Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

http://www.scribd.

com/doc/19005927/Alatalat-Artikulasi
ALAT-ALAT ARTIKULASI

Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut :

ALAT-ALAT ARTIKULAS Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

FUNGSI-FUNGSI ALAT ARTIKULAS 1. Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan

belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini. 2. Gigi Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi. 3. Bibir Atas dan Bibir Bawah Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi b, w danv. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir. 4. Gusi Gusi merupakan bahagian yang terletaka di antara gigi dan lelangit keras. Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti

bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 5. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan lelangit keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau. 6. Tulang rahang Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. 7. Anak tekak Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan. 8. Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. 9. Pita Suara Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis. Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi luas. Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru- paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara. Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara, misalnya [s].

BUNYI Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada kedua belah paru-paru, seterusnya melalui pita suara, menuju ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung. Ketika udara itu melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau juga mungkin tidak. Jadi, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

Bunyi-bunyi bahasa Melayu

Vokal
Vokal

Diftong

Konsonen

Vokal adalah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya, udara dari paru-paru keluar berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan dan sekatan.

Selain itu, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan dalam kata lain, bunyi itu dapat didengar dengan jelas itu lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Terdapat enam jenis vokal dalam Bahasa Melayu: Lambang fonetik Contoh perkataan [a] apa, nanah, ada [] ela, elak, sate [i] syiling, pita, sari [e] ketul, emak, emas [o] [u] Bunyi Vokal orang, otak, logo ujar, hutan, la

Nota

Tidak terdapat di hujung perkataan

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir itu sendiri.
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut

You might also like