Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan walaupun terdapat banyak kekangan yang terpaksa dihadapi. Dalam tugasan kumpulan ini, kami telah diminta untuk memilih salah sebuah teori yang dipelajari dan menganalisis teori tersebut berdasarkan tajuk yang kami tetapkan sendiri. Bidang teori ini banyak memberi pendedahan kepada saya untuk memasuki laman teks kesusasteraan bagi memahami apa jua fenomena baik secara instrinsik mahupun ekstrinsik. Untuk tugasan kali ini, kami telah memilih untuk menganalisis teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diasas oleh Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan dari segi pengsejarahan, idea-idea asas serta penerimaan masyarakat terhadap teori ini. Disini kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengasas teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) iaitu Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan kerana sudi berkongsi maklumat dan sudi menjadi responden untuk kajian kami. Jutaan terima kasih juga dirakamkan pensyarah kursus Pengantar Teori dan Kritikan Kesusasteraan (BST 1033) iaitu Encik Abdul Halim Ali kerana telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan menjadi sumber rujukan dan membekalkan pelbagai bahan serta bimbingan dalam mempersiapkan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, ribuaan terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi dorongan, berkongsi pendapat serta bahan dalam memperlengkapkan lagi tugasan ini. Sekian, terima kasih.

1.0 LATAR KAJIAN 1.1 Latar Belakang Tokoh dan Teori


Latar Belakang Tokoh Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan mula terlibat dalam bidang kesusasteraan apabila menduduki peperiksaan HSC Higher School Certificate pada tahun 60an. Pada masa itu terdapat mata pelajaran kesusasteraan Melayu apabila buku teksnya ialah novel Tenggelamnya Kapal Van de Wijck karya Hamka. Semenjak itu, beliau mula berminat membaca novel dan karya sastera pengarang-pengarang Melayu, Indonesia dan Barat. Beliau amat menggagumi Shahnon Ahmad dan terpikat kepada persoalan-persoalan kehidupan manusia yang diketengahkan oleh Shahnon Ahmad dalam karyanya. Beliau mula menceburi bidang pemikiran ketika mula bertugas di Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik, Universiti Utara Malaysia, Jitra, Kedah pada tahun 1985. Pada tahun 1987, beliau mengikuti kursus Lateral Thinking yang dikendalikan sendiri oleh Edward de Bono di Kuala Lumpur. Disini beliau mendapat pendedahan pertama tentang pemikiran sebagai tambahan pemikiran kreatif tentang karya-karya sastera dalam bentuk fiksyen, sajak dan drama. Beliau banyak menghasilkan penyelidikan kesusasteraan terhadap Sasterawan Negara Shahnon Ahmad bermula dari latihan ilmiah di peringkat Ijazah Sarja Muda sehinggalah peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Beliau juga membuat pemerhatian terhadap karya-karya Pramoedya Ananta Toer, James Joyces, Franz Kafka, Virginia Woolfe, Albert Camus, Leo Tolstoy, Kesusasteraan Filipina dan cerpen-cerpen Brunei Darulssalam.

