Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 30

DUK 4012 ENTREPRENEURSHIP

PROFAIL USAHAWAN BERJAYA


(PUAN ROZITA BINTI IBRAHIM)

NAMA : ISMAIL BIN HJ SAPARWAN NO KP: 880601-08-6451 KURSUS : DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF SESI : JULAI DISEMBER 2008 PENGAJAR : PUAN SAZURINI BINTI MAT ZUKI

ISI KANDUNGAN TUGASAN 1. PROFIL USAHAWAN -Biodata -Sejarah penubuhan syarikat -Modal -Struktur organisasi -Maklumat Produk & servis yang ditawarkan. 2. KOMPETENSI KOMPOTENSI KEUSAHAWANAN 3. FAKTOR PENARIK & FAKTOR PENOLAK 4. ETIKA ETIKA PERNIAGAAN 5. KRITERIA KRITERIA USAHAWAN BERJAYA 6. LAMPIRAN

PROFAIL USAHAWAN
Puan Rozita adalah anak kelahiran Sungai Besar , Selangor. Beliau telah dibesarkan di Felda Palong 7. Gemas, Negeri Sembilan. Beliau adalah wanita yang berasal dari keluaraga yang sederhana. Bapa beliau dulunya adalah merupakan seorang ustaz dan guru agama di kawasan felda walaupun kini telah lumpuh. Manakala ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Kesusahan hidp amat dirasai oleh beliauyang merupakan anak sulung daripada enam beradik. Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, menjadilan beliau seorang yang matang dan tabah dalam mengenal erti sebuah kehidupan. Sebelum bergelar usahawan, Rozita ibrahim terpaksa menempuh onak dan duri dan beliau pernah melalui pengalaman pehit menjadi ibu tunggal. Beliau telah menanamatkan zaman gadis dalam usia yang terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga. Dalam usia itu, Rozita tidak berpeluang memikirkan tentang kerjaya. Hidupnya banyak di habiskan dengan keluarga di samping membantu suami dengan menorah, membekalkan makanan dan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di felda kechau 1, sempadan Gua musang. Tragedi buruk berlaku ketika menyara anak yang berumur 3 bulan bila mana terpaksa menggantikan susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak keduanya pernah sakit dan lumpuh serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya. sayangnya arwah anak saya tidak berpeluang merasai kesenangan. Dia pergi kerana tidak mendapat rawatan terbaik. Lantaran dari perkara itu, Puan rozita mengambil inisiatif lain untuk berkerja di sector perladangan bagi menampung kehidupan sekeluarga. Pengalaman bekerja di sektor perladangan ini telah menemukan beliau dengan pelbagai golongan warga asing yang mahir dalam perubatan yang berasal dari Lambok, Acheh, Madura, Batak dan Pattani di sekitar tahun 1987. Ini membantu beliau meluaskan lagi pengetahuan dan minatnya dlam bidang perubatan herba. Beliau menyedari bahawa pekerja- pekerja asing ini kuat bekeja walaupun mereka hanya mengalas perut. Dengan sedikit makanan sahaja, radsianya ialah herba- herba dari hutan yang menjadikan mereka sihat walaupun tidak mendapat makanan yang sihat.

