Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

PEMARKAHAN

KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA


PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 TUGASAN 1

NAMA NO KPT NO MATRIK KUMPULAN NO HP

: SIVAM A/L PUSHPANATHAN : 820906-02-6113 : D20102044044 :UPSI 04(A122PJJ) : 016-4418302

NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: DR.MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH : 17 MAC 2013

i. Sejarah dan Kegunaan Statistik

ii. Pengumpulan dan Pegurusan Data

iii. Perwakilan Data

iv. Sukatan Kecenderungan Memusat

v. Sukatan Serakan

PENGENALAN Pengurusan data adalah penting dalam kehidupan seharian.Pengetahuan tentang pengurusan data dapat membantu dalam mengendalikan aktiviti harian. Ia merangkumi sejarah statistik, pengurusan dan pengumpulan data, perwakilan data, sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan. Kepentingan dalam konteks pengurusan data ini sudah tentu untuk tujuan memudahkan tugasan harian kita. Kaedah pengumpulan data ini juga membantu kita dalam proses membuat keputusan .Maklumat yang dikumpul ini membolehkan kita memperolehi maklumat yang lebih jelas dengan lebih cepat. Melalui graf atau carta yang dibentuk daripada pengumpulan data ini juga memudahkan analisa dilakukan secara automatik dan penilaian seterusnya lebih senang dijalankan.Justeru itu sebarang laporan tentang data atau maklumat tertentu mudah dibuat dan diterjemahkan oleh orang lain.Di sini ingin saya menjelaskan dengan lebih khusus mengenai kepentingan skop-skop pengurusan data ini. 1. Sejarah statistik dalam kehidupan seharian Statistik boleh didefinisakan sebagai satu set teori dan kaedah yang boleh digunakan untuk memahami data. Statistik bertujuan untuk merumuskan data kepada bentuk lain yang mudah difahami, sebagai contoh dalam bentuk grafik atau angka rumusan. Statistik digunakan dalam pelbagai bidang yang memberikan pengertian tertentu. Bidang statistik ini sebenarnya banyak membantu para penyelidik dalam menjalankan penyelidikan mereka. Ia juga membantu guru memahami kajian- kajian yang ditulis dalam bentuk empirikal. Dalam bidang pengukuran, statistik digunakan untuk mengira indeks kebolehpercayaan,indeks kesahan atau indeks kesahan ramalan.Dalam bidang pendidikan, statistik boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat,hubungan antara dua pembolehubah,menguji hipotesis tertentu serta menguji perbezaan antara dua min atau lebih. Contoh yang paling mudah ialah ramalan soalan peperiksaan , ramalan pencapaian murid dalam UPSR. Dalam bidang perniagaan pula statistik tidak kurang pentingnya. Antaranya adalah untuk membuat pengiraan untung rugi sesebuah syarikat, perancangan masa depan syarikat banyak bergantung pada data statistik pengeluaran setiap tahun. Analisa dan perbandingan pengeluaran syarikat dapat diramalkan dengan membuat perancangan yang lebih baik pada tahun semasa.Justeru itu statistik ini boleh dijadikan ukuran dalam meningkatkan pencapaian keseluruhan syarikat untuk tahun mendatang. Dalam bidang perubatan kini juga data statistic merupakan pengukur dalam mengira kekerapan pesakit mendapat rawatan, kadar kelahiran dan kematian di sesebuah tempat, jumlah ubat ubatan yang digunakan , menganalisis penyakit-penyakit yang mudah berjangkit dan sebagainya. Kesemua data yang diterjemahkan dalam bentuk

statistik ini memudahkan semua pihak untuk mendapatkan maklumat data dengan lebih mudah dan cepat. Statistik juga digunakan dalam bidang keselamatan bagi mengetahui data tentang Sesuatu kejadian dan sebagainya mengikut keperluan bagi mendapat gambar yang jelas dan tepat secara sistematik. Statistik menjadi amat penting kepada pihak berkuasa untuk merancang strategi membanteras pergolakan anasir. Tambahan lagi, kadar jenayah Negara dapat dipantau melalui statistik dengan lebih mudah,jelas dan tepat. Dengan ini boleh membuat kesimpulan bahawa statistik adalah alat analisis data yang dapat membantu dalam membuat keputusan berdasarkan hasil kesimpulan pada analisis data dari data yang di kumpulkan. Selain itu juga dengan statistik kita boleh meramalkan keadaan yang akan datang berdasakan data-data sebelumnya.

