Modul 15 - Pdca Bm1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN) Soalan 1 hingga 20 1.

__________________ janganlah membuang masa Lagi kerana peperiksaan UPSR semakin hampir, pesan Cikgu Halijah kepada murid-murid tahun 6 Pintar. A Awak B Dikau C Kalian 2. Sebuah __________________ telah dibina oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk kemudahan pejalan kaki. A B C D 3 jejantas jejambat jambatan jalan pintas

Faridah _________________ senyuman apabila diusik rakan-rakannya. A menguntum B menyusun C melirik

4.

Encik Johari ialah seorang __________________ yang berjaya dalam perniagaan. A usahawan B karyawan C dermawan

5.

Azlan berasa __________________ apabila memandang ke bawah dari bangunan yang tinggi itu. A B C D sayup gayat sangsi gamam

Soalan 6 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

6.

Rasyid ___________________ tanah untuk menanam sayur di kebunnya. A B C D menggembur mengorek menimbus menimbun

7. tiba.

Mereka berbual-bual di bawah pokok ______________ menanti Umi A B C D supaya sehingga semenjak sementara

8.

Murid-murid yang _____________ sahaja terpilih untuk menyertai Kuiz Bahasa Melayu peringkat daerah. A B C D cerdas pantas pintar cergas

Soalan 9 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

9.

Kapal terbang itu ___________________ dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. A mendarat B berlabuh C berlepas D berhenti __________________ serahkan borang maklumat ke pejabat. A B C D Sila Usah Minta Jangan

10.

11.

Penonton yang menyaksikan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 ___________ apabila melihat pertunjukkan bunga api. A susup-sasap B bersorak-sorai C melaung-laun

12.

Penjelasan pegawai kesihatan itu telah menyedarkan _____________ pihak yang kurang faham tentang penyakit Aids. A B C D sesetengah sebahagian sekelompok sekumpulan

Soalan 13 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

13. Cikgu Yasmin sedang ____________ fail sambil berkata sesuatu kepada murid-muridnya. A B C D 14. menjunjung memegang menjinjing mengepit

Aizat seorang murid yang aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum. ____________, pihak sekolah telah memilihnya sebagai Murid Cemerlang Kokurikulum 2007. A Walaupun begitu B Di samping itu C Lantaran itu

15. Suara Amran ______________ sewaktu memberi arahan dalam perbarisan. A paling kuat sekali B sangat lantang sekali C tersangat mantap sekali Soalan 16 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

16.

Mereka sekeluarga berkelah ________________ sebatang pokok. A B C D di atas di akar di perdu di bawah

17.

Guru Besar sering menasihati murid agar menjaga ___________ ketika berbual atau bercakap dengan orang yang lebih tua. A B C D tatacara tatatertib tatarakyat tatabahasa

18.

Sekumpulan pendatang tanpa izin ditahan kerana mereka tidak sempat ___________ sebelum polis menahan mereka. A lipas kudung B sapu bersih C angkat kaki

19.

Puan Hanum gembira kerana _____________ anaknya berjaya dalam pelajaran. A B C D kelapan berlapan lapan-lapan kelapan-lapan

20.

Mukanya ________________ ketika menonton filem seram di kaca televisyen. A pucat-lesi B merah-padam C kusut masai

21.

Farid cuba menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Namun orang kampung tidak mempercayainya. Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di atas.

A Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. B Kalau tiada angin, tidak mungkin pokok akan bergoyang. C Jika tidak berani bermain ombak, jangan berumah di tepi pantai. D Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak. 22. Hubungan antara Laila dangan Junainah menjadi rapat setelah mereka mendapat tawaran belajar di sekolah yang sama. Perkataan seerti bagi rapat ialah A B C D 23. kuat akrab teguh sahabat

Kepintaran Sarah sering dijadikan oleh contoh guru kelasnya. Perkataan berlawan bagi kepintaran ialah A B C D kesilapan kebodohan kepandaian kebingungan

24. itu?