Diantara jenis buku yang dihasilkan seperti Pembinaan Paradigma Pemikiran Peradaban Melayu (2005), Teori Pendidikan Pemikiran Global (2006), Islam Hadhari Menangani Gelombang Globalisasi (2007), Pemikiran Mahathir Mohamad: Kesinambungan Gelombang Keintelektualan Melayu Global ari Abdullah Munshi dan Zaba (2008), Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad (2008) Penghayatan Fiksyen, Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, Pengenalan Fiksyen Dunia, Koleksi Karya Shahnon Ahmad, Novel Negara Brunei Darussalam 1940-1992 : Suatu Analisis Kritis Intrinsik-Ekstrinsik dan Pemikiran Sasterawan Negara Malaysia (2008). Bermula dari 1985 hingga tamat perkhidmatan pada 2002 di UUM, beliau terlibat secara langsung dalam pengarang dan pembelajaran Pemikiran dan Etika sebagai kursus wajib Universiti. Hasil pengajaran dan penglibatan itu beliau berjaya membentuk satu teori Pemikiran yang dipanggil SPB4L : Sistem Pemikiran Bersepadu 4L : Luhur, Lahir, Logik dan Lateral. Beliau bermula sebagai seorang guru di sekolah rendah dan berpindah ke sekolah menengah. Dengan hasrat mahu menganjak kerjayanya beliau telah menerima tawaran sebagai tutor di Universiti Sains Malaysia dari tahun 1973 hingga 1975. seterusnya beliau beralih pula ke Universiti Utara Malaysia sebagai pensyarah di Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik. Latarbelakang dan kerjayanya sebagai seorang guru, tutor, pensyarah, pensyarah madya dan kemudian profesor serta latarbelakang karya beliau dalam bidang kesusasteraan, Pemikiran dan Etika telah memberi kenyakinan untuk memberanikan diri dalam memurnikan SPB4L kepada Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K). Pemikiran dan Idea Tokoh Pemikiran oleh sarjana melayu yang beragama islam tidak seperti kecenderungan teoriteori barat yang menempukan perhatian tentang kejiwaan atau persoalan hidup yang tidak

bersandarkan kepada ketauhidan dan keesaan Allah, kerana fitrah manusia akan bersandar kepada allah sebagai pegangan yang paling tinggi. Pemikiran pula adalah sesuatu kuasa yang

amat hebat yang ada pada setiap manusia. Dengan menggunakan ia dengan sebaik-baiknya, maka ia akan membawa manusia ke jalan yang bahagia. Tetapi apabila disalahgunakan, ia akan menghancurkan manusia itu sendiri. Mohd Yusof Hasan meletakkan Sistem pemikiran saintifik atau sistem pemikiran bersepadu memerlukan sistem pemikiran yang tersusun dan berdasarkan kaedah saintifik. Jesteru itu Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L diperkenalkan sekitar 1990-an, Teori SPB4L menggabungkan dan menyepadukan empat sistem pemikiran yang diterjemahkan oleh pengarang dalam karya sastera iaitu pemikiran luhur, lahir, logik dan lateral. Pemikiran Luhur adalah berkait dengan agama iaitu agama yang suci murni berdasarkan kepada ketauhidan, keimanan dan ketaqwaan. Pemikiran Lahir adalah pemikiran tentang kemampuan manusia berfikir dari peringkat dalam rahim semasa berusia enam hari sehingga berusia enam tahun. Peringkat ini amat penting dalam pembangunan minda manusia. Pemikiran Logik pula adalah jenis pemikiran yang berdasarkan ilmu yang lengkap, memerlukan hujah , bukti, fakta, alasan, hujahan dan kebenaran. Manakala Pemikiran Lateral pula tidak memerlukan logik, fakta atau kebenaran. Ia lebih mementingkan kepada kreativiti, inovasi, imaginasi, rekaan dan khayalan semata-mata. Namun apabila Beliau berhijrah dan berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Beliau telah memurnikan teori ini kepada Teori Pemikiran Bersepadu 4K, meliputi Ketuhanan, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan. Namun pada konsepnya teori ini masih sejajar dengan Teori Pemikiran Bersepadu 4L, tetapi oleh kerana suasana di UPSI yang memegang tunggak Cikgu Bitara maka teori ini telah dimurnikan supaya sesuai dengan profesion keguruan yang juga mengariskan hal-hal keimanan, kehebatan minda, kelogikan dan keindahan.

