Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanakkanak. Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada pendidikan awal kanak-kanak lagi Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan ini, berkemungkinan mereka tidak akan menghadapi masalah kelak

Tujuan
Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak.

Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

Pergerakan Bukan Lokomotor


Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan

Perbezaan
Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang. Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana pelaku hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja.

You might also like