Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 25

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM,

MUA’DZAM SHAH,06100 JITRA,


KEDAH DARUL AMAN.

MODUL
SAINS PERSEKITARAN
C 2121
TAJUK : IMPAK & PERMASALAHAN
TEROWONG SMART KUALA LUMPUR

MOHAMED NOOR IKHSAN BIN HUSIN


03 SPW 05 F501
PENGENALAN PROJEK

■ SMART adalah singkatan kepada STORMWATER


MANAGEMENT AND ROAD TUNNEL dan ianya telah mula
dibuka kepada umum pada 14 Mac 2007. Pembinaan
projek SMART Tunnel ini telah bermula pada tahun 2003
dengan kos sebanyak RM1.93 billion untuk menyiapkannya.
SMART Tunnel ini juga merupakan terowong pertama di
dunia dilengkapi dengan laluan kenderaan dan saluran
air.
LATAR BELAKANG PROJEK
■ SMART Tunnel yang bergaris pusat 13.26 m ini merupakan yang
terbesar di Asia Tenggara dan kedua terbesar di Asia.
Terowong ini mempunyai dua tingkat laluan kenderaan dan 1 tingkat
saluran air. Walaupun begitu saluran air itu dijangka akan hanya
digunakan sebanyak 8 hingga 10 kali setahun. Manakala laluan
kenderaan pula akan ditutup dan dijadikan saluran air sebanyak 3
hingga 5 tahun sekali sahaja

■ Panjang keseluruhan SMART Tunnel ini adalah 11.5 km


termasuk 3 km terowong kenderaan 2 tingkat dan 9.7
km saluran air. Ini merupakan projek terowong yang terpanjang di
Malaysia. Satu kolam tadahan di Kampung Berembang, Jalan
Ampang dan satu kolam simpanan air di Taman Desa telah disediakan
bagi melengkapkan sistem pengawalan banjir ini.
■ Tiga jalan keluar masuk ke terowong kenderaan telah dibina iaitu
di Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Kampung Pandan, di Jalan
Davis berhampiran Berjaya Times Square dan di Lebuhraya KL-
Seremban bersebelahan TUDM Sungai Besi.

■ Pusat Bandaraya Kuala Lumpur terletak di pertemuan Sg. Gombak


dan Sg. Klang didalam kawasan tadahan Lembangan Sungai Klang.
Sungai Klang yang panjangnya kira-kira 120 km berpunca dari
Banjaran Titiwangsa dan mengalir merentasi Negeri Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lembangan Sungai Klang
mempunyai keluasan sebanyak 1,288 kilometer persegi dengan
jumlah penduduk seramai 3.75 juta orang dan merupakan kawasan
yang paling maju dengan kepadatan penduduk yang tertinggi di
Malaysia.

■ Memandangkan pembangunan di kawasan tadahan Lembangan


Sungai Klang telah jauh melebihi unjuran yang digunakan dalam
perancangan asal, keupayaan saluran Sungai Klang yang sediada
di kawasan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur tidak lagi mampu untuk
menyalurkan aliran banjir yang sedang dialami. Sehubungan
dengan ini, Kerajaan, setelah mengambilkira halangan-halangan dalam
saluran sungai serta koridor sungai yang sempit di Pusat
Bandaraya Kuala Lumpur, telah memutuskan supaya sistem
lencungan banjir dan sistem takungan air banjir dilaksanakan untuk
mengatasi masalah banjir di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
 

