Unit 10 Korpus Berkomputer

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 1

UNIT 10

PENGAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KORPUS BERKOMPUTER

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. menjelaskan konsep korpus berkomputer; 2. menerangkan kepentingan korpus berkomputer; dan 3. mengaplikasikan korpus berkomputer dalam P&P.

10.0

PENGENALAN

Pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah (Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat). Ini bermakna guru mempunyai tanggungjawab memilih dan membina bahan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam proses P&P bahasa Melayu, aspek tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Perihal pentingnya pengajaran aspek tatabahasa dan pemilihan bahan yang sesuai, maka kertas kerja ini cuba memaparkan penggunaan teknologi korpus berkomputer dalam pengajaran tatabahasa untuk murid sekolah menengah. Secara khususnya, kertas ini cuba untuk mendedahkan penggunaan korpus berkomputer dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya aspek tatabahasa dalam kalangan guru mata pelajaran bahasa Melayu. Aspek tatabahasa yang dipilih dalam kertas ini ialah imbuhan meN-kan. Salah satu aspek penting yang semakin diberi perhatian oleh para guru dalam proses P&P bahasa ialah penggunaan bahan bantu pengajaran bahasa. Hal ini turut ditekankan dalam Huraian

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 2

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat iaitu penggunaan perpustakaan dan komputer yang kaya dengan pelbagai bahan sangatlah digalakkan dalam P&P bahasa Melayu. Penggunaan bahan bantu tertentu dalam proses P&P bahasa membolehkan sesuatu pengajaran bahasa itu dilakukan dengan lebih berkesan. Dalam konteks pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah, terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan oleh guru untuk membolehkan para murid memahami aspek tatabahasa dengan lebih berkesan. Antara bahan-bahan pengajaran yang kerap digunakan oleh guru bahasa ialah bahan yang berbentuk literasi dan grafik. Berdasarkan sesuatu petikan, guru boleh mengajar muridnya beberapa aspek penting tatabahasa seperti imbuhan, jenis kata, dan sebagainya. Secara amnya, penggunaan sesuatu bahan terutamanya petikan mempunyai beberapa kelemahan, misalnya hanya memaparkan bentuk dan contoh penggunaan imbuhan yang amat terhad. Selain itu, sesuatu petikan itu mungkin hanya memaparkan bentuk dan penggunaan imbuhan yang betul sahaja. Sedangkan para murid juga perlu dimaklumkan bentuk-bentuk imbuhan yang salah supaya mereka dapat memahami dan membezakan antara bentuk imbuhan yang betul dan bentuk yang salah. Berdasarkan permasalahan di atas, kertas kerja ini cuba untuk mengetengahkan satu alternatif baru bahan bantu pengajaran imbuhan bahasa Melayu. Alternatif tersebut ialah data korpus berkomputer. Data Korpus Berkomputer Menurut J. McH. Sinclair (1996) korpus berkomputer boleh ditakrifkan sebagai korpus yang diberi penanda, kod dan diformatkan secara piawai serta dapat dicapai dan diproses dengan komputer. Kamus Linguistik (1997), menjelaskan korpus merupakan data mentah linguistik yang dikutip daripada kerja lapangan atau teks bertulis, dan dianalisis untuk membuat penyataan saintifik tentang ciri fonologi, tatabahasa atau leksikal sesuatu bahasa. Data korpus berkomputer telah digunakan secara meluas di Barat terutama dalam bidang pedagogi bahasa (Teaching Collocation), leksikografi dan kajian linguistik. Di Malaysia, korpus berkomputer turut digunakan dalam bidang perkamusan terutamanya oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam kajian linguistik pula, korpus berkomputer telah digunakan dalam kajian Zaharani Ahmad dan Mohd Rain Shaari (2004), Imran Ho Abdullah (2004) dan Mohd Rain Shaari (2004). Korpus berkomputer sebagai bahan bantu pengajaran bahasa terutama bagi aspek morfologi dan sintaksis, boleh dianggap sebagai perkara baru. Satu persoalan yang timbul ialah bagaimanakah seseorang guru itu boleh membina atau memperoleh data korpus berkomputer bagi tujuan pengajaran bahasa? Secara mudahnya, korpus 2

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 3

berkomputer boleh diperoleh di Pangkalan Data Korpus, Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur (contoh korpus DBP sila lihat lampiran 1). Buat masa ini, pengguna perlu pergi sendiri ke DBP untuk mengambil data tersebut. Pangkalan data ini akan disediakan dengan kemudahan capaian melalui Internet dan World Wide Web supaya lebih ramai penyelidik atau pengguna di dalam dan di luar negara dapat memanfaatkannya (Rusli Abdul Ghani 2004). Selain memperoleh data korpus berkomputer di DBP, seseorang guru juga boleh membina data korpus sendiri. Caranya ialah dengan memuat turun perisian penjana korpus (Concordance) di laman http://www.concordancesoftware.co.uk/ (contoh lihat lampiran 2). Dengan adanya perisian ini, seseorang guru boleh menjana sendiri korpus berkomputer dengan memilih apa juga jenis teks berbentuk digital seperti surat khabar atau majalah yang boleh diperoleh di laman http://www.utusan.com.my, http://www.bharian.com.my, http://www.dbp.gov.my dan sebagainya. 10.1 Aspek Penting Korpus Berkomputer

Korpus berkomputer dapat membantu guru menjana apa jua aspek imbuhan yang dikehendaki, misalnya imbuhan meNkan, di, ter dan sebagainya. Dengan memberi arahan tertentu, komputer akan menjana korpus dan seterusnya menyenaraikan bentuk-bentuk imbuhan yang dikehendaki. Secara amnya, korpus berkumputer boleh dijana dalam bentuk baris-baris konkordans, ayat dan perenggan. Ketiga-tiga bentuk ini dapat membantu guru mengajar atau memaparkan sesuatu aspek imbuhan dengan lebih berkesan. Di bawah ini akan dipaparkan contoh ketiga-tiga bentuk tersebut: a) Korpus Berbentuk Konkordans

