Definisi Pentaksiran

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 Definisi pentaksiran

Pentaksiran berasal daripada perkataan Greek Assidere yang bermaksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon dangan apa yang dimaksudkan. Persoalannya, apakah maksud pentaksiran? Pentaksiran mengikut Dodge et. al. (1994) merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanakkanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Menurut beliau lagi penilaian yang berterusan yang berlaku dalam bilik darjah mampu memberikan gambaran yang lebih tepat, bermakna tentang keupayaan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Namun begitu kebanyakan pendidik pendidikan awal kanak-kanak masih menggunakan cara kebiasaan dalam menilai perkembangan kanak-kanak seperti ujian bertulis, senarai semak, dan anekdot.

Pentaksiran memberi tumpuan terhadap pembelajaran individu, persekitaran pembelajaran, institusi terlibat atau sistem pembelajaran ataupun pendidikan secara amnya (Azizi, 2010). Ini bermaksud pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian.
1

Kesimpulannya,

pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan,

kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. Ia merupakan satu proses dokumentasi yang melibatkan pengistilahan pengukuran tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan.

2.0 Konsep Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat seterusnya membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan. Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut.

Dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

di

universiti,

kewujudan

ciri

penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran.

Melalui

pentaksiran

yang

dijalankan, guru

dapat

merancang

aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar
2

murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.

Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. Seterusnya ialah kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Manakala yang ketiga ialah kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian. Seterusnya pula ialah menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.

Pentaksiran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru,
3

seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat. Akhir kata, pentaksiran bukan sahaja meliputi pembelajaran yang

menggunakan kaedah traditional seperti kertas dan pensel, malah pentaksiran sepatutunya digunakan untuk menilai secara holistik dari semua aspek. Oleh itu, untuk melaksanakan pentaksiran yang berkesan adalah sangat sukar. Pelaksanaannya hendaklah secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari dan yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis.

3.0 Kajian Kes i) Pentaksiran 'Kesediaan' di Prasekolah : Isu, Cabaran dan Amalan, Mohamed Ayob, (2012) Kajian ini bertujuan untuk menemukan sejauh mana para guru prasekolah memahami dan menguasai maklumat berhubungkait dengan pentaksiran, yakni pentaksiran kesediaan kanak-kanak prasekolah dan instrumen pentaksiran. Kajian ini telah dijalankan ke atas 35 sampel yang terdiri daripada guru-guru prasekolah di daerah Klang, Selangor. Instrumen yang digunakan ialah soalselidik.

ii) Teachers Judgements of Students Early Literacy Skills Measured by the Early Literacy Assessment : Comparisons of Teachers with and Without Assessment Administration Experience, Begeny and Buchanan, (2010), USA Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana guru menilai literasi awal kanakkanak dengan menggunakan pentaksiran yang betul. Kajian ini turut membandingkan antara guru yang telah mempunyai pengetahuan tentang
4

pentaksiran dan juga guru yang tidak mempunyai pengetahuan

tentang

pentaksiran. Kajian ini digunakan dalam menilai tahap kemajuan kanakkanak dalam ujian standard Early Literacy Sxkills Assessment (ELSA) yang dilaksanakan di Amerika Syarikat bagi kanak-kanak berusia 4 - 6 tahun.

4.0 Isu-isu Yang Dibincangkan i) Guru tidak mempunyai pengetahuan tentang pentaksiran. Ini kerana guru prasekolah tidak ditekankan tentang pentaksiran dalam pendidikan awal kanak-kanak ketika di persediaan menjadi guru lagi. Mereka hanya di dedahkan dengan pentaksiran secara pensil dan kertas (ujian) yang sebenarnya tidak bersesuaian dengan matlamat pendidikan prasekolah kebangsaan iaitu untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan. Guru-guru yang berpengalaman turut tidak menggunakan pentaksiran dengan menggunakan instrumen yang betul menyebabkan guru-guru baru tidak mempunyai tempat rujukan. ii) Guru tidak mempunyai pengalaman dalam menggunakan instrumen pentaksiran. Kebanyakkan guru prasekolah didapati tidak menggunakan instrumen yang sedia ada mahupun membina instrumen yang lain bagi menilai hasil kerja kanak-kanak. Selain itu, guru juga jarang menggunakan instrumen pentaksiran menyebabkan mereka tidak mahir dalam menilai tahap perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. iii) Guru tidak tahu bagaimana menyediakan instrumen. Pentaksiran boleh dilaksanakan di dalam atau luar bilik darjah dan sama ada secara formal atau tidak formal. Justeru, guru perlu meneliti dan memahami apa yang ingin dinilai kepada murid agar dapat menyediakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan dapat mengukur kemahiran murid. Sebagai contohnya jika ingin menilai tahap kepantasan IQ dan pemahaman murid dalam aktiviti sains, walaupun ia berbentuk fakta, guru boleh menghasilkan instrumen pentaksiran mengikut kreativiti guru. Guru juga perlu mempelbagaikan instrumen mengikut kesesuaian dan prestasi murid. Misalnya jika seorang guru hendak memastikan sejauh mana muridnya boleh memahami konsep alam semula jadi atau alam sekitar, guru boleh
6

