Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2.3 MEMPROMOSI JUALAN

b. Promosi melalui poster Aras 1 Mengenal pasti maklumat yang perlu ada dalam poster

- Maklumat yang perlu ada dalam poster ialah barangan, tempat, tarikh, masa dan harga Mengenal pasti ciri poster yang baik - Ciri poster yang baik: Reka bentuk yang menarik dan kreatif dari segi pemilihan perkataan, warna dan saiz huruf yang sesuai

Aras 2 Menghasilkan poster untuk mempromosi barang

- Membuat poster berpandukan barang yang dihasilkan - Mengenal pasti tempat yang sesuai untuk mempamerkan poster

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


2.3 MEMPROMOSI JUALAN Mengenal pasti maklumat yang perlu ada dalam poster Mengenal pasti ciri poster yang baik
Poster adalah salah satu cara untuk mempromosi barang yang hendak dipasarkan. Poster boleh dipaparkan di atas lembaran kertas, kain, kepingan logam atau papan yang dapat menarik perhatian orang ramai dalam bentuk cogan kata dan grafik. Mengenal pasti maklumat yang perlu ada dalam poster Antara maklumat yang perlu ada dalam poster ialah : 1. Barang atau perkhidmatan. 2. Lokasi atau tempat. 3. Tarikh dan masa perniagaan. 4. Harga barang yang ditawarkan.

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


2.3 MEMPROMOSI JUALAN Mengenal pasti maklumat yang perlu ada dalam poster Mengenal pasti ciri poster yang baik
Mengenal pasti ciri poster yang baik Poster merupakan satu bentuk pengiklanan, dengan tujuan untuk menarik pelanggan. Berikut adalah ciri poster yang baik : 1. Pemilihan perkataan atau cogan kata yang sesuai dan mudah difahami 2. Kombinasi warna yang menarik. 3. Saiz huruf yang jelas dan mudah dibaca. 4. Penggunaan unsur ICT(Teknologi Maklumat dan Komunikasi) adalah digalakkan. 5. Susun atur maklumat yang kemas dan menarik Menghasilkan poster untuk mempromosi barang 1. Merancang poster untuk mempromosikan barang yang akan dijual. 2. Sediakan bahan yang hendak digunakan. 3. Tentukan cogan kata dan gambar atau lukisan yang sesuai untuk dimuatkan dalam poster. 4. Buat poster yang telah dirancang. 5. Bincangkan kelebihan dan kelemahan poster yang telah dihasilkan.

You might also like