BHN m3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 48

Sistem Imperial Sistem Imperial atau lebih dikenali sebagai Sistem Inggeris atau Sistem British ialah salah

sebuah sistem berat dan ukuran yang pernah digunakan di negara Britain dan Amerika Syarikat. Di Malaysia, Sistem ini masih digunapakai lagi sejak zaman penjajahan British hingga sekarang walaupun telah beralih kepada Sistem Metrik yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan pada 1 Januari 1982.

Sistem Metrik Sistem metrik adalah 1<sistem ukuran> perpuluhan berasaskan meter dan gram. Ia wujud dalam beberapa variasi, dengan perbezaan pilihan unit ukuran asas, walaupun ia tidak memberi kesan pada kegunaan seharian. Selama dua abad kebelakangan, variasi berlainan telah dianggap sebagai sistem metrik. Semenjak 1960-an Sistem Unit Antarabangsa (SI) ("Systme International d'Units" dalam bahasa Perancis, dengan itu "SI") telah menjadi sistem metrik piawaian yang diterimapakai secara antarabangsa. Unit metrik bagi jisim, panjang, dan eletrik digunakan secara meluas bagi kegunaan harian dan kegunaan saintifik. ia digunakan secara meluas di seluruh dunia kecuali di Britain dan Amerika Syarikat. Di Malaysia, sistem ini mula diperkenalkan pada11 Januari 1982 oleh kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun Sistem Imperial yang sedia ada masih kekal digunapakai hingga kini. Salah satu matlamat sistem metrik adalah bagi mengadakan satu unit tunggal bagi sebarang kuantiti fizikal. Semua panjang dan jarak, sebagai contohnya, diukur dalam meter, atau seperibu meter (milimeter), atau ribu meter (kilometer), dan sebagainya. Tidak terdapat banyak unit berlainan dengan faktor penukaran yang berlainan, seperti inci, kaki, ela, 1fatom, 1pol, rantai, 1furlong, batu, 1<batu nautika>, 1farsakh, dll. Peningkatan dan pengurangan berkait dengan unit asas melalui pendaraban kuasa sepuluh, dengan itu seseorang boleh menukar hanya dengan mengalih tanda perpuluhan: 1.234 meter adalah 1234 milimeter, 0.001234 kilometer, dll. Penggunaan pembahagian (fraction), seperti 2/5 meter, tidak dilarang tetapi tidak biasa digunakan.

Muka surat 1

Masa, bagaimanapun, tidak dimetrik bagi penggunaan harian: tahun, bulan, minggu, hari, jam, minit, dan saat, dengan penukaran bukan perpuluhan, masih digunakan. Saat dan pembahagiaan saat, (contohnya. mikrosaat), digunakan dalam kerja saintifik, tetapi unit masa tradisi sering kali digunakan berbandinggandaan perpuluhan saat. Sistem metrik asal bertujuan untuk digunakan bersama unit masa 1Takwim Republik Perancis (French Republican Calendar), tetapi ia tidak digunakan bersama dengan takwim tersebut. Ia diputuskan oleh Perancis, sistem pengganti mestilah berasaskan dimensi tetap bumi. Isipadu dan berat yang menjadi unit yang berkait dengan ukuran lelurus (linear) melalui applikasi geometrik bagi ukuran lelurus Pada akhir abad ke-18, 1<Louis XVI> dari Perancis menyuruh sekumpulan 1cendekiawan bagi memajukan sistem ukuran yang menyeluruh, biasa, dan sejagat bagi menggantikan sistem yang berlainan yang sedang digunakan. Kumpulan ini, yang termasuk mereka yang terkemuka seperti 1Lavoisier, menghasilkan sistem metrik, yang kemudian diterima pakai oleh kerajaan revolusi Perancis. Pada sistem metrik awal terdapat beberapa unit dasar atau asas, 1grad atau grade bagi sudut, meter bagi panjang, gram bagi jisim dan liter bagi isi padu. Ia dihasilkan dari sesama sendiri melalui ciri-ciri objek alam, terutamanya Bumi dan air: 1 meter pada asalnya ditakrifkan sebagai 1/40,000,000 daripada ukur lilit kutub Bumi, dan 1 liter air seberat 1 kilogram dan berukuran 1 dm. Unit lain diambil dari unit asas ini, seperti skala suhu Celsius, di mana air membeku pada 0 C dan mendidih pada 100 C pada tekanan piwaian. Meter pada asalnya ditakrifkan sebagai 1/40,000,000 ukur lilit melalui kutub Bumi, dan kemudiannya sebagai panjang batang aloi platinum-iridium; kemudiannya dalam istilah panjang gelombang cahaya yang dihasilkan oleh perubahan atom yang ditentukan khas (specified atomic transition); dan kini ia ditakrifkan sebagai jarak yang dilalui cahaya dalam vakum sempurna pada tempoh 1/299,792,458 saat. Gram, pada asalnya satu persejuta jisim satu kubik meter persegi air, kini ditakrifkan sebagai satu perseribu jisim objek yang disimpan dalam peti besi di Perancis; bagaimanapun terdapat usaha berterusan bagi mentakrifkan semula dalam istilah kuantiti fizik yang mampu ditiru dalam mana-mana makmal dengan perkakasan yang bersesuaian. Saat, pada asalnya satu per 86400 purata hari suria ditakrifkan semula pada 1967 sebagai tempoh 9,192,631,770 getaran radiasi yang dibebaskan pada panjang gelombang khas oleh satu atom cesium-133. Pelbagai pilihan telah dibuat

Muka surat 2

bagi unit asas ketiga, unit yang diperlukan bagi merangkumi bidang elektromagnetik; Sehingga 2006 unit ini adalah ampere, yang merupakan unit asas bagi arus eletrik. Kuantiti lain diambil dari unit asas; sebagai contoh unit asas bagi laju adalah meter sesaat. Apabila setiap takrifan diperkenalkan, ia direka agar padan dengan takrifan sebelumnya setepat mungkin, agar pertukaran takrifan ini tidak memberi kesan kepada kebanyakan aplikasi praktikal. Nama gandaan dan pembahagian dibentuk dengan awalan. Ia termasuk deka(sepuluh), hekto- (seratus), kilo- (ribu), mega- (juta), dan giga- (bilion); desi(sepersepuluh), centi- (peratus), mili- (perseribu), mikro- (persejuta), dan nano(perbilion). Awalan yang biasa digunakan bagi gandaan bergantung kepada aplikasi dan kadangkala tradisi. Sebagai contoh, jarak jauh disebut dalam seribu kilometer, bukannya megameter. Kebanyakan pengguna harian sistem ukuran metrik mengukur suhu dalam darjah Celsius, walaupun unit SI adalah kelvin, skala yang unitnya mempunyai "saiz" yang serupa, tetapi bermula pada sifar mutlak. Darjah sifar Celsius bersamaan dengan 273.15 kelvin (perkataan "darjah" tidak lagi digunakan bersama kelvin). Ukuran sudut telah dijadikan perpuluhan, tetapi unit bukan perpuluhan bagi sudut masih digunakan secara lebih meluas. Unit desimal, yang bukannya sebahagian SI, adalah gon atau grad, bersamaan dengan satu peratus 1<sudut tepat>. Pembahagian diberi nama, bukannya menggunakan awalan: gon dibahagi kepada 100 minit desimal, minit desimal bagi setiap 100 saat desimal. Sistem tradisi, yang berasal dari Babylon, mempunyai 360 darjah dalam bulatan, 60 minit kecil (juga dikenali sebagai gerbang kecil (arcminutes)) dalam darjah, dan 60 saat gerbang (juga dikenali sebagai gerbang saat (arcseconds)) dalam seminit. Penjelasan "gerbang (arc)" dibuang sekiranya ia jelas dalam konteks bahawa kita tidak bercakap mengenai minit dan saat bagi masa. Kadang kala sudut diberikan sebagai darjah perpuluhan, contohnya, 26.4586 darjah, atau dalam unit lain seperti radian (terutamanya dalam kegunaan sains selain selain astronomi) atau angular mil.

