Permainan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tajuk Pemudah cara

: Asas Permainan Kategori Serangan : Cik.S.Manikarnigai

Nama Permainan : Belon Dash Senarai Alatan : 20 belon yang berisi air, 6 skitel, 2 bakul, papan skor, 14 ribon Pelaksanaan Aktiviti 1. 2. 3. 4. Garisan sempadan kawasan permainan ditandakan menggunakan skitel. Setiap Pasukan terdiri daripada 7 orang. Sebelum permainan dimulakan, setiap kumpulan telah diberikan markah sebanyak 10 mata. Permainan dimulakan dengan pemain yang berada di zon c. Pemain tersebut akan menghantar belon kepada rakan sepasukan yang berada di antara zon B dan zon C sama ada secara melambung atau melontar. 5. 6. 7. Seterusnya peserta yang berada di zon tersebut akan cuba untuk menjaringkan gol dengan menhantar belon tersebut kepada penjaga gol yang berada di zon A dan D. Mata akan ditolak bagi kumpulan yang memecahkan belon yang berisi air tersebut. Pasukan yang mempunyai banyak bilangan belon yang berisi serta mata yang tertinggi di akhir permainan dikira sebagai pemenang. PELAN KEDUDUKAN

Tajuk Pemudah cara

: Asas Permainan Kategori Jaring / Dinding : Cik.K.Tamilarasi

Nama Permainan : Bouncing Bouncing. Senarai Alatan : Skital, Bola, Guni Plastik. Jaring yang diperbuat daripada tali rafesia dan skital besar, Pelaksanaan Aktiviti 1. Bahagikan pelajar kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdapat 4 orang pelajar. 2. Kawasan setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 zon, iaitu Zon A dan Zon B. 3. Setiap zon terdapat 2 orang pelajar dengan memegang guni. Permainan dimulakan dengan servis dari kumpulan A kepada kumpulan B. 4. Servis dibuat di kawasan servis Kumpulan A ke kawasan servis Kumpulan B dan tidak boleh melepasi Servis Line. Sekiranya bola tidak sampai di kawasan servis pihak berlawan atau keluar daripada Playing Line, maka servis dikira batal dan markah akan diberi kepada pihak lawan. 6. Setiap kumpulan hanya dibenarkan melambung bola sebanyak 2 kali pada zon kumpulan sendiri sebelum melambung bola kepada pihak lawan. 7. Mata akan diberi kepada kumpulan yang berjaya menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan pihak lawan gagal membalas hantaran tersebut. 8. Sekiranya bola jatuh di kawasan larangan atau keluar daripada playing line, maka pihak lawan akan mendapat mata.

9. Pertukaran servis berlaku apabila pihak servis gagal mendapat mata. 10. Kumpulan yang berjaya mendapat 3 markah berterusan akan mendapat peluang untuk pusingan bonus. 11. Untuk pusingan bonus, pihak menang diberi 1 kali peluang untuk melambung bola ke kawasan pihak lawan. Sekiranya bola jatuh dalam bulatan, maka 2 mata akan diberi dan 1 mata akan diberi jika bola jatuh dalam zon pihak lawan. Tiada mata diberi jika bola jatuh dalam kawasan larangan atau keluar daripada playing line. 12. Kumpulan yang berjaya mendapat 15 mata dahulu akan dikira menang 1 set. Kumpulan yang menang 2 daripada 3 set adalah pemenang akhir.
PELAN KEDUDUKAN

Garisan Merah: Playing Line Garisan Biru: Servis Line Garisan Hijau: Zon Line Tajuk Pemudah cara : Asas Permainan Memukul & Memadang : Cik.M.Vimoshiny

Nama Permainan : Bayam Besbol Senarai Alatan : Pemukul, Bola kertas, bola, gelung, skital, tali, Pelaksanaan Aktiviti 1 Permain ini hendaklah terdiri daripada 10 orang pemain. 2 Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pemukul - A (5 orang) dan pemadang - B (5 orang). 3 Pemain akan dilabelkan mengikut nombor 1-5. 4 Pemain (pemadang) hendaklah berada dalam garisan yang telah ditetapkan mengikut ketetapan peraturan dan pengadil. 5 Pemain (pemukul) akan terbatal sekiranya melanggar kon zig-zag. 6 Pemukul 1 akan memukul bola diatas kon. 7 Pukulan pemukul hendaklah melepasi garisan Palang Merah. Jika tidak melepasi garisan tersebut (pemukul 1 sahaja), maka automatik pemain dan kumpulan itu terbatal dan akan hilang giliran. 8 Pemukul hendaklah mengambil bola getah dalam bakul dan berlari melepasi rintangan kon zig-zag. 9 Pemadang hendaklah mengambil bola tersebut dan membalingnya mengenai badan pemukul yang sedang berlari.

10 Pemadang tidak boleh melintas kawasan larian zig-zag pemukul secara sesuka

hati dan pergerakan merekan hanya terhad dalam kawasan mereka sahaja. Pemukul yang sudah melepasi kawasan larian zig-zag hendaklah memasukkan bola getah yang diambil ke dalam bakul yang telah disediakan. 12 Pemukul akan hilang giliran jika pemadang berjaya membaling bola dan terkena pemukul atau berjaya menangkap pukulan bola besbol oleh pemukul. 13 Markah akan dikira berdasarkan bilangan bola getah yang berjaya dikumpul dalam bakul.
11 14

PELAN KEDUDUKAN

You might also like