1. 2 Sumbangan Tokoh
Sumbangan Prof. Dr Mohd Yusof Hasan Dalam tempoh Mohd Yusof Hasan bergiat dalam bidang penulisan dan pentiorian, beliau telah banyak menghasilkan buku ilmiah termasuklah Novel of the Trouble Years, Sasterawan Shahnon Ahmad yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 1990, Tiga Dunia : Cerpen Psikologi Kanak-Kanak, Dunia Melayu juga pada tahun 1990. Beliau juga telah menghasilkan antologi cerpen pengarang-pengarang Malaysia yang berjudul Pengabdian, pengenalan Fiksyen Dunia, Takah Demi Takah. Pada tahun 1995 beliau telah menghasilkan karya berjudul Penghayatan Fiksyen Melayu, Novel Negara Brunei Darulssalam, Suatu Analisis Kritis Instrinsik-Ekstrinsik. Dan pada tahun 1999 beliau telah menghasilkan karya yang popular ppencetus kepada teoinya iaitu Pemikiran Saintifik : SPB4L, Teori Pendidikan pemikiran global, Pemikiran Mahathir Mohamed, Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, dan karya yang mendokong idea Teori Pemikiran Bersepadu 4K iaitu Wacana Ilmu UPSI Pembinaan Teori Pendidikan Pemikiran UPSI. Setakat ini, beliau telah menghasilkan 10 buah buku, lebih daripada 200 esei akedemik, lebih 100 kertas kerja dan teori SPB4K beliau telah memberikan paradigma baru dalam bidang sastera.

2.0 PERMASALAHAN ANALISIS


Setiap kajian dimulakan dengan mengenalpasti masalah. Permasalahan merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perkara kajian yang kita akan lakukan. Kehidupan sosial memang dipenuhi oleh berbagai-bagai perkara yang boleh dijadikan topik kajian. Dalam melaksanakan kajian, kita tidak dapat mengkaji dan menyelesaikan banyak masalah dalam satu

penyelidikan. Oleh itu adalah kebiasaan setiap penyelidikan memfokuskan kajian kepada suatu penyataan masalah yang khusus. Permasalahan adalah menjawab kepada soalan mengapa kajian ini dibuat dan kepentingan nya. Antara permasalahan analisis yang terdapat dalam kajian ini adalah : Idea teori SPB4K Salah satu tujuan ingin mengkaji teori ini adalah untuk mengetahui idea sebenar teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K). Idea dari mana datangnya teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) merupakan permasalah utama sebab kajian ini dilakukan. Idea teori SPB4K ini bersangkut paut dengan teori yang pernah dihasilkan sebelumnya iaitu teori SPB4L dan penukaran tajuk teori ini menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang idea teori tersebut. Teori ini perlu diketahui idea asal agar memudahkan masyarakat dan penyelidik khususnya untuk mengkaji teks kesusasteraan Melayu berdasarkan Teori Pemikiran Bersepadu (SPB4K). Ini ekoran kerana Teori Pemikiran Bersepadu (SPB4K) asalnya dinamakan Teori Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L), idea asalnya perlu diperjelaskan kepada masyarakat agar mereka tidak keliru berhubung dengan perkara terbabit. Walaubagaimanapun, usaha untuk memperjelaskan idea teori SPB4K ini akan cuba diperjelaskan dengan sebaik mungkin agar tidak terdapat percanggahan dan kekeliruan untuk memahami tentang Teori Pemikiran Bersepadu 4K dengan sepenuhnya. Penerimaan masyarakat Selain itu, pengkajian teori ini adalah untuk mengetahui sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) dalam memsepadukan Pemikiran Bersepadu 4K untuk diterapkan dalam bidang sastera kerana teori ini sebenarnya