Muka surat 3

Sejarah Kemunculan pelbagai sistem ukuran berbeza merupakan salah satu punca utama pertikaian antara pedagang dan penduduk dengan pemgumpul cukai. Satu negara bersatu dengan matawang tunggal dan pasaran seluruh negara, sebagaimana kebanyakan negara Eropah muncul pada akhir abad ke-18, mempunyai pemangkin ekonomi yang kuat dan dalam kedudukan bagi meninggalkan sistem ukuran lama dan mengambil unit ukuran piwaian. Masaalah tidak sama bukanlah disebabkan oleh unit berlainan tetapi disebabkan unit bersaiz berlainan dengan itu daripada menjadikan ukuran yang ada sebagai piawaian, pemimpin kerajaan revolusi Perancis memutuskan untuk menggunakan sistem baru sepenuhnya. Pembakaran dan kemusnahan Biro Piwaian British ( British Bureau of Standards) pada 1780, bila mana kesemua emas piwaian sistem Ukuran Imperial ( Imperial Measurement) musnah, membantu matlamat ini. Pelengkap bagi memajukan sistem baru adalah lapuran daripada British, bahawa ia akan mengambil masa selama 50 tahun bagi menggantikan piwaian emas Ukuran Imperial yang musnah dalam kebakaran dan kemusnahan bangunan tersebut. Pihak Perancis mendapati ia mengambil kurang masa bagi memajukan sistem penganti dari masa yang akan diambil bagi menggantikan sistem Ukuran Imperial dengan tepat Penerimaan rasmi sistem sedemikian berlaku di Perancis pada tahun 1791 selepas Revolusi Perancis (French Revolution) 1789. Pencipta sistem metrik ini cuba bagi memilih unti yang logik dan pratikal. Revolusi memberikan peluang bagi perubahan drastik dengan ideologi rasmi "sebab murni ( pure reason)". Ia dicadangkan sebagai pembaikian yang jelas menggantikan unit biasa yang tidak sekata yang wujud sebelumnya. Penerimaan sistem metrik di Perancis berlaku dengan berlahan, tetapi

kepentingannya sebagai sistem antarabangsa telah dikenali oleh ( geodesist) dan yang lain. Semenjak itu pelbagai variasi sistem tersebut telah berlaku. Kegunaannya Their merebak keseluruh dunia, mula-mula pada negara bukan penutur Inggeris, kemudiannya akhir ini kepada negara penutur Inggeris. Keseluruhan sistem ini diambil dari ciri-ciri objek semulajadi, terutamanya saiz Bumi dan berat air, dan kaitannya antara satu unit dengan yang lain. Agar dapat menentukan setepat mungkin saiz Bumu, beberapa pasukan telah dihantar selama

Muka surat 4

beberapa tahun bagi mengukur panjang sebahagian geografi meridian sepanjang mungkin. Ia telah diputuskan bagi mengukur geografi meridian merentasi Barcelona dan Dunkirk yang merupakan bahagian terpanjang sepenuhnya melalui kawasan Perancis. Ia patut disedari bahawa walaupun, semasa bertahun pengukuran, pergeseran yang wujud antara Perancis dan Sepanyol, pembangunan piwaian seumpama itu dianggap begitu penting sehinggakan tentera Sepanyol mengiringi pasukan perancis ketika berada di dalam daerah Sepanyol bagi menjamin keselamatan mereka. Keseluruhan proses berakhir dengan pengistiharan pada 22 Jun 1799 sistem metrik bersama penyimpanan dalam Archives Republik perwakilan fizikal piwaian tersebut, prototaip metre dan prototaip kilogram, keduanya dihasilkan menggunakan aloi platinum, disaksikan oleh perwakilan Perancis dan beberapa kerajaan asing dan kebanyakan pakar sains masa itu.

Kelainan ejaan Beberapa negara, terutamanya Amerika Syarikat, menggunakan ejaan meter, liter, dll. dan bukannya metre, litre. Selain itu, ejaan rasmi AS bagi 1<awalan SI> deca adalah deka, walaupun ia jarang digunakan. Ejaan tonne biasa digunakan selain Inggeris Amerika yang menggunakan ejaan metric ton. Kerajaan AS meluluskan ejaan tersebut bagi kegunaan rasmi. Dalam segi saintifik hanya simbol digunakan; kerana ia adalah sama, perbezaan tidak timbul dalam kegunaan sains pratikal. Gram juga kadang kala dieja sebagai gramme di negeri penutur Inggeris selain Amerika Syarikat, walaupun ia adalah ejaan lama dan kegunaannya semakin berkurangan.

Unit ukuran Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem1<sistem ukuran> yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu piawai sejagat, iaitu Sistem Unit Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk sistem metrik yang moden yang telah atau sedang

Muka surat 5

1diiterimaguna di seluruh dunia. Amerika Syarikat hampir pasti merupakan negara yang terakhir untuk menerimaguna sistem ini, walaupun sistem ini semakin digunakan di sana. Dalam perdagangan, timbang dan ukur seringnya dikawal oleh peraturan kerajaan untuk memastikan keadilan dan gambaran. 1<Bureau international des poids et mesures> (BIPM) telah ditugasi untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia serta kebolehkesanan kepada Sistem Unit Antarabangsa (SI). 1Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang dan ukur negara, serta timbang dan ukur antarabangsa yang boleh diterima. Dalam bidang-bidang fizik dan 1metrologi, unit-unit merupakan piawai-piawai untuk mengukur kuantiti fizikal dan yang perlu diberikan takrif yang jelas supaya berguna. 1<Kebolehulangan ujian> merupakan pokok kaedah saintifik dan oleh itu, satu sistem unit yang piawai dapat memudahkan pelaksanaan ini. Sistem-sistem unit saintifik merupakan perbaikan konsep timbang dan ukur yang dikembangkan untuk tujuan perdagangan sejak lama dahulu. Sains, perubatan, dan kejuruteraan seringnya menggunakan unit-unit ukuran yang lebih besar atau lebih kecil daripada unit-unit yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari, dan merujuk kepada unit-unit mereka dengan lebih tepat. Pemilihan unitunit ukuran yang bijak boleh membantu para penyelidik dalam penyelesaian masalah (sila lihat, umpamanya 1<analisis dimensi>).

Sejarah ukuran Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan. Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada 4abad ke-4 SM dan 3ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus, dan mungkin juga Elam di Parsi.

Muka surat 6

Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur. Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber.

Sistem ukuran Sebelum penggunaan sejagat akan sistem metrik, banyak sistem ukuran yang berbeza digunakan. Kebanyakannya dikaitkan dengan sesuatu takat atau yang lainnya. Lazimnya, ia dikaitkan dengan matra jasad manusia. Sebagai kesannya, unit ukuran boleh berbeza bukan sahaja dari tempat ke tempat, tetapi turut daripada orang perseorangan. Beberapa sistem metrik bagi unit telah berkembang sejak penggunaan sistem metrik asli di Perancis pada tahun 1791. Sistem metrik piawai antarabangsa kini adalah Sistem unit antarabangsa. Ciri penting bagi sistem moden adalah pemiawaian. Setiap unit mempunyai saiz yang sama semuanya. Kedua-dua 1<unit imperial> dan 1<unit kebiasaan Amerika Syarikat> terbit daripada 1<unit Inggeris>. Unit imperial dahulunya sering digunakan oleh 1<Komanwel British> dan bekas Empayar British. Unit kebiasaan Amerika Syarikat adalah sistem ukuran utama di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, beberapa langkah 1pemetrikan telah dibuat. Sistem di atas adalah berdasarkan unit sembarangan yang dijadikan rasmi dan piawai. Beberapa nilai unit adalah semula jadi dalam sains. Sistem unit yang berdasarkan unit-unit yang tersebut dipanggil 1<unit semula jadi>. Sama juga dengan unit semula jadi, 1<unit atom> (au) adalah 1<sistem unit> ukuran yang sesuai digunakan dalam fizik atom. Juga terdapat banyak unit yang 1pelik dan tidak piawai yang ditemui. Ini termasuklah: tan 1TNT, bom atom Hiroshima dan berat seekor gajah.

