Cali Emas Ass

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 66

BENDERA MALAYSIA

Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili maksud-maksud tertentu. Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan teknologi canggih. Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Lambang anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Manakala putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Ukuran bendera masih dikekalkan iaitu 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang, mempunyai 14 jalur bagi melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia. Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia. Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi. Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. mendokong dan

Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.

Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam

menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.

Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya

dalam taman bercahaya

Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri Malaysia

BENDERA NEGERI SABAH

Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

LAMBANG NEGERI SABAH Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

BENDERA NEGERI SARAWAK

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

LAMBANG NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

BENDERA NEGERI TERENGGANU Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

LAMBANG NEGERI TERENGGANU Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

BENDERA NEGERI SELANGOR Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darahiaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

LAMBANG NEGERI SELANGOR Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengahtengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

BENDERA PULAU PINANG Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

BENDERA NEGERI PERLIS Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.

LAMBANG NEGERI PERLIS

Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya .

BENDERA NEGERI SEMBILAN Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengahtengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

BENDERA NEGERI MELAKA

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

BENDERA NEGERI KELANTAN

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini .

LAMBANG NEGERI KELANTAN Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.

BENDERA NEGERI PAHANG

Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undangundang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.

BENDERA NEGERI PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

LAMBANG NEGERI PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

BENDERA NEGERI KEDAH

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya

LAMBANG NEGERI KEDAH

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

BENDERA NEGERI JOHOR

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

LAMBANG NEGERI JOHOR

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatangbinatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. "KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

SIMPULAN DAN IKATAN

Jenis-Jenis Simpulan & Ikatan

BUKU SILA

( Square / Reef Knot )

Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz Biasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh. Mudah dibuka Dikenali juga sebagai 'left over right
and right over left'.

BUKU SILA

( Square / Reef Knot )

Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz Biasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh. Mudah dibuka Dikenali juga sebagai 'left over right
and right over left'.

SIMPULAN PENCURI

(Thief Knot)

Simpulan ini sangat sesuai untuk mengikat bungkusan dan bimbang ada orang lain akan membuka bungkusan tersebut. Apabila orang tersebut mengikat kembali ia lazimnya akan mengikatnya semula seperti ikatan buka sila/square knot

BUNGA GETI ( Sheet / Flag / Common Bend )

Kegunaannya adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan jenis/berlainan saiz

Bunga Geti Ganda

(double Sheet Bend)

Untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar. Untuk menyambung dua tali yang licin.

TINDIH KASIH (Bowline)

Untuk

membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda/binatang dan sebagainya Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya

SIMPUL MANOK

(Clove Hitch)

Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya. Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.

SIMPUL MANOK

(Clove Hitch)

Lilit "Taut-Line

(Taut-Line Hitch)

Untuk mengikat tali khemah kepancang atau tali ke tiang supaya ia dapat di kendurkan atau di tegangkan.

SIMPUL BELIT LUCUT

Highwayman's hitch

1. Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas
2. Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali

SHEEP SHANK
Sheepshank digunakan untuk memendekkan tali tanpa perlu memotong tali tersebut Ia juga boleh digunakan untuk menegangkan tali (contoh tali khemah) tanpa perlu membuka ikatannya dibahagian hujung tali. Ia boleh disimpulkan di bahagian tengah tali retsebut

SIMPULAN PENGAIL/SIMPUL HIMPIT


(Fisherman's Knot)

Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus /licin seperti tali tangsi

Lilit Pemati Biasa

(Common Whipping)

Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.

LILIT 2 SIMPUL/SIMPUL BELIT


Round turn and two half-hitches

Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang, pokok dan sebagainya

LILIT BALAK

(The Timber Hitch)

Ikatan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya

IKATAN SILANG GUNTING

(Sheer Lashing)

Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu

Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat.

IKATAN SERAYA

(Square lashing)

Ikatan Seraya digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang

Tindih Kasih Air

( Water Bowline )

Digunakan untuk mengelakkan simpul daripada mengetat atau mudah lucut apabila ditarik dalam air.

Simpul Lilit Tindih Kejap

( Rolling Hitch )

S impul lilit tindih kejap digunakan untuk menambat tali yang kecil kepada tali yang besar apabila tarikannya serong, dan sebagai penarik tali yang besar digunakan semasa kapal atau bot hendak berlabuh di pangkalan.

