Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 44

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101

1.0 PENGENALAN Kini, pada era yang serba canggih iaitu pada abad ke-21 ini, seluruh dunia dilanda dengan pelbagai kemajuan sama ada dari segi teknologi maklumat dan komunikasi serta kemajuan dalam bidang sains. Hasil daripada kemajuan ini, negaranegara Barat telah menguasai dunia dalam setiap aspek. Hasil daripada penguasaan mereka ini, Barat berhasrat untuk menyebarkan ideologinya ke seluruh dunia Pada suatu ketika dahulu, Islam pernah menguasai dunia bermula daripada zaman Rasulullah lagi. Agama Islam begitu utuh sehingga menguasai 2 per 3 dunia dan pada waktu itu seluruh dunia hidup dalam aman kerana tiada langsung penguasaan globalisasi Barat. Namun selepas kejatuhan kerajaan Islam yang utama iaitu kerajaan Islam di Sepanyol, negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan British telah menunjukkan taringnya dalam menguasai dunia terutamanya negara-negara Islam melalui pelbagai aspek dan perkara ini membawa kepada dominasi Barat atau lebih dikenali sebagai hegemoni Barat. Hegemoni dan globalisasi ini akan dibawa oleh negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya. Masyarakat Barat ini terdiri daripada pelbagai kumpulan manusia yang menetap pada mulanya di Eropah dan selepas itu berhijrah ke merata-rata tempat di dunia. Pada umumnya, masyarakat Barat terdiri daripada kumpulan manusia yang tinggal dalam entiti politik yang sekarang kita kenali sebagai Negara-negara Eropah. Negara-negara Barat telah menggunakan hegemoni atau dasar perluasan kuasa untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan

pengaruhnya di seluruh dunia. Hegemoni Barat ini diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya seperti Britain, Perancis dan Israel. Negara-negara Barat ini mempunyai polisi iaitu prinsip atau dasarnya yang tersendiri untuk menguasai dunia (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005).

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 1

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101

2.0

KONSEP TAMADUN ISLAM

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 2

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 3

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 4

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 5

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 6

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 7

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


3.0 DEFINISI HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI Secara amnya, istilah Barat dianggap sebagai masyarakat Barat dan tamadun barat. Masyarakat barat ini terdiri daripada pelbagai kumpulan manusia yang menetap pada mulanya di Eropah dan selepas itu berhijrah ke meratarata tempat di dunia ini. Jika dilihat daripada perkembangan sejarah Eropah, akan didapati bahawa negara

Eropah sentiasa berubah-ubah sama ada berpecah atau bergabung hinggalah ke hari ini. Peristiwa perpecahan dan kemunculan negara baru yang terakhir berpunca daripada kejatuhan kuasa kerajaan komunis USSR (United Soviet Socialist Republic) sekitar tahun 1990. Peristiwa penggabungan negaranegara Eropah masih sedang berjalan dengan pembentukan EU (European Union). Masyarakat Eropah juga telah berhijrah keluar dari Eropah untuk membentuk tanah jajahan (colony) mereka di meratarata tempat di dunia ini. Sekarang ini tanahtanah jajahan ini sudah pun menjadi negaranegara merdeka seperti Kanada dan Amerika Syarikat di benua Amerika Utara, Mexico di Amerika Tengah, Brazil dan Argentina di Amerika Selatan, dan juga Australia dan New Zealand dibenua Australia. Selain daripada tanah jajahan mereka, terdapat juga negara negara yang satu masa dahulu dikuasai oleh kuasa kuasa barat melalui tawanan ataupun perjanjian telah diberi kebebasan untuk membentuk negara merdeka. Antara negara tersebut termasuklah India, Pakistan, Malaysia, Singapuran dan Brunei. Rajah 3.0.0 di bawah menunjukkan definisi hegemoni dan globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat di seluruh dunia. Hegemoni (pemikiran Barat) penguasaan menyeluruh (domination) Hegemoni Barat ini berkait rapat dengan globalisasi Globalisasi - dunia tanpa sempadan Rajah 3.0.0 : Konsep dan definisi hegemoni serta globalisasi Barat
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 8

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Perkataan hegemoni itu sendiri berasal daripada istilah Yunani iaitu hegesthai yang membawa maksud to lead atau dalam bahasa Melayunya ialah untuk memimpin. Hegemoni dalam bahasa Inggeris pula bermaksud pengaruh, penguasaan atau dominasi. Negara-negara kuat ini akan mempengaruhi, menguasai dan mendominasi sesebuah negara yang lemah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005). Hegemoni merupakan satu fahaman dan konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat. Konsep dan fahaman ini merujuk kepada penguasaan secara menyeluruh ataupun kepimpinan satu negara ke atas negara yang lain. Bagi istilah hegemoni Barat pula bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara terhadap negara lain dengan menggubal undang-undang bagi mengelakkan struktur penjajahan terhadap rakyat pribumi. Menurut Fathi Aaris Omar, hegemoni barat ini dilihat sebagai penundukan akal, jiwa dan jasad melalui kaedah memujuk atau meyakinkan yang tidak memerlukan paksaan atau kekerasan.

Politik

Sosial

BENTUKBENTUK HEGEMONI Ekonomi

Pendidikan

Ketenteraan Budaya Perundangan

Rajah 3.0.1 : Bentuk-bentuk hegemoni ke atas sesebuah negara.

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 9

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Berdasarkan teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Hal ini menunjukkan suatu gambaran terhadap suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa. Bentuk-bentuk hegemoni ini boleh berlaku dengan atau tanpa ancaman, kekerasan sehingga idea-idea atau fahaman yang dibawa oleh kelompok atau negaranegara yang dominan terhadap negara-negara yang didominasi dilihat sangat wajar. Bagi istilah globalisasi pula merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olah ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh (Mohd Azizuddin Mohd Sani, 2004). Bagi pendapat ahli sosiologi seperti Martin Albow, globalisasi ini membawa maksud sebagai satu proses penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia atau masyarakat global. Menurut Anthony Giddens pula, globalisasi merupakan hubungan sosial serata dunia secara intensif dan pesat yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara sebaliknya. Selain itu, Oscar Ugarteche menyatakan bahawa globalisasi ini sebagai pertumbuhan dalam kegiatan ekonomi yang merentasi sempadan kebangsaan. Globalisasi menurut Trezinni pula merupakan integrasi ekonomi dunia yang mendalam dan meluas melalui hubungan pengeluaran dan penggunaan. Disamping itu, bagi pandangan Sarjana Islam, Dr. Muhammad Abid Al-Jabiri, globalisasi ini menjadikan sesuatu berskala internasional iaitu memindahkan sesuatu dari yang terbatas kepada sesuatu yang tidak terbatas. Beliau juga menganggap dasar globalisasi ini sebagai Amerikanisasi iaitu sosialisasi gaya hidup Amerika. Manakala bagi Dr. Taha Jabir AlAwani pula menyatakan bahawa globalisasi ini merupakan usaha pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh (global power) untuk mewujudkan centralization iaitu memaksa agenda ekonomi, politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah. Negara tersebut akan memimpin dan memandu negara-negara lain dalam acuan yang telah disediakan mereka.

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 10

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Yang terakhir, menurut Mittelman 1996, globalisasi boleh dianggap sebagai suatu fenomena sejagat iaitu merupakan cantuman pelbagai jenis proses yang merentasi sempadan dan pelbagai struktur dalaman negeri yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesebuah negara menembusi negara-negara lain. Walau apa pun definisi globalisasi yang diberikan, dasar globalisasi sesebuah negara kuat ini boleh membawa kepada keruntuhan pagar-pagar yang memisahkan antara negara yang boleh menyebabkan berlakunya pertukaran, pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai sudut seperti budaya, ekonomi, agama, ilmu dan pemikiran. Walaupun pada dasarnya membawa kepada maksud yang baik iaitu supaya bertukar-tukar idea namun secara realitinya ia tidak membawa maksud yang baik kerana ianya merupakan pertukaran dua hala yang tidak adil. Hal ini demikian kerana, negara yang lebih kuat akan mengglobalisasi iaitu merujuk kepada negara yang akan menyebarkan dan menguasai ilmu, fahaman, pemikiran, ekonomi serta budaya manakala negara yang lemah akan diglobalisasi iaitu merujuk kepada negara yang hanya menerima ilmu, fahaman, pemikiran, ekonomi serta budaya tanpa boleh menilai sama ada ia memberi manfaat atau memudaratkan. Globalisasi ini boleh dianggap sebagai satu era baru dalam sejarah manusia yang menyebabkan terhapusnya kepentingan negara tanpa sempadan dan seterusnya menjadikan birokrasi, golongan politik dan ketenteraan dalam institusi sesebuah negara yang tidak lagi penting (Nurdeng Deuraseh, 2004).

