Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Esei Cara cara menerapkan nilai dan unsur patriotisme daripada Kurikulum Standart semasa menjalankan sesi

Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah Tahun Empat pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah.

Ungkapan peribahasa 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya' menjelaskan bahawa dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dan menghayati pengertiannya dalam kalangan anak-anak, khususnya remaja, mereka perlu diberi pendekatan bahawa merdeka bukan sekadar bererti bebas daripada penjajah sehingga boleh melakukan apa sahaja yang melampaui tatasusila, budaya, keagamaan dan perundangan.

Patriotisme daripada Wikipedia didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap tanah air. Tanah air itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan dasar budayanya. Patriotisme ini dikaitrapat dengan nasionalisme, namun nasionalisme selalu memupuk nilai patriotisme sebagai sikap yang sewajarnya. Patriotisme juga membawa maksud seseorang wajar mengutamakankan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya.

Matlamat Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan insan yang baik seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, setia kepada Negara, memberi sumbangan kepada pembangunan Negara, bertanggungjawab serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan berbilang kaum. Nilai-nilai tersebut boleh disemai dan di pupuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat tujuh belas nilai yang harus dipelajari dan diamalkan oleh murid-murid sekolah rendah baik hati, berdikari, hemah tinggi hormat, kasih sayang dan salah satunya ialah nilai patriotisme.

Terdapat beberapa cara untuk menerapkan nilai dan unsur patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di bawah konteks pendidikan , teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran atau kecekapan guru digunakan untuk mengelolakan dan pelaksaan kaedah menjar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. , menurut pandangan Edward M. Anthony ( 1963 ), teknik merujuk kepada satu muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan mencapai objektif pelajaran secara optimum. Antara teknik-teknik mengajar yang biasanya digunakan oleh guru ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, altih tubi dan hafalan, main peranan, simulasi , sumbangsaran dan sebagainya. Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru, oleh itu teknik mengajar yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dalam hal ini, pemilihan bahan pengajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar. Misalnya, mengikut Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6-11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Tajuk pertama dalam sukatan Kurikulum Standart Sekolah Rendah

matapelajaran Sejarah iaitu Mari Belajar Sejarah di mana murid baru didedahkan dengan kajian tentang sejarah diri dan keluarga, sejarah sekolah dan sejarah setempat. Mengambil satu subtopik standart kandungan 1.3 mengetahui dan memahami sejarah sekolah , guru boleh mengunakan kaedah inkuiri penemuan, dengan menggunakan kaedah ini murid dikehendaki mengenalpasti masalah, merancang penyelesaian dan mengumpul maklumat, murid dikehendaki mencari dan mencatat maklumat dari pelbagai sumber tentang sejarah penubuhan sekolah seperti nama sekolah dan alamat sekolah dapat mengenalpasti lokasi sekolah dari situ murid boleh membuat tafsiran. Murid dapat menceritakan salah satu peristiwa penting yang pernah berlaku di sekolah daripada maklumat yang di kumpul . Bagi pengumpulan maklumat, guru bolehlah

menyediakan murid dalam kumpulan yang kecil, dari situ mereka boleh berbincang untuk mendapatkan maklumat, maklumat yang mereka cari boleh didapati daripada buku majalah sekolah yang terdapat di perpustakaan. Murid berperanan merancang dan menjalankan aktiviti pembelajaran, aktiviti seperti memerhati, mendengar dan menyoal untuk mendapatkan maklumat dan sekaligus dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid mengenai sekolah mereka, semakin banyak maklumat yang mereka dapat tentang kejayaan sekolah semakin sayang mereka kepada sekolah mereka. Dari situ semangat patriotisme bangga dengan sekolah sendiri semakin menebal dalam diri murid. Dari maklumat tersebut mereka bolehlah membuat tafsiran dan mengetahui tentang kejayaan sekolah dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di sekolah mereka. Peringkat terakhir ialah murid membuat kesimpulan mereka sendiri, dimana mereka boleh menjelaskan tanggungjawab mereka sebagai warga sekolah dan dapat mengekalkan kesejahteraan dan kebersihan sekolah. Unsur patriotisme yang dapat diterapkan oleh guru selepas pengajaran dan pembelajaran subtopik ini ialah murid dapat mengenang jasa pihak yang menubuhkan sekolah mereka, murid perlu menghargainya dengan menaikkan dan mengharumkan nama sekolah mereka. Murid perlu berbangga dengan kejayaan sekolah dan berusaha untuk mengekalkan dan berusaha meningkatkannya. Melalui proses ini, murid dapat memahami kemahiran sejarah dan mengaplikasikan kemahiran serta nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Tajuk kedua adalah berkaitan dengan Zaman Air Batu, lebih memfokuskan kepada perubahan zaman air batu, guru boleh menayangkan klip video mengenai Ice Man, sebuah cerita tentang zaman dahulu kala dan berlakunya pencairan air batu. kemudian guru bertanyakan soalan apa yang telah ditonton oleh murid, dan mengaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran hari ini. Guru boleh menggunakan teknik penerangan , teknik penerangan ini biasanya papan hitam atau overhead projector, guru boleh menggunakan slide powerpoint untuk