bukan sebuah teori sastera tetapi hanyalah sebuah teori pemikiran yang miripnya seperti teori Psikoanalisis Klasik oleh Sigmund Frued. Kemunculan teori Pemikiran Bersepadu 4K banyak memberikan kesan kepada dunia kesusasteraan sama ada dari sudut ilmiah atau sebaliknya sehingga membuka ramai mata karyawan untuk mendekati teori ini. Ini kerana teori ini bukan hanya boleh digunapakai dalam bidang kesusasteraan malah dapat diaplikasikan dalam bidang politik, bidang sains dan sebagainya serta untuk diamalkan dalam kehidupan seharian sehingga keupayaannya untuk menilai dan penghayatan terhadap sesebuah karya itu diragui dan tidak dapat dicapai. Kritikan Tokoh Tokoh Teori Persuratan Baharu Mohd Affendi Hassan mendakwa teori ini bersifat picisan. Membayangkan sebuah tesis disandarkan kepada suatu kerangka kasar yang kabur dan keliru, misalnya disandarkan kepada lakaran grafik (SPB4L/SPB4K) rekaan seorang sarjana yang mengaku pakar pemikiran kreatif bersepadu yang sebenarnya bukan teori. Tetapi hanya sejenis kerangka taklimat yang bercelaru, berubah-ubah tajuknya dari 4L (luhur, lahir, logik, lateral) tidak semena-mena menjadi 4K (keimanan, kebitaraan, kesaintifikan, kekreatifan) untuk kononnya menggambarkan sistem pemikiran bersepadu. Sekiranya tesis ditulis dengan memakai kerangka yang kacau seperti ini, maka tesis itu akan menjadi sebuah tesis picisan, kerana dasarnya adalah pemikiran picisan.

Semua karya adalah picisan jika strukturnya longgar, tidak menyerlahkan kecanggihan analisis yang membolehkan pembaca memahami dengan jelas idea pokoknya dan tidak memberikan kesempatan kepada pembaca untuk bersetuju atau menentangnya. Pendeknya, karya itu runtuh bertaburan jika dikritik dan dicabar secara ilmiah dengan analisis yang tajam. (Dipetik dari

Utusan Malaysia bertarikh 12 Oktober 2005). Selain itu, teori ini turut dikritik hebat oleh Ungku Maimunah Mohd Tahir.

3.0 OBJEKTIF
Secara umumnya, objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk memahami Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) itu sepenuhnya sebelum mengaplikasikan penggunaan teori tersebut dalam menganalisis teks kesusasteraan Melayu. i) Mengkaji tentang pengsejarahan Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) iaitu melihat bagaimana dan bila teori ini dicetus oleh Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan. ii) Menganalisis idea-idea asas Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan berkaitan teori ini. iii) Membincangkan tentang penerimaan masyarakat terhadap teori sastera Melayu tempatan iaitu teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) dalam bidang

kesusasteraan.

4.0 KAJIAN LALU


Kemunculan teori ini banyak memberi impak kepada bidang ilmu terutamanya bidang Pemikiran dan Kesusasteraan, bidang kesusasteraan khasnya banyak membuka mata serta mulut pengkarya dan pengkritik untuk menguji dan menilai sejauh mana Teori ini berkesan dan memberikan input positif dalam dunia pengkaryaan sastera. Terdapat ramai juga yang menulis dan mengkritik tentang Teori ini sama ada dari segi kelemahan dan kelebihan sehingga teori ini menjadi satu teori yang agak dikenali dan memberi pemahaman sehingga ada yang menjadikannya sebagai sumber rujukan untuk sesuatu kajian. Kajian oleh Dr. Ani Omar