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 11

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


3.1 BENTUK-BENTUK HEGEMONI DAN GLOBALISASI

Media
Sosial BENTUKBENTUK HEGEMONI BARAT Pemikiran Hak asasi manusia Politik Ekonomi

Rajah 3.1.0 : Bentuk-bentuk hegemoni Barat Rajah di atas menunjukkan bentuk-bentuk hegemoni Barat yang berlaku di seluruh dunia. Seperti takrifan definisi hegemoni yang telah dinyatakan iaitu penguasaan Barat terhadap sesuatu yang membawa kepentingan kepada mereka tanpa paksaan atau penguasaan secara halus. Oleh hal yang demikian, hegemoni Barat ini telah tersebar ke seluruh dunia menerusi aspek-aspek media, ekonomi, politik, hak asasi manusia, pemikiran dan sosial masyarakat dunia. Hal ini pastinya telah mendatangkan keuntungan kepada negara-negara Barat kerana disebabkan hegemoni ini mereka berjaya menakluk dunia tanpa kita sedari.

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 12

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


3.1.1 MEDIA

CNN, BBC, The times, Reuters -Menjatuhkan dan menaikkan sesetengah pihak - Islam dianggap pengganas

Medium untuk mempengaruhi manusia

HEGEMONI BARAT MENGUASAI MEDIA

Menguasai Hiburan Holywood

Rajah 3.1.1.0 : Hegemoni Barat menerusi media dunia Rajah 3.1.1.0 di atas menunjukkan contoh-contoh yang mempunyai unsur-unsur hegemoni Barat. Hegemoni Barat ini mudah tersebar di seluruh dunia kerana mereka menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), The Times dan Reuters jelas menunjukkan bahawa negara-negara Barat menguasai bidang media-komunikasi. Melalui medium seperti ini, segala maklumat boleh disampaikan dengan cepat dan maklumat atau berita yang disampaikan ini juga berupaya untuk menaikkan atau menjatuhkan sesebuah pihak. Media-media tempatan juga menggunakan sumber-sumber yang diperoleh daripada media Barat ini sebagai rujukan. Hal ini pastinya menyebabkan pengaruh mereka terhadap dunia semakin berkembang. Selain itu, negara-negara Barat ini juga menguasai media hiburan dan filem. Mereka melahirkan artis-artis dan pelakon-pelakon yang disegani dan menjadi idola anak-anak muda pada masa kini yang lebih dikenali sebagai artis atau pelakon dari Holywood. Amerika Syarikat misalnya mempunyai syarikat penerbitan yang dikenali di seluruh dunia iaitu Columbia Picture.
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 13

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Menerusi filem-filem Barat ini juga, mereka akan menghasilkan sesebuah karya atau filem yang menggambarkan bahawa diri mereka itu sebenarnya di pihak yang betul dan kononnya berjuang dalam menegakkan keadilan. Bukan itu sahaja, hegemonasi mereka menerusi filem juga banyak membawa impak yang negatif kerana terdapatnya unsur-unsur lucah, tahayul, pengangungan sains tanpa batasan dan sama sekali tidak mendidik jiwa penonton. Paling teruk sekali, filem-filem dari Barat ini juga mampu menjadi wadah dalam merosakkan pemikiran generasi muda pada masa kini di seluruh dunia. Menerusi media inilah, hegemoni Barat terhadap pemikiran manusia boleh dilakukan. Misalnya, Amerika Syarikat telah memomokkan ideologi yang tidak berasas sama sekali iaitu Islam itu agama yang menggalakkan keganasan, ekstrim, fanatik, tiada toleransi dan orang-orang Islamlah yang bertanggungjawab ke atas keganasan yang berlaku pada hari ini menerusi media-media massa. Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu ke atas negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia. Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan seperti Tabligh, Toliban, Mujahidin dan Ikhwa-nul Muslimin.

Perkara ini bertambah teruk lagi apabila berlakunya peristiwa dasyat iaitu 11 September 2001 iaitu serangan ke atas World Trade Centre (WTC) di New York. Mereka menguasai media dengan mengatakan bahawa semua itu dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam tanpa bukti-bukti yang kukuh. Rentetan daripada itu, umat dan agama Islam itu dipandang hina dan pelbagai tuduhan yang mencemarkan agama Islam dilakukan. Secara hakikatnya, apa yang diuar-uarkan oleh Amerika menerusi penguasaan medianya terhadap dunia sudah mula dipertikaikan. Hal ini

menggambarkan seperti ada maksud tersirat disebalik peristiwa tersebut iaitu sebagai satu usaha yang halus untuk menghapuskan Islam. Tragedi 11 September itu sendiri seperti satu rancangan negara-negara Barat dan merupakan satu pembohongan besar
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 14

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


yang sengaja dilakukan untuk menghalalkan tindakan mereka dalam menghapuskan Islam. Hal ini menggambarkan bahawa hegemoni Barat terhadap media mampu merosakkan pemikiran manusia di dunia ini. Media merupakan satu wadah informasi yang sangat penting sama ada dalam media cetak mahupun media elektronik. Kecanggihan dunia barat dalam bidang komunikasi telah memberi peluang yang luas kepada mereka untuk mendominasi penyebaran berita-berita antarabangsa. Keadilan bukan lagi menjadi teras utama kepada sumber maklumat yang diperolehi oleh pihak media Barat. Sebaliknya agensiagensi berita yang dikuasai oleh syarikat Barat mengeksploitasi berita yang diperolehi untuk menutup kesalahan Barat dan memenuhi kepentingan sendiri. Dalam zaman globalisasi ini, peranan media semakin penting kerana medialah yang menyebarkan isu-isu semasa berkaitan dunia kini. Media secara tidak langsung dapat mempengaruhi pemikiran dan pandangan masyarakat dalam dunia global ini. Melalui pemikiran dan pemahaman masyarakat pula akan melahirkan tindakan-tindakan yang lain sama ada ingin memihak kepada mana-mana pihak atau tidak. Hal ini akan menimbulkan perselisihan faham antara negara-negara luar dan akan menjejaskan hubungan yang telah dibina antara negara-negara tersebut. 3.1.2 PEMIKIRAN MANUSIA HEGEMONI BARAT MENGUASAI PEMIKIRAN MANUSIA Menerusi media Barat telah menguasai mental masyarakat dunia

Mengagung-agungkan semua yang berkaitan Barat

Rajah 3.1.2.0 : Hegemoni Barat menerusi pemikiran manusia


AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 15

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Disamping itu, hegemoni Barat ini mampu menguasai pemikiran penduduk dunia. Merujuk kepada rajah 3.1.2.0 di atas, hegemoni Barat ini berupaya untuk tersebar dengan cepat menerusi saluran media iaitu dengan mempengaruhi masyarakat dunia melalui penjajahan mental tanpa kita sendiri sedari. Penjajahan secara dalaman ini sangat sukar untuk dihapuskan. Masyarakat dunia pada masa kini telah menyanjung Barat menerusi pemikiran melalui nilai, pegangan, anutan, pandangan budaya dan cara hidup masyarakat itu sendiri kerana pada pemikiran mereka, tamadun Barat ini begitu unik dan perlu dicontohi. Unsur-unsur Barat yang telah mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia ini telah dapat dizahirkan menerusi perbuatan. Misalnya, sambutan tahun baru merupakan perkara wajib bagi semua penduduk di dunia. Sambutan ini diadakan dengan sangat meriah sekali dengan percikan bunga api dan sebagainya. Muda-mudi di seluruh dunia akan berpesta tanpa sebarang batasan bagi meraikan tahun baru ini. Pada pandangan mereka, jika tiada sambutan maka perubahan tahun baru akan menjadi tidak bermakna lagi. Ini merupakan salah satu contoh hegemoni Barat dalam memonopoli pemikiran manusia. Bukan itu sahaja, hegemoni Barat terhadap pemikiran juga dapat dilihat menerusi tanggapan mereka terhadap jenama barangan daripada Barat. Mereka menganggap barangan mempunyai kualiti yang tersendiri berbanding jenama tempatan. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi ekonomi negaranegara Barat. 3.1.3 EKONOMI Seterusnya, hegemoni Barat ini juga dapat dilihat menerusi aspek ekonomi. Mana-mana negara yang menguasai ekonomi samalah seperti mereka menguasai dunia. Hal ini terbukti pada masa sekarang iaitu penguasaan negara-negara Barat seperti Amerika syarikat dan Britain terhadap ekonomi dunia menyebabkan negaranegara ini menguasai dunia. Berdasarkan rajah 3.1.3.0 di bawah, pengaruh hegemoni Barat terhadap sistem ekonomi dunia dapat dilihat menerusi aspek-aspek berikut.