menerangkan tentang keadaan semasa cuaca panas dan cuaca sejuk yang akhirnya memisahkan benua dan lautan. Dengan menggunakan powerpoint juga murid boleh melihat bentuk muka bumi di kawasan yang mengalami musim sejuk dan kawasan yang mengalami musim panas. Penerangan yang jelas memudahkan murid memahami sesuatu pelajaran dan dapat mengurangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan apabila satu latihan atau kerja susulan diberikan. Guru boleh membahagiakan kepada beberapa kumpulan dan mereka dikehendaki menyenaraikan keadaan semasa cuaca menjadi terlalu sejuk dan kumpulan yang lain menyenaraikan sebab-sebab cuaca menjadi terlalu sejuk. Selepas itu setiap ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas. Proses penerangan ini lebih kepada proses menerangkan maksud zaman air batu. Guru juga boleh membuat demonstrasi kenapa ais boleh mencair dengan begitu cepat, dengan meletakkan ais di tengah panas di bawah cahaya matahari ais akan mencair dengan cepat berbanding ais yang tidak diletakkan di bawah panahan matahari. Guru boleh kaitkan dengan geografi sekiranya bumi panas iceberg di kutub utara akan cair dan kandungan air laut makin meningkat dan kemungkinan akan berlakunya banjir dan berlakunya daratan akan dipenuhi air. Daripada demonstrasi itu murid akan terfikir pentingnya menjaga alam sekitar agar tidak berlakunya banjir besar, murid akan lebih menghargai alam yang terdappat di sekelilingnya. Nilai patriotisme yang dapat diterapkan adalah menghargai alam sekitar dan menjaga alam sekitar dengan baik kerana alam sekitarlah warisan yang akan ditinggalkan kepada anak cucu cicit kita nanti,, sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik maka apa yang akan ditinggalkan oleh kita kepada mereka nanti.

Untuk pengajaran kerajaan Melayu Awal, guru boleh menggunakan teknik bercerita pula, dengan bercerita guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran den pembelajaran dengan berkesan. Sebelum bercerita mengenai kerajaan melayu awal, guru hendaklah menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu. Dahulunya kerajaan awal ini terdapat dua kerjaan yang besar iaitu kerjaan maritim dan agraria dimana maritim lebih kepada mengumpul menangkap ikan dan mengumpul

hasil laut dan kerajaan agrarian lebih kepada mengumpul hasil hutan dan membekalkan hasil pertanian kepada kerajaan maritim. Alat bantu mengajar seperti peta sangat penting semasa guru menceritakan tentang kerajaan melayu awal kerana murid perlu mengenalpasti lokasi kerajaan awal pada peta Malaysia. Kerajaan awal Kedah Tua yang terletak di Lembah Bujang merupakan kerajaan awal Melayu yang terkenal dan berkembang maju yang juga merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua dipantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Merupakan sebuah kerajaan maritim yang terkenal , selepas itu Kerajaan Melayu awal sangat masyhur dengan jalan laut dan pedagangan, oleh itu guru perlu memulakan cerita dengan suara yang menarik dan dengan penuh emosi, dengan menggunakan kad-kad perkataan guru melabelkan pelabuhan-pelabuhan yang terkenal semasa zaman melayu awal tersebut. Terdapat banyak pelabuhan-pelabuhan yang penting semasa bercerita guru meletakkan label dia atas peta dan meminta murid mengingatkan lokasi pelabuhan pelabuhan yang terkenal pada zaman itu. Semasa bercerita guru boleh mengemukakan soalan untuk mengalakkan murid meneka apakah kegunaan pelabuhan yang baik semasa zaman Melayu Awal. Tujukan soalan kepada kelas sebelum meminta pelajar-pelajar tertentu menjawab. Ini bertujuan mengalakkan keseluruhan pelajar dalam bilik darjah berfikir dan mencari jawapan. Mengapakah pada zaman dahulu pedagang menggunakan laluan air untuk perdagangan, dengan soalan-soalan membimbing ini mereka akan mengikuti perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup. Guru juga menceritakan tentang laut, teluk dan pulau serta melabelkan supaya murid tahu dan berminat untuk mengambil tahu. Selepas bercerita guru boleh berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita, di sini guru boleh menerapkan nilai patriotisme dengan pentingnya menjaga kebersihan pantai kerana pantai yang bersih membawa maksud penduduknya juga bersih dan mencintai keamanan dan menghargai kemakmuran negara.