PELAN KUNCI

TAPAK KAJIAN
PELAN LOKASI

KAWASAN
TAPAK KAJIAN
GUNATANAH SEMASA
KLCC
PUSAT MEMBELI BELAH
 LOT 10
 TIMES SQUARE
 KARYANEKA

ISTANA
NEGARA
TAMAN - TAMAN
PERUMAHAN

LAPANGAN TERBANG
TUDM
LALUAN PINDAHAN AIR/ALTERNATIVE LALULINTAS
■ Projek SMART melibatkan pemindahan air larian dari kawasan
tadahan Sg. Ampang/ Sg. Klang melalui satu terowong lencungan banjir dan
menyalurkannya ke Sungai Klang di sebelah hilir. Melalui kaedah ini, air
larian banjir akan dilencong dari menuju ke Pusat Bandaraya. Di samping itu,
sebahagian terowong tersebut akan digunakan sebagai laluan alternative
trafik untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di laluan masuk ke Kuala
Lumpur di sebelah selatan berdekatan dengan lapangan terbang Sungai
Besi.
KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA PROJEK
SMART
■ Terowong lencungan banjir ( flood bypass) dengan garis pusat
11.8m sepanjang kira-kira 9.7 km yang bermula dari Kampung
Berembang, Ampang disebelah hulu menuju ke arah selatan dan
berakhir di kolam bekas lombong Taman Desa.
■ ‘Ingress & Egress connection links’ di tiga tempat untuk
menghubungkan laluan trafik ini ke sistem jalanraya sediada, iaitu
sambungan ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya KL-
Seremban.
■ Pembinaan sebuah kolam penahanan (holding pond) di Kampung
Berembang, Ampang.
■ Menaiktaraf kolam bekas lombong di Taman Desa untuk dijadikan
sebagai kolam takungan simpanan (storage reservoir).

■ Pembinaan ‘twin box culvert outlet structure’ dari kolam Taman


Desa ke Sungai Kerayong.
■ Sebahagian terowong tersebut (kira-kira 3 km) akan
menggabungkan pengurusan tebatan banjir dan jalanraya. Bahagian ‘
dual usage’ ini adalah di bahagian tengah terowong dan bermula
berdekatan bulatan Kg. Pandan dan berakhir di Lebuhraya Kuala
Lumpur-Seremban berhampiran persimpangan jalan ke Istana
Negara. Komponen jalanraya ini berupa jalan dua tingkat dan dilengkapi
dengan kemudahan aliran udara (ventilation shaft) , pintu keluar
kecemasan (escape exits) ke paras mukabumi pada setiap 1 km dan
laluan keluar kecemasan (escape passages) pada jarak setiap 250 m.
Fungsi ‘dual usage’ ini adalah yang pertama didunia.

■ Pembinaan struktur-struktur kawalan/lencungan air banjir seperti


‘diversion weir, offtake structure, tunnel intake structure, outfall
structure’ dan lain-lain lagi.

■ Sistem ‘SCADA’ yang meliputi sistem pengesanan banjir (flood


detection system) untuk operasi sistem SMART sebagai ‘
stormwater channel’ serta operasi kawalan trafik.
GAMBARAN CARA PERLAKSANAAN PROJEK
SMART
OBJEKTIF PERLAKSANAAN

■ Untuk menangani masalah banjir di Pusat Bandaraya Kuala


Lumpur .

■ Untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di laluan masuk


ke Kuala Lumpur di sebelah selatan berdekatan lapangan
terbang Sungai Besi.
PENDEKATAN PERLAKSANAAN

■ Projek SMART dilaksanakan oleh Syarikat Mengurus Air Banjir dan


Terowong Sdn. Bhd. (SMABT SB) iaitu sebuah syarikat JV antara
MMC Engineering Group Bhd. dan Gamuda Bhd. Projek SMART ini terdiri
daripada dua komponen ia itu komponen pengurusan banjir dan
komponen jalanraya. Komponen pengurusan banjir akan
dilaksanakan secara ‘turnkey, design and build’ dan rundingan terus
manakala komponen jalanraya akan dilaksanakan menerusi kaedah
penswastaan.