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 16

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


- Sistem ekonomi kapitalis - Kelab ekslusif

- Matawang dunia (US Dollar) -Dasar Pasaran ekonomi terhad

HEGEMONI BARAT TERHADAP EKONOMI

Syarikat multinasional milik Barat

Penguasaan Institusi kewangan dunia (IMF, WTO) Rajah 3.1.3.0 : Hegemoni Barat terhadap ekonomi dunia Disebabkan penguasaan Barat terhadap ekonomi dunia, mereka telah menubuhkan kelab ekslusif dan G7 yang hanya disertai oleh negara-negara maju sahaja seperti China dan Jepun. Hal ini menyebabkan negara-negara yang memerlukan bantuan tidak akan dapat meminta pertolongan kerana disisihkan. Mereka juga mempunyai syarikat-syarikat multi-nasional yang beroperasi di seluruh dunia seperi McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Coca-cola. Selain itu, negaranegara Barat ini telah membentuk sistem ekonomi berdasarkan kapitalisme dan liberalisme yang hanya akan memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja. Menerusi dasar ekonomi tersebut, Barat telah meletakkan syarat iaitu sesebuah negara perlu melonggarkan peraturan-peraturan domestik yang menghalang kepada proses globalisasi ekonomi. Secara tidak langsung, perkara ini akan menggalakkan proses kerjasama pelbagai hala (multilateral) dan perjanjian dua hala (bilateral) menjadi suatu yang tidak lagi relevan (Daim Zainuddin, 1996). Disamping itu, negara-negara Barat ini juga menguasai institusi-institusi kewangan dunia seperti World Bank, International Monetary Fund (IMF) dan World Trade Organization (WTO). Hasil

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 17

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


daripada kuasa mereka dalam institusi kewangan dunia ini, negara-negara Barat mampu mencorakkan ekonomi dunia bagi memenuhi kehendak-kehendak mereka sebagai negara perindustrian manakala kebajikan untuk negara-negara miskin akan terabai. Oleh hal yang demikian, kita tidak akan dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi tanpa mengadakan perancangan dan strategi yang teliti dan

memperlengkapkan diri untuk bersaing dalam pasaran dunia. Ini adalah kerana hasil proses globalisasi menyebabkan ekonomi sesebuah negara akan segera

mempengaruhi ekonomi di sekitarnya melalui apa yang disebut sebagai kesan jangkitan. (Abd. Rahman Embong,1998) Hal ini secara tidak langsung telah mengukuhkan lagi ekonomi mereka di dunia dan matawang negara-negara Barat US Dollar ini juga telah digunapakai khususnya apabila melibatkan urusan perniagaan antarabangsa dan dijadikan pengukur untuk meilai matawang dunia. Hasil daripada penguasaan hegemoni Barat dalam bidang ekonomi, mereka berjaya menguasai kekayaan dunia dan jurang antara negara kaya dengan negara miskin semakin ketara. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa negaranegara Barat ini telah menguasai sistem ekonomi dunia. Bukan itu sahaja, kuasa-kuasa Barat seperti Amerika mampu untuk menguasai dan memanipulasi pasaran dunia bagi pengeluaran sumber-sumber semulajadi dan hasil pengeluaran industri sesebuah negara dengan menentukan harga pasaran semasa. Kuasa-kuasa Barat tidak sekadar berperanan sebagai pengeluar barang mentah, tetapi Barat juga telah menyekat peluang negara-negara lain untuk menjadi pembekal komoditi utama dengan cara menyempitkan peluang pasaran. Mereka mengamalkan dasar ekonomi yang sempit dan hanya memberi peluang untuk menembusi pasaran kepada negara-negara sekutunya sahaja. Hal ini menyebabkan banyak negara bertambah miskin akibat kegawatan ekonomi. Indonesia sebagai contohnya, jutaan rakyatnya kehilangan pekerjaan dan beberapa negara Timur Tengah dan Benua India yang menyaksikan penghijrahan keluar rakyatnya ke Eropah untuk mencari pekerjaan (Mohammad Abu Bakar,1998)

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 18

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


3.1.4 POLITIK Hegemoni Barat yang seterusnya adalah dalam bidang politik. Kebanyakan negara yang majoritinya adalah umat islam kini pentadbirannya lebih mengikut peredaran zaman yang jelas sekali telah dimonopoli dan dipengaruhi oleh hegemoni Barat. Pentadbiran negara tersebut tidak lagi berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini adalah hasil daripada penjajahan negara-negara Barat dahulu. Kuasa veto untuk membuat keputusan

PBB

Penubuhan blok (blok Amerika Syarikat)

HEGEMONI BARAT TERHADAP POLITIK

Sistem demokrasi (presiden & perdana menteri)

Rajah 3.1.4.0: Hegemoni Barat dalam sistem politik dunia. Berdasarkan rajah.3.1.4.0 di atas, aspek politik juga tidak terlepas dalam menerima pengaruh hegemoni Barat. Mereka telah memperkenalkan sistem

pentadbiran yang baru kononnya akan memajukan negara-negara tersebut namun secara hakikatnya adalah untuk menguasai politik mereka. Sistem-sistem demokrasi diperkenalkan hasil daripada penjajahan negara-negara lemah terutama di sekitar Asia. Hal ini menyebabkan sistem beraja dihapuskan dan diganti dengan sistem presiden atau perdana menteri yang akan mengetuai semua urusan kerajaan pusat. Barat juga telah mewujudkan blok-blok negara tertentu seperti Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, demi mengukuhkan kuasa politik dunia, mereka telah menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kononnya untuk

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 19

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


menjaga keamanan dan kepentingan bersama negara-negara ahli namun ia hanyalah untuk kepentingan pihak Barat sahaja. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini menjadi seolah-olah kuda tunggangan Amerika Syarikat dalam usaha negara itu mencapai objektif-objektifnya. Pemimpin-pemimpin Barat sentiasa menonjolkan diri mereka sebagai orang yang bersimpati pada penindasan dan ketidakadilan yang wujud di dunia ini. Namun kenyataannya mereka langsung tidak pernah bersimpati dengan pendudukpenduduk negara lain seperti Iraq, Sudan dan Afganistan yang menderita akibat tindakan mereka. Sekaligus kita tidak dapat menjangkakan suatu institusi antarabangsa yang dimiliki oleh Barat akan bersimpati dengan perkara-perkara yang bersifat Islam. Dalam pada itu, PBB juga mempersendakan proses keamanan di Bosnia Herzegovina yang mereka seharusnya lebIh tegas dan tidak membiarkan keganasan itu berlarutan terutama yang melibatkan nyawa dan maruah umat Islam. (Tamadun 1995: 13). Sebagai impaknya, Barat telah mewujudkan kuasa veto atau kuasa mutlak yang hanya dinikmati oleh negara-negara Barat seperti Perancis, Britain dan Jepun. Kuasa veto ini mempunyai kuasa yang sangat tinggi iaitu mereka berkuasa untuk mengesahkan apa-apa jua bentuk perbincangan atau persetujuan antara negara lain tanpa berbincang dengan negara yang ditindas. Sebagai contoh, kuasa mutlak mereka ini telah menyebabkan mereka bertindak untuk menyerang negara lain seperti perang terhadap Afghanistan dan Iraq. Negara-negara lain tidak mempunyai kuasa untuk membangkang. Jika dibangkang, negara tersebut akan mengalami pelbagai masalah hasil daripada pelbagai sekatan yang dikenakan atas nama PBB ini. Namun hakikat yang sebenarnya adalah daripada keputusan negara-negara Barat. Hal ini berlaku kepada negara Iran apabila menegaskan untuk meneruskan program nuklearnya. Disebabkan penguasaan mereka dalam politik dunia, mereka telah menindas negaranegara yang lemah khususnya negara-negara Islam. Hal ini jelas menunjukkan hegemoni Barat yang berat sebelah. Hal ini jelas dapat dilihat menerusi oraganisasi-organisasi Islam seperti Organization Of Islamic Conference (OIC) dan North Atlantic Treaty Organization
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 20

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


(NATO) seperti tersepit apabila berdepan dengan kuasa-kuasa besar dunia yang dimiliki sepenuhnya Barat. Mana-mana negara Islam yang tidak mahu mengikut telunjuk Barat akan dilabelkan sebagai negara pengganas atau pusat kegiatan pengganas. Disamping itu, mereka juga mempunyai kekuatan dan kecanggihan senjata nuklear yang tiada tandingan jadi mereka menggunakan kesempatan itu untuk menjual dan membekalkan senjata-senjata kepada pihak-pihak tertentu. Perkara inilah yang menyebabkan mereka digelar sebagai polis dunia dan terbukti dengan jelas bahawa hegemoni Barat ini menguasai dalam aspek politik. 3.1.5 SOSIAL Seterusnya, hegemoni Barat juga jelas dapat dilihat menerusi aspek sosial dunia. Nilai-nilai sosial yang dibawa oleh Barat begitu bertentangan dengan budaya dan norma masyarakat dunia terutamanya norma masyarakat Timur yang mementingkan kesantunan. HEGEMONI BARAT TERHADAP SOSIAL DUNIA

Budaya masyarakat dunia dipengaruhi unsur-unsur Barat

Hiburan yang melampau

Rajah 3.1.5.0 : Hegemoni Barat terhadap sosial dunia Rajah 3.1.5.0 di atas, hegemoni Barat ini telah mempengaruhi budaya-budaya masyarakat dunia. Pengaruh Barat ini jelas dapat dilihat menerusi hiburan. Unsur-unsur hiburan seperti nyanyian, tarian, kartun dan majalah telah menembusi pasaran dunia tanpa sekatan langsung. Tidak cukup dengan itu, muzik-muzik Barat yang berunsurkan rock, heavy metal dan pop juga semakin digilai oleh masyarakat-masyarakat dunia. Mereka begitu taksub dengan menampal poster artis-artis Barat di merata-merata dan
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 21

