Tugasan 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TUGASAN 1: PENGURUSAN GERKO, OLAHRAGA DAN PERMAINAN 1/2)

UNIT 1/2 (MODUL

A. KONSEP DAN MATLAMAT GERAK KERJA KOKURIKULUM KONSEP Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minta, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa : Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani) ; Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan ; Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya ; Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara ; Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.

TUGASAN 1: PENGURUSAN GERKO, OLAHRAGA DAN PERMAINAN 1/2)

UNIT 1/2 (MODUL

MATLAMAT Matlamat utama kativiti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut : Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan ; Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid ; Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah ; Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi ; Membina dan meningkatkan disiplin murid ; Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan ; Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat ; Mewujudkan sekolah berwatak ; Menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda ; Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal ; Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan murid-murid ; Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan ; Mengisi masa lapang dengan berfaedah ;
2

TUGASAN 1: PENGURUSAN GERKO, OLAHRAGA DAN PERMAINAN 1/2)

UNIT 1/2 (MODUL

Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum. B. STRATEGI PELAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM ASAS PELAKSANAAN Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental dengan rohani, jasmani dan emosi ; Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan ; Semua murid punya minat dan bakat yang boleh dikembangkan ; Sekolah berperanan mendidik ; Masyarakat turut sama berperanan dalam mendidik murid-murid.

STRATEGI PELAKSANAAN Untuk mencapai matlamat kokurikulum, berikut adalah beberapa strategi

pelaksanaannya : Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah ; Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan / kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan ; Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan ; Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat ; Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum ;
3

TUGASAN 1: PENGURUSAN GERKO, OLAHRAGA DAN PERMAINAN 1/2)

UNIT 1/2 (MODUL

Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki ;

Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan ; Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid ; Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan ; Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak dari semasa kesemasa.

TUGASAN 1: PENGURUSAN GERKO, OLAHRAGA DAN PERMAINAN 1/2)

UNIT 1/2 (MODUL

C. KOMPONEN GERAK KERJA KOKURIKULUM Gerak kerja kokurikulum di sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab perguruan dapat dikategorikan kepada tiga jenis atau bidang iaitu : 1. Unit beruniform / pasukan pakaian seragam 2. Kelab dan persatuan 3. Sukan dan permainan

BIDANG UNIT BERUNIFORM / PASUKAN PAKAIAN SERAGAM Sesebuah sekolah rendah dan menengah boleh menubuhkan unit beruniform / pakaian seragam mengikut keperluan setempat, kemudahan peralatan, personal atau jurulatih dan kemudahan sedia ada di sesebuah sekolah bagi mengendali dan melaksanakan aktiviti setiap unit beruniform. Antara pasukan pakaian seragam yang boleh ditubuhkan di sekolah rendah dan menengah ialah : Kumpulan Pengakap (unit Pengakap Kanak-kanak di sekolah rendah, unit Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Laut di sekolah menengah) Kumpulan Pandu Puteri (unit Tunas Puteri di sekolah rendah, unit Pandu Puteri dan unit Renjer di sekolah menengah) Persatuan Bulan Sabit Merah (Pasukan Link di sekolah rendah dan Pasukan Belia di sekolah menengah) Persatuan St. John Ambulan (pasukan SJAM Junior di sekolah rendah dan SJAM Kadet di sekolah menengah) Kadet Remaja Sekolah (Tunas Kadet Remaja Sekolah di sekolah rendah dan Kadet Remaja Sekolah di sekolah menengah) Puteri Islam (sekolah rendah dan menengah) Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (sekolah menengah)
5

TUGASAN 1: PENGURUSAN GERKO, OLAHRAGA DAN PERMAINAN 1/2)

UNIT 1/2 (MODUL

Pasukan Kadet Bomba (sekolah menengah) Pasukan Kadet Polis (sekolah menengah) Band Renjer (sekolah menengah) Bridge Bakti (sekolah menengah)

BIDANG PERSATUAN DAN KELAB Bidang persatuan dan kelab yang ditubuhkan di sekolah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu persatuan dan kelab yang berasaskan mata pelajaran (akademik) dan persatuan dan kelab yang berasaskan minat, perkhidmatan, kecenderungan dan hobi.