■ Agensi pelaksana Projek SMART adalah Jabatan Pengairan dan


Saliran Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ( bagi
komponen pengurusan banjir) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia,
Kementerian Kerja Raya ( bagi komponen jalanraya ).
PROFILE & SYARIKAT PERLAKSANA

■ GAMUDA MALAYSIA Sdn. Bhd. Merupakan syarikat yang


diamanah melaksanakan terowong tebatan banjir (SMART).
■ Telah ditubuhkan pada 6 Oktober 1976. Sebuah syarikat yang
beroperasi di dalam dan di luar negara dan mempunyai beberapa
syarikat antarabangsa dibawah naungannya.
■ Pernah memenangi beberapa anugerah antarabangsa dalam
bidang pembinaan, antaranya ialah Syarikat Pembinaan Terbaik Asia oleh
Majalah Euromoney pada tahun 2000.
MISI & VISI SYARIKAT
■ Memberikan perkhidmatan yang inovative samada dalam
pembangunan perumahan atau bangunan yang bertaraf dunia
kepada pelanggan dalam bidang kajian dan aspek pembangunan,
pembaikkan, penyelengaraan serta kajian-kajian berskala besar.

VISI
■ Prinsip : Memberikan 1 konsep pembangunan dan
pembaikkan untuk memudahkan pelanggan menyelesaikan masalah.
■ Peranan & Tanggungjawab : Bersama-sama berganding bahu
dengan setiap anak syarikat serta pelanggan dalam memberikan
suasana pembangunan yang baik.
■ Perubahan Semasa dengan sentiasa membuat perubahan yang
efesyen serta berguna selari dengan permintaan semasa.
■ Memandang Kehadapan di dalam perniagaan dengan sentiasa
membuat perubahan agar stabil di masa hadapan.
PROJEK SEMASA & TERDAHULU
■ Lebuhraya Kesas ■ Lapangan Terbang Doha,
■ Pembangunan Ladang Qatar
Bukit Kemunting, ■ Lebuhraya Dukhan, Qatar
Selangor
■ Lebuhraya Damansara ■ Bandar Nusajaya, Johor
Puchong (LDP) Baharu
■ Sungai Selangor Phase 3 ■ Kahosiung Mass Rapid
Water Project (SSP3) Transit Project, Taiwan
■ Projek Panagarh Palsit ■ Nam Thuen 1 Hydropower
Lebuhraya Selatan Project, Thailand
Bengal, India ■ Yenso Park, Hanoi, Vietnam
■ Projek Durgapur di
Bengal Selatan, India
■ Stormwater Management &
Road Tunnel (SMART) Project
JADUAL PERLAKSANAAN

■ Kerja pembinaan projek SMART telah dimulakan pada 1


Januari 2003 dan keseluruhan projek dijangka siap dalam tempoh
empat (4) tahun, iaitu pada 31 Disember 2006. Walaubagaimanapun,
disebabkan oleh kelewatan pengambilan balik tanah, projek
SMART telah diberi lanjutan masa selama enam (6) bulan, dan
dijangka siap pada 30 Jun 2007.

■ Walau bagaimanapun projek SMART telah berjaya siap lebih


awal dan dibuka kepada umum secara rasmi pada jam 3:00 petang
bertarikh14 Mei 2007.
PERUNTUKAN

■ Peruntukan RMke -9 yang diluluskan bagi projek SMART ialah


RM 170 juta. Ini termasuk juga bayaran bagi kerja-kerja di
Sg. Kerayong yang sedang dijalankan.
IMPAK & PERMASALAHAN PROJEK

Kesan Alam Sekitar

■ Kesan projek SMART ke atas alam sekitar adalah semasa fasa


pembinaan sahaja. Ini adalah kerana kajian ’E nvironmental
Impact Assessment, EIA’ telah dibuat sebelum memulakan
pembinaan dan segala keperluan untuk pemeliharaan alam sekitar
telah diambilkira dalam rekabentuk projek tersebut. Walau
bagimanapun, kesan-kesan ke atas alam sekitar adalah seperti
berikut :
■ Pencemaran Udara

Sumber utama pencemaran udara adalah habuk dan asap


yang berpunca daripada aktiviti pengorekan, penambakan, letupan
batuan, pemunggahan, pergerakan jentera berat, pengangkutan
tanah dan aktiviti meroboh bangunan. Semua bangunan yang
terletak dalam jajaran pembinaan perlu dirobohkan untuk
memastikan kerja-kerja dilaksanakan dengan sempurna
mengikut rekabentuk.