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


sanggup berhabis wang semata-mata untuk ke konsert mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa hegemoni Barat terhadap sosial semakin berleluasa. Selain tu, hegemoni Barat yang terserap dalam sosial masyarakat dunia ini juga telah memecahkan benteng kerohanian semua kaum, bangsa dan agama. Hal ini demikian kerana, kolonialisme Barat telah berjaya membentuk satu tanggapan yang dikenali sebagai cultural superiority dalam kalangan masyarakat dunia (Osman Bakar, 1997). Mereka telah membawa budaya-budaya Barat seperti mengamalkan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan, hubungan seks songsang dan rambang ke seluruh dunia. Unsur sosial sebegini jelas menyeleweng dan bertentangan dengan tatasusila kehidupan yang berpegang kepada norma serta agama yang kukuh. Perkaran ini jelas menunjukkan bahawa hegemoni Barat jelas menguasai sosial masyarakat dunia. 3.1.6 HAK ASASI MANUSIA Aspek terakhir yang jelas dikuasai oleh hegemoni Barat adalah menerusi hak asasi manusia. Menerusi Konvensyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang boleh dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat dunia yang menginginkan keadilan dan kesejahteraan. Mengikut masyarakat Barat, mereka mempunyai tiga kategori hak asasi manusia yang perlu dituruti iaitu kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hal ini adalah seperti rajah 3.2.6.1 berikut Kehidupan

HAK ASASI MANUSIA

Mengejar kebahagiaan

Kebebasan

Rajah 3.1.6.0 : Tiga hak asasi manusia

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 22

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Mengikut rajah 3.1.6.0 di atas, tiga hak asasi manusia yang ditekankan oleh Barat ialah hak yang pertama adalah kehidupan. Kehidupan yang dimaksudkan adalah setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak ada siapa pun yang boleh mempertikaikannya. Seterusnya hak yang kedua adalah hak kebebasan. Setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan tidak menghalang hak asasi manusia yang lain. Manakala hak yang terakhir adalah hak untuk mengejar kebahagiaan. Kebebasan ini termasuklah kebebasan dalam bersuara dan kebebasan dalam mengumpul harta benda. Hal ini berlaku kerana pada waktu dahulu, masyaralat di negara-negara Barat tidak bersetuju dengan kuasa raja dan kerajaan yang boleh mengenakan cukai sewenang-wenangnya tanpa mendapat persetujuan daripada mereka terlebih dahulu. Oleh hal yang demikian, mereka telah menentang kuasa-kuasa raja dan mengutarakan tiga jenis hak asasi manusia ini. Walaupun pelbagai perjanjian dan peraturan yang telah diperkenalkan oleh Barat mengenai hak asasi manusia namun perjanjian yang dimeterai bersama itu telah dilanggar oleh negara-negara Barat itu sendiri yang mengaku dirinya sebagai penyelamat dunia kononnya. Antara contoh perlanggaran undang-undang hak asasi manusia adalah Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948. Negara-negara Barat ini telah memperkenalkan fahaman liberalisme dan sekularisme kepada seluruh negara. Mereka bersifat berat sebelah dengan membentuk fahaman yang tiada batasan menegenai hak asasi manusia dalam asas ketuhanan di negara-negara Barat. Namun hak asasi manusia bagi negara-negara Islam, mereka mempunyai batasan untuk beramal dengan ajaran-ajaran Islam. Perkara ini jelas mencabuli hak kebebasan asasi manusia yang telah diperkenalkan oleh mereka sendiri. Tidak cukup dengan itu, negara-negara Barat ini mempunyai kekuatan tenteranya yang tersendiri. Mereka menganggap bahawa mereka adalah penyelamat dan polis dunia yang bertanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dunia. Barat telah melakukan penjajahan atau lebih dikenali sebagai neo-kolonialisme iaitu menggerakkan kuasa ketenteraannya begitu meluas ke seluruh dunia terhadap negaraAINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 23

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


negara yang tidak sekutu dengannya. Hal ini jelas terbukti selepas berlakunya serangan 11 September 2001 yang meruntuhkan Pentagon atau World Trade Centre dan tanpa usul periksa Amerika Syarikat dengan lantangnya terus menuduh kumpulan Islam AlQaeda di bawah pimpinan Osama bin Laden yang bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. Impaknya, Amerika telah menghantar jentera kuasanya di bumi Asia Barat dengan alasan untuk menghapuskan kumpulan pengganas namun kenyataannya mereka mempunyai agenda yang tersembunyi. Hasilnya, ramai rakyat Islam yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah melanggar hak kebebasan asasi manusia untuk hidup dengan aman di tanah air mereka sendiri. Bukan itu sahaja, kesan daripada hegemoni Barat ini, keadilan hak asasi manusia terhadap rakyat-rakyat Palestin yang menjadi pelarian di atas buminya sendiri tiada langsung mendapat pembelaan yang sewajarnya hingga ke hari ini. Hal ini demikian kerana, Israel yang merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat mendapat sokongan daripada negara-negara Barat. Israel bebas untuk melakukan apa sahaja di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Ramai rakyat Palestin terutama yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan wanita telah terkorban sepanjang kekecohan antara Palestin dan Israel ini berlaku. Amerika Syarikat yang dengan lagaknya sebagai polis keamanan itu sendiri telah memberi bantuan dalam bentuk senjata untuk memerangi rakyat-rakyat Palestin yang tidak bersalah ini. Mereka juga telah membunuh beratus ribu orang awam di Iraq dan Afghanistan dan digembar-gemburkan oleh media Barat sebagai mempertahankan hak asasi manusia dan keamanan sejagat. Hakikatnya, merekalah pengganas yang mencabul hak asasi sesama manusia di bumi ini. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa berlakunya pencabulan hak asasi manusia hasil daripada hegemoni negara-negara Barat ini. Negara-negara Barat seperti Amerika dan Britain juga pernah membangkitkan tentang kebimbangannya mengenai kebangkitan China dalam aspek ekonomi dan ketenteraan. Pasaran domestik China juga sering menimbulkan kecemburuan Amerika. Hal ini jelas menunjukkan bahawa negara-negara Barat ini tidak boleh melihat negaranegara lain melebihi mereka dalam semua aspek. Mereka mengamalkan konsep
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 24

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


matlamat menghalalkan cara. Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negara-negara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikan sebagai usaha mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyat sendiri. Hal ini demikian kerana, tanpa bantuan-bantuan sebegini, negara tersebut akan mengalami inflasi dan kesannya akan datang kepada rakyatnya juga. Misalnya, pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah

seperti Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah sebenarnya merupakan salah satu usaha untuk meluaskan hegemoni Barat melalui liberalisasi pasaran (Shahrom Sulaiman, 2002).

4.0

KESAN HEGEMONI BARAT TERHADAP RAKYAT MALAYSIA Cabaran yang hebat terhadap perkembangan tamadun Islam dan Tamadun Asia

ialah serangan dan penjajahan pemikiran oleh kuasa Barat. Menurut Sarjana Islam Dr. Yusuf Al-Qardawi terdapat tiga medium utama yang digunakan oleh pihak Barat untuk menguasai Islam iaitu melalui sistem pengajaran dan pendidikan, media massa dan serangan sosial (Mohammad Kamil, 2004). Untuk melihat kesan hasil daripada perkembangan hegemoni Barat ini di Malaysia, kita tidak boleh lari untuk melihat kesannya kepada empat aspek yang berikut. Ekonomi

Sosial

KESAN HEGEMONI BARAT DI MALAYSIA

Politik

Media

Rajah 4.0.0 : Kesan hegemoni Barat di Malaysia


AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 25

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Impak-impak yang boleh dilihat hasil daripada perkembangan hegemoni Barat ini dapat dilihat dengan jelas dan perkara ini dilihat menjadi semakin kritis dan berada pada tahap yang membimbangkan semua pihak. 4.0.1 SOSIAL Kesan utama hasil daripada perkembangan hegemoni Barat di Malaysia adalah dalam aspek sosial masyarakat khususnya yang beragama Islam. Generasi kini khususnya remaja mudah terikut-ikut dan meniru cara hidup Barat sama ada dari segi pakaian, percakapan, gaya hidup dan banyak lagi. Hal ini jelas menunjukkan budaya Barat telah menjadi semakin sebati dengan rakyat Malaysia. Hari ini, kita banyak membaca di dada-dada akhbar dan menonton di televisyen mengenai kes pembuangan bayi yang menjadi semakin serius. Hal ini adalah contoh daripada pengamalan budaya Barat yang mengamalkan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan, hubungan seks rambang dan seks songsang iaitu menghalalkan hubungan seks sejenis. Budaya Barat ini jelas bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia yang mementingkan pegangan agama dan kesantunan budi pekerti yang tinggi. Isu gay, lesbian, mak nyah dan pondan ini menjadi semakin serius di negara kita. Ini semua adalah hasil daripada pengaruh hegemoni Barat terhadap sistem sosial di negara kita. Misalnya, baru-baru ini negara kita digemparkan mengenai perkahwinan pasangan gay di Dublin dan seorang daripada pasangan lelaki tersebut berasal daripada Malaysia. Hal ini pastinya mengejutkan semua pihak terutama rakyat Malaysia Barat kerana amalan homoseksual bertentangan

daripada

ini sangat-sangat

dengan budaya Timur apatah lagi dalam pegangan setiap agama terutamanya agama Islam. Bukan itu sahaja, baru-baru ini juga negara dihangatkan dengan program Seksualiti Merdeka.
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 26

