Hudhud Qisas Dan Takzir

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

HUDHUD, QISAS, DIAT DAN TAKZIR

Aturan artikel ini diubah supaya mesej utama sampai dahulu walaupun lumrah penulisan
adalah dimulakan dengan pengenalan.

8. Apakah Tahap Pelaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia?

Malaysia sudah melaksanakan undang2 jenayah islam sebanyak 90% melalui hukuman takzir.
Maka, perjuangan hukum hudhud masih wajib tapi bukan bermakna hudhud itu akan
memansuhkan undang2 sedia ada, kerana undang2 sedia ada ini adalah di bawah hukuman
takzir.

Malah, hukuman di bawah hudhud (potong tangan, sebat) tak mungkin dijatuhkan kecuali
pesalah benar2 perlu dihukum. Jadi pesalah 99% akan dipindahkan kepada kanun Takzir.

Islam juga menggalakkan waris untuk memaafkan atau hanya meminta Diat berbanding
membiarkan pesalah dihukum mengikut Qisas.

Masya Allah, sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

2. Siapa Yang Tertakluk Dalam Hudhud?

Pertama sekali, pembetulan untuk salah tafsiran masyarakat. Bukan hanya hudhud tetapi
seluruh undang-undang syariah terpakai kepada rakyat di bawah jajahan pemerintah itu.

Tetapi, untuk jenayah yang hanya dilarang buat kaum muslimin iaitu murtad, zina dan
meminum arak, hanya tertakluk kepada kaum muslimin sahaja. Maka kenapa perlu takut?

1. Apakah Hudhud, Qisas dan Takzir

Hudud, Qisas dan Takzir adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab
Kanun Jinayah Syariah.

Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk
undang-undang; antaranya ialah undang-undang jinayah, undang-undang munakahat, undang-
undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam ataupun Kanun Dusturi Islami dan
bermacam-macam lagi undang-undang Islam yang lain.

Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun JenayahSyariah) ini
terbahagi pula kepada 4 jenis. Iaitulah hudud, qisos, diat dan takzir.

Hudhud
Dari sudut bahasa : hudud ialah kata jamak bagi perkataan had bermaksud mencegah atau
menyekat sesuatu, had juga bermaksud halangan.

Mengikut kehendak istilah Fuqaha: hudud membawa maksud hukuman tertentu terhadap
perbuatan jahat, dimana satu bentuk dan kadar hukuman keseksaan, telah ditentukan oleh
Allah dalam Al-quran. Ia wajib dilaksanakan untuk menjaga hak Allah dan kepentingan
masyarakat awam.


Qisas
Dari sudut bahasa: pembalasan (memberi hukuman yang setimpal)

Hukuman qisas ialah hukuman bagi kesalahan yang dikenakan hukuman balas. Membunuh
dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan,
mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Diat:
Dari sudut bahasa: denda

Hukuman Diat bermakna pampasan atau pun ganti rugi.
Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada wali/waris
mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan oleh penjinayah keatas
mangsanya.

Hukuman TAKZIR:
Takzir dari segi bahasa al-tazir bermaksud halangan antaranya digunakan dengan makna
pertolongan, ia menghalang musuh seseorang daripada menyakitinya.

Hukuman takzir ialah hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,
iaitu penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir
dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan ALLAH
kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil
Amri. Tetapi para ulama berpendapat bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang
hudud.

3. Apakah Kesalahan-kesalahan Yang Dihukum?

Kesalahan-kesalahan yang dilarang pada semua:
i. Mencuri
) 5:38 (
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

ii. Membunuh

) 17:33 (
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah
membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim,
maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada
itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah
mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).






iii. Merompak (Melakukan Huru-hara samada menimbulkan ketakutan, merampas harta,
meragut nyawa atau gabungannya)

5:33 (
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta
melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka
membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh
dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka
merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu
ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi
mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Kesalahan-kesalahan yang dilarang pada kaum muslimin sahaja:
iv. Menyerupai Jantina Lain
Hukuman menyerupai jantina lain adalah di bawah Kanun Takzir.

v. Murtad
Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas rha.

Sesiapa yang menukar / meninggalkan agamanya maka bunuhlah ia.

vi. Minum Arak, Judi dan Syirik
) 5:90 (
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor
(keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Hukuman Judi dan Syirik adalah di bawah Kanun Takzir manakala meminum arak:
Aku bersetuju dengan ulama-ulama yang berpendapat bahawa hukuman peminum arak bukan
di bawah hudhud sebaliknya di bawah takzir. Ini kerana perintah menghukum (dalam hadith-
hadith) hanya menyebut pukullah. Walaupun ada riwayat yang mengatakan jumlah
pukulan/sebatan tetapi arahan (HAD, hudhud perlu jelas hadnya) supaya dipukul/disebat
dengan cara sekian-sekian tidak ada.

Malahan, ulama seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-
Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir.
Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan:
a) Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada
yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza
menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim
menentukan jumlahnya.
b) Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada
Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan
hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh
melebihi hudud.
c) Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang
menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak
mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud
semestinya atau tetap cara dan jumlahnya.
Walaubagaimanapun, sebagai penegasan, Imam Syafie, Imam Maliki dan Imam Hanafi
berpendapat ianya adalah di bawah hudhud. Wallahualam.
Hadith-hadith Rasulullah s.a.w:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Seorang lelaki yang minum arak telah dihadapkan kepada
Nabi SAW lalu baginda bersabda, Pukullah dia. Abu Hurairah berkata lagi, Maka dalam
kalangan kami ada yang memukul dengan tangan, dengan sepatu dan memukul dengan kain.
Kemudian apakala dia beredar ada dua orang berkata, Allah telah menghina engkau, Nabi
bersabda, Jangan kamu berkata demikian, jangan membantu syaitan (berbuat demikian).
Riwayat Abu Daud: Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka
minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka.