Kemunculan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) oleh Dato Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan sebagai teori sastera tempatan telah membuka ruang kepada penyelidikan sastera dengan lebih luas. Aplikasi serta penerapan teori-teori moden kesusasteraan dari Barat telah banyak digunapakai bagi kajian sastera di Malaysia. Namun sebagai alat untuk mengkritik teks sastera Melayu, teori-teori dari Barat dikatakan kurang sesuai kerana keterpisahannya dari unsur keIslaman dan keMelayuan yang menjadi tunjang kepada segala proses penglahiran karya Melayu. Salah seorang yang pernah membuat kajian berdasarkan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L) oleh Mohd Yusof Hasan iailah Dr. Ani Omar seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang telah menggunakan teori tersebut untuk tesis Ph.D di UPM pada tahun 2005 yang bertajuk Citra Manusia dan Kemanusiaan Dalam Puisi Melayu Moden di Malaysia. Dr. Ani Omar yang mengkaji kumpulan puisi Jasa Ibu melalui teori tersebut berkata, ia turut memperlihatkan kekuatan idea dan pendekatan pengarangnya dalam mengutarakan nilainilai luhur. Berdasarkan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L) oleh Mohd Yusof Hasan tersebut, Dr. Ani Omar mengupas Kumpulan Puisi Kanak-kanak Jasa Ibu (JI) karya Zainal Abdul Kadir mampu mengutarakan pemikiran yang luhur, lahir, logik dan literal. Dr. Ani Omar berkata, puisi-puisi dalam Jasa Ibu mengutarakan hubungan manusia dengan Tuhan serta hubungan manusia sesama manusia dalam konteks horizontal dan vertikal. Kumpulan puisi ini dimulai dengan pemikiran luhur iaitu pemikiran keagamaan yang berkaitan dengan manusia dengan Allah seperti tergambar dalam puisi Pulang Adik Pulang, Nasihat Insani dan Gurindam Umur.

Puisi Zainal sarat kata nasihat agar kanak-kanak menghormati ibu bapa, guru, rakan dan taulan. Mereka diingatkan pentingnya sifat terpuji dan bertanggungjawab manakala ibu bapa diingatkan mendorong anak mereka menjadi insan kamil, katanya. Pemikiran lateral pula ialah keindahan gaya yang digunakan manakala pemikiran logik ialah unsur-unsur sains yang digunakan oleh pengarangnya. Pemikiran lahir ialah pembentukan mental, jasmani dan otak manusia, katanya. Dr. Ani Omar turut mengkategorikan Keluarga Bahagia, Sekuntum Bunga Raya, Alangkah Beruntung, Emak Masak Nasi, Komputer, Jasa Guru dan Cita-cita membuktikan dunia kepenyairan berupaya menjadi pemangkin dalam membentuk disiplin dan jati diri insan bermula dari tahap kanak-kanak

5.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian adalah satu cara untuk mendapatkan data yang akan dikaji atau dianalisis. Dengan itu, kaedah yang akan dilakukan adalah mendapatkan atau menjalankan kajian terhadap permasalahan kajian yang telah dipilih. Dalam kajian ini, pelbagai cara akan digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini. Kaedah kajian yang telah digunakan adalah : Kaedah Kajian : Temubual Kaedah temubual merupakan kaedah yang terpenting digunakan dalam kajian ini. Kaedah temubual yang dilakukan melibatkan interaksi bersemuka secara lisan diantara penyelidik dengan responden. Jawapan boleh direkodkan dengan media elektronik dan perlu bersifat reflektif. Dalam kes ini, kami sebagai menemubual dengan pengasas Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) oleh Dato Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan. Temubual telah dijalankan secara semi-berstruktur dimana penyelidik menyoal sebilangan soalan formal dan penyelidik juga bebas menyoal dengan lebih mendalam tentang jawapan responden kepada satu soalan formal yang telah ditanya. Selain itu, Dato Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan juga turut menyoal

kami untuk menguji kefahaman kami tentang kandungan teori SPB4K ini. Kaedah ini dipilih kerana Dato Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan iaitu pengasas teori ini merupakan penyelidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan memudahkan kami untuk berjumpa dan menemubual beliau. Kaedah ini juga dipilih bagi memperoleh maklumat yang tepat dan kefahaman kami terhadap kajian yang dibuat. Kaedah Kajian : Kajian Perpustakaan Bagi menyiapkan kajian ini, kaedah ke perpustakaan turut digunakan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kajian. Antara perpustakaan yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat adalah seperti Perpustakaan Tengku Bainun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Manakala bahan-bahan yang akan menjadi rujukan adalah seperti buku-buku rujukan, jurnal-jurnal, dan majalah yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini. Segala maklumat berkaitan yang diambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang diberikan oleh pensyarah dan telah diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik mungkin dan adanya menggabungjalinkan idea-idea dan pandangan sendiri. Kaedah ini dipilih bertujuan untuk membantu dalam menambah bahan yang sedia ada dan juga dapat menokoktambahkan bahan secara rapi dan berkesan.