2. Pengurusan dan pengumpulan data Pengurusan dan pengumpulan data amat penting dalam menguruskan data mengikut kumpulan kumpulan agar ianya mudah difahami. Pengumpulan data merupakan satu kaedah yang biasanya digunakan dalam menguruskan data. Terdapat banyak kepentingan dalam pengurusan dan pengumpulan data ini Terutamanya dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah memudahkan kita menilai pencapaian murid melalui data yang dikumpulkan,mengira TOV murid dan target murid untuk tahun hadapan. Data yang dikumpulkan ini amat penting dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti di sekolah dan sebagainya. Data peribadi murid seperti nama , alamat, bilangan adik beradik, nombor sijil lahir atau kad pengenalan, pendapatan isi rumah dan banyak lagi maklumat kini dijadikan data penting yang boleh dirujuk oleh semua orang melalui Sistem Maklumat Murid(SMM). Tambahan lagi, pencerapan guru dan juga pemantauan biasanya dilakukan dalam pengumpulan dan pengurusan data yang lengkap Ini bertujuan memudahkan penilaian dilakukan oleh pihak atasan.Kekerapan guru dipantau dan dicerap dapat dilihat dengan lebih mudah dalam bentuk pengumpulan data mengikut kelas atau kumpulan. Data kehadiran murid setiap hari dicatatkan dalam buku rekod kedatangan murid. Data ini amat penting untuk memantau kehadiran murid penuh dan ponteng.Bilangan murid tidak hadir ke sekolah juga dapat dilihat dengan mudah apabila data setiap bulan dikumpulkan hingga akhir tahun.Malah peratus kehadiran tertinggi bulanan juga dapat dijadikan pengukur sahsiah murid.Begitu juga dalam pengumpulan data disiplin murid yang perlu dihantar setiap bulan seperti data ponteng dan salah laku. Data-data yang dikumpulkan ini amat penting dalam pelaporan ke peringkat atasan.

Pengumpulan data maklumat berat badan dan tinggi murid diambil setiap kali ingin mengira BMI yang sesuai untuk mereka. Bagi murid yang mempunyai masalah berat badan yang ideal digalakkan meneruskan gaya hidup yang sihat ini. Namun bagi murid yang mempunyai berat badan berlebihan perlu mendapat nasihat jururawat atau doktor untuk mengawal pemakanan mereka.Data yang dikumpulkan ini amat penting sekali untuk dijadikan rujukan para guru dan pihak kesihatan untuk membuat tindakan susulan. Selain itu, dalam bidang sukan juga pengumpulan data ini amat penting dalam menentukan olahragawan dan olahragawati . Mata yang dimenangi oleh setiap peserta perlu dicatat dan dikumpulkan untuk memudahkan keputusan dibuat.Begitu juga dalam pengadilan rumah sukan terbaik dan perbarisan terbaik data yang dikumpulkan dan disusun dengan betul memudahkan kita mencari pemenang.

3. Perwakilan Data Pengumpulan data yang dibuat boleh diwakilkan dalam bentuk yang lebih mudah dan senang difahami seperti graf, carta bar, piktograf, carta palang , histogram, carta pai atau kekerapan polygon. Perwakilan data ini penting dalam mempersembahkan data yang dikumpulkan dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih menarik. Namun begitu adalah penting bagi guru membimbing murid dalam membaca data dengan betul. Perwakilan data yang dikumpulkan dalam bentuk graf atau carta palang juga memudahkan kita membaca dan membuat kesimpulan dengan mudah. Ini kerana data yang ditunjukkan ini dipersembahkan dalam bentuk yang paling ringkas dan mudah difahami. Data data yang diwakilkan dalam bentuk yang pelbagai ini dapat menarik perhatian sekiranya dipamerkan di sudut pameran . Misalnya data keputusan UPSR bagi 5 tahun. Perbandingan pencapaian dapat dibuat dengan lebih mudah kerana data yang ditunjukkan lebih senang difahami. Maka perancangan dan tindakan susulan lebih mudah dibuat dengan merujuk data yang diperolehi. Dalam sesuatu kajian tindakan yang dijalankan dalam bidang pendidikan data yang diwakilkan dalam bentuk graf atau carta dapat membuktikan kajian yang dibuat. Data yang dikumpulkan ini secara tidak langsung menjadi daya tarikan sesebuah kajian. Malah kajian yang disertakan dengan pelbagai data yang lengkap dan menarik memudahkan keputusan dibuat. Ia juga membuktikan ketelusan sesebuah kajian yang dilakukan.