Zaman prasejarah merupakan antara tajuk yang terdapat dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah, tajuk ini menjelaskan tentang kehidupan masyarakat sebelum kewujudan sistem tulisan. Untuk mengajar tajuk ini kaedah yang boleh

digunakan oleh guru ialah tayangan video. Tayangan video mengenai prehistotoric man sebagai gambaran awal kepada murid mengenai tajuk prasejarah ini. Sebelum tayangan, guru perlulah memberitahu apa yang murid tonton. Guru bolehlah menyoal murid tentang pendapat mereka selepas melihat tayangan klip video tersebut, manakala murid memberi perhatian kepada tayangan video yang disediakan oleh guru dan cuba menjawab soalan guru tersebut. Semasa tayangan video, guru boleh memberhentikan tayangan untuk menerangan apa yang berlaku pada zaman prasejarah tersebut, guru juga boleh mengulang tayang pada bahagian yang rumit dan murid tidak faham. Guru kemudiannya bertanyakan soalan adakah murid dapat meneka apa yang mereka akan pelajari hari ini. Sesi bersoaljawab ini akan mengukuhkan penguasaan murid dan murid sentiasa bersedia untuk menerima maklumat dari guru dan bersedia untuk menjawab soalan. Dari video itu guru boleh bertanyakan lokasi dan kegiatan masyarakat prasejarah pada zaman itu, kemudian guru boleh bertanyakan pendapat murid mengenai zaman prasejarah ini sebagai pengenalan dan membuat penerangan ringkas dan padat. Murid memberikan kerjasama dan menjawab soalan guru dengan baik. Daripada video itu guru boleh menerangkan kepada murid kehidupan mereka sekarang lebih baik berbanding kehidupan zaman prasejarah, keadaan pada zama itu serba kekurangan tetapi mereka masih meneruskan hidup dan mampu berdikari, walaupun alatan yang digunakan berbeza dan mundur tetapi mereka kreatif dan inovatif untuk mencipta sesuatu yang baru untuk kegunaan mereka seharian. Guru bolehlah memberikan lembaran kerja dengan meminta murid melukiskan alatan-alatan yang digunakan oleh masyarakat prasejarah ini semasa melakukan aktiviti seharian. Alatan yang digunakan tidaklah secanggih dan moden seperti yang telah sedia ada di abad 21 ini. Unsur dan nilai patriotisme yang boleh diterapkan kepada murid selepas pengajaran dan pembelajaran ini iaitu menghargai ketinggian nilai sejarah awal manusia, menghargai tinggalan sejarah yang ada. Sikap berani, kreatif dan inovatif dalam menghadapai cabaran ini wajar dicontohi oleh murid. Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka merupakan tajuk terakhir dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah, di zaman ini telah lahir beberapa tokoh yang terbilang yang menjadi boleh dijadikan iktibar dan contoh kepada murid-murid untuk membina jati diri dan sahsiah murid pada masa hadapan. Cara untuk

