Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Laporan Perkhemahan Slot: Istiadat Pandu Puteri Tunas Tepat jam 8 pagi , dengan berpakaian uniform lengkap slot

Istiadat Pandu Puteri Tunas dijalankan. Slot selama 2 jam ini telah disampaikan oleh kem komanden pandu puteri iaitu Pn. Yeoh Siok Tee. Dalam slot ini, kami diberi pendedahan tentang pandu puteri tunas di sekolah. Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna. Selain daripada itu, kami juga telah diajar secara teori oleh Pn. Yeoh berkenaan dengan istiadat pandu puteri tunas. Istiadat yang kami lakukan ialah membentuk ladam kuda. Mula-mula kami diajar tentang cara ketua patrol yang pertama berdiri di hadapan ketua pasukan. Ketua patrol memberi arahan ketua masuk baris. Kemudian ahli-ahli pasukan masuk baris masing-masing. Seterusnya pasukan sedia dan hentak kaki dan terus bergerak membentuk ladam kuda. Dalam hal ini, kami diberi pendedahan sebegini agar dapat melakukan istiadat dengan cara yang betul dan mengaplikasikannya semasa di sekolah kelak. Setelah itu, nanyian lagu dunia, bacaan doa dan kata-kata hikmat telah disampaikan oleh ahli pandu puteri. Kami melaksanakan istiadat ini secara amali semasa menaikkan panji-panji. Slot ini diakhiri dengan yell pandu puteri yang diketuai oleh Nancy.

You might also like