Sebagai kesimpulan data yang dianalisis daripada perwakilan dalam bentuk graf atau carta juga membolehkan hipotesis dan keputusan dibuat dengan lebih mudah. Contohnya dalam pembinaan jadual spesifikasi ujian (JSU). Berdasarkan data yang terdahulu pembina soalan dapat meramalkan soalan-soalan yang kerap keluar dalam ujian dan peperiksaan. Ini secara tidak langsung memudahkan latih tubi soalan dibuat.

4. Sukatan dan Kecenderungan Memusat

Sukatan kecenderungan memusat adalah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu taburan data dan ianya merupakan asas pengukuran dalam statistik.Ia menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan nombor.Terdapat 3 pengukuran yang biasa digunakan untuk menunjukkan sukatan kecenderungan memusat statistic tersebut iaitu min, median dan mod. Min bermaksud purata bagi semua nilai, manakala median pula ialah nilai cerapan ditengah apabila semua cerapan itu disusun mengikut turutan. Mod pula ialah cerapan yang kekerapannya adalah tertinggi dalam suatu set data. Sebagai memberi gambaran terhadap persekumpulan data. Contohnya seperti markah ujian bulanan yang diperolehi murid sepanjang peperiksaan yang dijalankan , berat badan dan tinggi murid kelas Melor,Melalui data yang disusun ini lebih mudah untuk mencari purata bagi semua nilai, mencari median dan mod iaitu kekerapan yang tertinggi.

Bagi tujuan membuat perbandingan antara 2 kumpulan data. Sekiranya data ini dikumpulkan dan disusun mengikut turutan maka ianya lebih mudah untuk membuat perbandingan.Contohnya jadual kekerapan ialah satu cara yang sistematik jika data yang dikumpulkan adalah banyak dan bernilai besar.Data yang banyak ini kadangkala mengambil masa yang lama dan menjemukan.Lebih mudah mengumpulkan data yang banyak itu dalam satu jadual secara tersusun.

Bagi memberi gambaran secara menyeluruh terhadap sesuatu sekumpulan data. Contohnya dalam membuat ramalan soalan data kekerapan menjadi point penting. Topik yang penting juga dapat ditentukan melalui kiraan mod pada topik-topik yang sering keluar peperiksaan. Ini secara tidak langsung memudahkan guru membuat latihtubi soalan-soalan yang penting.

Untuk memberikan konsep matematik terhadap pertalian antara kumpulan yang berbeza. Melalui jadual yang dibina ini juga memudahkan pencarian median bagi menentukan kumpulan murid yang lemah dan pandai.Maklumat ini amat penting bagi menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan potensi mereka.Ini sering kita lakukan semasa membuat program gerak gempur peperiksaan. Di mana murid dibahagikan kepada kumpulan cemerlang , potensi lulus dan kumpulan yang lemah. Pendekatan yang digunakan oleh guru adalah berbeza mengikut keupayaan mereka masing-masing. Sukatan dan kecenderungan memusat ini juga penting dalam membuat pemilihan aktiviti kokurikulum seperti pertandingan kawad kaki, pertandingan koir dan pertandingan bicara berirama. Ini adalah kerana pemilihan murid untuk kumpulan yang ramai ini membolehkan guru mudah untuk menentukan kedudukan peserta semasa pertandingan. Biasanya susunan yang dibuat adalah murid yang tinggi berada ditengah manakala murid yang sederhana dan rendah berada di bahagian tepi.Purata ketinggian murid juga diambil kira semasa melakukan pemilihan peserta.Ianya banyak membantu guru dan penyelaras pasukan. Dengan mempelajari kaedah sukatan dan kecenderungan memusat ini banyak membantu dalam urusan seharian kita.Selain mempercepatkan pengiraan purata, mod dan median ianya juga boleh dijadikan pengukur untuk kita membuat kesimpulan tentang data yang dikaji. Contohnya dalam pengiraan data keluarga setiap pelajar.Penyusunan data mengikut turutan dan sistematik memudahkan murid mencari data titik tengah (median ) bagi keluarga mereka.Ini secara tidak langsung ia membantu murid dalam menjawab peperiksaan dengan lebih mudah.