Seterusnya. Beliau menceburi bidang perniagaan secara kecil kecilan seperti menjual rokok ketek, akbr, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal Beliau sanggup mengenepikan pandangan orang di sekeliling yang sering memandang serong terhadap wanita yang sanggup melakukan kerja orang lelaki. Dalam fikiran beliau, apa yang paling utama ialah diri dan anak anaknya. Puan rozita kuat berpegang pada prinsipnya, sesiapa yang malas berusaha dan membuang masa adalah orang yang bodoh lagi merugikan. Bagi beliau, mencari rezeki yang halal adalah sesuatu yang perlu di banggkan dan tidak ada apa yang perlu dimalukan. Pelbagai juga pekerjaan yang telah dilakuan dan berkat kesabaran, beliau akhirnya berjaya mengumpulkan modal sebanyak RM 2000.00. Dengan berbekalkan wang simpanan, puan rozita berhijrah ke kuala Lumpur secara bersendirian. Beliau terpaksa meninggalkan anaknya di kampung di bawah jagaan suaminya. Dengan seribu impian dan semangat yang membara, beliau mengharapakn penghijrahan kali ini akan dapat mencorakkan kehidupan yag lebih sempurna kepada keluarganya. Pelbagai jenis pekerjaan yang telah dicuba untuk menampung empat orang anaknya. Beliau pernah bekerja sebagai operator pengeluaran, penyambut tetamu, dan pernah bekerja sebagai pekerja hotel dengan gaji serendah RM350.00 sebulan. Dugaan demi dugaan, beliau hadapi sama ada dari segi kewangan mahupun masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan. Beliau mula mengorak langkah baru dengan bekerja di publishing Group dan seterusnya menimba pelbagai pengalaman samada dari golongan bawahan mahupun atasan. Seterusnya, Puan Rozita menimba pengalaman dalam bidang perniagaan apabla bekerja di bahagian hartanah yang mendedahkan beliau untuk berurusan dalam perniagaan dan telah belajar untuk bertutur dalam bahasa inggeris sebagai persediaan memulakan perniagaan. Pada masa inilah beliau mula membuat ubatan secara kecil kecilan dirumah bagi menambah sumber pendapatan serta mengumpul modal.

Pada tahun 1997, dengan bermodalkan RM400 daripada hasil gadaian barang barang kemas, puan Rozita memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi baru dan ingin melihat potensi harba tradisional dan penerimaannya pada masyarakat di Malaysia. Beliau samggup menjalankan ujikaji engan mengemukkan badannya sendiri sebanyak tiga kali dan akhirnya berjaya menurunkan semula. Akhirnya beliau telah berjaya menjalankan perniagaanya sendiri berkat keasabaran dan azam yang tinggi. Apa yang pasti,

wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita yang kental. Baginya, keperitan dan penderitaan hidup adalah buh tangan termahal dijadikan landasan untuk terus melangkah. Dari semangat yang kental pelbagai cabaran yang pernah dilalui, kegagalan yang pernah dialami beliau bankit dengan azam yang kukuh. Bermula dari sinilah beliau telah membuka syarikat pada tahun 1999 dan nama SENDAYU TINGGI telah di wujudkan. Walaupun diusahakan secara kecil kecilan beliau telah mendapat sebanyak RM10,000 RM30,000 sebulan dan telah mula dikenali serta diterima oleh pengguna sejak tahun 2000. Nama Sendayu Tinggi adalah berasal dari perkataan Saneh Dayo (nama sejenis pokok mengikut suku kaum ulu Pahang) yang bermakna Seni Dayung Tinggi di bawah cita cita agung beliau. Maka lahirlah nama sendayu Tinggi yang diimpikan selama ini seiringan dengan menyahut kata kata Perdana Menteri Malaysia disamping menaikkan taraf hidup dan taraf pemikiran orang melayu baru. Kini puan Rozita boleh berbangga dengan pencapaian beliau dalam bidang perniagan yang berkaitan dengan perubatan tradisional yang berasaskan harba. Nama Sendayu Tinggi kini begitu dikenali dan dipercayai kebekersananya oleh para pengguna.

Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Puan Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang makin dikenali, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi kini mempunyai 9 anak syarikat dibawahnya iaitu : SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN BHD SENDAYU TINGGI LOGISTICS (M) SDN BHD ST ADVERTISING AGENCY SDN BHD ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN BHD C MAX EXHIBITION & PROMOTION, SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN BHD

