Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

84

Laporan Aktiviti Minggu Kesembilan

Isnin (7 Julai 2008)

Pada hari ini, pelatih diagihkan untuk bertugas di bahagian kaunter.

Pelatih telah melaporkan diri kepada Encik Sahari yang merupakan

pegawai rujukan bagi kaunter. Pada hari ini, pelatih membantu Encik Apat

untuk mengeluarkan permit membeli peluru. Pembelian peluru senapang

patah dihadkan kepada 10 butir sahaja sebulan. Oleh itu, pelatih perlu

menyemak secara teliti bahawa pemilik senapang hanya

mendapatkanpermit mengambil peluru sekali sahaja dalam satu bulan.

Untuk setiap urusan, pemohon diwajibkan untuk membawa kelongsong

peluru yang telah digunakan untuk syarat pembelian seterusnya.

Namum demikian, pelatih mendapati bahawa terdapat banyak

pemohon permit membeli peluru masih tidak membawa kelongsong

peluru kosong. Keadaan ini telah menyusahkan pelatih menjalankan

urusan mengeluarkan permit membeli peluru. Oleh kerana pelatih hanya

bertugas dengan mengikut arahan daripada pihak atasan, maka pelatih

terpaksa menolak permohonan bagi pelanggan yang tidak membawa

kelongsong pada bulan lepas. Kepada pelanggan yang tidak membawa

kelongsong pada kali ini sahaja, pelatih terpaksa menanda pada buku

lesen dan meminta mereka supaya mengikuti arahan yang diberikan.

Untuk menjaga imej Pejabat Daerah Bau, pelatih memberitahu arahan ini

kepada pelanggan-pelanggan secara perlahan dan sopan. Pelatih berasa

amat nasib baik kerana kebanyakan pelanggan tidak marah dengan

pelatih dan mereka bersedia mengikuti arahan tersebut.


85

Walaupun pelatih mempunyai pengalaman dalam mengendalikan

perkara berkenaan dengan permit membeli peluru, namun pelatih masih

perlu mengisi butir-butir peribadi pemohon dengan teliti. Pelatih juga perlu

menyemak semula butir-butir yang diisi sebelum diedarkan kepada

pelanggan.

Di samping itu, pelatih juga membantu Encik Apat untuk untuk

menguruskan perkara berkenaan dengan pembaharuan lesen senapang

patah. Hal ini adalah kerana, pemilik senapang yang lesennya telah tamat

tempoh tidak dibenarkan untuk mengambil permit membeli peluru di

Pejabat. Mereka harus membaharukan lesen dengan membayar lesen

tahunan sebanyak RM2.00.

Di samping itu, pelatih juga mendapati bahawa staf di Pejabat Daerah

perlu mendaftar untuk menduduki penilaian prestasi. Pelatih juga dapat

mengaplikasikan pembelajaran di universiti dengan penilaian prestasi

yang dilakukan dalam Pejabat Daerah Bau. Pelatih juga mengetahui serba

sedikit tentang kepentingan penilaian prestasi terhadap pekerja dan

organisasi. Penilaian prestasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses

membangunkan piawai kriteria prestasi secara bertulis dan disampaikan

kepada pekerja dari semasa ke semasa. Pengurusan prestasi pula

merangkumi semua proses yang dinyatakan dalam takrif penilaian

prestasi yang akan diketuai oleh pengurus.

Selasa (8 Julai 2008)


86

Pada hari ini, pelatih telah membantu Encik Sahari dan Cik Rathna

dalam memproses permohonan lesen baru dan pembaharuan lesen

perdagangan. Bagi peniaga yang ingin memohon lesen perniagaan baru,

mereka perlu datang sendiri ke Pajabat. Mereka juga perlu membawa Cop

Perniagaan yang telah diluluskan berserta dengan Sijil Nama Dagang

(Business Names Certificate). Setelah permohonan pendaftaran

perniagaan diluluskan, pelatih perlu menyediakan satu ekstrak perniagaan

kepada peniaga.

Bagi peniaga yang ingin membuat pembaharuan lesen perniagaan

pula, mereka perlu membawa Lesen Perniagaan yang telah dikeluarkan

pada tahun sebelum ini. Pelatih perlu menerima Lesen Perniagaan asal

dari pemilik perniagaan berserta dengan cop perniagaan. Kemudian

pelatih perlu meminta tandatangan Pembantu Tadbir Kewangan pada resit

yang dikeluarkan. Pemilik perniagaan perlu membayar RM25.00 untuk

membaharukan lesen perniagaan mereka.

Selain itu, pelatih juga membantu Encik Sahari mengendalikan

perpindahan butir-butir perniagaan. Hari ini terdapat pelanggan yang

datang ke Pejabat dan ingin menguruskan perkara berkaitan dengan

perpindaan butir-butir perniagaan. Pelatih sekali lagi diberi tunjuk ajar oleh

Encik Sahari tentang prosedur yang patut dilakukan apabila peniaga

hendak memindakan perniagaan mereka.

Mula-mula, pelatih perlu menerima borang permohonan untuk

meminda butir-butir pendaftaran/lesen perniagaan daripada pemilik lesen.

Selepas itu, pelatih perlu mengemukakan borang permohonan tersebut


87

kepada Pendaftar Nama-Nama Perniagaan untuk kelulusan. sekirannya

permohonan diluluskan, pelatih perlu membantu pemilik lesen untuk

membuat pindaan dalam Daftar Nama-Nama Perniagaan (R.20) dan lesen

Perniagaan. Selepas selesai tugas, pelatih perlu mengembalikan Lesen

Perniagaan yang telah dipinda kepada pemilik lesen.

