasan intrapersonal dan interpersonal yang dimiliki oleh pelajar) Pelajar merujuk buku teks. Pelajar mendengar penerangan guru dengan teliti. Pelajar menghafal susunan pentadbiran negeri.

Strategi/ Kaedah/ ABM/ Nilai/ KBKK Nilai : Mematuhi arahan guru Menjana idea. Keyakinan dan keberanian

Set Induksi (2 minit)

Memberi pendedahan awal tentang sistem pentadbiran negeri dan tempatan . Asas pentadbiran negeri, - Bahagian - Daerah - Mukim - Kampung

Pendekatan: Berpandukan guru, pelajar dan bahan Kaedah : Berpusatkan guru ABM: Buku Pengajian Am dan Power Point Nilai: Menghormati guru, penumpuan dan pemahaman. KBKK: Berfikir untuk menjana idea dan menghubungkaitkan dengan pembelajaran

Langkah 1 (15 minit)

Penerangan Tajuk Pengajaran secara terperinci: - Sistem kerajaan negeri Sabah - Sistem kerajaan negeri Sarawak - Sistem kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia - Ciri-ciri kerajaan tempatan.

Guru memberi penerangan ringkas tentang tajuk pengajaran dan memberi fakta yang tepat. Guru meminta pelajar menggariskan isi penting dalam buku teks. Guru bertanya kepada pelajar yang kurang faham.

Pelajar mendengar penerangan daripada guru Pelajar menggariskan isi penting. Pelajar mencatat maklumat tambahan yang diterangkan oleh guru. Pelajar bertanya soalan.

Pendekatan: Berpusatkan guru, pelajar dan bahan Kaedah: Perbincangan, penerangan ABM: Buku buku rujukan/teks Pengajian Am, Power Point. Nilai: Menghormati guru, dan patuh pada arahan KSSM: Berfikir untuk menjana idea

Langkah 2 (4 minit)

Guru menerangkan isi yang terkandung dalam Undang-Undang Kerajaan Tempatan - Secara Langsung - Tidak Langsung - Undang-Undang Kecil.

Guru menerangkan akta-akta yang berkaitan seperti akta kerajaan tempatan, akta kawalan sewa, akta pemaju perumahan dan akta keselamatan.

Pelajar dapat memahami perkara-perkara yang termaktub dalam undang-undang berkaitan kerajaan tempatan.

Pendekatan: Berpusatkan pelajar, guru, dan bahan Kaedah: Pemerhatian, penerangan ABM: Buku pengajian Am Nilai : Menghormati guru dan berkeyakinan KSSM: Kefahaman dan menjana idea

Langkah 3 ( 13 minit)

Aktiviti di dalam kumpulan

Guru mengagihkan kelas kepada 5 kumpulan Guru mengagihkan tajuk perbincangan Guru meminta kumpulan pelajar tersebut membina peta minda bagi tajuk yang diberi. 1) Struktur pentadbiran kerajaan negeri Sabah 2) Struktur pentadbiran kerajaan negeri Sarawak. 3) Struktur kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia. 4) Bidang kuasa Kerajaan Tempatan. 5) Undang-undang berkaitan dengan kerajaan tempatan. Guru meminta rakan-rakan mereka bertanya soalan semasa pembentangan.

Pelajar membina peta minda dan rajah yang menarik bersama ahli kumpulan. Pelajar membentangkan hasil kerja di hadapan kelas secara bergilir bagi 5 kumpulan. Berlaku sesi soal jawab. Pelajar menjawab soalan rakan-rakan.

Pendekatan: Berpusatkan guru, pelajar dan bahan Kaedah: Perbincangan dalam kumpulan ABM: Soalan, marker pen, buku perlembagaan Persekutuan, buku teks/rujukan Pengajian Am, kertas mahjung. Nilai: Bekerjasama, bertanggungjawab dan patuh pada arahan KSSM: Berfikir dan membentuk kefahaman

Penutup (4 minit)

Rumusan Dan Refleksi Mengimbas kembali pelajaran dan kesimpulan pengajaran.

Guru membuat kesimpulan bahawa Sistem kerajaan negeri dan kerajaan tempatan saling berkaitan. Guru memilih beberapa orang pelajar untuk ditanya soalan.

Pelajar memberi respond terhadap soalan guru dan mendengar penjelasan guru terhadap kesimpulan pengajaran.

Pendekatan: Berpusatkan guru dan pelajar Kaedah: Merumus, menyoal. Nilai: Menghormati guru, pemahaman, bertanggungjawab KSSM: Berfikir dan 6 membentuk kefahaman

Ulasan Pensyarah/ Guru Pembimbing Refleksi Guru

You might also like