Sendayu Tinggi kini mampu memiliki bangunan sendiri tiga tingkat di Bandar Bukit Tinggi klang , dan Ibu Pejabat Sendayu Tinggi cawangan kuala Lumpur. Selain itu, mempunyai bangunan 4 tingkat dan satu tingkat yang terletak di Bandar Baru klang., Selangor yang dijadikan sebagai stor produk sendayu tinggi. Sendayu Tinggi juga telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional iaitu SENDAYU TUNGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD. Kilang ini telah memperolehi lesen Amalan Perkilangan Baik (GMP) dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia serta pelbagai asset seperti tanah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jumlah pengedar beliau ialah lebih dari 2000 orang di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura dan yang terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea dengan usahasama MATRADE. Bukan setakat pernagan menjual herba namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri ngan masyarakatterutamanya golongan susah, ibu tunggal, orang tua dan anak yatim. Apabila disentuh dengan matlamat perniagaannya, Puan Rozita menjelaskan : Dunia Perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa di genggam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan. Pun begitu, saya ingin memberikan kualiti yany terbaik kepada pelanggan. Apa yang saya perolehi, saya salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua dan anak yatim. Bagi saya, itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dijual beli engan wang ringgit. Saya sayangkan masyarakat dan saya juga ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama ialah saya mahu mewarnai masyarakat , wanita, ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek. Menitikberatkan kasih syang itulah kepuasan dalam diri saya. Dengan kasih sayang saya berharap agar dapat menyuntik semangat keberanian dan jati diri yang kukuh dalam diri dan masyarakat. Saya perlukan kasih sayang begitu juga anda. Justeru utu saya mahu pengedar saya kasih dan sayang kepada saya dan Sendayu Tinggi separti mana saya kasih dan sayang kepada pengedar dan pengguna seterusnya kepada muslimin dan muslimah seagama dan bangsa. Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat. Matlamat dalam perniagaan pasti sasarannya keuntungan. Pnu begitu, jihad dan perjuangan besar saya ialah memperbaiki diri, membantu keluarga, membantu golongan wanita yang ingin berniaga., membantu golongan fakir miskin dan membangunkan anak bangsa. Saya percaya, zaman dahulu siapa kuat dia raja tetapi kini siapa bijak dialah raja. Walaupun kini ramai yang cerdik dan pandai namun masih ada juga yang tidak berjaya dalam kerjaya. Cubalah selidiki apa kekurangan diri.

Kreativiti dan daya fakir yang tinggi dan sesekali menyelami tentang kehidupan alam sekeliling perlu menjadi bekalan dalam kehidupan, ujarnya.

Puan rozita binti Ibrahim

BIODATA PUAN ROZITA IBRAHIM


NAMA Jawatan No Tel Agama : Rozita binti Ibrahim : Pengarah Urusan Sendayu Tinggi Holding Sdn Bhd : 03 33235133 : Islam

Bangsa Status Pendidkan

: Melayu : Berkahwin ( Ibu kepada 6 orang anak ) : Sek. Men. Dato Mustafa Sekinchan Selangor Sijil Rendah pelajaran (SRP) : Sek. Keb. Parit 13 Darjah 6

Pengalaman Bekerja Nama Syarikat : Sendayu Tinggi Holding Sdn Bhd No. 3-02-02 Lorong Batu Nilam 10A Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor. Jawatan : Pengarah Urusan

Tempoh berkhidmat : Sekarang.

Nama syarikat

: Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd No. 2, Tingkat 3, Plaza MPK 41300 Klang Selangor.

Jawatan

: Pengarah Urusan

Tempoh Berkhidmat : 2002

Nama syarikat

:Munira & Co. Tingkat 4, plaza MPK Klang Selangor.

Jawatan

: Pegawai promosi.

Tempoh Berkhidmat : 1999 2001.

Nama Syarikat Jawatan

: Street Times Publication Group : Kerani

Tempoh Berkhidmat : 1997 1999

Nama syarikat Jawatan

: Kumpulan Juru Nilai Sdn Bhd : Kerani

Tempoh Berkhidmat : 1996 1997

Nama syarikat Jawatan

: Holiday Inn Shah Alam : Hostess

Tempoh Berkhidmat : 1996

Nama Syarikat Jawatan

: Holiday Villa Subang jaya. : Hostess

Tempoh Berkerja : 1996.

Nama syarikat Jawatan

: Quality West Digitall Sunwei Way. : Operator pengeluaran wanita.

Tempoh Bekerja : 1995.

Nama Syarikat Jawatan Tempoh Bekerja

: Quality Technology Sungei way : Operator Pengeluaran wanita : 1995.

SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD - OBJEKTIF SYARIKAT Membantu masysrakat dalam memperbaiki serta menyelesaikan masalah kesihatan terutama berkaitan kesihatan dalaman yang perlu dititik beratkan bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna. Selain itu untuk membantu Bumiputera dalam dunia perniagaan dan memberikan semangat untuk berdaya saing dalam dunia perniagaan.