256 in - Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenam BHLR27 257 negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah, bulan depa BHLR27 258 ak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital a BHLR27 259 di. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh du BHLR27 260 suki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. "Saya s BHLR27 261 pemberita demikian selepas **merasmikan** bangunan Persatuan Keturun BHLR27 262 klinik kerajaan tidak akan **mengenakan** bayaran terhadap bakal haj BHLR27 263 ah Majlis Fatwa Kebangsaan **memutuskan** hanya vaksin meningococcal BHLR27 264 oleh umat Islam yang mahu **mengerjakan** haji dan umrah. Ini kera BHLR27 265 brahim, berkata keputusan **menghalalkan** penggunaan vaksin Menceva BHLR27 266 jenama yang tidak langsung **menggunakan** sumber babi iaitu Mencevax BHLR27

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 4

b)

Korpus Berbentuk Ayat

Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat Islam negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah, bulan depan. Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh dunia mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. c) Korpus Berbentuk Perenggan

Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat Islam negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah, bulan depan. Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, berkata pihaknya yakin jumlah vaksin yang ada mencukupi untuk menampung keperluan bakal haji yang diwajibkan mengambilnya sebelum memasuki Arab Saudi. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh dunia mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. "Saya sudah menyemak dengan pembekal yang berkaitan dan dimaklumkan Malaysia mempunyai bekalan yang mencukupi terhadap keperluan vaksin berkenaan," katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas **merasmikan** bangunan Persatuan Keturunan Chua Chiyang yang bernilai kira-kira RM1 juta di Jalan Haji Jaip, di sini, malam tadi. "Hospital dan klinik kerajaan tidak akan **mengenakan** bayaran terhadap bakal haji bagi pengambilan vaksin itu kerana kita membuat keputusan memberinya secara percuma," katanya. Jumaat lalu, majlis muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan **memutuskan** hanya vaksin meningococcal meningitis (ACYW 135) jenama Mencevax dari Belgium, diharuskan penggunaannya oleh umat Islam yang mahu **mengerjakan** haji dan umrah. Bagi tujuan proses P&P, guru boleh mencetak mana-mana bahagian yang sesuai dan mengedarkan korpus ini kepada semua murid ataupun boleh juga menggunakan komputer jika terdapat kemudahan komputer yang mencukupi untuk semua murid. Penggunaan kemudahan komputer seperti di makmal komputer merupakan suatu kelebihan berbanding cetakan kertas. Ini

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 5

kerana guru atau murid dapat mencari sesuatu bentuk imbuhan dengan pantas berdasarkan bantuan carian atau find yang terdapat dalam komputer. 10.2 Kebaikan Menggunakan Korpus Berkomputer

Berikut dijelaskan kebaikan atau kelebihan korpus berkomputer yang akan diperoleh oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran imbuhan bahasa Melayu. Korpus berkomputer bukan sahaja dapat membantu guru membina bahan P&P dengan pantas, malah turut memberi pelbagai pilihan bahan yang terdiri daripada buku, majalah, surat khabar, prosa dan puisi tradisional. Korpus berkomputer di DBP menyediakan jenis teks seperti berikut: Jumlah Data Korpus Berkomputer (Sehingga Mac 2004) SUB-PANGKALAN AKHBAR BUKU MAJALAH TEKS TRADISIONAL LAIN-LAIN TERJEMAHAN JUMLAH JUMLAH KATA 52,988,703 27,797,010 12,229,373 2,440,258 3,303,772 1,886,106 100,645,222 PERATUS 52.65% 27.62% 12.15% 2.43% 3.28% 1.87% 100.00%

(Sumber: Rusli Abdul Ghani 2004) Korpus berkomputer dapat memaparkan sesuatu aspek tatabahasa dengan lebih luas, sesuai dengan konteks penggunaan dan representatif sifatnya. Ini berbeza dengan petikan biasa yang hanya dapat memaparkan sesuatu aspek tatabahasa dengan jumlah yang agak terhad. Satusatu korpus dapat memaparkan ribuan (malahan jutaan) contoh sesuatu aspek tatabahasa. Sesuatu petikan ringkas mungkin hanya memaparkan contoh-contoh penggunaan sesuatu aspek tatabahasa yang betul sahaja, manakala contoh-contoh yang salah mungkin tidak dipaparkan dalam teks tersebut. Ini bermakna, murid-murid hanya diperkenalkan dengan contoh-contoh penggunaan sesuatu aspek tatabahasa yang betul sahaja, sedangkan contoh-contoh yang salah juga banyak membantu murid memahami apa yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Dengan berbantukan korpus berkomputer, guru boleh berperanan sebagai fasilitator iaitu menerangkan contoh

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 6

penggunaan yang betul dan yang salah dalam sesuatu aspek tatabahasa yang sedang dipelajari oleh murid-murid. 10.3 Penjanaan Data Korpus dilakukan secara atas talian memandangkan akan dijelaskan prosedur penjanaan data yang data iaitu data korpus DBP dan data korpus Projek Konkordan Melayu

Pada masa kini, proses penjanaan data dapat perkhidmatan tersebut baharu disediakan. Berikut diperoleh daripada dua sumber (http://sbmb.dbp.gov.my/knb/nb_konkordans.aspx) (http://mcp.anu.edu.au/). 10..3.1 Penjanaan Data Korpus DBP

Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pengkaji untuk menjana data daripada data korpus berkomputer. i. ii. iii. iv. Layari tapak web DBP, iaitu http://www.dbp.gov.my. Setelah masuk ke laman web dbp.gov.my, klik pada Laman Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka untuk ke laman utama. Setelah laman Rasmi DBP dipaparkan, pergi ke KORPUS BAHASA MELAYU dan klik pada Rujukan korpus pelbagai sumber. (http://sbmb.dbp.gov.my/knb/nb_konkordans.aspx) Sebelum menjana data, setiap pengguna akan didedahkan dengan Lesen Pengguna Korpus. Sekiranya pengguna bersetuju dengan semua syarat tersebut, maka pengguna harus klik pada kotak Setuju dan sebaliknya. Masukkan e-mel sebagai ID pengguna dalam ruangan yang disediakan kemudian klik pada kotak Masuk untuk masuk ke Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengkaji mula menjana data dengan menaip kata telah pada bahagian Kata Dasar/ Kata.

v. vi.