Muka surat 7

Unit asas dan terbitan Sistem unit yang berbeza diasaskan oleh pilihan set unit asas yang berbeza. Sistem unit yang paling luas digunakan adalah Sistem Unit Antarabangsa, atau SI. Terdapat tujuh unit asas SI. Semua unit SI lain boleh diterbitkan dari unit asas tersebut. Bagi kebanyakn kuantiti, unit amatlah diperlukan untuk membicarakan sesuatu nilai kuantiti fizik. Sebagai contoh, memberi seseorang kepanjangan tertentu tanpa menggunakan sesuatu unit amatlah mustahil kerana kepanjangan tidak boleh diperihalkan tanpa menggunakan sebarang rujukan bagi nilai tersebut. Tidak semua kuantiti memerlukan unit mereka masing-masing. Dengan

menggunakan hukum fizik, unit kuantiti boleh dinyatakan sebagai gabungan unit bagi kuantiti lain. Maka, hanya satu set kecil unit diperlukan. Unit-unit ini dianggap sebagai unit asas. Unit lain adalah unit terbitan. Unit terbitan adalah untuk kemudahan, memandangkan unit-unit itu boleh dinyatakan dalam unit asas. Unit yang mana menggunakan unit asas adalah satu pilihan. Unit asas SI bukanlah set unit terkecil. Set terkecil telahpun ditakrifkan. Terdapat set yang 1<medan elektrik> dan 1magnet berkongsi. Ini bergantung kepada hukum fizik yang menunjukkan bahawa medan electrik and magnet adalah manifestasi yang berbeza bagi fenomena yang sama. Dalam beberapa bidang sains, sistem unit lebih digunakan berbanding sistem SI.

Pengiraan dengan unit Unit-unit sebagai dimensi Sebarang nilai kuantiti fizikal dinyatakan sebagai perbandingan kepada suatu unit bagi kuantiti tersebut. Sebagai contoh, nilai bagi kuantti fizikal Q ditulis sebagai hasil darab unit [Q] dan faktor berangka: Tanda darab sering diabaikan dengan hanya meninggalkan pembolehubah bagi notasi saintifik rumus itu. Dalam rumus, unit [ Q] boleh dianggap seolah-olah ia adalah sejenis matra fizikal: lihat 1<analisis matra> bagi lebih lanjut. Perbezaan harus dijelaskan antara unit dan piawai. Sesuatu unit ditentukan oleh takrifannya, dan ia tidak bergantung kepada keadaan fizikal seperti suhu.

Muka surat 8

Berlawanan dengan yang itum sesuatu piawai adalah pernyataan fizikal bagi sesuatu unit. Sebagai contoh, meter adalah unit, manakala sebarang logam adalah piawai. Satu meter adalah kepanjangan yang sama tanpa mengira suhu, tetapi sebatang logam akan menjadi satu meter pada suhu tertentu.

Garis panduan Anggap unit sebagai pembolehubah. Tambah hanya seperti istilah. Apabila unit dibahagikan dengannya sendiri, pembahagian ini menghasilkan satu (tanpa unit). Apabila dua unit berlainan didarabkan, hasilnya adalah unit baru, dirujuk sebagai gabungan kedua unit tersebut. Sebagai contoh, dalam SI, unit kelajuan adalah meter sesaat (m/s). Lihat 1<dimensional analysis>. Unit boleh didarabkan dengan diri sendiri, membentuk unit dengan gandaan (contoh: m/s). Sesetengah unit mempunyai nama khas, bagaimanapun ia perlu dilayan sama setara. Sebagai contoh, satu newton (N) bersamaan satu kgm/s 2. Ini memberi kemungkinan bagi unit dengan pelbagai takrifan, sebagai contoh: unit bagi 1<surface tension> boleh dirujuk samaada sebagai N/m (newton per metre) atau kg/s2 (kilograms per saat persegi).

Menyatakan nilai fizikal dalam unit yang lain Pertukaran unit melibatkan pembandingan nilai-nilai fizikal piawai yang berbeza, baik untuk satu kuantiti fizikal yang tunggal, mahupun untuk satu kuantiti fizikal bersamasama dengan satu gabungan kuantiti-kuantiti fizikal yang berlainan. Bermula dengan: anda hanya perlu menggantikan unit asal [ Q]i dengan maksudnya dalam unit yang diingini [Q]f. Umpamanya, jika , jadi: Kini, ni and cij kedua-duanya adalah nilai-nilai berangka, dan anda hanya perlu mengira hasil darabnya. Atau secara matematik, kalikan Q dengan satu, dan hasil darabnya masih merupakan Q:

Muka surat 9

Umpamanya, anda mempunyai satu ungkapan untuk nilai fizikal Q yang melibatkan unit kaki sesaat ([Q]i), dan anda memerlukan nilai fizikal itu dalam unit batu sejam ([Q]f): Carilah fakta yang menghubungkan unit asal dengan unit yang diingini: 1 batu = 5,280 kaki dan 1 jam = 3,600 saat Kemudian, gunakanlah persamaan-persamaan di atas untuk membina satu pecahan yang mempunyai nilai satu dan yang mengandungi unit-unit yang, apabila dikalikan dengan nilai fizikal asal, akan membatalkan unit-unit yang asal: Akhirnya, kalikanlah ungkapan nilai fizikal yang asal dengan pecahan yang dikenali sebagai 1<faktor pertukaran> untuk mendapat nilai fizikal yang sama yang dinyatakan dalam unit yan berlainan. Nota: Oleh sebab faktor-faktor pertukaran mempunyai nilai satu, mengalikan mana-mana nilai fizikal dengan faktor pertukaran tersebut tidak akan menukarkan nilai itu.

Implikasi dunia nyata Salah satu contoh tentang pentingnya unit-unit yang disetujui ialah kegagalan 1<Pengorbit Iklim Marikh> NASA yang sebenarnya patut mengorbit tetapi sebaliknya dimusnahkan tanpa sengaja dalam sebuah misi ke planet Marikh pada bulan September 1999. Kemalangan itu diakibatkan oleh salah faham terhadap nilai dayadaya: aturcara-1<aturcara komputer> yang berlainan menggunakan unit-unit ukuran yang berbeza (newton lawan 1paun-daya). Oleh itu, amat banyak kerja, masa, dan wang dibazirkan.

Muka surat 10

Unit jarak Unit yang berkenaan dengan jarak atau panjang. Sentimeter 1 sentimeter = Unit-unit Antarabangsa 1000 m 1106 mm 1 km 101012 3361

6.685109 AU 105.7021015 LY 1<Unit-unit tradisi Amerika Syarikat> 39.37103 inci 3280.84 kaki 1093.613 ela 587.613 batu

Sentimeter (1simbol: cm) yang merupakan sebahagian sistem metrik ialah unit untuk jarak yang sama dengan satu peratus meter. Meter ialah unit asas untuk jarak dalam 1<Unit Sistem Antarabangsa> (SI), manakala sentimeter ialah unit asas dalam sistem unit 1sentimeter-gram-saat. Padanan untuk unit keluasan ialah sentimeter persegi, manakala padanan untuk isi padu ialah sentimeter padu. milimeter << sentimeter << 1desimeter << meter << kilometer

Padanan dengan unit jarak yang lain 1 sentimeter adalah sama dengan:
0.01 meter, dan boleh diwakili dengan 1211 E-2 m (1 meter sama dengan 100

sentimeter)
lebih kurang 0.3937 inci (1 inci sama dengan 2.54 sentimeter)

1 sentimeter padu adalah sama dengan 1 mililiter di bawah sistem unit SI. Penggunaan antarabangsa

Muka surat 11

Selain daripada penggunaannya untuk mengukur jarak, sentimeter kekadang juga digunakan untuk mengukur jumlah hujan melalui 1<tolok hujan>. Simbol Unikod Untuk memastikan keserasian dengan askara Cina, Jepun, dan Korea (1CJK), Unikod mempunyai simbol yang berikut: sentimeter () - kod 339D sentimeter persegi () - kod 33A0 sentimeter padu () - kod 33A4 Bagaimanapun, kod ini hanya berguna untuk fon-1fon lebar tetap Asia Timur CJK disebabkan saiznya adalah sama dengan satu 1<askara Cina>. Meter

1 meter = Unit-unit Antarabangsa 1m 1000 mm 6.6851012 AU 1<Unit-unit Syarikat> 39.37 inci 1.094 ela 3.281 kaki 0.588 batu 1103 km 10109 3361 105.7021018 LY tradisi Amerika

Meter (simbol: m) merupakan ukuran unit SI bagi panjang. Mengikut takrif BIPM: "Meter ialah panjang yang dilalui cahaya melalui vakum dalam tempoh 1/299,792,458 saat."0[1] Penggandaan Prefix SI digunakan untuk menamakan penggandaan dan pembahagian meter. Antara yang kerap digunakan adalah :-