- PRINSIP SYARIKAT Memartabatkan Sendayu Tinggi sebagai sebuah syarikat yang terbaik dengan mengeluarkan produk kesihatan yang berkesan disokong dengan rancangan pemasaran dan kebajikan yang terbaik. Hanya produk yang bermutu dapat menjamin jualan jangkamasa panjang dan perancangan yang sempurna menjadi nadi korporat dalam menjamin kejayaan jangka panjang.

- VISI SYARIKAT Menjadi sebuah syarikat yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan yang professional dalam menyediakan herba tradisional dan menepati citarasa pelanggan berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

- MISI SYARIKAT Di dalam meneruskan perjuangan di dalam pengeluaran tradisional, syarikat Sendayu Tinggi berhasrat untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan dalam menikgkatkan lagi keupayaan pengeluaran dan rancangan pemasaran yang lebih dinamik di samping mengekalkan ciri ciri berikut :

Mengawal selia kualiti setiap produk. Memberi kepuasan dan menyumbang khidmat kepada pelanggan mengikut keperluan. Meningkatkan keberkesanan dan manafaat bersama. Sentiasa berusaha untuk mengeluarkan produk terkini yang lebih berkesan dan perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi citarasa pelanggan tempatan dan juga luar Negara yang lebih meluas. Memantapkan serta memartabatkan industri herba tradisional ke tahap yang lebih menbanggakan dan memperkenalkan produk herba ini kepada masyarakat. Umum sama ada dari dalam mahupun luar Negara. Mewujudkan suasana kerja yang lebih efektif dan melahirkan pekerja yang terlatih serta bermotivasi tinggi dalam memenuhi kehendak syarikat.

- ANAK SYARIKAT SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD NO. 3-02-02, Lorong Batu Nilam 10A Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan No Pendaftaran Syarikat Tarikh ditubuhkan Jenis perniagaan Ahli Lembaga Pengarah Status perniagaan : 568677-V : 14 Januari 2002 : Produk kesihatan : Puan Rozita Ibrahim Puan Noor Hayati Kamarzaman : 100% bumiputera

SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD NO. 3-02-02, Lorong Batu Nilam 10A Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan No Pendaftaran Syarikat Tarikh ditubuhkan Jenis perniagaan Ahli Lembaga Pengarah Status perniagaan : 580277-V : 15 Mei 2002 : Produk kecantikan : Puan Rozita Ibrahim Puan Noor Hayati Kamarzaman : 100% bumiputera

ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN BHD NO. 3-02-02, Lorong Batu Nilam 10A Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan No Pendaftaran Syarikat Tarikh ditubuhkan Jenis perniagaan Ahli Lembaga Pengarah : 626891-M : 2 September 2003 : Produk kosmetik & Minyak wangi : Puan Rozita Ibrahim

Puan Noor Hayati Kamarzaman En Mohammad Zaidi Aziz Status perniagaan : 100% bumiputera

SENDAYU TINGGI LOGISTICS (M) SDN BHD NO. 3-02-02, Lorong Batu Nilam 10A Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan No Pendaftaran Syarikat Tarikh ditubuhkan Jenis perniagaan Ahli Lembaga Pengarah Status perniagaan : 620056-X : 29 OGOS 2003 : Pengangkutan : Puan Rozita Ibrahim Puan Noor Hayati Kamarzaman : 100% bumiputera

ST ADVERTISING AGENCY SDN BHD NO. 3-02-02, Lorong Batu Nilam 10A Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan No Pendaftaran Syarikat Tarikh ditubuhkan Jenis perniagaan Ahli Lembaga Pengarah : 602562-T : 31 JULAI 2003 : Pengiklanan : Puan Rozita Ibrahim Puan Noor Hayati Kamarzaman

Status perniagaan

: 100% bumiputera

ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN BHD NO. 3-02-02, Lorong Batu Nilam 10A Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan No Pendaftaran Syarikat Tarikh ditubuhkan Alamat : 616345-M : 26 MEI 2003 : Ladang Ethnique Lot PT 6286 Jalan Permata Kampung permatang kundang 48050, Kuang Selangor. : Pengangkutan : Puan Rozita Ibrahim Puan Noor Hayati Kamarzaman En Saiful Anuar Hashim : 100% bumiputera