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 7

Rajah 1: Proses permulaan untuk menjana data vii. Setiap paparan akan mengandungi 100 konkordans tentang kata bantu telah. Kemudian, pengkaji klik pada kotak Muat Turun untuk muat turun data.

Rajah 2 : Proses muat turun data

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 8

viii.

Setelah selesai muat turun data, pengkaji klik pada kotak Jana Konkordans sekali lagi untuk mendapatkan data yang seterusnya. Seterusnya data boleh disimpan dalam pendrive.

10.3.2

Pangkalan Data Korpus Projek Konkordans Melayu

Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pengkaji untuk menjana data korpus Projek Konkordan Melayu (http://mcp.anu.edu.au/).

i. Pertamanya, sila buka tapak web seperti berikut: http://mcp.anu.edu.au/ atau carian Google: Malay Concordance Projek.

ii. Bagi memulakan carian data, sila klik pada direct search. Paparan seterusnya seperti berikut:

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 9

iii. Sebelum mencari perkataan, sila pilih jenis teks yang ingin dikaji. Kemudian, pada bahagian Find, sila taip perkataan yang hendak dikaji misalnya akan dan tekan butang search untuk proses janaan korpus berkomputer.

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 10

iv. Hasil janaan data adalah seperti gambar rajah di bawah. Seterusnya, pengkaji boleh menyalin (copy) dan menampal (paste) data ke dalam perisian Notepad atau Microsoft Word. Seterusnya data boleh disimpan untuk tujuan proses seterusnya iaitu analisis data.

10

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 11

AKTIVITI 10.1 1. Sila layari web korpus DBP dan jana korpus dengan kata kunci jalan. 2. Sila layari web MCP di Australia dan jana korpus dengan kata kunci hari.

10.4

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Berikut akan diberikan contoh persediaan mengajar imbuhan meN...kan dengan menggunakan kaedah secara tidak langsung dalam pengajaran kemahiran membaca dan kefahaman. Hal ini selaras dengan saranan dalam KBSM dan KBSR iaitu aspek tatabahasa hendaklah diajar secara tidak langsung. Aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar itu akan dimasukkan ke dalam pengajaran tersebut seperti pengajaran lisan, menulis atau membaca, dengan cara guru mengambil masa beberapa minit untuk mengajar sesuatu aspek tatabahasa (Kamarudin Husin, 1994:45).

11

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 12

Contoh Persediaan Mengajar 1 Tingkatan : 4 Sains Masa : 80 minit Bilangan murid : 30 orang Tajuk : Kefahaman Vaksin Mencevax

Hasil Pembelajaran Utama

: 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang dibaca.

Hasil Pembelajaran : 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan idea utama dan isi penting Khusus tentang bahan yang dibaca. Huraian Hasil : Aras 1 Pembelajaran iii. Membina dan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan tinggi untuk mendapatkan penjelasan. Objektif : Murid dapat: i. Menyatakan secara lisan isi tersurat dan tersirat yang terdapat dalam sesuatu petikan. ii. Mengemuka dan menjawab soalan dengan bernas dan gramatis. iii. Mengaplikasikan aspek imbuhan meNkan dari segi bentuk, makna dan penggunaannya dalam konteks dengan betul.

Sistem Bahasa : Imbuhan meNkan. Pengisian Kurikulum : Ilmu : ekonomi dan agama. Nilai : berjimat, bantu-membantu dan bertolak ansur.

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir : Mengkonsepsikan idea-idea sama ada yang terdapat di dalam atau di luar teks. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Menggunakan komputer untuk carian maklumat dan tujuan pembelajaran bahasa. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal dan verbal-linguistik 12

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 13

Bahan Bantu Mengajar : Korpus berkomputer. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru meminta murid membuka fail petikan Vaksin Mencevax dengan menggunakan perisian Notepad atau Microsoft Word. Seterusnya, guru meminta murid membaca secara senyap petikan di skrin komputer dengan cara luncuran (skimming) dan pembacaan teliti. (Lihat Lampiran 3). Guru meminta seorang murid secara sukarela membaca petikan tersebut dengan suara yang kuat dan jelas. Murid yang lain mendengar dengan teliti. Guru meminta setiap murid membina satu soalan berdasarkan petikan tersebut. Seterusnya, seorang murid akan mengemukakan satu soalan kepada mana-mana murid yang ia pilih untuk menjawab soalan itu. Begitulah seterusnya iaitu soalan dikemukakan dalam bentuk berantai. Pada bahagian ini, guru hanya berperanan sebagai fasilitator iaitu mengawasi sama ada soalan dan jawapan yang dikemukakan oleh murid sesuai atau sebaliknya. Jika sesuatu persoalan memerlukan maklumat lanjut, guru boleh membimbing murid mendapatkan maklumat di internet sesuai dengan konsep pembelajaran maya. Guru memilih soalan-soalan (binaan murid) yang difikirkan sesuai untuk dijawab oleh murid sebagai latihan atau kerja rumah. Soalan yang dipilih itu perlulah berada pada aras mudah, sederhana dan susah atau mencabar pemikiran murid. Guru memaklumkan kepada murid bahawa aspek tatabahasa yang ingin dipelajari ialah imbuhan meNkan. Guru meminta murid mengesan imbuhan meNkan dalam petikan tersebut dengan cara carian atau find yang terdapat dalam komputer. Imbuhan meNkan yang terdapat dalam petikan tersebut adalah seperti dalam Lampiran 4. Murid memberi maklum balas tentang aspek imbuhan meNkan seperti contoh penggunaan dalam petikan. Guru menerangkan bahawa contoh imbuhan yang terdapat dalam petikan tersebut agak terhad. Oleh itu, guru meminta murid membuka satu fail korpus berkomputer (telah sedia ada dalam komputer tersebut) yang mengandungi contoh-contoh imbuhan meNkan yang lebih banyak dan meluas dengan menggunakan perisian Notepad. (Lihat Lampiran 5). Pada peringkat ini, guru sebaik-

2.