Muka surat 12

kilometer = 1,000 meter dekametre = 10 meter sentimeter = 1/100 meter milimeter = 1/1000 meter mikrometer (dahulunya mikron) = 1 per sejuta meter nanometer = 1 per laksa meter (iaitu 109 meter) Sejarah Perkataan meter itu berasal dari bahasa Greek metron (). Pada asalnya, meter ditakrifkan oleh 1<Akademi Sains Perancis> (French Academy of Sciences) sebagai 1/10,000,000 jarak sepanjang permukaan Bumi dari Kutub Utara sehingga Khatulistiwa sepanjang meridian Paris pada tahun 1791, dan pada 7 April 1795 Perancis menggunakan meter sebagai jarak rasmi untuk panjang. Ketidaktentuan dalam pengukuran jarak tersebut menyebabkan 1<Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa> (International Bureau of Weights and Measures ) mentakrifkan semula meter sebagai jarak antara dua garisan pada batang platinumiridium yang disimpan di Sevres, Perancis pada tahun 1889. Pada tahun 1960, apabila laser diperkenalkan, 'Persidangan Umum berkenaan Berat dan Ukuran' ke-11 menukar takrif meter sebagai 1,650,763.73 ukuran gelombang pancaran garis cahaya oren-merah melalui spektrum krypton-86. Pada tahun 1983 1<Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa> mentakrifkan meter sebagai jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat (kelajuan cahaya ditakrifkan pada 299,792,458 meter sesaat). Disebabkan kelajuan cahaya dalam vakum dipercayai malar di manajua, definisi ini lebih mudah dikekalkan dan lebih sekata berbanding jarak ukur lilit bumi atau panjang batang logam tertentu. Oleh itu sekiranya batang logam itu hilang atau musnah, panjang meter standard masih dapat diulangi dalam mana-mana makmal. Selain itu ia secara teori boleh diukur dengan lebih tepat berbanding ukuran yang lain.

Unit jarak Unit yang berkenaan dengan jarak atau panjang.

Muka surat 13

Laman-laman dalam kategori "Unit jarak" Yang berikut ialah 18 daripada 18 buah laman dalam kategori ini. Templat:Unit of length B Batu (ukuran) Bulan cahaya E Ela H Hari cahaya Hasta M Meter Minggu cahaya U
Unit astronomi

I Inci J Jam cahaya K Kaki (ukuran) Kilometer

M samb. Minit cahaya R Rantai (ukuran) S Saat cahaya Sentimeter T Tahun cahaya

Inci 1 inci = Unit antarabangsa 0.0254 m 0.0000254 km 254,000,000 1 1pc Unit Inggeris 1 inci 0.02778 ela 0.08333 kaki 0.000015783 batu 2.54 sm 25.4 mm 1.697885129e-13 AU

8.231579396e-19 2.684782118e-18 LY

Muka surat 14

0.000013715 1NM 0.000015783 1mi 0.013888889 1fatom 0.000126263 1fur

Inci adalah 1<unit imperial> untuk mengukur panjang. Sweden juga pernah sekejap mempunyai "inci perpuluhan" berasaskan sistem metrik. Menurut sebahagian sumber, inci pada asalnya ditakrifkan sebagai jarak antara hujung ibu jari dengan ruas pertama ibu jari. Sebahagian sumber lain pula menyatakan pernah pada satu masa inci ditakrifkan sebagai ela, dikatakan ditakrifkan sebagai jarak antara hidung Henry I dari England hingga ibu jarinya. Terdapat dua belas inci dalam satu kaki, dan tiga kaki menjadi satu ela. Perkataan bagi "inci" sama bagi perkataan "ibu jari" dalam sesetengah bahasa: bahasa Perancis: pouce inci, pouce ibu jari; bahasa Itali: pollice inci, pollice ibu jari; bahasa Sepanyol: pulgada inci, pulgar ibu jari;
bahasa Sweden: tum inci, tumme ibu jari;

[bahasa Belanda]]: duim inci dan ibu jari. Inci antarabangsa Perkakasan pertengahan abad ke-19 untuk menukarkan unit piawaian inci yang berlainan Disebabkan jarak inci adalah berdasarkan ukuran jari/tangan manusia, nilainya agak berbeza mengikut tempat. Oleh itu, satu unit inci piawai antarabangsa telah ditetapkan bersamaan dengan 25.4 mm. Berat Berat suatu objek ialah ukuran daya tarikan graviti ke atas objek itu. Ia berbeza dengan jisim. Dalam penggunaan saintik moden, jisim merupakan sifat intrinsic bahan, manakala berat merupakan daya akibat tindakan graviti ke atas bahan tersebut. Walau

Muka surat 15

bagaimanapun, perbezaan ini agak bau dijelaskan, dan dalam penggunaan seharian, orang ramai menggunakan berat walaupun yang dimaksudkan adalah jisim. lagipun, pecutan graviti adalah lebih kurang sama sahaja di mana-mana di permukaan bumi. Jika jisim suatu objek ialah m, dan pecutan graviti adalah g, maka berat W = mg .Unit bagi berat ialah Newton (N = kgm/s) dan berat merupakan suatu kuantiti vektor.

Gram Gram Tanda unit g Ukuran Jisim Unit asas Kilogram Angka kandungan 10-3 Asas Sistem SI, CGS, dan lain-lain Biasanya digunakan untuk memasak dan melabel Kegunaan biasa makanan Contoh Satu mililiterairialah 1 g Duit-duit Satu syling euroialah yang 7.5 biasa: g;

Satu peni Amerika Syarikatialah 2.5 g Pertukaran SI 10 dg= 1 g= 0.1 dag= 0.001 kg Imperial 1 g 0.0353 auns 0.00220 paun Lihat juga:Peringkat magnitud (jisim) Unit-unit berikut desigram < Gram < dekagram Gram (bahasa Greek/Latin: grmma), dengan simbol g, ialah unit jisim. Pada asalnya ditakrifkan sebagai "berat mutlak untuk air tulen yang sama dengan kuasa tiga satu perseratus meter pada suhu ais mencair" [1] (kemudiannya 4 C), satu gram kini ditakrifkan sebagai satu perseribu kilogram, unit asas SI, atau 1103 kg yang pada dirinya ditakrifkan sebagai sama dengan jisim sebuah prototaip fizikal yang dikekalkan oleh Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa.

Muka surat 16

Contoh
Kesemua jisim yang berikut adalah anggaran: Tutup pen plastik (Bic): 1 gram Sebiji gula-gula Smartie: 1 gram Satu sudu teh gram: 4.745 gram Klip kertas: 0.5 - 1.5 gram Sehelai kertas A4 yang biasa: 5 gram 1 wang kertas Amerika Syarikat (mana-mana peringkat nilai): 1 gram [2] 1 nikel Amerika Syarikat: 5 gram (amat tepat ketika masih baru) [3]

Singkatan-singkatan yang lain Gram kekadang disingkatkan sebagai 'gm' atau 'gr'. Bagaimanapun, singkatan yang sah ialah 'g', dan bukannya 'gm' atau 'gr'.

Sejarah Gram ialah unit asas untuk jisim dalam sistem metrik Perancis yang asal, serta juga untuk Sistem unit sentimeter-gram-saat (CGS). Perkataan "gram" berasal daripada perkatan Latin Akhir, gramma, yang membawa pengertian berat kecil. Kegunaan Pada hari ini, gram digunakan dengan paling meluas sebagai satu unit ukuran untuk ramuan-ramuan bukan cecair bagi tujuan memasak-masak serta untuk membeli barang runcit di seluruh dunia. Untuk barang-barang makanan yang biasanya dijual dalam jumlah yang jauh kurang daripada 1 kg, harga unit biasanya diberikan untuk setiap 100 g.