Berapakah bilangan murid yang lulus dalam ujian kecergasan fizikal Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Hanya seorang murid yang lulus dalam ujian kecergasan fizikal

itu. B Ya, banyak murid yang lulus dalam ujian kecergasan fizikal itu. C Memang banyak murid yang lulus dalam ujian kecergasan fizikal itu. D Amat sesuai para murid menjalani ujian kecergasan . 25. Sebelum memasak, cucilah sayur-sayuran sehingga bersih, pesan ibu kepada kakak. Pilih soalan yang sesuai bagi ayat di atas. A B C D Siapakah yang menasihati kakak? Apakah nasihat emak kepada kakak? Mengapakah emak menasihati kakak? Bagaimanakah cara memasak sayur yang betul?

Soalan 26 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 26. Rakyat terutamanya golongan muda hendaklah bekerja keras supaya tidak ketinggalan dalam segala bidang. A Para belia dinasihatkan agar rajin bekerja supaya tidak ketinggalan dalam semua bidang. B Agar tidak ketinggalan dalam semua lapangan , rakyat terutamanya belia-belia hendaklah bekerja kuat. C Agar tidak ketanggalan dalam semua lapangan mereka hendaklah kerja dengan rajin. D Generasi muda terutamanya , hendaklah bekerja keras agar tidak ketinggalan dalam semua bidang. 27. Kawasan rendah sering dilanda banjir apabila hujan turun dengan lebat. A Hujan lebat akan menyebabkan kawasan rendah dinaiki air. B Hujan yang turun lebat di kawasan itu dapat menyebabkan banjir. C Hujan yang turun sering menjadikan kawasan itu dinaiki air. Soalan 28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul. 28. I II III IV Baju ini amat lapang untuk saya. Kawasan lapang itu sudah dibersihkan. Lapang kawasan tadahan itu. Hati saya amat lapang mendengar berita itu.

A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 29 dan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 29. I II III IV A B C D Kanak-kanak yang tendang bola itu abang saya. Akan kuhadapi masalah ini dengan tabah. Para penonton terpesona oleh kemerduan suara qari itu. Sebagai jiran kita haruslah saling bantu-membantu. I dan IV sahaja II dan III sahaja I dan III sahaja I II dan IV sahaja

30.

I Peserta yang memakai jersi bernombor dua paling laju sekali berlari. II Nota itu dicatat di dalam bukunya. III Kita perlu menumpukan perhatian terhadap ajaran guru. IV Halim diam sahaja manakala kawan-kawannya rancak berbual. A B C D I dan II sahaja I dan III sahaja III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga 35 Baca iklan di bawah, kermudian jawab soalan-soalan yang berikutnya . PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ( KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA ) Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan HADIAH-HADIAH PERTAMA -RM 120.00 KEDUA -RM 90.00 KETIGA -RM 70.00 Sagu hati Hadiah iringan Pustaka : Lima hadiah setiap satu RM 25.00 : Sebuah buku terbitan Dewan Bahasa dan

Syarat syarat penyertaan :1. Peserta terbuka kepada semua murid sekolah rendah Daerah Seberang Perai Selatan . 2. Poster boleh dibuat dengan apa-apa cara sekalipun tetapi di atas kertas lukisan biasa yang berukuran 38 x 28 cm 3. Tajuk Lukisan : Keselematan Jalan Raya 4. Poster yang telah siap hendaklah dihantar kepada Guru Besar sekolah masing-masing . 5. Peserta terbahagi kepada Dua Bahagian iaitu Tahap 1 dab Tahap 11 6. Keputusan pengadil adalah muktamad. 7. Pemenang akan diberitahu kepada sekolah masing-masing . Terima kasih . 31. Siapakah yang menganjurkan pertandingan melukis poster ? A Dewan Bahasa dan Pustaka

32.

B Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan C Majlis Guru-guru Besar Daerah D Jabatan Kerja Raya Hadiah hadiah sagu hati berupa wang berjumlah A RM 25.00 B RM 70.00 C RM 90.00 D RM 125.00 Siapakah murid-murid yang boleh mengambil bahagian ? A Murid murid Tahun 1 dan Tahun 2 B Murid-murid sekolah Negeri Pulau Pinang C Murid-murid sekoiah rendah dan menengah D Murid-murid sekolah rendah Daerah Seberang Perai Selatan.

33.