mengujinya melalui aktiviti lisan. Guru juga boleh membuat aktiviti di hadapan kelas menggunakan instrumen tertentu meminta murid menulis langkah satu persatu mengikut tertib bagi menentukan langkah untuk melihat sesuatu proses kejadian. Begitu juga untuk mata pelajaran Pendidikan Islam, contohnya boleh mengambil wuduk dengan betul guru boleh membawa murid ke paip air, kemudian minta murid mengambil wuduk mengikut cara yang betul. Semasa murid melakukan amali mengambil wuduk tersebut, guru memerhati dan menilai sama ada murid tersebut benar-benar boleh mengambil wuduk dengan betul. Jika semasa menilai itu, guru melihat ada yang tidak betul, guru boleh membimbing murid melaksanakannya dengan betul.

iv) Guru tidak mempunyai kemahiran dalam mentafsir hasil pembelajaran yang bukan kognitif. Jika pentaksiran yang sistematik hanya dilakukan pada satu-satu aspek tertentu sahaja, contohnya aspek kognitif dinilai melalui pentaksiran, maka aspek itulah kelak yang akan menjadi fokus dan strategi pengajaran (Meisels, 1995). Aspek yang tidak dinilai akan diberi perhatian superficial atau secara tidak mendalam. Sekiranya ini berlaku, falsafah pendidikan yang seringkali merujuk kepada perkembangan keseluruhan individu seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi tidak relevan. Jikalau guru tidak mempunyai kemahiran mentaksir hasil pembelajaran lain, jadi ini bermakna dia gagal memberi perhatian kepada hasil pembelajaran lain. Justeru itu, pembentukan seorang kanak-kanak yang seimbang dari semua aspek tidak dapat dipenuhi.

5.0 Standard umum yang perlu dikuasai oleh guru dalam membuat pentaksiran i. ii. iii. Kemahiran guru dalam membina kaedah pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pengajaran. Kemahiran guru dalam membina kaedah pentaksiran yang sesuai untuk buat keputusan berkaitan dengan pengajaran. Kepakaran dan kemahiran guru dalam mentadbir, menskor dan mentafsir hasil-hasil pentaksiran yang dihasilkan oleh kedua-dua, sama ada kaedah pentaksiran oleh pihak luar atau ujian buatan mereka sendiri. Sama ada mahir menganalisis markah sahaja. iv. Kemahiran dalam menggunakan hasil pentaksiran apabila membuat keputusan mengenai pelajar secara individu, perancangan mengajar, membina kurikulum dan penunjuk sekolah. v. vi. vii. Kemahiran membina prosedur penggredan murid yang sah menggunakan hasil pentaksiran yang dijalankan ke atas murid. Kemahiran sampelkan maklumat kepada murid, guru, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan. Kemahiran mengenal pasti kaedah pentaksiran dalam penggunaan maklumat pentaksiran yang tidak beretika, dan menyalahi peraturan yang mana ia tidak sesuai dilakukan.

6.0 Cara Penambahbaikan

Guru prasekolah haruslah diberi pengetahuan dan kefahaman tentang perubahan dan penambahbaikan terhadap sistem pentaksiran prasekolah. Sekiranya usaha-usaha tidak diambil untuk menyelesaikan masalah kesediaan guru dalam pengendalian pentaksiran prasekolah, aspirasi Kementerian Pelajaran dalam pelaksanaan pentaksiran prasekolah tidak akan berjaya.

Bagi melaksanakan pentaksiran prasekolah ini secara berterusan, guru-guru prasekolah harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pengukuran
8

dan penilaian. Selain itu, guru-guru prasekolah juga haruslah sentiasa bersedia untuk melaksanakannya dengan penuh bertanggungjawab kerana hasil daripada pentaksiran prasekolah ini akan melibatkan masa depan dan pendidikan kanakkanak. Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, yang menjadi asset negara dan penyumbang nadi pembangunan negara pada masa hadapan.