Jenis perniagaan Ahli Lembaga Pengarah

Status perniagaan

SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN BHD NO. 3-02-02, Lorong Batu Nilam 10A Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan No Pendaftaran Syarikat Tarikh ditubuhkan Jenis perniagaan Ahli Lembaga Pengarah : 620090-H : 30 JUN 2003 : Aset syarikat : Puan Rozita Ibrahim Puan Noor Hayati Kamarzaman En Mohammah Zaidi Aziz : 100% bumiputera

Status perniagaan

SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD Lot 182 & 183 Jalan Sungai pinang 5/6 Kawasan Perindustrian pulau Indah Fasa 2 42920 Pelabuhan klang Selangor Darul Ehsan No Pendaftaran Syarikat Tarikh ditubuhkan Jenis perniagaan Ahli Lembaga Pengarah : 655098-X : 7 JUN 2004 : Perkilangan : Puan Rozita Ibrahim Puan Noor Hayati Kamarzaman

Status perniagaan

: 100% bumiputera

- ORGANISASI SYARIKAT -

KOMPETENSI KOMPETENSI KEUSAHAWANAN.


1. BERINISIATIF Pengalaman bekerja di sektor perladangan ini telah menemukan beliau dengan golongan warga asing yang mahir dalam perubatan harba yang berasal dari Lambok, Burma, Acheh, Madura, Batak dan pattani di sekitar tahun 1987. Ini membantu beliau meluaskan lagi pengetahuan dan minatnya dalam perubatan herba.

2. MELIHAT & MEREBUT PELUANG Beliau Menyedari bahawa pekerja pekerja asing ini kuat bekerja walaupun meraka hanya mengalas perut dengan sedikit makanan sahaja. Rahsianya, ialah herba herba dari hutan yang menjadikan mereka sihat walaupun tidak mendapat makanan yang berkhasiat.

3. KECEKALAN Puan rozita sebelumnya menceburi bidang perniagaan secara kecil kecilan seperti menjual rokok kretek, akhbar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal. Beliau sanggup mengenepikan pandangan orang lain di sekeliling yang sering memendang serong terhadap wanita yang sanggup melakukan kerja orang lelaki. Di dalam fikiran beliau, apa yang paling utama ialah anak anak nya. Puan Rozita kuat berpegang pada prinsipnya, sesiapa yang malas berusaha dan membuang masa adalah orang yang bodoh lagi merugikan.

4.KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI. Pada tahun 1997, dengan bermodalkan RM400 daripada hasil gadaian barang barang kemas, puan Rozita memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi baru dan ingin melihat potensi harba tradisional dan penerimaannya pada masyarakat di Malaysia. Beliau samggup menjalankan ujikaji engan mengemukkan badannya sendiri sebanyak tiga kali dan akhirnya berjaya

menurunkan semula. Akhirnya beliau telah berjaya menjalankan perniagaanya sendiri berkat keasabaran dan azam yang tinggi. Apa yang pasti, wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita yang kental. 5. BERTENAGA Dari semangat yang kental pelbagai cabaran yang pernah dilalui, kegagalan yang pernah dialami beliau bankit dengan azam yang kukuh. Bermula dari sinilah beliau telah membuka syarikat pada tahun 1999 dan nama SENDAYU TINGGI telah di wujudkan. Walaupun diusahakan secara kecil kecilan beliau telah mendapat sebanyak RM10,000 RM30,000 sebulan dan telah mula dikenali serta diterima oleh pengguna sejak tahun 2000.