Muka surat 17

Kebanyakan piawai dan keperluan undang-undang untuk label pemakanan bagi barang-barang makanan memerlukan kandungan-kandungan relatifnya dinyatakan untuk setiap 100g barang tersebut agar angka-angkanya boleh juga dibaca sebagai peratusan. Faktor pertukaran 1 grain = 0.06479891 gram 1 aun avoirdupois = 28.349523125 gram 1 auns troy = 31.1034768 gram

Kilogram Prototaip antarabangsa untuk kilogram yang disimpan di BIPM, Suvres, Paris sejak 1889. Kilogram (simbol: kg) merupakan unit asas SI untuk jisim. Satu kilogram adalah sama dengan jisim prototaip antarabangsa yang disimpan di Biro Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (BIPM) dalam keadaan yang ditetapkan oleh CGPM Pertama pada 1889. Kilogram juga merupakan unit asas SI tunggal yang mempergunakan awalan [1], serta unit SI tunggal yang masih ditakrifkan berdasarkan artifak dan bukannya sifat fizik yang asas. Kilogram ditakrifkan oleh BIPM seperti berikut: "Kilogram ialah unit jisim; kilogram adalah sama dengan jisim prototaip kilogram antarabangsa."[1]

Sejarah Pada asalnya, kilogram ditakrifkan sebagai jisim seliter air tulen pada suhu 3.98 darjah Celsius dan tekanan atmosfera piawai. Takrif ini amat susah direalisasikan dengan tepat kerana ketumpatan air amat peka kepada tekanan serta kerana unitunit tekanan merangkumi jisim sebagai faktor dan menyebabkan kesandaran melingkar dalam pentakrifan kilogram.

Muka surat 18

Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, pada tahun 1889 kilogram ditakrif semula dengan tepat sebagai jisim prototaip antarabangsa yang hampir sama dengan takrif yang asal. Prototaip ini diperbuat daripada pancalogam platinum dan iridium. Tingginya 39 milimeter dengan diameter yang sama panjang. Ia disimpan di BIPM yang terletaknya di Suvres, Paris. Salinan rasmi untuk kilogram prototaip disediakan sebagai prototaip nasional yang dibandingkan dengan prototaip Paris (" Le Grand Kilo") hampir setiap sepuluh tahun. Kilogram prototaip antarabangsa dibuat pada tahun 1880-an. Rupa-rupanya prototaip antarabangsa bagi kilogram telah terhilang 50 mikrogram dalam tempoh 100 tahun yang lepas. Sebabnya kehilangan tersebut tidak dapat diketahui (Laporan Der Spiegel, 2003 #26). Kelainan yang terlihat dalam prototaip telah memperhebat pencarian takrif yang baru untuk kilogram. Perkaitan dengan berat Apabila berat sesuatu objek diberi dalam kilogram, hampir selalunya sifat yang benar-benar dikehendaki adalah jisim. Kekadangnya, daya graviti pada objek diberikan dalam "kilogram", akan tetapi unit yang diguna bukannya kilogram yang sebenar: sebenarnya, ia adalah kilogram-daya (kgd), juga digelarkan sebagai kilopond (kp). Sebuah objek dengan jisim 1 kg di permukaan alam akan dikuasai oleh daya graviti sebanyak sekitar 9.80665 newton (unit SI untuk daya). Sila memerhatikan bahawa faktor 980.665 sm/s (sebagaimana yang ditakrif oleh CGPM pada waktu sistemsistem cgs merupakan sistem yang utama) hanya merupakan nilai menurut kelaziman yang dipersetujui (CGPM Ketiga (1901), CR 70) dan yang bertujuan untuk mentakrifkan daya gram. Pecutan graviti tempatan g berbeza-beza dengan garisan lintang, ketinggian dan lokasi di alam. Oleh sebab itu, sebelum nilai kebiasaan ini dipersetujui, gram-daya hanya merupakan unit yang tidak tepat. (Sila lihat juga gee, sukatan piawai untuk pecutan graviti.)

Cecair Cecair akan mengambil bentuk bekasnya

Muka surat 19

Cecair adalah salah satu daripada empat fasa jirim utama. Ia berbentuk bendalir di mana bentuknya bergantung kepada bekas yang mengandunginya. Isipadu adalah tetap di bawah keadaan suhu dan tekanan yang malar. Melainkan isipadu ini sama dengan isipadu bekas, satu permukaan rata akan terhasil. Permukaan cecair berkelakuan seperti membran kenyal yang mempunyai tegangan permukaan, yang membenarkan pembentukan titisan dan buih. Begitu juga kekapilarian. Cecair biasanya tahan tekanan; ketumpatan air contohnya, tidak akan berubah melainkan dikenakan tekanan gigapascal. Cecair memberi tekanan kepada dinding sebuah bekas sama seperti kepada apa yang ada di dalam cecair itu sendiri. Tekanan ini dipindah tanpa sebarang pengurangan ke semua arah dan bertambah dengan pertambahan kedalaman. JIka sebuah cecair berkeadaaan pegun dalam sebuah medan graviti sekata, tekanan pada mana-mana titik diberi oleh di mana:

= ketumpatan cecair (dianggap malar) = graviti

= kedalaman titik di bawah permukaan. Perhatikan bahawa formula ini menganggap bahawa tekanan di permukaan air adalah sifar, dan kesan tegangan permukaan diabaikan. Isipadu cecair biasanya bertambah apabila dipanaskan dan berkurang apabila disejukkan. Objek yang diletakkan dalam cecair boleh mengalami fenomena keapungan. Ini kerana daya tarikan cecair adalah sederhana berbanding pepejal dan gas manakala kandungan tenaganya juga sederhana tinggi. Zarah-zarah yang terdapat dalam cecair tidak tersusun dengan teratur. Susunan zarahnya kurang rapat tetapi masih bersentuhan. Oleh itu, didapati lebih banyak ruang kosong wujud di antara zarah jika dibandingkan dengan pepejal. Di sini, zarah-zarah adalah bebas bergerak, kelompok-kelompok zarah boleh menggelonsor atas satu sama lain tetapi dalam kawasan tertentu sahaja. Zarah-zarah mempunyai tiga jenis pergerakan iaitu: translasi

Muka surat 20

putaran
getaran

Cecair akan bertukar menjadi gas apabila mencapai takat didihnya, dan menjadi pepejal apabila mencapai takat leburnya. Cecair akan tersejat menjadi gas walaupun di bawah takat didih. Penyejatan ini akan berlaku sehinggalah kepekatan wap cecair tersebut mencapai keseimbangan dengan tekanan separa gas. Oleh itu, tiada cecair boleh kekal di hampagas. Komponen cecair dalam satu campuran biasanya boleh dipisahkan menggunakan penyulingan berperingkat.

Pengukuran cecair Kuantiti cecair biasanya diukur mengikut isipadunya.

Liter Liter merupakan unit untuk isipadu. Terdapat dua simbol untuk liter yakni huruf rumi L di dalam huruf kecil (l) dan huruf besar (L). Liter wujud di dalam beberapa versi sistem metrik; walaupun bukan merupakan unit SI, ia diterima untuk digunakan bersama unit SI. Unit antarabangsa untuk isipadu adalah 1<meter padu> (m). Satu liter bersamaan dengan 1 1desimeter padu (dm).

Asal-usul Perkataan "liter" diterbitkan daripada unit Perancis yang lebih tua, 1 litron, yang mana nama ini datang daripada bahasa Yunani melalui bahasa Latin. Sistem metrik asal menggunakan liter sebagai unit asas.

Takrifan

Muka surat 21

Satu liter ditakrifkan sebagai sebuah panggilan khas untuk satu desimeter padu (1 L = 1 dm). Maka 1 L = 0.001 231m (secara tepat). Jadi 1000 L = 1 m.