MENGIKAT DAN MENDANDAN RAMBUT

MENYEDIAKAN MEJA MAKANAN DAN MEMBASUK PINGGAN DAN MANGKUK

CERITA BROWNIE

Rumah Tommy dan Betty bersepah-sepah. Pinggan mangkuk tidak dicuci. Baju tidak digosok. Permainan bertaburan di atas lantai. Tommy dan Betty tidak ambil peduli. Mereka benci mengemas rumah. Ibu mereka merungut lalu berkata Kalaulah ada Brownie, tentu rumah saya kemas. Tommy bertanya, siapakah Brownie itu. Ibunya menerangkan. Brownie itu ialah seekor pari-pari kecil yang masuk ke dalam rumah secara senyap sebelum waktu Subuh.

Ia mengemas rumah, menggosok baju, membasuh pinggan dan membuat segala kerja rumah secara rahsia. Hebat!! Bagaimana kita ingin mendapatkannya? kata Betty kehairanan. Ibu menyuruh Betty dan Tommy pergi ke hutan bertemu dengan burung Hantu yang bijaksana. Pada waktu malam, Tommy dan Betty keluar ke hutan. Mereka ingin bertemu dengan burung hantu yang bijaksana. Mereka terdengar bunyi burung hantu. Mereka ternampak burung hantu itu di atas dahan. Mereka memanjat pokok dan duduk di atas dahan. Burung hantu itu memeluk mereka dengan sayapnya yang lebar. Mereka bertanya kepada burung hantu, bagaimana untuk bertemu dengan Brownie. Burung hantu berpesan. Untuk bertemu Brownie, mereka perlulah mencari sebuah kolam. Apabila berjumpa, mereka perlulah mengelilingi kolam itu sebanyak tiga kali. Mereka perlu berkata

Pusingkan saya dan tunjukkan rupa pari-pari. Saya lihat dalam air rupa.

Mereka terlihat bayang-bayang mereka sendiri. Tommy dan Betty berasa amat letih. Mereka sangat kecewa kerana tidak bertemu dengan Brownie yang dicari. Mereka kembali berjumpa dengan burung hantu di atas pokok. Tommy dan Betty memberitahu burung hantu bahawa mereka tidak berjumpa dengan Brownie. Mereka hanya nampak wajah mereka sendiri di dalam air.

Burung hantu yang bijaksana itu menerangkan bahawa, Tommy dan Bettylah Brownie yang mereka cari. Merekalah pari-pari yang perlu membantu ibu mereka di rumah. Tommy dan Betty pulang ke rumah sambil berfikir. Merekalah yang sepatutnya menolong ibu mereka setiap masa.

Keesokan harinya, Betty dan Tommy bangun awal pagi. Mereka mengemas rumah, menyapu sampah, mengelap lantai dan membantu ibu mereka menyediakan sarapan. Setiap hari mereka berbuat begitu. Akhirnya mereka menjadi rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.

KESELAMATAN JALAN RAYA

KEBERSIHAN DIRI

Objektif
Memahami maksud kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan. Menyenaraikan kepentingan penjagaan kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan Menjelaskan kesan-kesan pengabaian kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan.

Definisi
Kebersihan Diri: Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.

Ciri-Ciri
Sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian
Mempunyai disiplin diri yang tinggi dan memastikan diri berada dalam keadaan yang bersih sepanjang masa Melaksanakan tanggungjawab ke atas diri sendiri Amalkan cara hidup yang sihat spt tidak berkongsi tuala dan berus gigi

CIRI-CIRI
Mendapatkan rawatan dengan segera apabila tidak sihat/dijangkiti penyakit Menjalankan aktiviti luar bilik darjah seperti bersenam, bermain dan berekreasi Mengamalkan tabiat memakan makanan yang seimbang Tidak merokok

Komponen Kebersihan Diri Dan Tubuh Badan


(i) Kebersihan mulut
Penjagaan gigi Karies gigi

(ii) Kesihatan gigi


Makanan untuk kesihatan gigi Makanan yang merosakkan gigi

Komponen Kebersihan Diri Dan Tubuh Badan


(iii) Penjagaan kulit

Kudis

(iv) Penjagaan rambut Kutu dan kelemumur


(v) Penjagaan kebersihan tubuh badan

Kebersihan Mulut
Menggunakan ubat gigi semasa memberus gigi Gunakan kaedah yang betul semasa memberus gigi
Berus gigi setiap kali selepas makan atau sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Kesihatan Dan Kebersihan Gigi


Kurangkan pemakanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi Kurangkan meminum minuman yang berkarbonat Banyakan makanan yang boleh menjaga kesihatan dan kebersihan gigi
Contoh : sayur-sayuran dan juga buah-buahan

Penjagaan Kulit
Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan sabun dan air bersih Segala kelengkapan harian, seperti tuala dan baju hendaklah dijaga dengan bersih Basuh pakaian/cadar/sarung bantal dengan bersih dan jemur dalam cuaca yang panas terik.