3.

4.

5.

6.

13

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 14

baiknya perlulah memaparkan aspek imbuhan ini di skrin LCD (jika ada) supaya murid dapat melihat setiap aspek imbuhan meNkan dengan lebih jelas. 7. Guru menjelaskan aspek imbuhan meNkan (berdasarkan contoh penggunaan dalam korpus) iaitu: a) b) c) d) Bentuk atau varian imbuhan meN...kan. (lihat Lampiran 6a) Hukum p m, t n, k ng dan s ny. (lihat Lampiran 6b) Makna imbuhan meNkan iaitu benefaktif dan kausatif. Guru menjelaskan aspek kesalahan imbuhan meNkan seperti kesalahan meng dan menge(contoh mengsahkan atau mengesahkan) serta perkataan yang dieja dengan satu k atau dua kk (contoh memasukan atau memasukkan ).

8.

Guru meminta murid membina lima ayat (sebagai latihan) dengan menggunakan perkataan yang berimbuhan meNkan.

Contoh Persediaan Mengajar 2 Tingkatan : 4 Sains 1 Masa : 80 minit Bilangan murid : 30 orang Tajuk : Kefahaman Vaksin Mencevax

Hasil Pembelajaran Utama

: 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang dibaca.

Hasil Pembelajaran : 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan idea utama dan isi penting Khusus tentang bahan yang dibaca. Huraian Hasil : Aras 1 Pembelajaran iii. Membina dan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan tinggi untuk mendapatkan penjelasan. Objektif : Murid dapat: iv. Menyatakan 3 keburukan vaksin mencevax. 14

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 15

v. vi. Sistem Bahasa : Kata majmuk Pengisian Kurikulum

Mengemuka dan menjawab soalan dengan bernas dan gramatis. Menggunakan aspek kata majmuk dalam konteks dengan betul.

: Ilmu : ekonomi dan agama. Nilai : berjimat, bantu-membantu dan bertolak ansur.

Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir : Mengkonsepsikan idea-idea sama ada yang terdapat di dalam atau di luar teks. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Menggunakan komputer dan internet untuk carian maklumat dan tujuan pembelajaran bahasa. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal dan verbal-linguistik

Bahan Bantu Mengajar : Korpus berkomputer. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran 9. Murid diminta membuka fail petikan Vaksin Mencevax dengan menggunakan perisian Notepad atau Microsoft Word. Seterusnya, guru meminta murid membaca secara senyap petikan di skrin komputer dengan cara luncuran (skimming) dan pembacaan teliti. (sila lihat lampiran 1). Seorang murid secara sukarela diminta oleh guru untuk membaca petikan tersebut dengan suara yang kuat dan jelas. Murid yang lain mendengar dengan teliti. Murid diminta membina satu soalan berdasarkan petikan tersebut. Seterusnya, seorang murid akan mengemukakan satu soalan kepada mana-mana murid yang ia pilih untuk menjawab soalan itu. Begitulah seterusnya iaitu soalan dikemukakan dalam bentuk berantai. Pada bahagian ini, guru hanya berperanan sebagai fasilitator iaitu mengawasi sama ada soalan dan jawapan yang dikemukakan oleh murid sesuai atau sebaliknya. Jika sesuatu persoalan memerlukan maklumat lanjut, guru boleh membimbing murid mendapatkan maklumat di internet sesuai dengan konsep pembelajaran maya.

10.

11.

15

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 16

12.

Guru memilih soalan-soalan (binaan murid) yang difikirkan sesuai untuk dijawab oleh murid sebagai latihan atau kerja rumah. Soalan yang dipilih itu perlulah berada pada aras mudah, sederhana dan susah atau mencabar pemikiran murid. Guru memaklumkan kepada murid bahawa aspek tatabahasa yang ingin dipelajari ialah kata majmuk. Guru menjelaskan aspek kata majmuk (berdasarkan contoh penggunaan dalam konteks) iaitu: (sila lihat lampiran 2) a) Rangkai kata bebas: jalan raya b) Istilah khusus: pita suara c) Kiasan : buah tangan

13.

14. 15.

Guru meminta murid mengesan kata majmuk dalam petikan tersebut. Murid memberi maklum balas tentang aspek kata majmuk seperti contoh penggunaan dalam petikan. Guru menerangkan bahawa contoh kata majmuk imbuhan yang terdapat dalam petikan tersebut agak terhad. Oleh itu, guru meminta murid mengakses internet ke tapak web berikut: http://www.anu.edu.au/asianstudies/proudfoot/MCP/Q/standard.html. Guru meminta murid menaip apa-apa perkataan seperti makan, buah dan sebagainya untuk melihat bentuk-bentuk kata majmuk. Guru meminta murid membina lima ayat (sebagai latihan) dengan menggunakan kata majmuk yang telah dijana oleh pelajar.

16.