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Dalam program ini, golongan-golongan gay, lesbian dan mak nyah berkumpul untuk menyuarakan hak mereka supaya tiada diskriminasi terhadap golongan seperti mereka. Mereka juga menginginkan kerajaan Malaysia mengiktiraf kedudukan mereka dalam semua sektor atau bidang pekerjaan. Hal ini telah menggambarkan bahawa budaya-budaya Barat ini telah meresap ke dalam jiwa rakyat Malaysia walaupun menyedari perkara tersebut dilaknat oleh Allah S.W.T. Selain itu, golongan remaja ini lebih mudah terikut dengan perkembangan fesyen semasa dari Barat. Mereka menjadikan artis-artis Holywood sebagai idola dan ikutan mereka. Mereka lebih suka untuk memakai pakaian ketat, berjenama mahal dan fesyen yang pada pandangan mereka kononnya up to date kerana mereka tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman. Pada mereka pakaian yang mencolok mata itulah merupakan fesyen yang terkini dan langsung tidak mempedulikan pandangan masyarakat. Mereka begitu mengagungkan dan mendewakan artis-artis tersebut dengan meniru cara pemakaian dan perangai artis tersebut tanpa memempedulikan pegangan agama.

Daripada aspek pemakaian dan tingkah laku generasi muda ini pastinya telah mengakibatkan berbagai-bagai lagi perkara maksiat yang mereka akan lakukan seperti minum arak, merokok, melakukan seks rambang dan homoseksual. Apabila golongan remaja khususnya telah terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat ini, nilai-nilai moral sedia ada dalam diri mereka akan terhapus. Kesan-kesan daripada mengamalkan budaya-budaya Barat ini, generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara akan hancur musnah. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan mereka terlibat dengan dadah, pembuangan bayi dan sebagainya. Disamping itu, kegilaan para remaja terhadap muzik-murik dari Barat juga
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 27

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


kian merungsingkan. Terdapat pelbagai genre muzik yang boleh kita dengan hasil daripada negara Barat ini seperti hip hop, rock, heavy metal dan pop. Seperti yang kita ketahui, cara hidup bebas masyarakat Barat juga turut dimasukkan dalam lirik-lirik lagu yang mereka hasilkan. Hal ini secara tidak langsung telah mempengaruhi rakyat Malaysia supaya mengamalkan cara hidup mereka. Rakyat Malaysia juga ada yang sanggup berhabis wang, masa dan tenaga semata-mata untuk mengikuti

perkembangan semasa artis-artis pujaan mereka. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak konsert artis-artis dari Barat ini dianjurkan di negara kita bagai cendawan tumbuh lepas hujan dan pastinya tiket-tiket konsert jauh lebih mahal berbanding dengan artis-artis tempatan. Mereka sanggup menunggu berjam-jam dan bersesak-sesak semata-mata untuk melihat konsert artis pujaan mereka ini. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini terdapat satu kes seorang artis Barat yang menghina agama Islam dengan membuat tatu berukir kalimah Allah dan Muhammad di badannya namun diberi kebenaran untuk mengadakan konsert di negara kita yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Hal ini jelas terbukti menggambarkan bahawa rakyat negara kita telah dicemari pemikiran mereka supaya menerima apa jua budaya dan amalan hidup dari Barat tanpa mengira sensitiviti keagaamaan dan sebagainya. Kesan penyebaran hegemoni Barat di Malaysia juga bukan sahaja melibatkan golongan remaja malahan juga mempengaruhi ibu dan bapa. Hegemoni Barat ini kelihatan mempengaruhi minda dan tanggapan orang tua supaya menerima cara hidup Barat dalam kehidupan bekeluarga. Ibu bapa pada masa kini dianggap kononnya sporting kerana tidak langsung memarahi anak-anak mereka sekiranya terlibat dengan aktiviti bercouple, dating, anak-anak berpakaian seksi dan macam-macam lagi. Golongan ibu bapa ini seolah-olah memberi green light kepada anak-anak mereka supaya melakukan perkara-perkara sedemikian malah mereka juga memberi sokongan terhadap aktiviti anak-anak mereka
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 28

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


tersebut tanpa memberi nasihat yang berguna buat generasi muda ini. Ada juga ibu bapa anak-anak itu sendiri yang menggalakkan ana-anaknya untuk

berpakaian seksi dengan membelikan pakaian-pakaian yang mencolok mata tersebut untuk mereka. Pada pandangan mereka, sekiranya ibu bapa melarang anak-anak mereka daripada untuk bercouple atau mempunyai pasangan mereka sendiri dan berpakaian seksi, ibu bapa tersebut merupakan golongan yang tidak mengikut trend semasa dan ketinggalan zaman. Isu ini tidak langsung mengira sama ada keluarga itu mempunyai pendidikan yang tinggi atau tidak. Misalnya, seorang belas pelajar cemerlang SPM yang mencapai keputusan 17A1 dan ibunya yang merupakan seorang guru telah menyokong dan membela tindakan anaknya yang berpakaian seksi dan berpelukan dengan seorang lelaki yang pastinya bukan muhrim baginya. Ibunya malah memberi komen bahawa mengenali setiap rakan-rakan anaknya dan beliau sendiri turut berada semasa gambar berpelukan anaknya bersama teman lelakinya di ambil. Tambahnya lagi, ibunya juga mengakui bahawa pakaian yang dipakai oleh Nur Amalina Che Bakri ini juga telah dibeli oleh beliau sendiri. Rentetan daripada kes ini, jelaslah bahawa ideologi dan amalan gaya hidup Barat sudah makin menular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira usia mahupun taraf pendidikannya. Tidak cukup dengan itu, dari segi penjenamaan, rakyat Malaysia juga begitu mementingkan jenama-jenama yang datangnya dari Barat. Sebut sahaja jenama-jenama seperti Levis, Bonia, Adidas dan Nike pasti mereka mengenalinya. Mereka kurang berminat untuk menyokong produk tempatan. Hal ini demikian kerana mereka bertanggapan bahawa produkproduk berjenama tempatan tidak berkualiti seperti jenama Barat. Mereka juga berasa bangga sekiranya mampu untuk memiliki produk-produk
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 29

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


yang berjenama Barat ini. Remaja masa kini juga berusaha mengumpul duit sematamata untuk membeli barang yang berjenama ini walaupun kualiti produk tempatan adalah setanding dengan produk Barat. Dari segi pemakanan pula, rakyat kita juga sudah mula mengamalkan cara pemakanan Barat yang lebih gemar kepada makanan segera berbanding mengikut sunnah Rasulullah itu sendiri. Produk-produk makanan Barat seperti KFC, MC Donalds, Pizza Hut, Coca-cola dan Sprite ini semakin digilai oleh rakyat Malaysia tidak kira peringkat umur. Walaupun mereka menyedari makanan-makanan ala Barat ini sebenarnya banyak mendatangkan impak negatif kepada kesihatan namun mereka masih berdegil untuk tetap mendewa-dewakan makanan ala Barat ini. Hal ini merupakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa unsur-unsur hegemoni Barat sudah semakin sebati dalam masyarakat kita. Tanpa kita sedari, sebenarnya rakyat kita sendiri yang menyumbang kepada peningkatan hasil ekonomi mereka Barat ini. Hasil pendapatan inilah mereka gunakan untuk membunuh rakyat-rakyat yang tidak berdosa seperti yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Bosnia Hazegovina. Disamping itu, daripada aspek penggunaan bahasa Inggeris juga begitu diagung-agungkan berbanding bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan. Kononnya pada pemikiran mereka dengan menggunakan bahasa Inggeris

dalam perbualan seharian dan dalam segala urusan rasmi merupakan bangsa yang bertamadun dan dianggap maju. Hal ini demikian kerana bahasa Inggeris itu merupakan bahasa antarabangsa dan merupakan Lingua Franca. Hal ini mungkin disebabkan Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British iaitu sebuah negara Barat yang gah. Jadi impaknya masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Hal ini pastinya akan memberi impak kepada bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara sendiri disebabkan sikap masyarakat kita sendiri yang mengagung-agungkan bahasa Barat. Misalnya, kerajaan sendiri telah memperkenalkan Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah kebangsaan
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 30

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


dan menengah di seluruh negara. Hal ini membuktikan kerajaan lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan. Jelaslah bahawa hegemoni Barat ini telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