Penjagaan Kulit
Tilam dan bantal hendaklah dijemur sekurang-kurangnya sekali seminggu. Buka tingkap supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam bilik.

Jaga kebersihan kawasan sekitar rumah.

Penjagaan Rambut
Cuci rambut sekurang-kurangnya sekali sehari Gunakan syampu yang sesuai semasa mencuci rambut

Keringkan rambut dan sikat dengan rapi untuk mengelakkan kelumumur

Penjagaan Kebersihan Tubuh Badan


Merangkumi semua aspek yang telah dinyatakan diatas
(i) Kebersihan mulut (ii) Kesihatan gigi (iii) Penjagaan kulit (iv) Penjagaan rambut

Komponen Kebersihan Pakaian Dan Alatan

(i) Kebersihan pakaian (ii) Kebersihan alatan keperluan diri

Kebersihan Pakaian
Jangan diguna pakai pakaian yang telah di pakai Basuh pakaian yang telah dipakai untuk mngelakannya daripada berbau dan dijangkiti kuman

Basuh pakaian degan menggunakan serbuk pencuci yang sesuai

Kebersihan Alatan Keperluan Diri


Pastikan alatan keperluan yang dipakai berada dalam keadaan yang bersih sebelum menggunakannya Gunakan alatan keperluan diri yang sesuai dengan tempoh penggunaannya untuk mengelakkan daripada jangkitan

Kepentingan
Mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit Mewujudkan suasana yang indah dan menenangkan fikiran Menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat

Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Keluarga

Gambar semasa perayaan Kaartigai

Menyambut hari jadi ibu

Semasa perayaan ponggal

ARNAB

Ramai yang belum mengenali arnab dan bakanya. Kebanyakan arnab yang dipelihara pada masa kini, dahulunya berasal dari spesis atau baka arnab liar. Arnab (Rabbit) merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalah Oryctolagus spp. Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam susunan (order) lagomorpha. Berikut merupakan pengkelasan sains bagi arnab liar : Alam : Haiwan Filum : Kordata Kelas : Mamalia Susunan : Lagomorpha Famili : Ochotonidae dan Leporidae Genus : Oryctolagus Spesis : Oryctolagus cuniculus spp. Berdasarkan susunan ini, arnab tergolong sebagai haiwan dan fosil yang dijumpai membuktikan ia berasal dari zaman purba Eosen. Susunan ini dibezakan berdasarkan 2 keluarga (family) iaitu, Ochotonidae dan Leporidae. Perbezaan ini ditentukan melalui rumus atau formula giginya. Arnab mempunyai telinga yang panjang. Telinga ini akan bertindak sebagai penyisih haba, dan juga sebagai deria pendengaran yang kuat untuk membantu ia mengesan musuh. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat. Arnab boleh didapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika, dan juga di kawasan gurun.Bentuk fizikal tubuh badannya sama seperti arnab perang. Ia mempunyai punggung yang melengkung, berekor pendek, kepala yang kecil, misai yang panjang dan telinga yang sangat panjang, di mana jika ditarik ke hadapan, ia akan melepasi hidung. Kaki hadapannya kecil, pendek, mempunyai 5 jari yang berkuku tajam. Kaki belakangnya 2 kali lebih panjang dari kaki

hadapannya, tetapi mempunyai 4 jari berkuku tajam. Tetapi, ia tidak selincah atau boleh melompat sepantas arnab perang. Kelebihannya, ia sangat pandai berlari dan menyelinap ke dalam lubang tanah untuk mencari perlindungan jika diancam bahaya. Umumnya, arnab ini lebih gemar tinggal di dalam satu lubang yang sama. Ia tidak suka mencari sarang yang baru dan hanya akan berkeliaran dalam jarak yang dekat iaitu dalam radius 100 meter dari sarang utamanya. Ini kerana apabila arnab bergerak mencari makanan dalam jarak yang jauh (radius 500 600 meter dari sarangnya), ia sukar untuk mengingati jalan untuk kembali ke sarangnya. Keadaan ini menyebabkan kumpulan arnab itu akan membuat sarang baru di tempat lain. Badan diselaputi oleh bulu yang panjang dan bulu yang pendek. Bulu yang pendek tumbuh rapat di antara bulu yang panjang. Lazimnya, warna bulu arnab akan berubah mengikut musim. Apabila musim panas, bulunya berwarna kuning kekuningan manakala akan berubah menjadi kelabu pada musim sejuk. Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, sehingga