Contoh Persediaan Mengajar 3 Tajuk: Mencari makna perkataan yang membawa pelbagai makna. Kata Adjektif keras (Sumber konkordans DKB) Masa: 40 minit Bil Pelajar: 40 orang Objektif: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1. Memberikan makna-makna baru daripada kosa kata keras yang memperlihatkan perluasan makna berbanding dengan merujuk kamus. 2. Membina sepuluh ayat yang gramatis berdasarkan makna keras yang telah diperoleh dari setiap kumpulan perbincangan. 16

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 17

Pengisian Kurikulum: Sistem Bahasa: Kosa kata, ayat Kemahiran bahasa: Mendengar dan bertutur, memahami dan menulis. Ilmu:Moral Kemahiran Bernilai Tambah (KBT): kemahiran teknologi maklumat, kecerdasan pelbagai Nilai: bekerjasama, kejujuran dan hormat-menghormati Strategi Pembelajaran: Kolaboratif Bahan Bantu Mengajar: Korpus Kosa Kata keras Pengetahuan sedia ada: Para pelajar telah memahami konsep makna keras secara literal. Langkah-Langkah Pengajaran Dan Pembelajaran 1) Set induksi- Meminta pelajar meneka benda maujud yang memiliki ciri ciri fizikal yang bersifat keras serta mengaitkan dengan pembelajaran seterusnya. 2) Aktiviti kumpulan pembentukan kumpulan ( enam orang sekumpulan)- dengan arahan, murid melakukan lakonan spontan/simulasi suasana yang menggambarkan kehidupan dan aktiviti yang berkaitan. 3) Guru bersoal jawab dengan aktiviti yang telah dilakukan (komunikatif) 4) Guru mengedarkan bahan pembelajaran DKB yang mengandungi baris-baris konkordans yang berkaitan dengan kata keras. 5) Pelajar diminta membaca senyap bahan pembelajaran tersebut. 6) Guru menerangkan makna kata keras untuk pengetahuan pelajar berdasarkan makna yang terkandung dalam Kamus Dewan (2002) dan murid mencatatnya dalam buku. Aktiviti kumpulan pembentukan kumpulan (masih dalam kumpulan yang sama dalam langkah 2). Pelajar diarahkan mencari makna baru yang terkandung dalam bahan pembelajaran dengan bantuan guru yakni guru menerangkan peranan kolokasi yakni kata-kata yang wujud bersama-sama dengan kata keras dalam memperoleh makna baru. 7) Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan daripada kumpulan masing-masing. Perbandingan makna antara maklumat kamus dan korpus yang bakal diperoleh daripada perbincangan pelajar ialah seperti berikut: Keras Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005: 752-753), perkataan keras mempunyai banyak makna. Selain daripada makna-makna yang terdapat dalam Kamus Dewan, perkataan keras ini juga 17

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 18

mempunyai maksud atau makna yang berbeza sekali daripada makna kamus. Makna ini diperoleh hasil daripada penggunaan perkataan tersebut dalam konteks ayat yang berlainan. Penggunaan perkataan dalam setiap ayat yang berlainan ini memungkinkan makna kepada perkataan tersebut adalah pelbagai mengikut fungsinya dalam setiap ayat. Setelah diteliti penggunaannya dalam setiap ayat, makna bagi penggunaan perkataan ini dalam ayat adalah banyak. Semua makna dan perbezaannya dengan Kamus Dewan adalah terdapat dalam perenggan yang berikut. Kamus Dewan (2005: 752-753) 1. Kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok dll) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuh,lunak) 2. Dengan giat atau bersungguh-sungguh, dengan sepenuh tenaga atau usaha, dengan bersungguh-sungguh hati (meminta, mendesak dsb) 3. Dengan tidak berganjak atau berubah sikap, teguh,kukuh, kuat 4. Tidak dengan sikap bertolak ansur (bukan bantahan, tentangan dsb), tegas. 5. Tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu sahaja, rapi (pemeriksaan, kawalan dll) ketat, sungguh-sungguh 6. Berat akhirnya, tidak berdasarkan belas kasihan (bukan tuduhan dsb), tegas, tidak berkira-kira 7. Dengan sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian dsb) 8. Membahayakan atau mungkin membawa maut (bukan penyakit), teruk, bukan 9. Kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dsb) hebat 10. Kencang, deras (angin dll), sangat lebat hujan 11. Nyaring, kuat (suara bunyi dll) 12. Tidak lemah lembut atau sopan santun (bukan kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan 13. Dapat memabukkan (bukan minuman seperti bir, wain, wiski dsb) terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (bukan rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (bukan ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dsb (bukan bau), rangsang (bukan bau) 14. Ketat (sumbat botol dll), tidak mudah dilentur (bukan spring dsb),tegang 15. Tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya berpuaka,atau berhantu, berpegang teguh pada pendirian atau pendapat sendiri (tidak mudah mengalah),tegar hati,mengotot, keras sekali, tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil, tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh),menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya), sangat keras (tidak lunak), tidak dapat dilentukkan (dilenturkan),kejang,kaku, Kl,Tr sangat keras (seperti batu) Kl, Kt keras kepala,tidak mahu mengalah atau menurut,degil,tegar,tidak teguh dan tidak dapat diubah dengan pujukan dsb(bukan kemahuan, ketabahan dsb seseorang),tidak dapat melafazkan kata-kata asing dengan mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata), terlalu keras (bukan buah-buahan dll), tidak mahu dan tidak mahu kalah dalam perdebatan (kuat bertengkar), tidak mudah dikendalikan (kuda dll)tidak mahu menurut perintah 18

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 19

orang atasan; prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dengan bijaksana (dengan lemah lembut kepada yang menurutdan dengan memaksa kepada yang melawan); prb perkataan orang yang bijaksana baik dengan lemah lembut atau dengan kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya. Data Korpus 1. Keinginan yang tidak dapat ditolak Pun begitu, kemahuannya cukup ***keras***. Hatinya mendesak ***keras*** ingin tahu isi kandungan kad itu. 2. Batuk yang terlalu kuat Dia terbatuk-batuk ***keras***, darah merah membuak- buak keluar dari hidung dan mulutnya. 3. Kata-kata yang kasar dan perasaan marah Maka bertambahlah murka Datuk Merpati, dan dengan suara ***keras*** beliau berkata, "Hai celaka hantu Pego nyatakan dirimu agar kita dapat berlawan. Siapa yang berani, pergilah sendiri jumpa," jawab Tengku Tih dengan ***keras***. 4. Penuh terisi dengan sesuatu Pamlah dulu tayar tu!" "Dengan pam tangan ni, satu jam lagi pun tayar bas ni takkan ***keras***." Konduktor bas itu merungut. 5. Terbentuk seperti keadaan asal, baru sahaja berlaku Tahi kambing yang bulat-bulat itu masih panas lagi dan ***keras***. 6. Tegang dan rapuh Tiba-tiba sebiji buah getah masak pecah dan kulitnya yang ***keras*** itu melantun mengenai kepalanya. 7. Keadaan keras asal yang tidak terisi dengan sesuatu (seperti angin) Tayarnya tayar mati dan ***keras*** kerana tidak berisi angin. 8. Tebal dan berkerinting Kepalanya nampak lonjong dimahkotai rambut yang hitam lurus, agak berbeza daripada kebiasaan rambut orang-orang India yang selalu ikal dan ***keras***. 9. Ligat berfikir sesuatu Pandangan matanya bukan sedang berfikir ***keras***, melainkan kosong dan hampa. Lepas pilihanraya nanti hilanglah ia, fikir Encik Ridwan ***keras***. 19