5. Sukatan Serakan Sukatan serakan menghuraikan amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang diperhatikan.Set data yang tersebar luas akan mempunyai nilai sukatan serakan yang lebih besar berbanding dengan set data yang berkumpul rapat.Sukatan serakan seperti julat, sisihan piawai dan varian serta sukatan serakan berdasarkan kuartil dan persentil dapat memberikan gambaran yang lebih baik tentang sesuatu set data. Kepentingan dalam bidang pengumpulan data di Perpustakaan seperti data pinjaman buku dan data NILAM menjadi pengukur dalam menentukan sukatan serakan ini.julat pinjaman buku setiap bulan dapat dijadikan data penting pihak perpustakaan untuk membuat perancangan membeli buku seterusnya.

Dalam pertandingan misalnya sukatan serakan ini sangat penting untuk memilih pesrta terbaik dalam pertandingan kuiz dan johan pasukan. Begitu juga dalam pertandingan Bola jaring, Bola sepak dan Badminton penggunaan pengetahuan sukatan serakan ini amat penting dalam menentukan kumpulan liga dalam permainan.Pasukan yang Berjaya kepusingan seterusnya lebih mudah untuk dipilih melalui data yang lebih terperinci dipamerkan. Melalui data sukatan kecenderungan memusat selalunya tidak mencukupi untuk anda memperkatakan tentang bentuk taburan sesuatu set data itu. Sukatan serakan memusat ini membantu kita mengetahui tentang sebaran sesuatu dengan lebih tepat lagi.Julat adalah sukatan serakan yang paling mudah untuk dihitungkan, dimana mencari perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam set data itu. Begitu juga dalam sisihan piawai akan memberitahu kita bagaimana hampirnya nilai-nilai dalam set data yang terkumpul. Dengan ini kita dapat mempamerkan data yang lebih tepat dan merumuskan data yang lebih terperinci. Secara keseluruhannya mempelajari unit-unit ini amat berguna sekali dalam mentafsir data dalam bentuk yang lebih mudah dilihat dan difahami. Data yang banyak dapat dirumuskan dalam bentuk yang menarik dan efektif. Malah memudahkan kita dalam membuat perincian tentang data-data yang terlibat dengan lebih tepat. Justeru itu data yang diperolehi ini lebih mudah dijadikan rujukan dalam kita membuat kesimpulan dan keputusan.

Kesimpulan Dengan ini kita boleh membuat kesimpulan bahawa kepentingan mempelajari Sejarah dan Kegunaan Statistik, Pengumpulan dan Pegurusan Data, Perwakilan Data, Sukatan Kecenderungan Memusat dan Sukatan Serakan amat penting dalam menjalankan kehidupan harian tidak kira individu, organisasi dan sebarang bidang professional secara terurus dengan cekap, jelas, tepat dan mudah.

Rujukan / Bibliografi

1.Dunn, S.D. (2001). Statistic and data analysis for the behavioral sciences.New York: McGraw- Hill. 2.Iran Herman.(2004). Statistik dan analisis data dains social. Alor Star: Percetakan Ustaras Sdn.Bhd. 3. M. Faizal Nizam L. A. (2013) Modul KRM3043 Asas pengurusan data:Upsi. 4.http://statistikcba103.blogspot.com/2010/02/bab-3-ukuran-kecenderunganmemusat.html 5. http://chabyeofmath.wordpress.com/sejarah-statistik/ 6.https://www.google.com.my/search?q=maksud+sukatan+serakan&aq=0&oq=makna+ sukatan+serakan&aqs=chrome.1.57j0.9375&sourceid=chrome&ie=UTF-8

You might also like