menerapkan unsur dan nilai patriotisme semasa sesi pengajaran ialah, guru dengan menggunakan teknik simulasi dalam pengajaran, untuk mengetahui dan memahami Parameswara sebagai pengasas Melaka. Berpandukan peristiwa pelanduk menentang anjing murid boleh melakonkan situasi yang membawa kepada pembukaan Melaka. Simulasi yang digunakan ialah sosiodrama iaitu merupakan suatu aktiviti lakonan yang menarik , biasanya aktiviti lakonan dalam sosiodram adalah berdasarkan sesuatu cerita yang mengambarkan sesuatu situasi atau isu konflik, misalnya cerita peristiwa pembukaan Melaka, murid boleh melakonkan watak parameswara, watak pelanduk, watak anjing dan watak pengawal, ceritanya dalam bentuk skrip iaitu baginda sedang memburu , tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu. Aktiviti lakonan melalui sosiodrama akan bermula selepas membaca skrip untuk berlakon yang telah disediakan oleh guru terlebih dahulu. Murid-murid yang dipilih untuk berlakon akan memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Murid akan mengingat watak yang dimainkan, selepas aktiviti lakonan perbincangan diadakan untuk menganalisis dan menilai watakwatak lakonan dan membuat rumusan. Watak parameswara ditekan oleh guru kerana Parameswara merupakan seorang tokoh yang gemilang di zaman baginda dan masih di agungkan sehingga kini, nilai kepimpinan dan kebijaksaan Parameswara sangat di sanjung kerana baginda merupakan Pengasas Kerajaan Melaka sekaligus telah memeluk agama Islam. Murid yang melakonkan watak Parameswara tersebut akan merasakan dirinya sangat hebat walaupun hanya melakonkan watak, dari situ guru telah menerapkan nilai patriotisme dalam jiwa murid tersebut. Di sini guru telah menyelitkan nilai patriotisme di dalam jiwa murid-murid supaya murid juga akan mempunyai pemikiran yang bijasana dan berakhlak untuk menjadi pemimpin yang disegani. Tujuan guru menggunakan teknik simulasi adalah untuk murid menguasai kemahiran bertutur, simulasi melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ia juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan

yang betul. Selain itu sikap positif murid dapat di bina, guru boleh menerapkan nilai patriotisme semasa membuat rumusan. Murid perlu merasa bangga kerana tokoh terbilang Parameswara kerana parameswara merupakan pengasas Melaka, kerana dengan kedatangan baginda Melaka menjadi satu pusat pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka. Di sini dapat guru memupuk perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia dengan mengenal dan menghayati warisan negara kita. Dalam tajuk ini juga guru boleh menggunakan kaedah perbincangan untuk menbincangkan struktur pentadbiran pada zaman kesultanan Melayu Melaka. , guru boleh menjelaskan susun lapisan masyarakat pada Zaman Melayu Melaka yang terdiri daripada Raja dan orang Besar Empat iaitu Bendahara, Laksamana, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Guru menerangkan Raja merupakan golongan yang memerintah yang terdiri daripada Sultan, kaum kerabatnya dan pembesar-pembesar. Rakyat pula terdiri daripada orang merdeka termasuk pedagang dan buruh mahir. Sehingga sekarang kita masih lagi mengikut pentadbiran yang telah sedia ada dari zaman Kegemilangan Melayu Melaka, murid haruslah berbangga kerana sistem pentadbiran yang ada sekarang adalah sistem pentadbiran negara yang teratur dan kemas. Murid akan menyedari bahawa struktur pentadbiran negara kita berasaskan Kerajaan Melayu Melaka. Kewujudan Kesultanan Melayu Melaka sebagai warisan yang dibanggakan. Rentetan daripada pentadbiran institusi beraja tersebut, terdapat seorang tokoh yang sangat dihormati dan taat setianya kepada Raja tidak berbelah bagi, iaitu Laksamana Hang Tuah, Di samping yang memang telah diterima dan dipahami selama ini, nilai-nilai yang dikandungnya dalam jiwa Hang Tuah haruslah ada di setiap kalangan anak murid. Di antara nilai-nilai yang ada pada Hang Tuah iaitu kesetiaan dan ketaatan, begitu pula nilai-nilai keadilan, kebijakan, kearifan, persahabatan, cinta-kasih, kerja sama, kerja keras, dan sebagainya yang memunculkan patriotisme terus didalami oleh murid-murid dewasa ini. Perkara itu memang mustahak kerana kesemuanya itulah yang membentuk mentaliti dan jati diri orang Melayu. Pada gilirannya, nilai-nilai baik yang membentuk mentaliti itu menjadi pedoman serta daya dorong dan atau pemacu semangat dalam kehidupan, sama ada untuk berfikir, berasa, bersikap, berkelakuan, belajar, ataupun bekerja. Dengan menggunakan teknik yang sama iaitu perbincangan ,

murid dalam kumpulan kecil boleh menyenaraikan sifat-sifat yang ada pada Hang Tuah, pada masa yang sama nilai dan unsur patriotisme juga telah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menerangkan nilai nilai patriotisme inilah yang perlu didalami oleh setiap murid. Peranan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. Guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong murid melahirkan perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cintakan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.

You might also like