Taklimat yang disampaikan kepada guru prasekolah harus diselaraskan oleh KPM. Ini kerana salah satu punca yang menyebabkan guru prasekolah tidak bersedia untuk pelaksanaan pentaksiran prasekolah adalah penyampaian yang kurang jelas dan menggelirukan. Taklimat dan pendedahan tentang pentaksiran prasekolah yang dilakukan secara berperingkat telah menimbulkan banyak masalah seperti ditokok tambah, salah tafsir dan sebagainya. Oleh itu, KPM harus menyelaraskan taklimat pentaksiran prasekolah dengan rakaman video dan disampaikan ke setiap prasekolah. Dengan ini, semua guru prasekolah akan mendapat taklimat yang sama dan rakaman tersebut boleh diputar balik untuk didengar banyak kali.

Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama Jurulatih Utama pentaksiran prasekolah dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor. Pementoran pentaksiran prasekolah adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru prasekolah untuk melaksanakan pentaksiran ditetapkan. prasekolah mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang

Sesetengah guru prasekolah juga mempunyai pengetahuan yang terhad dalam aspek pentaksiran dan penilaian perkembangan kanakkanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yang berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Jadi, guru prasekolah perlu sentiasa didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian dari segi teori dan pratikal seperti rekod anekdot, senarai semak, rekod berterusan yang dapat menjamin bakal guru prasekolah faham bentuk pentaksiran yang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan ujianujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanakkanak.

Pemantauan adalah proses memastikan pelaksanaan pentaksiran prasekolah mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Pemantauan boleh dilakukan oleh Jemaah Nazir, Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan sebagainya. Dengan mengadakan pemantauan ke atas pelaksanaan pentaksiran prasekolah, isu-isu integriti yang timbul antara guru-guru prasekolah dapat diatasi atau dikurangkan ke tahap yang minimum. Objektif pemantauan adalah untuk memastikan arahan pelaksanaan pentaksiran prasekolah dipatuhi oleh guru-guru prasekolah. Selain itu, pengenalpastian masalah pelaksanaan pentaksiran prasekolah oleh guru prasekolah di prasekolah dapat

dibuat melalui pemantuaan. Pemantauan juga dapat mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran di kalangan guru-guru prasekolah tentang pelaksanaan pentaksiran prasekolah.

Pengesanan pentaksiran prasekolah adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan pentaksiran prasekolah. Objektif mewujudkan usaha pengesanan adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah. Dengan ini, secara tidak langsung kita dapat kesan guru-guru prasekolah yang membina instrumen tanpa ketelusan hati. Pengesanan dalam pelaksanaan pentaksiran prasekolah dapat meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Untuk pengesanan
10

dalaman guru prasekolah boleh dilantik untuk melaksanakan tugas mengesan keberkesanan instrumen. Semasa guru prasekolah sedang membuat pengesanan terhadap pentaksiran prasekolah, guru boleh menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran serta mencadangkan penyelesaian untuknya.

Melalui usaha taklimat, pementoran, pendedahan guru prasekolah terhadap pelbagai alat pentaksiran pemerhatian dari segi teori dan pratikal, pemantauan dan pengesanan, pelaksanaan pentaksiran prasekolah akan menuju ke arah yang berjaya.

7.0 Kesimpulan Kesimpulannya, pentaksiran di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi seseorang kanak-kanak bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pentaksiran ini dilakukan untuk membantu serta memperbaiki pembelajaran dan pengajaran. Namun begitu, pentaksiran akan bertukar menjadi sesuatu yang negatif jika kaedah pelaksanaannya tidak tepat. Adalah dijangkakan bahawa apabila kualiti pendidikan meningkat, kualiti kanak-kanak di dalam pendidikan yang diukur daripada prestasi mereka dalam pendidikan juga akan sama meningkat. Ini terlaksana apabila sistem pentaksiran kebangsaan yang mempunyai kualiti tinggi menyumbang kepada sistem pendidikan kebangsaan yang berkualiti tinggi. Sistem pendidikan kebangsaan yang berkualiti tinggi menyumbang kepada kualiti kanak-kanak yang juga tinggi. Oleh itu, pihak yang tertentu seperti KPM, Pusat Perkembangan Kurikulum, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain yang terlibat dalam pendidikan prasekolah diharap dapat membuahkan sesuatu atau menghasilkan sesuatu berkaitan garis panduan pentaksiran yang lebih sejagat dan mantap.
11

Dengan kata lain, dalam pendidikan prasekolah, pentaksiran perIu mengikuti peredaran masa dan sangat mernainkan peranan penting bagi membantu kejayaan dan kecemerlangan sistem pendidikan dari peringkat akar umbi kehidupan manusia.

Rujukan Ainon Mohd.Abdullah Hassan.2003. Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah. Bentong, Pahang: Penerbitan Pts Publication, Siri Motivasi Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhasah Abu Bakar (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan . Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Dodge, D. T., Jablon, J. R., & Bickart, T. S. (1994). Constmcting curriculum for the primary grades. Washington, DC: Teaching Strategies. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

12

You might also like