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 20

10. Bantahan Kereta Cikgu Jamal menghala ke rumah Encik Ahmad, pegawai kayu balak yang menentang ***keras*** pemindahan penduduk di pinggir sungai ke kawasan yang telah disediakan oleh pihak pemerintah. 11. Degil 'Hatinya terlalu ***keras'***.

12. Tidak mengantuk Biarpun malam semakin larut, tetapi matanya tetap juga ***keras*** dan dia menjatuhkan badannya ke anjung itu dengan penuh tanda tanya 13. Panas terik Matahari masih ***keras*** di ubun-ubun. 14. Menunjukkan perasaan yang tidak suka, benci Kalau selisih di jalan, mereka akan mendengus ***keras***, menjeling isterinya dengan tajam dan penuh kebencian serta dendam. 15. Ligat berputar Fikirannya bekerja ***keras***. 16. Memberi amaran dan larangan "Lid, jangan kacau Pak Cik Pang." Ayah bersuara ***keras*** sedikit. 17. Simpulan bahasa "Kamu pulang paku buah ***keras*** ke Haslinda?" tanya Murugan. 18. Pandangan sinis Aku takut nanti dia pembawa aids." Rasyidah menjeling ***keras*** kepada Kamarul. 19. Membara dan berkobar-kobar Semangat Fikri kembali ***keras***. Semangatnya ***keras*** seperti yang menjadi syarat untuk hidup bersama Tamin. 20. Kering dengan sendiri Bajunya sudah ***keras*** diserapi darah beku itu. 20

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 21

21. Perbuatan mendengus Dia menarik nafas dan meluahnya dengan ***keras***. 22. Bertalu-talu dan dengan kuat Pintu bilik terus diketuk ***keras***. 23. Kasar dan menghasilkan bunyi Buku Rampaian Agama Islam ditutup dengan ***keras***. 24. Bau kuat sehingga menusuk ke hidung Dan bau ikan kering yang banyak dijemur oleh nelayan-nelayan di keliling pelantar itu juga semakin ***keras***. 25. Terbujur kaku Ya Allah di balik tu, di balik kotak itu, seketul tubuh yang sudah ***keras*** hitam legam. 26. Lasak dan aktif Mengendurkan (relaxing) otot-otot yang tegang, kerana aktiviti "***keras***" yang telah dilakukan. 27. Rajin Ia bekerja begitu ***keras***, begitu teratur, dan begitu lama; ketika ia berhenti, satu-satunya keinginan adalah beristirahat, dan yang dimintanya tidak lebih daripada diperkenankannya untuk tidak mengerjakan apa-apa. 28. Tidak berasas dan boleh menimbulkan marah Tambahan pula mereka menyebarkan tuduhan yang ***keras*** bahawa kejatuhan bandar Rome adalah disebabkan perbuatan orang Kristian yang telah mengetepikan dan tidak menyembah dewadewa $$27 purba yang dianggap telah sekian lama menjaga kesejahteraan bandar tersebut. 29. Tidak berbudi bahasa Seseorang yang tidak baik budi pekertinya, kasar nilai bahasanya, ***keras*** tutur katanya dan sering mengeluarkan ucap bicara yang keji adalah membayangkan sifat buruk peribadi seseorang. 30. Berusaha Umi memang pulun mengulangkaji dan selalu berkerja ***keras*** untuk mencapai kehendaknya.

21

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 22

31. Perumpamaan ***Keras*** perempuan, baginya seperti ***keras*** kerak nasi, apabila teren air, bukan sahaja akan menjadi lembut, malah hancur lumat. 32. Rempah ratus Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah ***keras***, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.

RUMUSAN
Walaupun kajian tentang penggunaan korpus berkomputer dalam P&P bahasa Melayu belum dilakukan di Malaysia, namun terdapat potensi yang besar untuk menjadikan korpus berkomputer sebagai bahan bantu mengajar yang popular, pintar dan bersistematik. Penggunaan korpus berkomputer dalam proses P&P bukan sahaja memudahkan tugas guru malahan dapat memupuk minat para murid supaya mendekati bidang teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin dominan dalam dunia pekerjaan dan kehidupan seharian. Diharapkan penggunaan korpus berkomputer dalam proses P&P akan menarik minat murid mempelajari mata pelajaran bahasa Melayu dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

KATA KUNCI
1. Korpus 2. Korpus Berkomputer 3. Konkordans 4. Kolokasi 5. Penjanaan Data 6. Pangkalan Data

PENILAIAN KENDIRI
1. Pada pandangan anda, adakah pengajaran bahasa Melayu memerlukan bantuan teknologi komputer? 2. Apakah kekuatan dan kelemahan penggunaan korpus dalam pengajaran bahasa Melayu? 3. Bagaimanakah anda dapat menggalakkan murid anda menggunakan komputer dan internet untuk mendapatkan bahan pembelajaran?