4.0.2 EKONOMI Seterusnya penyebaran hegemoni Barat ini juga mempengaruhi rakyat Malaysia dalam aspek ekonomi. Sistem muamalat seperti saranan Islam juga tidak dipraktikkan di dalam sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin beragama Islam dan rakyatnya majoriti Islam. Ekonomi yang berdasarkan kapitalisme dan liberalisme yang diperkenalkan oleh Barat juga yang diagung-agungkan. Sistem yang diperkenalkan Barat ini ternyata bersifat berat sebelah dan hanya menguntungkan pihak mereka sahaja. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka menguasai ekonomi dunia. Kesan hegemoni Barat terhadap ekonomi Malaysia dapat dilihat semasa negaranegara Asia mengalami kegawatan pada tahun 1997. Malaysia juga tidak terlepas daripada terkena tempiasnya. Negara mengalami kadar inflasi yang tinggi dan rakyat terpaksa menerima impak ini. Kadar pengganguran meningkat dengan mendadak, banyak syarikat-syarikat terpaksa menggulung tikar kerana mengalami kerugian dan bankrup. Nilai matawang Ringgit Malaysia pada waktu itu juga menyusut secara mendadak berbanding nilai matawang Dolar Amerika Syarikat. Selain itu, indeks komposit Malaysia di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) juga jatuh dengan serius. Sebenarnya, kegawatan ekonomi yang berlaku di Asia adalah kerana terdapatnya konspirasi Barat untuk menjatuhkan ekonomi-ekonomi negara Asia. Mereka

mencemburui negara-negara Asia yang meningkat dari segi ekonomi. Negara-negara Barat telah bersepakat dengan peniaga-peniaga matawang untuk menjatuhkan nilainilai matawang di negara-negara Asia termasuklah Malaysia. Bukan itu sahaja, kesan daripada pengamalan hegemoni Barat dalam sektor ekonomi ini, Malaysia telah mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Hal ini bermakna,
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 31

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


sistem riba atau sistem faedah yang tinggi akan dikenakan terhadap peminjampeminjam. Sistem faedah yang tinggi ini ternyata sangat-sangat membebankan peminjam terutama golongan rakyat berpendapatan rendah. Hal ini menyebabkan rakyat-rakyat Malaysia yang ingin memulakan perniagaan takut dan tidak berkeyakinan untuk membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan mereka itu. Disebabkan terpaksa, mereka terpaksa membuat pinjaman kepada peminjam tidak berlesen. Secara tidak langsung, melalui amalan sistem ekonomi Barat ini telah menyebabkan pendapatan perkapita rakyat tetap berada di tahap yang sama dan tidak meningkat langsung. Menerusi amalan sistem ekonomi Barat menyebabkan jurang di antara rakyat yang miskin dan yang kaya semakin jauh. Ini bermaksud, terdapat satu kelompok rakyat yang sangat kaya dan terdapat satu kelompok yang sangat miskin. Disamping itu, penguasaan ekonomi oleh Barat ini juga turut memberi kesan kepada Malaysia menerusi jualan produk-produk. Kita dapat lihat dengan mata kita sendiri bahawa produk-produk negara Barat ini banyak terdapat di Malaysia. Namun, produkproduk negara kita jarang malah boleh dikatakan tiada langsung di negara mereka. Hal ini demikian kerana, mereka mengamalkan dasar diskriminasi atas setiap produk untuk menembusi pasaran di negara mereka. Selain itu, sistem ekonomi Barat juga menghantui sistem ekonomi negara kita. Hal ini demikian kerana, pemimpin-pemimpin negara kita tidak berani untuk mengamalkan sistem muamalat Islam secara keseluruhannya. Seperti yang kita ketahui, pada zaman Rasulullah lagi sistem perniagaan ekonomi dijalankan menggunakan dinar emas dan perak. Namun penggunaan dinar emas dan perak tidak dilakukan secara berleluasa di Malaysia. Kebanyakkan rakyat di negara kita mempunyai fikiran yang sempit dan mereka lebih mengagung-agungkan sistem ekonomi konvensional yang pastinya diperkenalkan oleh Barat. Negara-negara Barat pastinya akan panas sekiranya penggunaan dinar emas dan perak digunakan secara berleluasa. Hal ini demikian kerana, jika sistem matawang dinar emas dan perak

digunakan, Amerika Syarikat pastinya tidak akan mempunyai kuasa lagi untuk menguasai ekonomi dunia kerana selama ini Amerika Syarikat yang mengawal mata
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 32

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


wang dunia. Turun naiknya sesuatu matawang negara itu akan ditentukan Barat iaitu menggunakan nilai matawang Dolar Amerika dalam urusan perniagaan. Oleh sebab itu, negara-negara Barat ini menyogokkan kepada semua pemimpin-pemimpin negara termasuklah Malaysia mengenai keburukkan penggunaan dinar emas dan perak dalam urusan perniagaan. Barat juga pastinya akan mengambil pelbagai tindakan dan usaha untuk menghapuskan mana-mana negara yang menentang mereka. Jika diimbas krisis kewangan yang berlaku di negara kita suatu masa dahulu, inflasi berlaku di mana-mana sehingga penggunaan wang kertas Ringgit Malaysia dikatakan tidak mempunyai nilai. Semua krisis yang berlaku itu ternyata sebenarnya hasil konspirasi negara-negara Barat itu sendiri. Negara-negara matawang Barat kertas telah bagi

memperkenalkan

penggunaan

menghalang penggunaan matawang dinar emas dan perak. Matawang kertas itu sendiri sebenarnya tidak langsung mempunyai nilai jika krisis-krisis ekonomi dunia itu berulang lagi tetapi berbeza dengan nilai emas dan perak itu sendiri. Ianya mempunyai nilai yang stabil dan pada masa kini nilai emas itu sendiri menaik secara mendadak. Emas adalah sangat kukuh berbanding dengan wang, bond dan semua benda seperti saham. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa ideologi dan penguasaan hegemoni Barat itu sendiri telah mempengaruhi sistem ekonomi di negara kita. 4.0.3 POLITIK Aspek ketiga yang dapat dilihat hasil daripada penyebaran hegemoni Barat adalah melalui sudut politik. Disebabkan penguasaan Barat pada suatu ketika dahulu, mereka telah memperkenalkan sistem demokrasi. Disebabkan sistem politik yang baru ini diperkenalkanlah sistem kerajaan yang sedia ada telah menghapuskan kuasa raja ke atas pentadbiran dan pengurusan negara dan memperkenalkan sistem raja

berpelembagaan dan sistem demokrasi. Menerusi sistem ini, Lembaga Perwakilan Rakyat yang dikenali telah diperkenalkan sebagai parlimen mencakupi legislatif atau perundangan yang berfungsi sebagai pengawasan ke atas pentadbiran negeri di
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 33

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


bawahnya dan fungsi pentadbiran yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sistem, struktur dan organisasi pentadbiran. Selain itu, hegemoni Barat ini juga mempengaruhi sudut politik Malaysia kerana telah memperkenalkan konsep sekularisme. Ideologi sekularisme ini jelas

mempengaruhi corak politik yang berada di Malaysia. Fahaman sekularisme ini merupakan fahaman untuk memisahkan manusia dengan agama. Hal ini sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini demikian kerana, mengikut ajaran Islam, agama tidak dapat dipisahkan daripada setiap aspek kehidupan manusia termasuklah dalam urusan politik. Disamping itu, fahaman sekularisme ini juga telah mempengaruhi pemikiran pemimpin negara kita. Hal ini demikian kerana, mereka mengganggap bahawa urusan politik tidak boleh dicampur adukkan dengan urusan agama. Bukti ini jelas apabila kerajaan menolak sama sekali apabila terdapat usul supaya hukum-hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Mereka berpendapat bahawa hukum-hukum Islam itu sudah tidak lagi relevan untuk dilaksanakan di Malaysia kerana mempunyai rakyat berbilang kaum. Oleh hal yang demikian, kesannya adalah undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia kerana pemimpin-pemimpin negara mempunyai fahaman sekularisme yang datangnya dari Barat ini. Impak yang seterusnya dalam politik Malaysia terhadap hegemoni Barat ini adalah, pemimpin-pemimpin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang bertentangan dengan negara-negara Barat. Hal ini demikian kerana, mana-mana negara yang berbeza pendapat dengan Amerika Syarikat dan sekutunya pastinya akan mendapat pelbagai masalah dengan pelbagai sekatan yang akan dihadapi. Misalnya, Malaysia pernah mengetuai dan merupakan negara yang aktif dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) seluruh dunia. Namun apabila rakyat-rakyat Islam di Bosnia Harzegovina di Palestin di Libya dan di seluruh dunia ditindas dan dibunuh sesuka hati dengan kejam, negara kita dan anggota OIC yang lain tidak mampu berbuat apa-apa demi menuntut hak asasi manusia yang beragama Islam ini di tanah air mereka sendiri. Pertubuhanpertubuhan dunia seperti ini hanya tinggal pada nama sahaja kerana mereka
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 34