34. Kepada siapakah poster-poster yang telah disiapkan oleh murid akan dihantar ? A Kepada guru darjah B Kepada Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan. C Kepada Guru Besar sekolah masing-masing. D Kepada Jawatankuasa Kempen Keselamatan Jalan Raya 35 Maksud perkataan muktamad ialah A benar B kata putus C selesai D sesuai

Soalan 36 hingga soalan 40 Baca perbahasan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya . Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, pihak pembangkang, dan hadirin sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Sebelum saya memulakan hujah saya pada pagi ini, ingin saya tegaskan bahawa industri pelancongan di negara kita lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan . Hadirin sekalian, Sebagaimana yang kita sedia maklum, negara kita memiliki pelbagai keistimewaan serta keunikan yang amat menakjubkan. Sebagai contoh, di negara kita terdapat banyak tempat yang menarik dan kaya dengan khazanah alamnya, misalnya Taman Negara, Pahang. Saya yakin bahawa tempat seperti ini dapat memikat hati pelancong-pelancong tempatan dan luar negara. Namun begitu sekiranya tiada inisiatif

dilakukan untuk membangunkan industri pelancongan, saya percaya tempat-tempat tersebut sukar untuk dikunjungi. Jika tiada jalan perhubungan yang baik, tempat penginapan yang selesa, serta pelbagai kemudahan asas yang lain, jangankan pelancong dari luar negara, rakyat tempatan pun tidak berpeluang menjejakkan kaki ke tempat-tempat seperti itu.Oleh yang demikian ingin saya bertanya kepada pembangkang yang bijaksana, bukankah industri pelancongan membawa kebaikan kepada kita ? Dari sudut ekonomi , industri pelancongan banyak membawa kebaikan, khususnya dalam mempercepat perkembangan ekonomi negara. Setiap tahun dianggarkan bahawa negara kita memperoleh beratus-ratu juta ringgit menerusi industri pelancongan . Industri pelancongan membuka jalan untuk industri-indutri lain berkembang. Pelbagai bidang perniagaan seperti sektor perhotelan, industri kraftangan, industri makanan, pusat rekreasi dan sebagainya mendapat manfaat daripada kemasukan pelancong asing ke negara kita. Banyak peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan . Pintu rezeki bagi penduduk yang tinggal berdekatan tempat peranginan terbuka luas. Kadar pengangguran negara dapat dikurangkan. Keadaan ini sudah tentu membawa kesan yang positif kepada ekonomi negara kita. Kebaikan yang diperoleh daripada industri pelancongan tidak terbatas dari segi ekonominya sahaja. Kedatangan pelancong asing ini memberikan peluang kepada kita untuk menaikkan imej negara di mata dunia. Keunikan seni budaya masyarakat setempat dapat kita pertontonkan kepada mereka juga. Nama negara pasti akan harum apabila hal ini ini menjadi buah mulut di kalangan masyarakat antarabangsa. Tampaknya masa kian menghimpit saya. Sebelum mengakhiri perbahasan, ingin saya tegaskan bahawa industri pelancongan banyak kebaikannya. Sekian , terima kasih . 36. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi perbahasan tadi ? A. Industri pelancongan negara perlu diawasi B. Industri pelancongan lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan . C. Melancong di dalam negeri lebih baik daripada melancong di luar negeri. D. Kebaikan dan keburukan industri pelancongan negara kita . 37. Yang berikut adalah kebaikan-kebaikan industri pelancongan , kecuali

A. dapat membangunkan kawasan yang menarik untuk dikunjungi B. dapat menambahkan pendapatan negara . C. dapat menaikkan nama negara di kalangan masyarakat antarabangsa

D. dapat menggalakkan orang ramai melancong ke luar negara . 38.Apakah jenis kemudahan awam yang penting sekali disediakan di tempat-tempat tumpuan pelancong ? A B C D balai polis, tandas, dan klinik perpustakaan, klinik, kedai makan sekolah, rumah rehat, balai raya . tandas awam, rumah rehat, kedai makan

39. Mengapakah pelancong dari luar negara memilih negara kita untuk dilawati ? A. kerana negara Malaysia aman dan makmur. B kerana mereka bosan melawat ke negara-negara lain. C kerana kagum akan keindahan Malaysia D kerana mahu menjimatkan wang . 40. Rangkaian kata masa kian menghimpit bermaksud A. B. C. D. tempoh sudah tamat masa terus berjalan waktu makin berkurang masa amat berharga

10

You might also like