6. BERMATLAMAT DAN BERWAWASAN Kini puan Rozita boleh berbangga dengan pencapaian beliau dalam bidang perniagan yang berkaitan dengan perubatan tradisional yang berasaskan harba. Nama Sendayu Tinggi kini begitu dikenali dan dipercayai kebekersananya oleh para pengguna. Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Puan Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang makin dikenali, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi kini mempunyai 9 anak syarikat dibawahnya iaitu : SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN BHD SENDAYU TINGGI LOGISTICS (M) SDN BHD ST ADVERTISING AGENCY SDN BHD ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN BHD C MAX EXHIBITION & PROMOTION, SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN BHD

FAKTOR PENARIK DAN FAKTOR PENOLAK


FAKTOR PENARIK
1. MAHU MENGUBAH HIDUP DAN NASIB KELUARGA. Puan Rozita bercita- cita tinggi mahu mengubah nasib keluarga termasuk beliau yang yang selama ini hidup susah. Keperitan hidup membuatkan beliau bertekad menceburi bidang perniagaan setelah pengalaman bekerja di kebanyakan syarikat yang beliau bekerja di syarikat tersebut tidak membuahkan hasil.

2. MENYAHUT DASAR KERAJAAN Selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan kaum bumiputra menceburi bidang perniagaan, Puan Rozita menyahut saranan tersebut. Berbekalkan semangat yang tinggi, walaupun hanya bermodalkan wang RM400, beliau telah berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti pada masa sekarang ini.

3. TERDAPAT SISTEM SOKONGAN KERAJAAN Bagi Puan Rozita, terdapat sistem sokongan kerajaan seperti MATRADE iaitu sebuah badan yang membantu bagi mengembangkan perniagaannya ke luar Negara. Ini dapat membantu beliau meluaskan pasaran dan perniagaan produk beliau ke luar Negara untuk di perkenalkan di Negara Negara tersebut.

FAKTOR PENOLAK
1. PELUANG TERBATAS Bagi puan Rozita, beliau bertekad untuk menceburkan diri ke bidang keusahawanan kerana faktor kerja di kilang sebelum ini yang tidak menentu kerana tidak dapat membantu keluarga dan anak - anak beliau. Semasa bekerja di kilang juga, beliau tidak dapat untuk memperbaiki dirinya.

2. KETIDAKPUASAN Puan rozita menceburkan diri dalam bidang usahawan kerana azam Beliau untuk memajukan diri disamping membantu keluarga dan anak - anak. Hasil dari jawatan sebagai operator pengeluaran membuatkan beliau tidak dapat membantu keluarga, kerana gaji yang rendah.

ETIKA ETIKA PERNIAGAAN YANG DIAMAL


1. SIKAP YANG BERDISIPLIN 2. AMANAH SEBAGAI SEORANG USAHAWAN 3. CEKAP DENGAN KEHENDAK PELANGGAN DAN MEMBERIKAN PRODUK YANG BERKUALITI DAN TERBAIK UNTUK PELANGGAN 4. KEMESRAAN IAITU DENGAN PEKERJA, PELANGGAN DAN JUGA MASYARAKAT 5. RAJIN DALAM MELAKUKAN KERJA SERTA SENTIASA MENERIMA KEHENDAK PELANGGAN TIDAK MENERIMA MASA. 6. TIDAK TERLIBAT DENGAN AMALAN RIBA 7. TIDAK MELUPAKAN IBADAT IBADAT LAIN DALAM KEUSAHAWANAN SEPERTI MENOLONG ORANG YANG SUSAH DAN SELALU BERSEDEKAH.

8. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG HALAL DAN BERKUALITI.

KRITERIA KRITERIA USHAWAN BERJAYA


1. BERKEYAKINAN DIRI DAN OPTIMISTIK 2. BOLEH MENYESUAIKAN DIRI DALAM APA JUA KEADAAN 3. BERFIKIRAN TERBUKA 4. PENGETAHUAN YANG SERBA BOLEK 5. SENTIASA BERPANDANGAN JAUH 6. MENGAMBAIL SEGALA INISIATIF 7. BERCITA CITA MENGEMBANGKAN BIDANG KEUSAHAWANANNYA DENGAN MELUASKAN PERNIAGAAN DAN MENOLONG ORANG YANG HIDUP SUSAH.

LAMPIRAN

RUJUKAN
Sendayu Tinggi Holding Sdn Bhd No 3-02-02, Lorong Batu Nilam 10A Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang SELANGOR Profail Syarikat Sendayu Tinggi Holding Sdn Bhd Internet ( www.sendayutinggi.com )

You might also like