Awalan SI digunakan pada liter Liter boleh digunakan dengan mana-mana 1<awalan SI>. Milimeter adalah yang paling biasa digunakan, ditakrifkan sebagai satu per seribu liter (satu sebtimeter padu). Ia adalah pengukuran yang biasa digunakan, terutamanya di dalam ubatan serta masakan. Unit-unit lain boleh ditemukan di dalam jadual di bawah, istilah yang lebih selalu digunakan adalah bercetak tebal. Gandaa Nama n 100L 101L 102L 10 L 106L 10 L
9 3

Simbol Isipadu l L padanan dm desimeter padu

Gandaa Nama n

Simbo Isipadu l padanan

liter

dekaliter dal daL hektolite hl hL r kiloliter kl kL m meter padu dekameter

101L 102L 103L 106L 10 L


9

desiliter dl dL sentiliter cl cL milliliter ml mL cm sentimeter padu(cc) mikrolite l L mm millimeter r padu 6 nanoliter nl nL 10 1 padu 3 pl pL 10 1 juta

megalite Ml ML da

r m padu gigaliter Gl GL hm hektomete r padu

m mikrometer 10 L
12

10 L

12

teraliter

Tl TL km kilometer padu

picoliter

ribu

m mikrometer ribu 10 L
15

10 L

15

petaliter

Pl PL 10

femtoliter fl

fL

padu m mikrometer padu juta

km kilometer 10 L
18

eksaliter El EL 10

padu 1 juta

1018L

attoliter

al aL 106 1

km kilometer 1021L padu zettaliter Zl ZL Mm megamete 1024L r padu ribu 1024L 1021L

nm nanometer padu zeptoliter zl zL 103 1 ribu

nm nanometer padu yoktoliter yl yL nm nanometer

yottaliter Yl YL 103 1

Muka surat 22

Mm megamete r padu

padu

Isi padu Isi padu ialah kuantiti untuk ruang yang diisi. Unit SI untuk isipadu adalah ialah 1<meter padu>. Formula-formula isipadu Persamaanumum untuk isipadu: Bentuk Persamaan Kiub: Prismasegiempat: Silinder(prisma bulat): Sebarang prisma Pembolehubah s= panjang sisi p= panjang, l= lebar, h=tinggi j= jejari permukaan bulatan, t= jarak antara permukaan bulatan A= luas tapak, h= tinggi

yang

mempunyai luas keratan rentas yang malar sepanjang tingginya: j= Sfera: Di mana ia pertama Elips: Piramid: Kon(piramid tapak bulat): sebarang bentuk (pengiraan untuk jejari adalah formula sfera kamiranperingkat formulaLuas

Permukaansebuah sfera a, b, c= semi-axes untuk elips A= luas tapak, h= tinggi dari tapak ke apeks j= jejari bulatandi tapak, t= jarak dari tapak ke puncak h= sebarang dimensi untuk bentuk

1kalkulusdiperlukan)

tersebut, A(h) = fungsi luas permukaan dengan hsebagai pemboleh ubah.

Tan (ukuran) Tan ialah unit jisim, daya, isi padu, tenaga, dan kuasa.

Muka surat 23

Unit jisim Terdapat tiga unit jisim yang serupa yang dipanggil tan:
Tan panjang (dirujuk dengan mudah sebagai "tan" di negara-negara seperti

United Kingdom yang dahulunya menggunakan Sistem Timbang dan Ukur 1Imperial) ialah tan berat atau tan kasar yang tetap sama beratnya dengan 2,240 1paun (1311,016.0469088 kg). Di United Kingdom dan kebanyakan kawasan yang menggunakan sistem imperial, tan metrik (1,000 kg) yang amat serupa dengan tan panjang kurang daripada 2% perbezaannya merupakan satu-satunya bentuk tan yang sah dalam bidang perniagaan.
Dalam industri besi pada abad ke-17 dan ke-18, satu tan berat

pendek (bahasa Inggeris: ton shortweight ) merupakan 2,240 1paun piawai, manakala satu tan berat panjang (bahasa inggeris: ton longweight ) ialah 2,400 paun (1 ratus berat = 120 paun). Tan panjang dipergunakan untuk keluaran-keluaran petroleum seperti 1<bahan api penerbangan>. Tan berat (disingkatkan sebagai 'dwt') ialah ukurun untuk muatan kapal, termasuk minyak bunker, air tawar, anak kapal, dan bekalan keperluannya. Ia dinyatakan dalam tan metrik (1,000 kg) atau tan panjang (2,240 paun, iaitu kira-kira 1,016 kg)
[1]

. Ukuran ini juga

dipergunakan dalam tanan kapal 1<tentera laut Amerika Syarikat>. Tan pendek yang dipanggil secara mudah sebagai "tan" di Amerika Syarikat atau kekadangnya sebagai "tan bersih" adalah tepat sama dengan 2,000 1paun (121907.18474 kg). Tan pelabuhan yang digunakan di Afrika Selatan pada abad ke-20 adalah tepat sama dengan 2,000 1paun atau satu tan pendek.
Tan metrik ialah 1,000 kilogram (kg) (atau 1311 Mg) atau lebih kurang

2,204.6 1paun. Tan metrik semakin digunakan sebagai ganti kepada tan panjang untuk mengukur sesaran kapal. Sila lihat rencana Tanan. Kedua-dua tan panjang dan tan pendek terdiri daripada dua puluh 1<ratus berat>, dengan setiapnya mempunyai nilai yang berbeza untuk ratus beratnya (masingmasing 112 paun dan 100 paun). Sebelum abad ke-15 di England, satu tan adalah

Muka surat 24

tepat sama dengan 20 ratus berat, dengan setiap ratus berat sama dengan 108 paun untuk memberikan 2,160 paun bagi setiap tan. Ton cerakin (bahasa Inggeris: assay ton, disingkatkan sebagai 'AT') bukannya satu unit ukuran tetapi merupakan kuantiti piawai yang dipergunakan untuk 1mencerakinkan bijih-1bijih logam yang berharga. Ton cerakin pendek ialah 29+16 gram, manakala ton cerakin panjang ialah 32+23 gram. Angka jumlah sesuatu logam yang terdapat di dalam sesuatu sampel dalam miligram adalah tepat sama dengan angka jumlahnya dalam auns troy. Dengan kata yang lain, jika terdapat .015 miligram dalam sesuatu sampel, maka jumlah logam itu dalam unit auns troy adalah tepat 0.015 juga. Dalam konteks 1<loji kuasa nuklear>, tHM dan MTHM bermaksud tan metrik 1<logam berat>, dan MTU bermasuk tan metrik uranium. Dalam industri keluli, akronim THM mempunyai makna yang sama dengan 'tan logam panas' yang merujuk kepada jumlah besi atau keluli cecair yang dihasilkan. Satu tan kering mempunyai nilai jisim yang sama, tetapi bahan-bahan (1<enap cemar>, buburan, 1kompos, dan campuran-campuran yang serupa yang bahan pepejalnya direndam atau diampai dalam air) telah dikeringkan sehingga tahap 1lembapan yang agak rendah, dan tekal (1<berat kering>). Jika bahan itu berada dalam keadaan semula jadinya yang basah, ia dipanggil tan basah. Singkatan biasa Dalam industri 1pelombongan Amerika Syarikat, 'T' dipergunakan untuk

membezakan tan tradisional daripada tan metrik, tetapi 'T' juga digunakan sebagai simbol SI untuk 1tesla. Simbol 't' yang secara tradisi digunakan untuk tan panjang atau pendek, kini dikhaskan untuk tan metrik.

Unit daya Terdapat juga unit-unit daya yang berdasarkan salah satu daripada tiga unit jisim yang berikut, tetapi tiada satunya yang dapat diterima untuk kegunaan dalam SI. Serupa dengan kilogram-daya, tan-daya metrik tidak dikecualikan. Hanya tan metrik sebagai unit jisim dapat diterima untuk kegunaan bersama-sama SI.

Muka surat 25

1 tan-daya pendek = 2,000 1paun-daya (lbf) = 8.896443230521 1kilonewton (kN) 1 tan-daya panjang = 2240 lbf = 9.96401641818352 kN 1 tan-daya = 1000 1kgf = 9.80665 kN

Unit isi padu Tan muatan (bahasa Inggeris: freight ton) atau tan ukuran (measurement ton) ialah unit isi padu yang digunakan untuk menghuraikan muatan kapal (tanan) atau kargo. Satu tan ukuran adalah sama dengan: 40 1<kaki padu> 1.481(481) 1<ela padu> (jujukan digit "481" berulang-ulang secara tidak terbatas)
1,132.67386368 liter

1.13267386368 1<meter padu> Tan ukuran biasanya disingkatkan sebagai M/T, MT, atau MTON dan oleh itu, boleh mengakibatkan kekelurian dengan tan metrik. Tan berdaftar juga merupakan lagi satu unit isi padu yang digunakan untuk mautan kapal, dan ditakrifkan sebagai 100 kaki padu (lebih kurang 2.83 meter padu). Ia sering disingkatkan dalam bahasa Inggeris sebagai GRT untuk gross registered ton, iaitu tan berdaftar kasar. Tan berdaftar dikenali sebagai tonneau de mer di Belgium tetapi di Perancis, satu tonneau de mer bersamaan dengan 1.44 meter padu atau kira-kira 1.88 ela padu. Tan bersih Terusan Panama merupakan unit isi padu yang digunakan untuk pembilan kapal-kapal yang melalui Terusan Panama, dan adalah sama dengan tan berdaftar. Umpamanya, yuran pada dekad 1990-an adalah lebih kurang beberapa dolar Amerika Syarikat bagi setiap unit. Tan air yang dahulu digunakan di Great Britain ada sama dengan 224 1<gelen imperial> (isi padu untuk jisim satu tan panjang di bawah keadaan-keadaan yang mentakrifkan gelen imperial).