Persatuan dan Kelab Berasaskan Akademik atau Mata Pelajaran Penubuhan persatuan berasaskan akademik atau mata pelajaran bertujuan untuk menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sekolah boleh menubuhkan persatuan dan kelab ini berdasarkan keperluan sekolah dan kemudahan yang diperoleh. Antara persatuan dan kelab yang boleh ditubuhkan di sekolah rendah dan menengah adalah seperti : Bahasa (berasaskan bahasa yang diajar di sesebuah sekolah seperti Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan sebagainya) (sekolah rendah dan menengah) Sains (sekolah rendah dan menengah) Matematik (sekolah rendah dan menengah) Seni lukis (sekolah rendah dan menengah) Muzik (sekolah rendah dan menengah) Komputer (sekolah rendah dan menengah) Agama (seperti Islam, Buddha, Hindu) (sekolah rendah dan menengah)
6

TUGASAN 1: PENGURUSAN GERKO, OLAHRAGA DAN PERMAINAN 1/2)

UNIT 1/2 (MODUL

Geografi (sekolah menengah) Sejarah (sekolah menengah) Perdagangan (sekolah menengah) Ekonomi (sekolah menengah)

Persatuan dan Kelab Berasaskan Minat, Perkhidmatan, kecenderungan dan Hobi Persatuan berasaskan minat, perkhidmatan, kecenderungan dan hobi ditubuhkan di sekolah bertujuan untuk menarik minat dan memberi ilmu pengetahuan. Persatuan yang boleh ditubuhkan di sekolah adala seperti berikut : Perpustakaan / pusat sumber (sekolah rendah dan menengah) Koperasi sekolah (sekolah rendah dan menengah) Pendidikan Pengguna (sekolah rendah dan menengah) Koir (sekolah rendah dan menengah) Bimbingan dan kaunseling (sekolah rendah dan menengah) Pembimbing Rakan Sebaya (sekolah menengah) Kembara (sekolah menengah) Tingkatan Enam (sekolah menengah) Seni Foto (sekolah menengah)

BIDANG SUKAN DAN PERMAINAN Banyak aktiviti sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Aktiviti sukan terbahagi kepada dua, iaitu berasaskan sukan dan permainan antarabangsa, contohnya bola sepak, olahraga dan yang berasaskan permainan

TUGASAN 1: PENGURUSAN GERKO, OLAHRAGA DAN PERMAINAN 1/2)

UNIT 1/2 (MODUL

tradisional seperti wau, gasing dan sebagainya. Antara bidang sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan di sekolah adalah seperti : Bola sepak (sekolah rendah dan menengah) Bola jaring (sekolah rendah dan menengah) Olahraga (sekolah rendah dan menengah) Ping pong (sekolah rendah dan menengah) Bola keranjang (sekolah menengah) Bola tampar (sekolah menengah) Wau (sekolah rendah dan menengah) Sepak takraw (sekolah rendah dan menengah) Gimnastik (sekolah rendah dan menengah) Kriket (sekolah rendah dan menengah) Memanah (sekolah menengah)

TUGASAN 1: PENGURUSAN GERKO, OLAHRAGA DAN PERMAINAN 1/2)

UNIT 1/2 (MODUL

D. CARTA ORGANISASI Setiap sekolah rendah dan menengah perlu mewujudkan dua buah jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dan Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum. Kedua-dua jawatankuasa ini adalah berbeza. Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah lebih berfungsi menyediakan polisi, manakala Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum lebih ke arah melaksanakan polisi yang telah ditetapkan.Berikut ditunjukkan carta Jawatankuasa kokurikulum Sekolah dan Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum di sekolah.

PENGERUSI (Pengetua / Guru Besar)

SETIAUSAHA (Penolong Kanan Kokurikulum)

JAWATANKUASA

Penyelaras Bidang Unit Beruniform

Penyelaras Bidang Persatuan Dan Kelab

Penyelaras Bidang Sukan Da Permainan

Carta Organisasi Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah


9

TUGASAN 1: PENGURUSAN GERKO, OLAHRAGA DAN PERMAINAN 1/2)

UNIT 1/2 (MODUL

Carta Organisasi Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum PENAUNG (Pengetua / Guru Besar)

PENGERUSI (Penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA KOKURIKULUM (Guru)

JAWATANKUASA

Penyelaras Bidang Unit Beruniform

Penyelaras Bidang Persatuan Dan Kelab

Penyelaras Bidang Sukan Da Permainan

Guru Penasihat / Jurulatih

Guru Penasihat / Jurulatih

Guru Penasihat / Jurulatih

- Pengakap - Pandu Puteri - Puteri Islam - Bulan Sabit Merah - Kadet Polis - Kadet Bersatu - Kadet Bomba - Kadet Remaja Sekolah - Bridge Bakti

- Matematik - Seni Foto - Bimbingan & Kaunseling - Bahasa Melayu - Sejarah - Kembara - Muzik 10 - Kemahiran Hidup - Alam Sekitar

- Rumah Sukan - Olahraga - Bola Sepak - Bola Jaring - Hoki - Sepak Takraw

You might also like