Berdasarkan Seksyen 26 Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974),

sesuatu pindah milik atau pindahan syer rakan perkongsian hendaklah

disertai dengan persetujuan bertulis dari semua rakan perkongsian yang

lain sebelum ia boleh dicatatkan di dalam Daftar Perniagaan sebab segala

urusniaga sedemikian tidak sah kecuali persetujuan telah diberi oleh

semua rakan perkongsian.

Pelatih telah mempelajari perkara-perkara tentang pemindaan butir-

butir perniagaan daripada tugas yang dilakukan. Kesudian tunjuk ajar yang

diberikan oleh Encik Sahari dapat memberi gambaran yang jelas bahawa

beliau sentiasa bersedia untuk mengajar junior-junior yang menimba

pengalaman di Pejabat Daerah Bau. Ini juga menunjukan bahawa beliau

sentiasa bekerjasama dan berganding bahu sesama rakan sepejabat tanpa

mengira status diri.

Rabu (9 Julai 2008)

Pada hari ini, pelatih membantu Encik Sahari untuk mengisi Borang TL

(statistik perdagangan) bagi rekod pembayaran pembaharuan lesen

perniagaan pada bulan Jun. Rekod ini perlu dikemaskinikan supaya dapat
88

mengembalikan borang tersebut kepada Jabatan Perangkaan Bahagian

Kuching. Rekod ini merupakan Banci Pertubuhan-Pertubuhan Berniaga

yang berlesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri

Sarawak. Antara maklumat-maklumat yang diperlukan termasuk butir-

butir lesen (tahun bagi lesen yang dipohon, nombor pendaftaran

perniagaan, nama perniagaan, alamat tempat berniaga, dan nombor

telefon), butir-butir perniagaan (bidang/sektor perniagaan, jenis aktiviti

perniagaan utama) dan pengakuan peniaga.

Di samping itu, pelatih juga membantu Encik Sahari untuk membuat

rumusan berkenaan dengan jumlah lesen perniagaan yang dikeluarkan

dalam bulan Jun ke dalam satu borang yang disediakan. Antara maklumat

yang perlu diisikan ke dalam borang termasuk nombor lesen perniagaan,

nama dan alamat firma, perseorangan atau perkongsian, nama setiap

perniaga, nombor kad pengenalan, nisbah pembahagian, jenis perniagaan

dan tarikh mula menjalankan perniagaan. Borang ini kemudian perlu

dikemukakan kepada Pegawai Daerah Bau untuk ditandatangani.

Pada hari ini, pelatih dapat mempelajari cara membezakan sama ada

sesuatu perniagaan dijalankan secara perkongsian atau perseorangan.

Encik Sahari mengajar pelatih bahawa kita akan dapat membezakan jenis

perniagaan itu perkongsian atau perseorangan dengan berdasarkan

nisbah pembahagian pemilikan perniagaan tersebut. Pelatih juga dapat

mengetahui bahawa orang-orang yang di bawah umur 21 tahun dan

orang-orang bukan rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk membuka

perniagaan secara perseorangan. Mereka perlu membuka perniagaan

bersama dengan seorang yang berumur 21 tahun ke atas dan rakyat


89

Malaysia di mana nisbah pembahagian pemilikan perniagaan yang

dipegang oleh mereka tidak boleh melebihi separuh daripada syer

perniagaan tersebut.

Khamis (10 Julai 2008)

Pada hari ini, pelatih membantu Cik Rathna untuk mengutip cukai tanah

bagi orang awam. Setakat minggu ini, pelatih telah mengetahui butir-butir

yang lebih lanjut mengenai cukai tanah. Oleh kerana pelatih tidak

mengetahui makna dan butir yang lanjut tentang cukai tanah, maka

pelatih meminta tunjuk ajar daripada Encik Sahari.

Menurut Encik Sahari, cukai tanah perlu dibayar sebelum atau pada

tarikh ulang tahun tanah tersebut didaftarkan atau pada tarikh yang

tercatat pada buku cukai tanah yang telah disahkan oleh Pejabat Jabatan

Tanah dan Survei Bahagian. Pembayaran boleh dibuat di semua pejabat

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian atau di Pejabat Daerah dan Pejabat

Daerah Kecil (jika tidak terdapat Pejabat Jabatan Tanah dan Survei). Penalti

sebanyak 50% daripada jumlah yang ditetapkan akan dikenakan ke atas

pemilik yang gagal atau terlewat menjelaskannya.

Jumaat (11 Julai 2008)

Pada hari ini, pelatih membantu orang awam mengecop salinan dokumen

atau surat untuk disahkan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bau.

Sebelum mengecop pada salinan dokumen tersebut, pelatih hendaklah

memastikan mereka membawa salinan asal untuk dijadikan sebagai bukti


90

bagi membuktikan bahawa salinan dokumen adalah salinan dari asal

dokumen.

Selain itu, pelatih juga membantu Encik Sahari merekodkan

pembaharuan lesen dalam bulan Jun ke dalam buku lejer atau fail serta

mengemaskinikan fail-fail bagi nama-nama perniagaan (pembaharuan

lesen perniagaan). Pelatih juga membantu Encik Sahari mengendalikan

kerja-kerja pembatalan Lesen Perniagaan peniaga. Mula-mula, pelatih

menerima permohonan pemilik lesen melalui surat Notis Penamatan

Perniagaan dan disertai dengan salinan asal Lesen Perniagaan, Sijil

Pendaftaran dan wang pos bernilai RM60.00. Kemudian pelatih perlu

menguruskan pembatalan lesen perniagaan tersenut dengan mengikut

prosedur yang disediakan.

Sabtu (12 Julai 2008)

Cuti rehat

You might also like