Muka surat 26

(Perhatikanlah bahawa tan isi padu adalah unit yang digunakan dalam 1perkapalan untuk tujuan kemudahan dan tidak amat berguna dalam bidang sains, kecuali jika ia ditakrifkan dengan tepat.)

Unit tenaga dan kuasa Tan TNT


Satu tan TNT atau tan metrik TNT ialah unit tenaga yang sama dengan 10 9

kalori (termokimia), juga dikenali sebagai 1gigakalori (1Gkal), dan yang sama pula dengan 4.184 1gigajoule (1GJ).
Satu kilotan TNT atau kilotan metrik TNT ialah unit tenaga yang sama

dengan 1012 kalori, juga dikenali sebagai 1terakalori (1Tcal), dan yang sama pula dengan 4.184 1terajoules (1TJ).
Satu 1megatan TNT (1,000,000 tan metrik) atau megatan metrik TNT ialah

unit tenaga yang sama dengan 10 15 kalori, juga dikenali (walaupun jarang) sebagai petakalori (Pkal), dan yang sama pula dengan 4.184 petajoule (PJ). Perhatikan bahawa kesemua ini merupakan kalori (kal) kecil. Kalori 1diet adalah berlainan dan sama dengan satu kilokalori. Nilai-nilai awal untuk tenaga letupan yang dibebaskan oleh 1trinitrotoluena (TNT) berbeza-beza antara 900 dan 1,100 kalori bagi setiap gram. Untuk memiawaikan penggunaan istilah TNT sebagai satu unit tenaga, suatu nilai sembarangan telah diterima, berdasarkan 1,000 kalori (1 kkal, 4.184 kilojoule) bagi setiap gram. Oleh itu, unit TNT tidak lagi mempunyai sebarang hubungan langsung dengan bahan kimia TNT pada dirinya, dan kini hanya merupakan satu unit tenaga yang secara kebetulan dinyatakan dengan menggunakan perkataan-perkatan yang biasanya dikaitkan dengan jisim (umpamanya, kilogram, tan metrik, 1paun) (rujukan IAEA: 3[2], 1[3]). Takrif ini merangkumi kedua-dua tan TNT dan tan metrik TNT.

Tan batu arang setara Satu tan batu arang setara atau tan metrik batu arang setara (TCE) merupakan nilai konvensional sebanyak 7 Gcal (IT) = 29.3076 GJ.

Muka surat 27

Tan minyak setara Satu 1<tan minyak setara> atau tan metrik minyak setara (TOE) ialah nilai konvensional sebanyak 10 Gcal (IT) = 41.868 GJ 10.0067 tan TNT. Lihat juga rencana 1GTOE.

Tan penyejukan Unit "tan" dipergunakan dalam bidang penyejukan dan 1<penyamanan udara> untuk mengukur penyerapan haba. Sebelum kemunculan penyejukan mekanik, penyejukan dilaksanakan dengan menggunakan ais. Pemasangan satu tan penyejukan menggantikan penggunaan satu tan ais. Di Amerika Syarikat, satu tan penyejukan piawai = 12,000 1BTU sejam = 200 BTU seminit 3517 W. Ia lebih kurang sama dengan kuasa yang diperlukan untuk menyejukkan 1 tan pendek air sebanyak 1F bagi setiap 10 minit; atau kuasa yang diperlukan untuk mencairkan satu tan pendek (2,000 paun) air pada suhu 0C dalam 24 jam. Satu tan juga merupakan unit tenaga yang sama dengan kuasa itu untuk tempoh sehari atau 24 jam 12,000 BTU sejam = 288,000 BTU 303.9 megajoule. Kegunaan yang kurang biasa ialah kuasa yang diperlukan untuk menyejukkan air satu tan panjang sebanyak 1 F bagi setiap 10 minit = 13,440 BTU sejam 3 939 W. Unit penyejukan British ialah 237.6 BTU sejam = 4117.8 W 0[1] 1[2] 2[3]

Tan-tan yang lain Bagi kenderaan bermotor, banyak lori digolongkan ke dalam kumpulan-kumpulan yang lebih kurang berkait dengan berat muatannya di luar jalan raya, umpamanya 1/4-tan (1jip pertama dikelaskan sebegini), 1/2-tan, 3/4-tan, 2 1/2-tan, 5-tan, dan sebagainya. Sudah tentu, kenderaan-kenderaan adalah lebih berat daripada ini dan menurut pengelasan tentera, dibenarkan membawa dua kali lebih banyak muatannya di atas jalan raya.

Muka surat 28

Dalam sesetengah kes, berat tersebut merujuk kepada berat kasar maksimum di atas jalan raya, termasuk muatannya. Umpamanya, 1van 3.5-tan merupakan kenderaan terbesar yang boleh dipandu di sisi undang-undang dengan lesen memandu yang biasa.

Takrifan serta penerangan ringkas menganai ukuran panjang, berat dan kapasiti cecair. Ukuran Ukuran memainkan peranan yang sangat penting dalam hidupan harian. Ia adalah biasa dan amalan kemahiran matematik ini digunakan sains dan hidupan dalam seharian. Ukuran adalah satu daripada tajuk yang paling menarik dalam kurikulum matematik sekolah kita. Oleh itu, murid perlu belajar konsep dan proses yang berkaitan dengan ukuran melalui penglibatan aktif daripada situasi pelbagai amalan. Dalam tajuk ini, tiga jenis ukuran iaitu panjang, berat dan isipadu cecair akan diterangkan secara ringkas. Panjang Panjang ialah jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus. Dua ukuran panjang boleh dibandingkan secara terus dengan meletakkannya sebelah menyebelah panjang boleh dibandingkan secara tidak langsung dengan membandingkannya dengan panjang ketiga. Perbandingan ukuran panjang

Muka surat 29

sebenarnya boleh diukur dengan menggunakan alat pengukur seperti pembaris dan pita pengukur Unit bukan piawai ialah sebarang ukuran panjang abitrari yang digunakan sebagai unit Contohnya: (a) bahagian badan seperti jengkal, tapak kaki dan panjang lengan; dan (b) objek seperti pen, klip kertas, rod, lidi dan sebagainya. Dahulu kala, bahagian badan menjadi ukuran untuk mengukur unit panjang , contohnya: hasta daripada siku ke hujung jari hantu jengkal daripada hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng yang diluaskan pembukaan jari. depa daripada hujung jari hantu ke hujung jari hantu sebelah tangan lagi satu. Genggam - semua jari ditutup dan dari tepi tapak tangan ke tepi ibu jari (masih lagi digunakan untuk mengukur tinggi kekuda)

kaki membahagikan ukuran kepada 12 inci, dan ukuran asalnya berdasarkan kepada panjang kaki.

Unit piawai ukuran panjang telah diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya : ela, meter, batu, inci kilometer centimeter

Unit-unit seperti ela, batu dan inci dikenali sebagai unit imperial. Manakala unit meter dan kilometer dikenali sebagai unit metrik. Walaubagaimana pun, kurikulum sekolah Malaysia hanya menyentuh unit metrik sahaja. Contoh-contoh unit metrik untuk panjang termasuklah milimeter, centimeter

Muka surat 30

decimetre. Kilometre

Contoh alat yang digunakan untuk mengukur panjang

Contoh contoh penggunaan ukuran panjang dalam kehidupan manusia 1. papan

2. Cermin

3. Mozek

Muka surat 31

Berat Dalam sains, terminologi untuk jisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza. Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam suatu objek manakala berat ialah tindakan gravity ke atas jisim. Walaubagaimana pun, kedua-dua penggunaan terminologi ini agak longgar tetapi pada bahasa maksudnya adalah sama. Biasanya proses berat objek merujuk kepada jisim. Jika dibandingkan dengan panjang, konsep jisim adalah lebih sukar untuk difahami kerana jisim tidak boleh dilihat tetapi boleh dipegang dan dirasa. Dengan kata lain berat dua objek tidak boleh boleh dibandingkan dengan melihat. Berat objek tidak berkadar terus dengan saiz. Ketulan besi yang kecil mungkin lebih berat daripada bungkusan besar kapas. Maka adalah penting untuk memberi kesedaran kepada murid bahawasaiz objek yang besar tidak semestinya lebih berat daripada objek bersaiz kecil. Unit bukan piawai berat ialah sebarang ukuran berat abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh objek yang biasa digunakan adalah kekacang, biji getah, klip kertas, paku tekan dan batu kelikir. Unit ukuran berat boleh diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya ialah kilogram, pound, auns gram.