22

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 23

RUJUKAN
Abdullah Hassan. (2007). Morfologi. Bentong: PTS Profesional. Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Rain Shaari (2007). Bahasa Melayu dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

23

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 24

Lampiran 1 Rajah 1: Korpus DBP

Lampiran 2 Rajah 2: Perisian Concordance

24

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 25

Lampiran 3 Contoh Sebahagian Petikan Janaan Komputer Vaksin Mencevax Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenama Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat Islam negara ini yang berhasrat**menunaikan** haji di Makkah, bulan depan. Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, berkata pihaknya yakin jumlah vaksin yang ada mencukupi untuk menampung keperluan bakal haji yang diwajibkan mengambilnya sebelum memasuki Arab Saudi. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh dunia mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. "Saya sudah menyemak dengan pembekal yang berkaitan dan dimaklumkan Malaysia mempunyai bekalan yang mencukupi terhadap keperluan vaksin berkenaan," katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas **merasmikan** bangunan Persatuan Keturunan Chua Chiyang yang bernilai kira-kira RM1 juta di Jalan Haji Jaip, di sini, malam tadi. "Hospital dan klinik kerajaan tidak akan **mengenakan** bayaran terhadap bakal haji bagi pengambilan vaksin itu kerana kita membuat keputusan memberinya secara percuma, " katanya.

25

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 26

Jumaat lalu, majlis muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan **memutuskan** hanya vaksin meningococcal meningitis (ACYW 135) jenama Mencevax dari Belgium, diharuskan penggunaannya oleh umat Islam yang mahu **mengerjakan** haji dan umrah. Ini kerana vaksin jenama berkenaan didapati tidak mengandungi sebarang lemak babi dan bahan sumber haiwan kecuali laktosa daripada susu, lemak dan jantung lembu. Bagaimanapun, vaksin ACYW 135 jenama Monumune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asik amino dari lembu, babi dan itik. Pengerusi majlis itu, Datuk Dr Ismail Ibrahim, berkata keputusan **menghalalkan** penggunaan vaksin Mencevax itu dibuat selepas mengambil kira maklumat Bahagian Kawalan penyakit dan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan.

Lampiran 4
Imbuhan meNkan dalam Petikan Vaksin Mencevax

256 in - Kementerian Kesihatan **menyediakan** lebih 110,000 vaksin jenam BHLR27 257 negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah, bulan depa BHLR27 258 ak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari hospital a BHLR27 259 di. "Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh du BHLR27 260 suki negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah. "Saya s BHLR27 261 pemberita demikian selepas **merasmikan** bangunan Persatuan Keturun BHLR27 262 klinik kerajaan tidak akan **mengenakan** bayaran terhadap bakal haj BHLR27 263 ah Majlis Fatwa Kebangsaan **memutuskan** hanya vaksin meningococcal BHLR27 264 oleh umat Islam yang mahu **mengerjakan** haji dan umrah. Ini kera BHLR27 265 brahim, berkata keputusan **menghalalkan** penggunaan vaksin Menceva BHLR27 266 jenama yang tidak langsung **menggunakan** sumber babi iaitu Mencevax BHLR27

Lampiran 5 Contoh Imbuhan meNkan dalam Korpus Berkomputer 8507 s sebarang bentuk kegiatan melalaikan. Banyak ayat al-Quran dan BHLR68 7382 enukarkan namanya agar ia melambangkan agensi perjalanan yang be BHLR61 7049 rian republik itu yang melambat-lambatkan penyelesaian kebuntuan BHLR59 8188 nah Darus Peserta kursus melambungkan topi masing-masing ke uda BHLR66 5805 n Laden selama 76 hari, AS melancarkan 4,700 serangan udara menga BHLR52 4486 gugut peminjam yang gagal melangsaikan hutang. Golongan berpen BHLR44 8209 enganjurnya, DBP, berjaya melangsungkan tiga acara deklamasi puis BHLR66 4975 -anak mereka sudah berjaya melanjutkan pelajaran dalam pelbagai b BHLR47 3733 u. Islam Online hari ini melaporkan, walaupun mereka tidak men BHLR37

26

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 27

Lampiran 6 a) Bentuk atau varian imbuhan meN...kan

Me...kan 7384 fail meja tahun depan bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaa BHLR62 8231 hairan dalam hatiku sebab melihatkan hal adat orang-orang kita BHLR67 2153 sih mempunyai ruang untuk melonggarkan lagi dasar kewangannya ji BHLR20 6181 nilai estetikanya. Mereka melontarkan idea semahu-mahunya tanpa BHLR54 3033 ukan suatu perbuatan iaitu meluluskan ujian penerimaan talian pe BHLR30 5596 an ke atas Iraq bukan saja melumpuhkan ekonomi Baghdad malah menc BHLR50 Mem...kan 3287 a krisis dalaman MTUC yang membabitkan Zainal. Saya tak mahu memb BHLR33 3500 Andi Samsam Nganro ketika membacakan keputusan itu hari ini. BHLR35 7300 pada tahap maju. Pengkaji membahagikan tamadun kepada dua penger BHLR61 1063 biologi Amerika dan Kanada membahaskan cadangan mengadakan uji ka BHLR10 5078 gori ahli falak. Tabiat membandingkan takwim hijri dengan takwi BHLR47 4033 hthaleneacetate). Lebih membanggakan ialah Dr Mohd Zobir juga BHLR41 Men...kan 6066 berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara da BHLR53 2821 m 4.30 pagi dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan pemandu l BHLR28 3787 indakan agresif yang boleh mencetuskan suasana tidak seimbang, se BHLR38 2688 K sahaja Allah swt selesai menciptakan Adam daripada tanah, lalu BHLR26 4198 ya berfikiran positif dan mendaftarkan anak mereka supaya mereka BHLR42 8348 ? Ada juga peniaga yang mendagangkan barangan yang tidak sama BHLR67