6.0 ANALISIS & DAPATAN 6.1 Analisis :


Pengsejarahan Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K), idea-idea asas Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan dan penerimaan masyarakat terhadap teori ini.

Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) telah diperakukan oleh sarjana Melayu sebagai sebuah teori sastera tempatan yang muncul pada awal abad ke-21 (Mohamad Mokhtar Hassan, 2005). Teori ni mula dicetuskan oleh Mohd. Yusof Hasan sekitar 1990-an dan seterusnya disebar dan diajarkan kepada para pelajar Universiti Utara Malaysia dan dicetak sebagai bahan bacaan wajib kursus Pengantar Pemikiran pada 1994. Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) menggabungkan dan menyepadukan empat sistem pemikiran yang dijelmakan oleh manusia dalam karya sastera iaitu Keagamaan, Keprofesionalan, Kerasionalan dan Kemanusiaan. Teori ini digolongkan sebagai sebuah teori pemikiran dan sastera mandiri Melayu. Diskusi ilmiah terhadap teori ini pernah diusahakan oleh Mana Sikana (2005). Teori Pemikiran Bersepadu didasarkan kepada tiga sumber utama iaitu Syiar Addinul Islam, perkembangan Sains dan Teknologi Barat dan Timur, dan keadaan masyarakat majmuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Daripada sumber pertama, Islam, terdapat aspek-aspek Akidah, Syariah daan Akhlak yang berasaskan Falsafah Pendidikan Islam yang mementingkan Ilmu Naqli dan Ilmu Aqli.Ilmu Naqli adalah tentang ukhrawi yang meliputi hal-hal Usuluddin, Tauhid, Tauhid, Fekah, Ilmu Al-Quran, Hadis dan Sunnah. Ilmu Aqli adalah ilmu yang diperolehi sesama manusia iaitu dua bidang utama iaitu Ilmu Sains dan Ilmu Sastera. Daripada sumber kedua, kemajuan sains dan teknologi, terdapat teori-teori otak dan rekaan teknologi-teknologi baru yang berasaskan Falsafah Pendidikan Barat yang mementingkan affective domain, cognitive domain dan psycho-motor domain. Begitu juga kemajuan yang dibuat oleh orang-orang Timur seperti Jepun, China, Korea dan Taiwan. Kemajuan Barat dan Timur memperlihatkan kelahiran beberapa tokoh dan teori yang dikemukan oleh mereka. Orang-orang Barat terkenal dengan teori-teori moden, termasuklah teori-teori tentang akal, otak, minda dan pemikiran.