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


khususnya Malaysia tidak mempunyai kuasa langsung untuk mempertahankan hak asasi mereka. Walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan daripada penjajah Barat lebih daripada 50 tahun, tetapi apa yang berlaku pada masa kini adalah pengaruh dan dominasi Barat masih lagi ketara khususnya dalam konteks hak asasi manusia dan kebebasan berpolitik di peringkat antarabangsa. Sekiranya diperhatikan, segala keputusan utama yang berkaitan dengan hal ehwal politik negara akan dipantau oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Hal ini demikian kerana, mereka perlu memastikan bahawa mereka mendapat kepentingan hasil daripada sistem pemerintahan negara (Hashim Hj. Musa, 2005). Bukan itu sahaja, mengikut hegemoni Barat juga, kerajaan telah menetapkan hari dan waktu pejabat bagi seluruh negara kecuali negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah bermula hari Isnin dan berakhir pada hari Jumaat. Waktu urusan-urusan rasmi adalah sekitar 8 jam sehari bermula pada pukul 9 pagi hingga ke 5 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Hal ini membuktikan bahawa hegemoni Barat telah mempengaruhi sistem politik di negara kita kerana semua urusan rasmi pentadbiran kerajaan akan dijalankan mengikut waktu-waktu tersebut. Apabila diperhatikan dengan teliti, kita bekerja selama 8 jam, tidur 8 jam dan 8 jam yang selebihnya adalah untuk aktiviti-aktiviti sampingan seperti beriadah setiap hari. Sistem waktu yang diamalkan ini sebenarnya adalah mengikut Etika Kerja Protestan yang berasal daripada Barat (Protestan Work Ethic). Hasil daripada jajahan Baratlah negara kita mengamalkan sistem ini dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Mengikut pemikiran Barat, pekerjaan sepenuh masa memakan masa selama 40 jam seminggu manakala lebihan bagi 40 jam yang lain dianggap sebagai overtime. Barat juga percaya bahawa hari Ahad merupakan hari untuk melakukan ibadah mengikut kepercayaan agama Kristian. Oleh hal yang demikian, negara-negara Barat akan bercuti pada hari ahad. Hal ini jelas menunjukkan bahawa negara kita juga menerima impak daripada hegemoni Barat ini berbeza dengan ketiga-tiga negeri tadi yang hanya akan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Hal ini
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 35

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


demikian kerana, hari Jumaat merupakan hari untuk menunaikan ibadah Jumaat bagi orang Islam. 4.0.4 MEDIA Bagi melihat kesan hegemoni Barat terhadap rakyat di Malaysia, aspek media massa dan media komunikasi tidak boleh dipandang remeh. Hal ini demikian kerana, unsur-unsur hegemoni Barat banyak dilihat menerusi medium ini. Misalnya menerusi program-program realiti yang banyak dipaparkan sama ada menerusi televisyen swasta mahupun kerajaan seperti Malaysia Idol, Akedemi Fantasia ,Mentor dan banyak lagi sebenarnya dicedok daripada program-program realiti yang terdapat di negaranegara Barat. Program-program realiti yang dianjurkan oleh sesebuah stesen televisyen sama ada kerajaan mahupun swasta ini sebenarnya hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan kesannya kepada masyarakat. Menerusi media ini, kedudukan seseorang individu atau kumpulan itu boleh dinaikkan atau dijatuhkan dengan sekelip mata sahaja. Misalnya menerusi rancangan Akedemi Fantasia, Mawi merupakan artis yang menempah nama secara mendadak sekali. Popularitinya yang tiba-tiba sahaja naik selepas memasuki program realiti ini memang tidak dapat lagi dinafikan sehingga digelar Mawi World. Selain itu, program-program realiti ini juga mendatangkan kesan buruk kepada golongan awal remaja. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak yang belum matang lagi pun turut dikaitkan dengan program-program realiti seperti Kamilah Bintang dan Bintang Kecil. Hal ini pastinya menggangu pelajaran dan kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyen juga sentiasa memberi impak yang besar kerana boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat kita. Terdapat pelbagai unsur-unsur hiburan yang melalaikan. Secara tidak langsung, ideologi-ideologi Barat ini dapat disebarkan melalui pengaruh media massa dan komunikasi.
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 36

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Menerusi rancangan-rancangan di televisyen, terdapat unsur-unsur ganas, pornografi, tahayul dan adengan-adengan yang melampaui batas dan semua ini dicedok daripada Barat. Malahan cerita-cerita dari negara Barat juga telah dibawa masuk ke negara kita tanpa tapisan. Cerita-cerita ini pastinya penuh dengan adegan-adegan yang mengghairahkan dan tidak sesuai untuk tatapan umum. Media-media kita seolah-olah mempromosikan budaya dan ideologi Barat kepada rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, bukan setakat rancangan yang terdapat di televisyen, malahan kepelbagaian iklan-iklan mempunyai unsur Barat. Mereka menjadikan wanita seolah-olah simbol untuk seks atau sumber eksploitasi terutama untuk menaikkan rating jualan produk atau rancangan-rancangan yang disiarkan. Tidak kiralah menerusi rancangan atau ruangan-ruangan khusus yang terdapat di majalah atau surat khabar, media ini pastinya akan mempunyai unsur-unsur yang mengagungkan kehidupan dunia, alam maksiat serta mengagungkan artis-arti dan seniman. Selain itu, media di Malaysia juga mempunyai unsur-unsur yang menunjukkan keruntuhan nilai dan akhlak serta mengagungkan dunia Barat sebagai simbol kemajuan, pembangunan dan kemajuan dunia. Hal ini ternyata jelas bahawa media menjadi saluran utama untuk

mempopularkan unsur-unsur Barat ini di negara kita. Mereka meletakkan fahaman bahawa untuk kita maju sebagaimana orang barat, kita perlu meniru cara-cara mereka. Lalu perkataan moden ini disalah ertikan sebagai mengikuti cara hidup dan budaya barat. Dengan kata lain, untuk menjadi seorang yang maju dan moden, kita perlu mengamalkan nilai dan budaya barat walaupun

ianya bercanggah dengan syariat Islam. Hal ini jelas adalah satu kekeliruan yang nyata tetapi tersembunyi lantaran propaganda yang tersebar merata-rata terutama menerusi media. Istilah kemajuan dan kemodenan ini digambarkan seolah-olah ia milik eksklusif masyarakat barat. Apa sahaja yang berasal dari barat dikatakan maju dan moden dan apa sahaja yang bersifat tempatan dikatakan tradisional dan mundur. Misalnya, pakaian baju kurung, kebaya, baju melayu dikatakan pakaian
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 37

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


tradisi, manakala pakaian ala barat yang mendedahkan aurat dikatakan pakaian yang moden. Makanan tempatan dikatakan makanan tradisi manakala makanan ala barat sebagai makanan yang moden. Hiasan rumah yang berasaskan rekabentuk tempatan dikatakan tradisi manakala rekaan rumah ala barat dikatakan rekabentuk moden. Lagu berirama tempatan dikatakan lagu tradisi manakala lagu yang berirama ala barat dikatakan lagu moden. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa hegemoni Barat ini telah mempengaruhi media massa dan elektronik di negara kita. 5.0 PENUTUP Berdasarkan fakta-fakta yang telah diperjelas, terdapat banyak impak negatif hasil daripada hegemoni Barat ini. Masyarakat dunia kini lebih mengenali tamadun Barat berbanding tamadun mereka sendiri. Perkara ini menyebabkan penghormatan diri individu pincang. Kehidupan sosial manusia pada masa kini turut terjejas kerana mereka terlalu taksub mengejar kemewahan dan kesenangan dunia lantas

membelakangkan agama mereka sendiri. Dominasi Barat dalam semua bidang memberi kesan yang besar terhadap pembangunan manusia dan seterusnya membantutkan proses pembentukan modal insan. Penjajahan dari segi pemikiran juga amat bahaya dan sukar diatasi kerana penjajahan ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi meresap secara halus dan membawa natijah yang besar kepada diri, agama dan bangsa. Jika dilihat dalam konteks Malaysia, generasi muda pada masa kini terutama yang beragama Islam sudah mula melupakan konsep agama Islam itu sendiri supaya menjaga tingkah laku, batas pergaulan dan berpakaian yang menutup aurat. Mereka hanya mengikut kehendak mereka tanpa mempedulikan langsung apa yang telah ditegah oleh Allah di dalam Al-Quran kerana pada pandangan mereka apa yang disuruh oleh Allah itu sudah ketinggalan zaman dan tidak bersesuaian dengan trend pada zaman yang serba canggih ini. Oleh sebab itu mereka lebih mementingkan hegemoni Barat ini dalam kehidupan seharian mereka. Namun perkara ini Allah S.W.T telah menegaskan dalam dalil-dalilnya bahawa Al-Quran itu kekal hingga ke akhir zaman sebagai petunjuk untuk semua umat. Mafhumnya seperti berikut:
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 38

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Firman Allah SWT dalam surah al-Isra', ayat 9: "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar."

Firman Allah SWT dalam surah Fussilat, ayat 44: "Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi)." Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl, ayat 89: "Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam." Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelaslah kepada kita bahawa Al-Quran itu merupakan petunjuk yang benar dan tidak akan membawa kepada kesesatan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Jadi, tanggapan generasi pada masa kini yang menyatakan bahawa Al-Quran sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan panduan dalam hidup adalah salah sama sekali. Remaja merupakan tonggak dan harapan bangsa, jika hegemoni Barat menjadi ikutan mereka maka punah ranahlah harapan negara. Jadi pelbagai pihak mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung hegemoni dari Barat ini dari terus menguasai dunia.
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 39

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Tuntasnya, penjajahan hegemoni barat adalah sesuatu cabaran semasa yang amat berat dan perlu ditangani segara oleh pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat dunia secara professional, kolektif dan serius. Kita tidak mahu generasi akan datang lebih mengenali peradaban barat melebihi peradaban mereka sendiri lalu tidak mempraktikkan nilai, tradisi dan cara hidup sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam.

