Kertas Kerja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BESUT TERENGGANU

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SAINS NEGARA (BAHAGIAN ROBOTIK) KUALA LUMPUR

TARIKH: 25 OKTOBER 2013

ANJURAN: KELAB REKA CIPTA IPGKSM

KERTAS KERJA LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA

1.0 PENGENALAN Lawatan ke sesuatu tempat merupakan satu cara untuk menimba pengalaman. Pengalaman amat penting bagi setiap insan terutama bagi insan bernama guru. Justeru, Kelab Reka Cipta mengambil inisiatif melalui program lawatan ke Pusat Sains Negara untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai

perkembangan sains dan teknologi masa kini yang melibatkan bidang Reka Cipta khususnya Robotik, di samping itu juga dapat melahirkan pelajar yang minat terhadap sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi kepada manusia. Lawatan ini juga diharapkan dapat memberi peluang amali hands on dan dapat melahirkan guru pelatih yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam melaksanakan tugas harian berkaitan Reka Cipta di sekolah dan kepada komuniti kelak. Selain itu, lawatan ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur ini juga bersesuaian mengikut Takwim Institut dengan membawa pelajar Kelab Reka Cipta Semester 6, bagi tahun 2013.

2.0 NAMA PROGRAM Lawatan Sambil Belajar Ke Pusat Sains Negara (Bahagian Robotik) Kuala Lumpur.

3.0 TARIKH PROGRAM 25 OKTOBER 2013 (Jumaat).

4.0 RASIONAL Lawatan ini dianjurkan atas rasional: i. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkembangan sains dan teknologi pada masa kini khususnya dalam bidang Reka Cipta Robotik. ii. Melahirkan pelajar yang minat terhadap bidang Reka Cipta.

5.0 MATLAMAT Lawatan ini bermatlamatkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berhuubung bidang Reka Cipta serta memperkenalkan para peserta dengan robotik.

6.0 OBJEKTIF Antara objektif lawatan ini adalah: i. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkembangan sains dan teknologi masa kini yang melibatkan bidang Reka Cipta khususnya Robotik. ii. iii. Melahirkan pelajar yang minat terhadap bidang Sains dan Reka Cipta. Melahirkan pelajar yang menghargai sumbangan Sains dan Teknologi kepada manusia. iv. Melahirkan guru pelatih yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam melaksanakan tugas harian berkaitan Reka Cipta di sekolah dan kepada komuniti kelak.

7.0 ANJURAN Lawatan sambil belajar ini adalah anjuran Kelab Reka Cipta Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

8.0 TENTATIF PROGRAM Sila rujuk Lampiran A

9.0 PENYERTAAN / SASARAN Para peserta terdiri daripada: i. ii. 35 orang pelajar 2 orang pensyarah pembimbing

10.0

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM Sila rujuk Lampiran B

11.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Sila rujuk Lampiran C

12.0

PENUTUP
Diharapkan kursus ini akan berupaya mencapai objektif yang difikirkan, supaya pengisian ilmu kepada guru pelatih dalam melahirkan individu yang kreatif serta inovatif dalam bidang Reka Cipta. Kejayaan ini bukan sahaja untuk IPG Kampus Sultan Mizan tetapi melaksanakan agenda negara mencapai Wawasan 2020, melahirkan individu yang mampu menyumbang kepada negara , tujuh tahun dari sekarang.

Disediakan oleh

SYED AMARUDIN SYAH BIN SYED BAHARUDIN Setiausaha Kelab Reka Cipta Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

Disahkan oleh EN. WAN AZAHARI BIN WAN HARUN Penasihat Kelab Reka Cipta Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Dengan ini saya MELULUSKAN/TIDAK MELULUSKAN Lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur anjuran Kelab Reka Cipta.

Diluluskan oleh . EN. KAMARUDIN BIN HASHIM Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu

Dengan ini saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur, Pusat Sains Negara anjuran Kelab Reka Cipta.

Ulasan

Lampiran A TENTATIF PROGRAM LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA

25 Oktober 2013 8.00 pagi - Semua peserta dari Kelab Rekacipta berkumpul di Dewan Bendahara IPGKSM. - Bertolak ke Pusat Sains Negara. - Berhenti untuk sarapan pagi. 5.00 petang - Tiba di penginapan Homestay. - Taklimat mengenai program yang akan dijalankan pada esok hari. 8.00 malam - Persiapan diri dan makan malam.

26 Oktober 2013 8.00 pagi - Berkumpul di hadapan Homestay. - Taklimat ringkas. - Bertolak ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. 9.30 pagi - Tiba di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. - Melawat persekitaran Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. 2.00 petang - Solat Zohor dan makan tengahari. 5.00 petang - Bertolak balik ke Homestay. 8.00 malam - Persiapan diri dan makan malam. 10.00 malam - Refleksi.

27 Oktober 2013 8.00 pagi - Semua peserta dari Kelab Rekacipta berkumpul di hadapan Homestay. 9.00 pagi - Pulang ke IPG Kampus Sultan Mizan.

2.00 petang - Solat zohor dan makan tengahari. 6.00 petang - Dijangka sampai di IPG Kampus Sultan Mizan.

LAMPIRAN B SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung

: En. Kamarudin bin Hashim Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Penasihat

: i) En. Wan Azahari bin Wan Harun ii) En. Mohammad bin Md. Latiff Pensyarah Penasihat Kelab Reka Cipta IPGKSM

Pengerusi

: Asraf bin Nordin Unit Reka Bentuk dan Teknologi 1

Naib Pengerusi

: Muhammad Azri Asyraf bin Asari Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

Setiausaha

: Syed Amarudin Syah bin Syed Baharudin Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

Pen. Setiausaha

: Nordieny binti Zohari Unit Reka Bentuk dan Teknologi 1

Bendahari

: Nur Syahidatul Akmal bin Abu Bakar Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

AJK Pengangkutan : Muhammad Zhariff bin Hasnan Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

AJK Penginapan

: Ahmad Akmal bin Nik Khuzaimah Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

AJK Cenderahati

: Siti Aishah Nabihah binti Othman Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

AJK Makanan

: Norfarahin binti Abd. Rahman Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BIL

PERKARA

HARGA (RM) X KUANTITI

JUMLAH (RM)

1.

Makanan

RM15.00 x 35 orang = RM525.00 RM525 x 3hari = RM1575.00 RM1575.00

2.

Kos Pengangkutan (Bas)

RM1200.00 X 3hari = RM3700.00

RM3600.00

3.

Cenderahati

RM50.00

RM50.00

4.

Tempat Tinggal (Homestay)

RM150.00 2buah = RM300.00 RM300.00 x 2hari = RM600.00 RM600.00

JUMLAH BESAR

RM5825.00

You might also like