Meng...kan 8555 ku penganjur utama majlis menggabungkan silat dan puisi untuk tig BHLR69 4108 eka mempunyai sebab untuk menggagalkan aspirasi kebangsaan. Di BHLR41 5287 uk Dr Abdul Latif. Beliau menggalurkan keterlibatan Ismail dalam BHLR49 7139 ang penuh pengajaran tadi menggambarkan ajaran Islam begitu menye BHLR60 2489 jukan bangsa tetapi bukan menggantikan bahasa sendiri sebagai ba BHLR24 8569 puisi pilihannya ternyata menghiburkan. Begitu juga dengan perse BHLR69 Menge...kan 2475 rumah. Dia berhajat untuk mengahwinkan anak gadis itu dengan ana BHLR62

27

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 28

2435 -Bangsa bersatu (PBB) yang mengaitkan Barisan Nasional (BN) deng BHLR24 3401 a. "DBP turut berusaha mengetengahkan bakat dan potensi cendek BHLR34 2017 tengah hari. "Saya boleh mengesahkan tidak bersama dia (Tuan Mo BHLR19 5444 ivasi bagi setiap individu mengamalkan tanggungjawab masing-masin BHLR49 6866 kaan kota Makkah, baginda mengampunkan dan membebaskan golongan BHLR58 Meny...kan 8585 kita tidak perlu kesal dan menyalahkan sesiapa berkenaan setiap k BHLR69 6170 yu', untuk mewujudkan atau menyalakan api itu. Jadi maksud met BHLR54 4144 g berpejabat di Arab Saudi menyalurkan bantuan kewangan kepada al BHLR41 3083 Sebelum ini mereka mahu menyisihkan Rusli Tambi daripada mendu BHLR31 6580 barang bantahan atau tidak menyuarakan bangkangan negara itu kepa BHLR56 415 Abas dan Balasandran juga menyarankan supaya guru yang berkelulu BHLR62

b) pm

Hukum p m, t n, k ng dan s ny.

7135 i khalifah Allah yang akan memantulkan nilai kebaikan dan kebajik BHLR60 8032 a. Masalah isu harga air memaparkan dengan begitu jelas isi ha BHLR65 2307 FMG yang bertanggungjawab memasarkan rangkaian telefon bimbit S BHLR22 5666 kukan secara intensif bagi memastikan 20 tadika lain turut mener BHLR51 6600 n, pasukan Indonesia gagal mematahkan hujah berhubung isu berken BHLR56 6773 t-turutan tetapi ini tidak memenatkan Perdana Menteri atau menje BHLR57 6330 perangkap keagamaan' yang memenjarakan sebahagian besar umat (Mu BHLR55 4344 Kebudayaan Kebangsaan bagi mementaskan Muzika Uda dan Dara yang m BHLR43 7546 uskan secara berkesan dan mementingkan alam sekitar boleh menimb BHLR62 3688 ng untuk disoal siasat dan memerlukan Baghdad menyediakan kemuda BHLR37 tn 2223 ng, berkata keputusan yang menamatkan pertikaian Jakarta-Kuala L BHLR21 5350 m diri kita, kita haruslah menambahkan ilmu di dada. Minda kita a BHLR49 4802 n, ceti atau wakilnya akan menampalkan salinan kad pengenalan pem BHLR45 4345 n Muzika Uda dan Dara yang menampilkan Ahmad Yatim sebagai Uda, m BHLR43 4228 ng, tetapi lebih bertujuan menanamkan sifat patriotisme, perpadu BHLR42 4892 akan puasa selepas Ramadan menandakan diterimanya puasa Ramadan. BHLR46 6991 ah bersabda: Sesiapa yang menanggalkan tangan dari bai'ah untuk BHLR59 1512 utup kelemahannya apabila menangguhkan pelaksanaan Enakmen Kesal BHLR14 3109 pembuatan Malaysia supaya menawarkan biasiswa kepada pelajar as BHLR31 8246 nikah. Lalang biak merata menarikan mimpi liarku kerbau balar BHLR67 k ng

28

Pengajaran Bahasa Berbantukan Korpus Berkomputer | 29

4893 ya. Sebahagian orang bijak mengatakan: "Pahala amal kebaikan ada BHLR46 2858 , 2002 menjadi tahun yang mengecewakan bagi pasaran ekuiti meski BHLR28 3903 ah yang dilaksanakan ialah mengecilkan kumpulan daripada kira- ki BHLR39 4204 Jabatan Imigresen turut mengecualikan bayaran ke atas perkhidma BHLR42 5974 uk memecahbelahkan selain mengelirukan rakyat padahal khutbah se BHLR53 7627 idikan Guru (BPG) selesai mengelolakan empat kursus asas untuk m BHLR63 2151 15 hari itu, polis trafik mengeluarkan 110,704 saman dengan kesa BHLR20 2424 pasaran berharap aktiviti mengemaskan akaun akan berterusan sehi BHLR24 5414 at pujian kerana ia mampu mengembalikan keamanan di wilayah yang BHLR49 5925 ntuk mengubat. Ibn Sina mengembangkan ilmu psikologi dalam peru BHLR53 s ny 8585 kita tidak perlu kesal dan menyalahkan sesiapa berkenaan setiap k BHLR69 4960 an tempatan tidak berminat menyalurkan pinjaman kepada peniaga wa BHLR46 5290 dunia Melayu. Malah beliau menyamakan konsep dunia Melayu dalam BHLR49 1886 rung membunuh diri dengan menyambungkan paip getah dari ekzos ke BHLR17 6979 o Abdullah Tuanku Bainun menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat BHLR59 8189 baru-baru ini. Fauziah menyandarkan pengalaman kerjayanya dal BHLR66 3050 ukainya. IMF sebelum ini menyarankan supaya Malaysia mempunyai BHLR31 6150 au banyak hujan yang boleh menyebabkan baja dilarikan hujan. Pe BHLR54 4417 isabitkan bersalah apabila menyerahkan zakat fitrah diri atau ora BHLR43 7911 ri, 3 Disember lalu, untuk menyerapkan 126,000 pelajar sekolah ag BHLR64

29

You might also like