6.0

REFLEKSI KENDIRI

6.1 OLEH : AINAN NAJIHAH BINTI MOHD MUSLEH Saya diberi tugasan ini pada 27 Februari 2012 berkaitan dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pada awal proses membuat tugasan ini, saya telah melakukan sedikit perbincangan bagi memahami tugasan ini dengan lebih mendalam agar tidak berlaku sebarang kesilapan diakhir penghasilannya nanti. Alhamdulillah, walaupun mengalami sedikit kekeliruan, namun akhirnya saya dapat memahaminya dengan baik. Saya dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan tugasan berkaitan konsep Tamdun Islam, konsep Hegemoni Barat dan kesan Hegemoni Barat di kalangan masyarakat Malaysia.

Kekuatan dalam tugasan ini ialah dapatan ilmu yang pelbagai melalui sumber yang berbeza membantu saya untuk menyelesaikan segala tugasan yang

diamanahkan. Selain daripada itu, bimbingan daripada pensyarah juga merupakan kekuatan dalam kerja kursus ini. Perbincangan yang dilakukan secara berkala dengan pensyarah banyak merungkaikan kekeliruan yang saya alami. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya En. Amir bin Hassan yang telah banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar bagi memastikan kami dapat menghasilkan sebuah hasil kerja yang baik dan menarik. Sekaligus dapat memperoleh markah yang baik bagi tugasan yang dibuat.

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 40

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Pada peringkat awal penghasilan, saya mengalami sedikit kesulitan kerana keliru dengan kepelbagaian maklumat yang memberi input berbeza. Perbincangan dengan pensyarah pembimbing merungkaikan kekeliruan yang saya alami. Di dalam tugasan ini juga, saya mendapati bahawa saya kurang mahir dan cekap dalam penggunaan sistem teknologi terkini. Sebagai contoh, dalam tugasan ini saya perlu menyediakan peta minda. Bagi menghasilkan satu peta minda sahaja, saya memperuntukkan masa yang banyak. Hal ini disebabkan oleh penguasaan yang kurang baik dalam menggunakan sistem komputer yang semakin canggih kini.

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, saya merasakan bahawa usaha yang bersungguh-sungguh serta kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan. Masalah dalam mempunyai pelbagai sumber serta pelbagai pendapat dan pandangan sering kali berlaku. Hal ini demikian kerana, manusia mempunyai satu sikap yang tidak dapat dinafikan iaitu gemar mengeluarkan kesimpulan, pendapat dan cadangan yang tersendiri mengikut kretiviti pemikiran mereka masing-masing. Bagi menyelesaikan masalah kekeliruan tersebut, saya merasakan saya perlu lebih banyak mengkaji dengan membaca lebih banyak bahan rujukan serta membuat rujukan pada pensyarah pembimbing agar tidak mengalami kesalahfahamn dalam sesuatu topik yang timbul. Kemudian, sebagai seorang guru saya sedar bahawa kemahiran membuat sebuah penerangan dan huraian serta penjelasan haruslah dikuasai dengan baik. Hal ini disebabkan oleh, seorang guru lebih banyak terdedah kepada kurikulum yang memerlukan pelbagai perancangan dan penjelasan yang jelas untuk sesi pembelajaran dan pengajaran anak-anak murid di sekolah nanti. Selain itu juga, penguasaan dalam bidang teknologi sangatlah perlu dititik beratkan agar guru tidak ketinggalan dengan peredaran zaman yang semakin canggih kini.

Dapatlah dirumuskan di sini, bahawa setiap Tamadun memainkan perana dalam pembentukan sesuatu kehidupan manusia pada zaman-zaman tertentu. Dengan tugasan ini, dapatlah suatu ilmu dan pengetahuan baru mengenai sesuah Tamadun dengan lebih mendalam lagi. Selain itu juga, saya berharap, pada masa akan datang, saya dapat menghasilkan sebuah peta minda yang menarik tanpa memerlukan masa
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 41

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


yang begitu panjang. Semoga kerja kursus ini dapat diterima oleh pensyarah pembimbing dan sekaligus memberi markah yang terbaik kepada saya. Terima kasih diucapkan.

6.2 OLEH: NUR FATIN BINTI MOHD MAZLAN Terdapat pelbagai kelebihan dan kekurangan yang dapat saya kenal pasti semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini. Dalam tugasan ini, saya perlu menyiapkannya secara berpasangan dan pasangan saya adalah Ainan. Seawal mendapat tugasan ini iaitu beberapa hari sebelum kami cuti untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan cuti semester, kami telah membuat perbincangan bersama bagi memudahkan lagi untuk menyiapkan tugasan ini. Bagi soalan pertama, Ainan telah bersetuju untuk menyelesaikannya. Walaupun soalan pertama ini Ainan yang dipertanggungjawabkan, namun saya tidak hanya melepaskan urusan ini begitu sahaja kepada beliau. Saya juga ada mencari maklumat untuk ditambah dalam soalan ini sekiranya terdapat kekurangan dan tugas untuk mengumpul semua soalan untuk dicompilekan. Jadi, di kesempatan itu saya telah membuat penelitian sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat yang diletakkan dalam tugasan ini. Selain itu, pada peringkat awal kami tidak menghadapi banyak masalah kerana sudah membuat perbincangan yang teratur dan bertukar-tukar idea serta maklumat yang kami peroleh. Namun begitu, pada peringkat pertengahan proses menyiapkannya, saya dan Ainan menghadapi beberapa masalah kerana kami sedang cuti semester. Kekangan-kekangan itu termasuklah sukar untuk kami berhubung antara satu sama lain dengan lebih kerap. Bukan itu sahaja, semasa cuti itu sendiri, datuk Ainan telah sakit dan telah meninggal dunia. Jadi beliau kekurangan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Namun, perkara ini tidaklah mendatangkan masalah yang besar bagi saya kerana antara kami terdapat tolak ansur antara satu sama lain. Kami juga telah berbincang melalui telefon dan laman sosial seperti facebook untuk memudahkan lagi kerja-kerja kami.
AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 42

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Saya telah memilih untuk menyiapkan soalan 2 dan 3. Hal ini demikian kerana, kedua-dua soalan ini saling berkait rapat. Jadi ia tidak mendatangkan masalah bagi saya untuk menyelesaikannya memandangkan kawan saya Ainan mempunyai masalah kerana datuknya yang sakit dan telah meninggal pada cuti semester baru-baru ini. Pada peringkat awal, saya tidak menghadapi masalah untuk menyelesaikannya kerana sebelum ini saya memang suka membaca dan mencari informasi-informasi mengenai Barat. Tabiat saya yang suka membaca juga telah memberi kelebihan kepada saya untuk menulis isi yang diminta mengikut soalan kedua dan ketiga ini. Namun pada peringkat pertengahan proses membuatnya, saya menghadapi masalah kerana saya takut jika apa-apa yang saya tulis ini membangkitkan isu-isu sensitif termasuklah isu agama dan politik mana-mana parti. Namun kekangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah bertanya pendapat beberapa kawan saya mengenai masalah yang saya hadapi. Selepas membuat beberapa sesi perbincangan mengenainya, masalah yang saya hadapi ini dapat diatasi dengan baik. Niat saya hanyalah untuk menyatakan pendapat berdasarkan bukti-bukti yang kukuh serta hasil daripada pembacaan saya daripada pelbagai sumber sebelum ini. Tugasan ini bukanlah untuk menyinggung atau menyatakan ketidakpuasan hati saya kepada mana-mana pihak. Disamping itu, melalui tugasan ini juga saya telah mendapat pelbagai maklumatmaklumat tambahan walaupun ada di antaranya telah dikongsi oleh pensyarah penasihat saya sewaktu sesi kuliah berlangsung. Secara tidak langsung, menerusi tugasan ini juga telah membantu saya untuk memahami dan mengingati fakta-fakta yang berkaitan dengan konsep-konsep asas tamadun Islam dan beberapa tamadun lain di Asia. Bukan itu sahaja, melalui tugasan ini saya juga telah mempelajari satu nilai yang tidak mungkin saya peroleh di mana-mana iaitu nilai kerjasama dan tolak ansur dalam satu pasukan itu sangat penting. Hasil daripada kerjasama inilah yang membolehkan tugasan saya dan rakan saya ini dapat dihasilkan dengan jayanya.

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 43

Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3101


Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah penasihat saya iaitu Encik Amir bin Hassan di atas kerjasama dan sokongan beliau untuk menyampaikan ilmu dengan ikhlas. Tanpa bantuan beliau, tugasan ini pastinya tidak mampu saya siapkan dengan sempurna. Sebarang kekurangan yang terdapat dalam tugasan ini saya memohon ampun dan maaf. Diharapkan tugasan ini mampu dijadikan sebagai sumber rujukan di masa-masa hadapan kelak. Sekian, terima kasih.

AINAN NAJIHAH & NUR FATIN | 44

You might also like