Dan daripada sumber ketiga, keadaan masyarakat Malaysia, terdapat kaum-kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi dalam kepercayaan agama masing-masing yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan mementingkan Rohani, Intelek, Emosi dan Jasmani. Daripada tiga sumber itu, maka Teori Pemikiran yang disarankan adalah Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K), iaitu: Kerohanian, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan yang merangkumi hal-hal keimanan, kehebatan minda, kelogikan dan keindahan. 1) Konsep Pemikiran Kerohanian : Seseorang manusia perlu memikirkan persoalanpersoalan yang berkaitan kejiwaan, keagamaan, kerohanian, soal dalaman yang berteraskan kepada ajaran kepercayaan agama. Manusia perlu beriman kepada hal-hal yang ghaib, abstrak yang berteraskan keimanan. Misalnya dalam Islam terdapat rukun iman, rukun Islam, hukum pahala dan dosa, hal-hal wajib, sunat, harus, makruh dan haram. 2) Konsep Pemikiran Kebitaraan : Seseorang manusia perlu mempunyai akal fikiran yang bijaksana, cerdik, cemerlang, hebat, berhemah tinggi dan genius. Akal manusia mempunyai fungsi dan peranan, pembahagian-pembahagian, keupayaan-keupayaan, sistem-sistemnya yang tersendiri. Akal manusia boleh dipertingkatkan dan boleh diasuh menjadi cemerlang dan hebat yakni boleh di nature bukan mengikut nature. 3) Konsep Pemikiran Kesaintifikan : Manusia perlu mempunyai pemikiran logik, tepat, berdasarkan fakta dan angka, mempunyai hujah, objektif, dalil dan bukti. Pemikiran ini lahir dari hemisfera otak kiri yang bersifat sains, ilmiah, empirikal dan kritikal. Pemikiran ini banyak terdapat pada ahli Sains. 4) Konsep Pemikiran Kekreatifan : Manusia perlu juga bersifat lateral, kreatif, inovatif, subjektif, memberi idea dan pendapat yang bersifat estetik dan falsafah. Pemikiran jenis ini

tercetus dari hemisfera otak kanan yang bersifat sastera dan seni. Pemikiran ini melahirkan insan yang sensitif, ceria, berjenaka dan optimis dalam kehidupan. Masyarakat menerima teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) dengan mengaplikasikan kempat-empat konsep pemikiran iaitu Kerohanian, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana, teori ini lebih bersifat menyeluruh dan sebagai seorang yang beragama Islam, setiap perbuatan yang dilakukan akan bertunjang pada kerohanian tidak kira tua atau muda dan sebagainya. Walaupun terdapat sesetengah sarjana yang tidak bersetuju dan mengkritik hebat teori ini, namun penerimaan teori ini sebenarnya bergantung pada diri individu tersebut. Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) ini bukan hanya boleh digunakan untuk tujuan mengkritik sesebuah teks kesusasteraan tersebut malah teori ini boleh digunapakai dalam bidang politik, bidang sains dan lain-lain. Dalam bidang sastera khususnya, teori ini dapat digunakan untuk menganalisis teks kesusasteraan Melayu kerana karya kesusasteraan Melayu bertunjangkan agama dan teori-teori kesusasteraan Barat tidak dapat menjelaskan secara terperinci tentang teks kesusasteraan Melayu. Melalui kajian teks, perlu diketahui di dalam Kesusasteraan terdapat dua aspek penting iaitu hal-hal instrinsik atau dalaman dan ekstrinsik atau luaran. Ciri-ciri instrinsik ialah seperti tema atau persoalan, latar atau suasana masa dan ruang, perwatakan atau manusia dengan sifat dan sikapnya, teknik atau cara stail dan pengolahannya dan plot atau jalinan dan struktur pembinaan ceritanya. Keempat-empat kaedah pemikiran perlu disepadukan dan dibincangkan secara holistik. Pemikiran Kerohanian boleh digunakan untuk mengkaji tema (hubungan manusia dengan manusia dan manusia dalam karya) manakala pemikiran kebitaraan pula boleh digunakan untuk menganalisis perwatakan (sifat dan sikap mesra dalam karya). Pemikiran kesaintifikan boleh digunakan untuk menganalisis latar, suasana, tempat, zaman dalam karya dan akhir sekali Pemikiran Kekreatifan digunakan untuk mengkaji teknik, bahasa, plot dan stail dalam karya.

