Pbs 2012 Sains Bab 3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

B1D3E1 Menyenaraikan benda-benda yang mempunyai jisim dan ruang 1.

Antara berikut yang manakah mempunyai jisim dan memenuhi ruang? A. B. C. D. Cahaya Haba Air Bunyi

2. Air, Tanah dan Udara merupakan contoh benda-benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. 3. Berikan tiga contoh bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Sebarang jawapan yang bersesuaian B2D3E2 Memberi maksud jirim 1. Antara berikut yang manakah menerangkan maksud jirim? A. B. C. D. Bahan yang mempunyai jisim sahaja Bahan yang mempunyai isipadu sahaja Bahan yang mempunyai struktur pepejal Bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang

2. Jirim ialah bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. 3. Nyatakan maksud jirim. Jirim merupakan bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang B3D7E1 Mengelaskan benda-benda kepada bentuk jirim dan bukan jirim 1. Kelaskan bahan-bahan berikut sebagai jirim atau bukan jirim dalam jadual yang diberikan. Udara Haiwan Jirim Haiwan Tumbuhan Udara Haba Tumbuhan Bunyi Bukan Jirim Haba Bunyi Cahaya Cahaya

2. Nyatakan samada setiap benda berikut ialah jirim atau bukan jirim. i. ii. iii. iv. v. vi. Udara Haiwan Haba Tumbuhan Bunyi Cahaya : Jirim : Jirim : Bukan Jirim : Jirim : Bukan Jirim : Bukan Jirim

3. Senaraikan dua contoh jirim dan dua contoh bukan jirim. Bunyi dan cahaya dan sebarang jawapan bersesuaian B4D7E1 Menunjukkan udara, air, tanah dan benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Pelajar diminta menjalankan aktiviti bagi menunjukkan udara, air, tanah dan benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Tujuan Bahan dan Radas : Menunjukkan bahawa benda mempunyai jisim dan memenuhi ruang. : Tanah, air, neraca tuas, silinder penyukat, belon, pin, tali, rod kayu, pita selofan, kaki retort, bikar, kacang dan besen.

A. Tanah, Air dan Kacang 1. Tuangkan sampel tanah ke dalam silinder penyukat. Rekodkan isipadu tanah itu. 2. Sukat sampel tanah itu menggunakan neraca tuas. Rekodkan jisim tanah itu. 3. Ulang langkah 1 hingga 3 dengan sampel air dan kacang.

Rajah 1 Pemerhatian Sampel Isipadu (cm3) Jisim (g) : Tanah Dari Ujikaji Dari Ujikaji Air Dari Ujikaji Dari Ujikaji Kacang Dari Ujikaji Dari Ujikaji

B. Udara 1. Telengkupkan sebuah bikar kosong ke dalam sebuah besen yang berisi air. Rekodkan pemerhatian. 2. Seimbangkan dua biji belon berisi udara, X dan Y seperti dalam Rajah 2 dengan melekatkan pita selofan pada belon-belon itu. 3. Cucuk belon X dengan pin menerusi pita selofan. Perhatikan sebarang perubahan berlaku.

Rajah 2 Perbincangan :

1. Nyatakan jisim bagi tanah, air dan kacang. Dari Ujikaji 2. Apakah yang anda perhatikan bila belon X dicucuk? Terangkan Udara keluar daripada belon X. Belon X menjadi lebih ringan daripada belon Y, Belon X lebih ringan daripada belon Y. Ini menunjukkan Udara mempunyai jisim 3. Apakah kesimpulan yang boleh anda buat berdasarkan eksperimen ini. Udara merupakan jirim kerana udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang

B2D3E1 Menyatakan tiga keadaan jrim 1. Pada rajah berikut, labelkan keadaan jirim bagi setiap gambar menggunakan perkataan berikut. Gas Pepejal Cecair

Pepejal 2. Nyatakan tiga keadaan jirim? 1) Pepejal 2) Cecair 3) Gas

Cecair

Gas

3. Nyatakan keadaan jirim bagi setiap bahan yang berikut. i. Oksigen : Gas ii. Buku : Pepejal iii. Minyak masak : Cecair B4D8E1 Menerangkan perbezaan susunan dan pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan 1. Lukis susunan zarah-zarah mengikut tiga keadaan jirim yang berikut: (a) Pepejal b) Cecair c) Gas

Jadual menunjukkan perbandingan di antara tiga keadaan jirim. Lengkapkan jadual di bawah ini. Ciri-ciri Pepejal Cecair Gas a) Susunan zarahPadat, teratur Kurang padat, Berjauhan antara zarah Tidak teratur satu sama lain dan tidak teratur b) Jarak antara Dekat Sederhana dekat Jauh zarah-zarah c) Ruang antara Sangat kecil Besar Sangat besar zarah-zarah d)Pergerakan zarah- Pergerakkan terhad. Zarah-zarah Zarah-zarah zarah Zarah-zarah sentiasa berlegar bergerak bebas, berputar dan antara satu sama laju dan rawak bergetar pada lain kedudukkannya 2. Pelajar diminta membuat aktiviti untuk mengkaji susunan dan pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim. Tujuan Bahan dan Radas Kaedah : Mengkaji susunan dan pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim. : Tabung uji, penyumbat getah, gel (tidak bewarna), hablur kuprum (II) sulfat, larutan kuprum (II) sulfat, gas bromin, tiub kaca, baling gas, penutup baling gas, jam randik dan air. : 1. Sediakan Radas A seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Perhatikan perubahan yang berlalu selepas dua hari. 2. Masukkan dua titis larutan kuprum (II) sulfat ke dalam tabung uji yang berisi air seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Perhatikan perubahan yang berlaku selepas 30 minit. 3. Telengkupkan sebuah balang gas yang mengandungi udara ke atas sebuah baling gas yang berisi gas bromin dan penutup baling gas ditarik keluar (Rajah 3). Perhatikan perubahan yang berlaku selepas 5 minit.