Unit-unit seperti pound dan auns ialah unit Imperial bagi berat manakala kilogram dan gram ialah unit metric. Contoh alat yang digunakan untuk mengukur berat

Muka surat 32

Contoh penggunaan berat dalam kehidupan seharian Bahan ini dipasarkan mengikut beratnya 1. Roti

2. Gula

3. Beras

Isipadu cecair

Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Satu ciri cecair yang penting ialah isipadunya tetap tidak berubah walaupun bentuk bekasnya berubah.

Muka surat 33

Unit bukan piawai untuk isipadu cecair ialah sebarang ukuran isipadu abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh biasa bekas yang digunakan adalah sudu, cawan, mangkuk, dan baldi. Unit piawai isipadu cecair diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya Liter mililiter gelen kuart.

Unit-unit seperti gelen, pint dan kuart adalah unit Imperial untuk isipadu cecair manakala mililiter dan liter adalah unit metrik.. Contoh alat-alat yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair ialah seperti, bikar, picagari dan botol bayi.

Contoh-contoh penggunaan isipadu cecair dalam kehidupan seharian 1. Botol minuman

2. Tin minuman

Muka surat 34

3. Pelbagai keperluan harian yang dipasarkan mengikut isipadunya

UKURAN

Panjang/jarak

Berat

Isipadu cecair

Jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus

Tindakan gravity ke atas jisim

Jumlah ruang yang diisi oleh cecair dalam sebuah bekas

Muka surat 35

Unit piawai Inci, ela, batu, centimetre, millimeter, meter dan kilometer

Unit piawai Paund, auns, gram, milligram dan kilogram

Unit piawai Gelen, pint, kuart, liter, milliliter

Teselasi

Teselasi adalah corak yang diperolehi daripada susunan satu atau lebih 2 matra (2D) untuk menutupi satah tanpa ada persilangan atau pertindihan.

Contoh- contoh 2 matra (2D)

Segi empat tepat

Segi empat sama

Segi empat selari

Muka surat 36

Trapezium

Oktagon

Pentagon

Segi tiga sama sisi

Segi tiga sama kaki

Segi tiga bersudut tegak

Heksagon

Contoh-contoh alat yang mempunyai permukaan 2D 1. Mozek

2.Papan

Muka surat 37

Contoh-contoh penggunaan teselasi dalam kehidupan seharian 1. Susunan mozek pada dinding

Penggunaan segi empat tepat secara berulang

2. Susunan mozek pada lantai

Penggunaan segi empat sama secara berulang

3. Tikar getah yang terdapat dipasar menggunakan bentuk 2D untuk menarik minat pelanggan

Muka surat 38

penggunaan bentuk oktagon, segi empat sama dan segi tiga

penggunaan pelbagai bentuk segi segi empat dan segi tiga

Brosur sejarah perkembangan pengukuran panjang, berat dan isipadu cecair

Muka surat 39

Rekaan bentuk teselasi 2D

Langkah-langkah untuk menghasilkan bentuk teselasi

Langkah 1

Langkah 2

Muka surat 40

Memilih bentuk dan warna 2D yang dikehendaki

Mengambil ukuran serta melipat mengikut saiz yang dikehendaki

Langkah 3

Langkah 4

Memotong mengikut saiz

beberapa keping saiz segi empat sama yang telah siap dipotong

Langkah 5

Langkah 6

Menggunting duble tape

Melekatkan duble tape pada pada bahagian belakang bentuk 2D.

Muka surat 41

Langkah 7

Pemilihan pelbagai susunan bentuk dan warna 2D untuk mebina teselasi

Langkah 9

Muka surat 42

Teselasi (penggunaan segi empat sama secara berulang-ulang) yang dipilih

Refleksi

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya tugasan ini dapat disiapkan. Ucapan terima kasih kepada pensyarah matematik En.Mohd.Naim yang telah memberi tugasan ini, serta kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat, untuk anakanak yang sangat disayangi serta kepada suami tercinta.

Semasa menyiapkan tugasan ini saya sememangnya berhadapan dengan beberapa kekangan. Bertugas sebagai seorang guru, isteri,ibu dan pelajar dalam satu masa memerlukan pengorbanan tenaga dan masa yang cukup banyak.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami tercinta yang telah menjadi tulang belakang dalam menyiapkan tugasan ini. Dialah yang sentiasa memberi kata-kata peransang semasa saya hampir berputus asa untuk mencari maklumat yang berkaitan. Kepada anak-anak yang begitu memahami kesibukan ibu mereka semasa

Muka surat 43

menyiapkannya, terima kasih. Kepada rakan-rakan sekerja, rakan-rakan pelajar PPG PSV1 yang sudi berkongsi maklumat yang berkaitan dengan tugasan. Terima kasih yang tidak terhingga di atas maklumat-maklumat yang diberi.

Melalui tugasan ini kefahaman saya tentang ukuran panjang, berat, isipadu cecair dan teselasi telah bertambah dengan merujuk buku-buku yang berkaitan serta laman web yang berkaitan. Begitu juga dengan hubungan saya dengan rakan-rakan sekerja dan beberapa orang rakan seperjuangan PPG PSV1 hubungan kami telah bertambah rapat kerana sering berbincang berkaitan dengan tugasan apabila saya tidak begitu pasti dengan kehendak sebenar soalan. Saya amat gembira kerana akhirnya tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

BORANG KOLOBARASI

Nama pelatih : Musineh @ Ainah binti Sahat Subjek Kod : Literasi Nombor : WAJ 3105

Tarikh

Perkara

Catatan

30.07.2011

1. Penyerahan tugasan 2. Penerangan dan perbincangan berkaitan dengan tugasan

TANDATANGAN

Nama: Tarikh: TANDATANGAN

06.08.2011

Perkongsian maklumat

Muka surat 44

berkaitan dengan tugasan Nama: Tarikh: 08.08.2011 Perkongsian maklumat berkaitan dengan tugasan Nama: Tarikh: 09.08.2011 Perkongsian maklumat berkaitan dengan tugasan Nama: Tarikh: TANDATANGAN TANDATANGAN

Muka surat 45

BIBLIOGRAFI http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Imperial "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Metrik" "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Unit_jarak" "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sentimeter" http://www.bipm.org/fr/si/si_brochure/chapter2/2-1/metre.html "http://ms.wikipedia.org/wiki/Meter" "http://ms.wikipedia.org/wiki/Inci" http://ms.wikipedia.org/wiki/Gram "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kilogram" http://ms.wikipedia.org/wiki/Cecair "http://ms.wikipedia.org/wiki/Liter" "http://ms.wikipedia.org/wiki/Isi_padu" "http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_(ukuran)"

Muka surat 46

Isi Kandungan Bil 01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. 08. 09. 10. 11. 12 13 14 15 16 Tajuk Sistem Imperial Sistem Metrik Sejarah Kelainan ejaan Unit ukuran Sejarah ukuran Sistem ukuran Unit asas dan terbitan Pengiraan dengan unit Garisan panduan Menyatakan nilai fizikal dalam unit lain Implikasi dunia nyata Unit jarak Berat Cecair Muka surat 1 1 4 5 5 6 7 8 8 9 9 10 11 16 20

Takrifan serta penerangan ringkas menganai 30

Muka surat 47

ukuran panjang,berat dan kapasiti cecair 17 18 19 20 21 22 Peta minda ukuran Teselasi Brosur Rekaan bentuk teselasi Refleksi Borang kolobarasi 36 37 40 41 44 45

Muka surat 48

You might also like