■ Hakisan tanah

Kerja-kerja pembinaan struktur dipermukaan tanah akan


menimbulkan masalah hakisan tanah. Ini termasuklah
pembinaan struktur seperti pengalihan (diversion weir), kolam
penahan (holding pond) dan takungan simpanan. Walaubagaimana
pun, pembinaan terowong SMART yang dijalankan dibawah tanah
hanya menyebabkan hakisan tanah yang minima sahaja
dikawasan ’shaft’ ke terowong.
■ Pencemaran Air

Sisa pepejal yang terhasil daripada aktiviti pembinaan seperti


pengorekan terowong dan letupan batu yang terlepas kedalam
sungai akan mencemarkan kualiti air sungai. Begitu juga dengan
minyak daripada mesin-mesin berat yang banyak terdapat dalam
kawasan pembinaan. Sisa pepejal dan minyak akan mengganggu
kehidupan akuatik dalam sungai serta mengubah estetik kawasan
persekitaran sungai. Walaubagaimana pun, semua projek mega
disyaratkan supaya menyediakan perangkap kelodak untuk
mengurangkan pencemaran kelodak didalam air sungai.

■ Bunyi Bising

Aktiviti pembinaan asas dengan cerucuk dan letupan batu


yang dijalankan akan mengakibatkan bunyi bising, gegaran, habuk,
serta bahan buangan yang banyak. Ini akan mendatangkan masalah
kesihatan dan keselamatan kepada pekerja serta orang awam
disekitar kawasan tapak binaan.
■ Sisa Pepejal

Untuk projek SMART , terdapat banyak sisa pepejal yang


dihasilkan daripada aktiviti pengorekan terowong, merobohkan
bangunan dan letupan batu. Ini menimbulkan masalah
penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal. Oleh
itu pengangkutan bahan sisa pepejal perlu dijalankan di waktu ‘
off-peak’ dan berjadual untuk mengurangkan kesesakan lalulintas
yang sememangnya senantiasa sesak di kawasan Kuala Lumpur.

■ Geologi dan Hidrogeologi

Seperti kebanyakan projek terowong yang telah dilaksanakan,


aktiviti pengorekan terowong akan memberi impak ke atas
geologi dan hidrogeologi dikawasan jajaran projek dari segi resapan
air, penurunan aras air bawah tanah, pemendapan permukaan tanah
dan ‘sink holes’. Masalah-masalah seperti ini telah dikawal
dengan rapi secara pemantauan dengan teliti untuk projek
SMART .
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

■ Melakukan beberapa kajian menyeluruh terhadap setiap


aktiviti berkaitan pengorekkan tanah.
■ Mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat yang tidak
mengikut piawaian dalam perancangan.
■ Memberi penerangan dan latihan dalam cara-cara
perancangan sirkulasi jalan terutama yang berkaitan pengorekkan
tanah.
■ Sentiasa memantau aktiviti pengorekkan tanah terutamanya
di kawasan penduduk berkapasiti padat bagi menjamin
keselamatan dan permasalahan di masa hadapan.
RUMUSAN

■ Berdasarkan kepada keadaan fizikal tapak, tujuan, konsep,


justifikasi serta faedah yang diperolehi daripada Cadangan
Pembangunan Terowong SMART, Kuala Lumpur. Pembangunan
ini adalah untuk kelulusan sesuatu pembangunan yang
dirancang.
■ Cadangan pembangunan ini dijangka akan menjadi pelengkap
terhadap pembangunan sekitar yang telah membangun
dengan corak pembangunan moden dan bersepadu. Kedudukan
kawasan tapak cadangan ini adalah strategik dan limpahan tren
pembangunan sekitarnya yang akan terus berkembang pesat.

■ Justeru itu, penilaian yang sewajarnya terhadap cadangan


pembangunan amat diperlukan sejajar dan mempunyai aspirasi
yang seiring dengan dasar dan langkah kerajaan.
SUMBER RUJUKAN

■ DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR


■ LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
■ KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA
■ INTERNET

SEKIAN TERIMA KASIH

ikhs

You might also like