Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Membuat Inferens

1. Kaedah penyiasatan fizik bermula dengan menanya soalan-soalan yang sesuai tentang suatu fenomena yang diterokai (biasanya soalan tentang apa, mana, bila, mengapa dan bagaimana). 2. Penaksiran awal dilakukan terhadap soalan-soalan ini dan proses ini dikenali sebagai membuat inferens. 3. Membuat inferens bermaksud mentafsir atau menerangkan apa yang diperhatikan. Contohnya, apabila jarum galvanometer yang disambung kepada suatu gelung dawai terpesong, inferens yang dapat dibuat ialah arus teraruh dalam gegelung itu. 4. Inferens merupakan kesimpulan awal yang dibuat berdasarkan pemerhatian. Kesimpulan awal yang dibuat ini mungkin benar ataupun salah. Untuk mengesahkannya, pemerhatian lanjut perlu dilakukan. 5. Dalam penyiasatan saintifik, membuat inferens untuk menerangkan sesuatu pemerhatian merupakan satu titik permulaan untuk membuat hipotesis dan seterusnya melekukan eksperimen untuk menguji hipotesis tersebut. 6. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: (a) (b) (c) Mengenal pasti masalah Membuat hipotesis Merancang eksperimen (i) mengawal pemboleh ubah

(ii) menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan (iii) menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data (d) Menjalankan eksperimen

(e) (f) (g) (h) (i)

Mengumpulkan data Menganalisis data Mentafsirkan data Membuat kesimpulan Membuat pelaporan

Mengenalpasti Pemboleh ubah


1. Pemboleh ubah merupakan kuantiti fizik yang perlu diambil kira untuk menjelaskan sesuatu pemerhatian. 2. Pemboleh ubah dimanipulasikan merupakan kuantiti fizik yang nilai-nilainya ditetapkan sebelum melakukan eksperimen atau kajian. 3. Pemboleh ubah bergerak balas merupakan kuantiti fizik yang bergantung kepada pemboleh ubah dimanipulasikan dan diperoleh melalui pengukuran dalam eksperimen. 4. Pemboleh ubah dimalarkan merupakan kuantiti fizik yang lain dan perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum menyiasat hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas.

Membuat Hipotesis
1. Hipotesis merupakan satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah. 2. (a) Ciri-ciri hipotesis ialah: Hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah

dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas apabila pemboleh ubah

yang lain dimalarkan. (b) Hipotesis mesti berasaskan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa

hipotesis itu perlu dibuktikan. (c) (d) 3. Hipotesis itu mesti boleh diuji. Hipotesis mesti ringkas dan jelas. Contoh hipotesis ialah semakin panjang ladung (pemboleh ubah dimanipulasikan),

semakin lambat ayunannya (pemboleh ubah bergerak balas).

Mendefinisi Secara Operasi


1. Mendefinisi secara operasi merupakan pelaporan tentang kaedah khusus mengukur sesuatu kuantiti fizik supaya orang lain yang membaca laporan tersebut dapat mengulangi pengukuran itu. 2. Sebagai contoh, untuk mengkaji bagaimana panjang sebuah bandul ringkas mempengaruhi tempoh ayunannya.
Panjang bandul ringkas ialah jarak dari titik mengapit benang ke pusat ladung. Tempoh ayunan, T ialah masa bagi satu ayunan lengkap, iaitu T = t/20 yang mana t ialah masa bagi 20 ayunan lengkap yang diukur dengan jam randik.

Mentafsir Maklumat a. Merekod data


1. Data ialah bacaan yang dikumpulkan dalam eksperimen.

2. Jadual digunakan untuk mencatatkan data supaya lebih sistematik, kemas dan mudah difahami. 3. (a) Ciri-ciri jadual yang kemas ialah: Pemboleh ubah dimanipulasikan ditulis pada lajur atau baris pertama mengikut

tertib, sama ada menaik atau menurun. (b) Pemboleh ubah bergerak balas ditulis pada lajur atau baris kedua.

(c) Di atas setiap lajur atau baris, nama kuantiti fizik serta simbol dan unitnya hendaklah ditulis. (d) Semua bacaan yang dicatatkan hendaklah mengikut kepekaan alat pengukuran yang digunakan, iaitu mempunyai tempat perpuluhan yang sama. Jisim, m/kg 1 2 3 Masa 10 ayunan, t1 26.9 36.4 43.0 t/s t2 27.9 42.5 39.0 Tempoh, T = t/10 /s 2.74 3.95 4.10

Purata, t 27.4 39.5 41.0

b. Melukis Graf
1. Penentuan paksi

Graf mempunyai 2 paksi, paksi mencancang dikenali sebagai paksi-y dan paksi mengufuk dikenali sebagai paksi-x. 2. Penentuan skala

(a) Julat data yang diplotkan perlu meliputi sekurang-kurangnya 1/2 luas kertas graf yang digunakan. Sebenarnya saiz graf dikawal oleh skala yang dipilih. (b) Skala graf haruslah senang dibaca seperti:

1 cm mewakili 1 unit 2 cm mewakili 1 unit 2 cm mewakili 5 unit (c) Elakkan skala-skala 'ganjil' seperti:

2 cm mewakili 3 unit 2 cm mewakili 7 unit

2 cm mewakili 6 unit Ini adalah kerana kedudukan tepat untuk sesuatu bacaan seperti 3.1 unit, 3.2 unit sukar ditentukan.

You might also like