Rajah 1

Rajah 2

Rajah 3 Pemerhatian Radas A B C : Pemerhatian Warna ungu hablur kuprum(II) sulfat merebak hamper ke seluruh bahagian gel selepas 2 hari Warna ungu larutan kuprum(II) sulfat tersebar hampi keseluruhan cecair selepas 30 minit. Gas bromine tersebar dengan cepat dan berada dikeseluruhan ruang balang selepas 5 minit.

Perbincangan

1. Apakah keadaan jirim gel, air dan udara di dalam radas A, B dan C? Gel : Pepejal Air : Cecair Udara : Gas 2. Bandingkan kadar pergerakan bahan-bahan berikut: a) Hablur kuprun (II) sulfat di dalam gel Warna hablur kuprum (II) sulfat tersebar dengan sangat perlahan di dalam gel b) Larutan kuprum (II) sulfat di dalam air Warna larutan kuprum (II) sulfar tersebar dengan perlahan di dalam air c) Gas bromin di dalam udara Warna perang gas bromine tersebar dengan cepat di keseluruhan balang

B3D8E1 Memberi definisi ketumpatan 1. Apakah yang di maksudkan dengan ketumpatan sesuatu bahan? A. B. C. D. Berat bahan itu Jisim bahan itu Berat seunit isipadu bahan itu Jisim seunit isapadu bahan itu

2. Ketumpatan boleh dinyatakan sebagai Jisim seunit Isipadu objek berkenaan. 3. Berikan definisi ketumpatan. Ketumpatan ialah jisim seunit isipadu sesuatu objek B5D2E1 Menentukan ketumpatan pelbagai objek pepejal dan cecair, menjelaskan mengapa objek dan cecair timbul dan tenggelam serta menyelesaikan beberapa masalah mudah berkaitan ketumpatan 1. Pelajar diminta menjalankan eksperimen bagi mengkaji konsep ketumpatan dan keapungan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Tajuk Tujuan Bahan Radas :Ketumpatan dan keapungan objek : Mengkaji konsep ketumpatan dan keapungan : Air, gabus, blok plumbum, blok kayu, petrol : Silinder penyukat 100 ml, bikar, neraca elektronik, pembaris meter, benang

Prosedur : 1) Tentukan isipadu setiap bahan menggunakan silinder penyukat, pembaris meter dan benang 2) Tentukan jisim setiap bahan menggunakan neraca elektronik 3) Masukkan air, petrol, blok plumbum, blok kayu, dan gabus ke dalam silinder penyukat 4) Kira ketumpatan air, gabus, blok plumbum, blok kayu, dan petrol menggunakan formula : Ketumpatan = Jisim (g) Isipadu (cm3)

5) Rekod semua keputusan anda dalam bentuk jadual Pemerhatian: Bahan Air Petrol Blok Plumbum Blok Kayu Gabus Perbincangan: 1. Berdasarkan pemerhatian di atas, jelaskan kenapa terdapat objek yang timbul dan tenggelam di dalam air? Objek timbul dan tenggelam di dalam air kerana perbezaan ketumpatan di mana bahan yang kurang tumpat daripada air akan timbul manakala bahan yang lebih tumpat dari air akan tenggelam 2. Sebuah silinder penyukat diisi dengan 30 ml air. Setelah seketul batu yang berjisim 12.4 g dimasukkan ke dalam silinder penyukat, aras air meningkat kepada 34 ml. Berapakah ketumpatan batu itu :. Isipadu batu = 34 ml 30 ml = 4 ml = 4 cm3 Jisim batu = 12.4 g Ketumpatan = Jisim / isipadu = 12.4g / 4 cm3 = 3.1 g/cm3 Ketumpatan (g/cm3) 1.0 0.75 11.4 0.8 0.25 Timbul atau tenggelam di dalam air Timbul Tenggelam Timbul Timbul

3. Jisim sebuah bikar ialah 90 g. setelah diisi dengan 60 ml cecair X, jisim bikar dan cecair X ialah 120 g. Berapakah ketumpatan cecair X? Jisim cecair X = (jisim bikar + cecair X) Jisim bikar = 120 g 90 g = 30 g Isipadu cecair X = 60 ml = 60 cm3 Ketumpatan = Jisim / Isipadu = 30 g / 60 cm3 = 0.5 g/cm3 B6D3E1 Membuat beberapa penyelesaian masalah mengenai bagaimana manusia menggunakan pengetahuan tentang pelbagai keadaan jirim, mengaplikasikan konsep ketumpatan dan aplikasi konsep timbul dan tenggelam dalam bentuk prototaip. Arahan: 1. Pelajar diminta mencari maklumat di pusat sumber sekolah, perpustakaan atau laman web tentang aplikasi keadaan jirim bagi mengatasi masalah dalam kehidupan seharian. 2. Dapatkan maklumat tentang aplikasi konsep ketumpatan dan aplikasi konsep timbul tenggelam. 3. Menggunakan maklumat yang diperoleh, anda dikehendaki sediakan SATU LAPORAN ringkas bertajuk Aplikasi Keadaan Jirim Bagi Mengatasi Masalah Dalam Kehidupan Seharian dan membina SATU PROTOTAIP yang mengaplikasikan konsep ketumpatan dan konsep timbul tenggelam. 4. Laporan perlulah mengandungi permasalahan ketiga-tiga keadaan jirim pepejal, cecair dan gas.
5. Anda diberi tempoh selama 2 minggu untuk menyempurnakan projek ini.

You might also like