6.2 Dapatan :
Dalam penghayatan karya sastera, teori memainkan peranan penting untuk menjadikan pembacaan lebih bermakna. Malah dikatakan melalui teori, pembacaan akan menjadi lebih mudah sekaligus menumpukan pemikiran agar tidak terpesong atau membuat satu rumusan yang mencapah lantas dituduh begitu membosankan. Untuk membuat penilaian atau pertimbangan terhadap sesuatun karya, mestilah mempunyai didisplin ilmu atau rujukan yang boleh memandu ke arah hasil yang diharapkan, Manusia itu perlu ada empat jenis pemikiran yang tercetus daripada aktiviti otak dan minda di dalam kepalanya, iaitu dengan mengikut prinsip-prinsip kejiwaan; pandai, bijak, bestari; benar, logik, tepat, berdasarkan angka dan fakta; dan kreatif; inovatif, idea baru dan lari daripada konvensi. Teori ini dapat digunakan untuk bidang-bidang yang luas seperti Politik, Ekonomi, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Bagi memantapkan bidang Kesusasteraan, teori ini boleh digunakan untuk mengkaji pengarang atau karya secara bebas. Empat konsep dari teori pemikiran ini yang mesti difahami, dihayati dan diamalkan secara bersepadu, integrated, balanced, seimbang dan holistik. Amalan berfikir bersepadu dapat menyemarakkan kehidupan insan whole-brain.

7.0 RUMUSAN
Teori SPB4K bukanlah sebuah teori yang besar, apatah lagi tersohor. Namun teori ini muncul, digarap, dikembang, dan mencari-cari titik pemantapan dan pemurnian dalam usaha untuk berada di persada jutaan teori pemikiran dan sastera. Apa-apa teori pun yang terhasil pastinya ada manfaat kepada khalayak, dan boleh diaplikasikan terhadap kehidupan manusia.

Teori SPB4K harus mencari penghayatnya dan diaplikasikan terhadap pelbagai disiplin ilmu untuk berkembang di pentas ilmu. Teori ini sesuai digunakan bukan hanya dalam bidang sastera malah bidang-bidang lain yang bersusur galur dengan kehidupan dan tidak lari dari penglibatan kejiwaan malah unsur sains juga penting dimasukkan ke dalam pemikiran supaya manusia mampu berfikir secara sistematik agar menjadi lebih kritikal, kreatif, inovatif, dan matang. Orang yang sedemikian senang difahami kerana pemikirannya jelas dan senang pula mengatur langkahlangkahnya kita berpegang pada 4 konsep iaitu Kerohanian, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan. Seorang manusia mestilah mempunyai keempat-empat jenis pemikiran tersebut. Ini untuk memandu manusia supaya mempunyai kepercayaan agama , mempunyai kapasiti minda tersendiri yang bijak dan sentiasa bersemangat melengkapkan diri, kemampuan pemikiran logik dan benar bersama fakta yang kukuh serta bernas, kemampuan pemikiran kekreatifan untuk memenuhi keadan jiwa yang seni dan sentisa inginkan keindahan.

8.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Ali. 2006. Ikhtisar Teori & Kritikan Sastera Barat dan Malaysia. Tanjung Malim:Penerbitan Profesional Baharu. Mohd Yusuf Hassan. 2001. Sistem Pemikiran Bersepadu 4L. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti. Mana Sikana. 2005. Teori Sastera Kontemporari. Bangi. Penerbitan Putaka Karya. de Bono, E. (1997). de Bonos thinking course revised. London: BBC Book.

de Bono, E. (1973). CoRT thinking. Pergamon Press. Gove, P.B. (1986). Websters third new international dictionary of the English language unabridged. Springfield, Massachusetts: Merriam-Webster Inc., Mana Sikana. (2005). Teori & kritikan sastera Malaysia & Singapura. Singapura : Penerbit Pustaka Karya. Mohd. Yusof Hasan. (1994). Pemikiran saintifik (SP4L). Sintok: Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik, Universiti Utara Malaysia. Mohd. Yusof Hasan. (2000). Pemikiran saintifik SPB4L. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid & Syd. Abdul Rahman Syd. Zin. (2001). Pengantar pemikiran. Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia.

You might also like