menyebabkan ia mempunyai kelebihan cepat membiak. Sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak. Dalam setahun, ia mampu melahirkan anak sebanyak 5 kali dengan tempoh kebuntingan 30 hari. Ia akan melahirkan 5 hingga 6 ekor anak arnab sekaligus. Umumnya, anak yang dilahirkan tanpa bulu, mata terpejam dan tidak mempunyai gigi. Anak anak arnab ini akan dibiarkan berada di dalam sarang selama beberapa hari sebelum ia akan dibiarkan berada di dalam sarang selama beberapa hari sebelum ia akan keluar dengan sendirinya. Arnab yang telah keluar akan kelihatan lincah, cergas dan sudah boleh berjalan. Kebiasaannya, induk betina akan menjaga dan menyusukan anak.

Burung Hantu Telinga Pendek Asio flammeus iaitu Burung Hantu Telinga Pendek/Short-Eared Owl, Burung hantu berukuran sedang (37 cm) dengan ciri warna coklat kekuningan. Piringan wajah mencolok dengan jumbai telinga pendek, sehingga sukar terlihat. Mata kuning menyala dikelilingi lingkaran hitam. Tubuh bahagian atas coklat agak kuning banyak coretan hitam dan kuning tua. Tubuh bahagian bawah kuning tua dengan garis-garis coklat gelap.

Keteragan Iris Paruh Kaki Suara Kuning Hitam Agak putih Bunyi seperti bersin kii-aww pada saat terbang Diseluruh dunia, di Asia tenggara hanya sebagai pengunjung saat musim dingin tiba. Di Indonesia tercatat hanya dipulau Kangean. Lebih menyukai daerah terbuka yang berumput. Kebiasaan Makanan Sebagian besar aktif didaratan dan siang hari. Mamalia kecil, ulat, burung kecil dan kadang kadal Bersarang di lubang pada pohon. 1-2 telur berwarna Perkembang biakan putih

Struktur Burung hantu

Saya juga akan membahaskan tentang 12 fakta unik pada burung hantu:

1. Burung hantu adalah salah satu haiwan paling setia kerana hanya sekali kahwin. 2. Burung hantu betina lebih berat dan lebih besar dibandingkan dengan jantan daripada jenis mereka. 3. Kebanyakan dapat memutarkan kepalanya tiga perempat lingkaran tanpa harus menggerakkan badannya. 4. Matanya tidak bergerak ketika melihat meskipun memiliki penglihatan binokuler seperti manusia. 5. Tidak dapat berkelip dan melirik ketika melihat mangsa melainkan menggerakkan lehernya (kepala). 6. Mempunyai kelopak 3 kelopak mata :satu untuk mengejapkan bila ada gangguan, satu untuk tidur dan satu untuk membersihkan mata. 7. Wajah mereka pipih seperti cakram dan berbulu, hal itu berguna untuk mengumpulkan dan memfokuskan gelombang bunyi sehingga mangsa tidak dapat melarikan diri.

8. Beberapa burung hantu memiliki ukuran tinggi daun telinga yang berbeza. 9. Aktif dimalam hari kecuali beberapa jenis burung hantu yang seputih salju seperti hedwig burung hantu milik harry potter yang akif di siang hari. 10. Bulunya dirancang khusus untuk meredam bunyi agar dapat memfokuskan mangsa. 11. Burung hantu adalah pemangsa dan sangat membantu manusia dalam membasmi hama pengerat seperti tikus. 12. Hanya burung hantu jantan yang berwarna putih sempurna seperti Hedwig.

BUNGA

Cannonball Flower atau Bunga Peluru Meriam

Ekceli klana

group of red petunias

Lantana Camara

Hibiscus

bunga bakung atau lily (lilium) jingga

Bunga Melur (nama saintifik: Jasminium Sambac

bunga teratai.

heliconia atau sepit udang

orkid hybrid.

orkid hybrid

bunch of daisy flowers

daisy purpel

Bunga Kekwa

You might also like