Riwayat Muslim: Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah
disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali.

Riwayat Al-Bayhaqi: Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk
(minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan
pelepah tamar dan sepatu.

vii. Berzina (dan Menuduh Zina/Qazaf)
Kesalahan zina dihuraikan secara terperinci dalam surah Al-Nur. Berikut beberapa ayat
yang diketengahkan sebagai rujukan.

Peringatan Allah supaya dilaksanakan hukuman yang termaktub dalam Al-Quran.
) 24:1 (
Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami
turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Hukuman kepada penzina

) 24:2 (
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan
terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada
Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada
mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Larangan orang Islam menikahi penzina (yang belum bertaubat) dan huraian kecenderungan
citarasa dan keinginan penzina.
) 24:3 (
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin
berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan
yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

Amaran supaya jangan menuduh zina (QAZAF)

) 24:4 (
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah
mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu
selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -

Taubat menghapus dosa (dosa yang Allah sembunyikan tidak wajar didedahkan)

Hadith: Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW
bersabda, setiap orang daripada umatku akan diampunkan kecuali orang-orang yang
menzahirkan (dosa-dosa mereka) dan termasuk dalam kegilaan seorang lelaki melakukan dosa
pada waktu malam kemudian berpagi dalam keadaan Allah menyembunyikan dosanya itu lalu
ia berkata "wahai fulan, semalam aku lakukan sekian-sekian" sedangkan dia tidur dalam
keadaan Tuhan telah menghijab keaiban tersebut tetapi dia bangun pagi dengan membuka
hijab Allah itu. [Al-Bukhari (6069)]

) 24:5 (
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta
memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.


(24:19)
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan
orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di
dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak
mengetahui (yang demikian).

) 24:10 (
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga
(kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah
kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).

Perlunya saksi dalam pertuduhan

) 24:13 (
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu.
Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum
Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Allah Maha Pengampun

) 24:21 (
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa
yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh
(pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan
kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada
seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah
membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan
(ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui







4. Bagaimana dengan Qisas (dan Diat)?

Qisas dan diat ini jika dibandingkan dengan undang-undang sivil adalah berkaitan dengan
saman-menyaman namun Allah Maha Adil dan Allah telah menetapkan kadarannya. Aku tidak
bercadang menyentuh lanjut hal ini buat masa ini.


) 2:178 (
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan
yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan
orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa
(pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka
hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti
nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan
sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu
rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam
pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


(5:45)
Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan
jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang).
Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa
baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim.

5. Bagaimana dengan Takzir

Takzir adalah hukuman yang dirasakan perlu oleh pemerintah. Maka undang-undang sivil yang
sedia ada adalah sebahagian daripada takzir.

6. Garis Panduan Kesaksian







) 2:282 (
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang
piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis
(hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya
dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah
mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu
merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah
Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang
yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu),
maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu
mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua
orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang
kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang
berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan
apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang
yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih
adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir
kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai
yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan
adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu
disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang
demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu
bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah
sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Tujuan saksi selain daripada mengukuhkan dakwaan adalah juga sebagai tanda aras kejahatan
yang telah dilakukan. Jika ramai saksi yang melihatnya ternyata kejahatan itu dilakukan terang-
terangan dan wajar dihukum.

Sebaliknya, kejahatan yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, janganlah kita sengaja
mendedahkannya kecuali mencegah dan menasihati jika berada dalam pengetahuan kita.
KECUALI DIA MENGAKU DAN MINTA DIHUKUM.










Untuk sesetengah kes seperti zina, tujuan kesaksian juga adalah untuk memastikan
hukuman tidak terus dijatuhkan. Bermakna, walaupun tertuduh, bersalah, wajarlah kita
nasihati dengan BERHEMAH terlebih dahulu, bukanlah sesuatu yang mesti untuk
menghukum setiap pesalah. Ini juga merupakan peluang yang Allah berikan untuk
mereka bertaubat dan KEMBALI BERIMAN.

Hadis Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik.
Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula
kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan
bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba
perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri
mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah
s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Hadis Riwayat
Muslim

Riwayat lain: Apabila Maiz Al-Aslami (sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim
dalam sahihnya) berjumpa dengan Nabi SAW dan membuat pengakuan zina dengan
berkata Ya Rasulullah, Inni zanaitu (sesungguhnya aku telah berzina), baginda
berpaling daripada Maiz, walaupun Maiz mengaku berkali-kali. Sehingga sebahagian
fuqaha menjadikan hadith ini sebagai dalil bahawa tidak digalakkan mengaku berzina!




7. Allah Maha Pengampun

Allah Maha Pengampun, tidaklah wajib untuk kita mencari salah orang mahupun untuk
seseorang pesalah mendedahkan dosa-dosanya. Petikan surat Al-Maidah di bawah
sebahagian daripada dalil bahawa tidak wajib mendedahkan dosa yang telah
disembunyikan Allah.

5:34 (
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka
terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.


RUJUKAN
Aku memang tak sempat nak buka kitab tapi aku memastikan rujukan aku di alam maya
adalah dari sumber2 sahih.
http://www.mohamadazhan.com/2012/10/hukum-hudud-dalil-dalil-mengenai-hudud.html
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TCPpAbz5whk
http://pemudasarawak.wordpress.com/2009/01/11/hudud-qisas-diat-dan-takzir-apakah-itu/
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1057&Itemid=1
UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM Oleh Muhammad Fathi Yusof

You might also like