Pengertian Solat

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGERTIAN SOLAT

2.1 Pengertian Solat Dari Segi Bahasa Perkataan solat dalam bahasa Arab bererti doa iaitu memohon kebaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud:..dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka . Sebab ia dinamakan solat kerana ia mengandungi doa yang merupakan unsur yang banyak di dalamnya. Hal ini kerana menggunakan nama juzuk untuk maksud keseluruhannya. Selain itu, solat mengandungi dua perkara penting. Yang pertama ialah tawajjuh (usaha menghadapkan diri kepada Allah SWT) dan yang kedua ialah doa (seruan memohon hajat dan keampunan kepada Allah SWT).

2.2 Pengertian Solat Di Sisi Mazhab Syafie Dan Hanafi Dalam istilah ahli fiqh perkataan solat bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang tertentu, dan ia bermula dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Pengertian ini merangkumi semua jenis solat yang dimulai dengan takbiratulihram dan yang berakhir dengan salam. Oleh itu, sujud tilawah tidak dinamakan solat kerana ia tidak dimulai dengan takbir dan tidak disudahi dengan salam. Ini merupakan pendapat Hanafiyyah dan Syafiiyyah.

2.3 Pengertian Solat Di Sisi Mazhab Maliki Dan Hanbali. Para ulama dari mazhab maliki dan hanbali memberi pengertian solat sebagai perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah, mempunyai takbiratulihram, salam atau pun sujud sahaja. Perkataan perbuatan di dalam pengertian di atas mengandungi 3 bahagian iaitu perbuatan atau pergerakan zahir yang melibatkan anggota tubuh badan seperti sujud dan rukuk, perbuatan lidah seperti membaca al-fatihah dan tasbih serta perbuatan hati seperti khusyuk dan menundukkan diri hanya kepada Allah.

Secara keseluruhannya perbezaan pendapat di dalam pengertian solat ini bukanlah suatu perkara yang besar. Apa yang menjadi perbezaan ialah ulama Syafiiyah dan Hanafiyyah tidak menjadikan sujud tilawah itu sebagai solat. Sementara ulama Malikiyyah dan Hanabilah memasukkan perbuatan sujud tilawah itu di dalam pengertian solat

2.4 Pandangan Ulama Lain Tentang Roh Solat Ahli makrifat telah mentakrifkan roh (jiwa) solat dengan takrif yang menggambarkan hakikat solat. Mereka mentakrifkan solat sebagai berharap kepada Allah SWT dengan sepenuh jiwa, dengan penuh khusyuk di hadapanNya dan ikhlas kepadaNya serta hadir hati dalam berzikir, berdoa dan memuji.Ringkasnya, roh solat ialah berhadap kepada Allah SWT dengan khusyuk, ikhlas, hadir hati, sama ada dalam berzikir, berdoa mahupun dalam

memuji. Inilah roh atau jiwa solat yang sebenar. Untuk mewujudkan hal itu, maka solat disyariatkan. Dengan ini jelaslah bahawa solat tidak sekali-kali disyariatkan kerana rupa, sebaliknya solat disyariatkan kerana hakikat jiwanya (rohnya). Oleh kerana itulah, rupa solat berubah-ubah, lain nabi, lain pula rupanya, sedangkan roh (jiwanya) tetap tidak berubah. Takrif yang melengkapo rupa dan hakikat solat ialah menghadapkan hati (jiwa) hanya kepada Allah SWT, suatu perbuatan menghadap yang mendatangkan perasaan takut, menumbuhkan rasa kebesaranNya dan mengagungkan kekuasaanNya dengan penuh khusyuk dan ikhlas di dalam beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

2.5 Pandangan Syeikh Daud Al-Fattaniy Tentang Rupa Solat Zahir Batin Di dalam kitabnya yang masyhur, syeikh daud al-fattaniy mengatakan bahawa solat mempunyai rupa zahir dan rupa batin. Rupa zahir ialah segala perbuatan yang kita nampak apabila seseorang itu menunaikan solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud, duduk di antara 2 sujud, membaca al-fatihah dan sebagainya. Sementara rupa batin bagi solat ialah khusyuk, perasaan merendah diri kepada Allah ketika solat, ikhlas dan hadir hati, memahami makna setiap bacaan dan sebagainya. Mengikut tinjauan penulis, pendapat ini berkemungkinan diambil daripada pendapat Imam al-Ghazali. Ini kerana bahagian awal kita musalli yang membicarakan falsafah solat karangan syeikh daud banyak menukilkan pendapat Imam Ghazali.

Sumber : http://elmargi.blogspot.com/2010/10/pengertian-taharah-solat-dan-puasa.html

You might also like