Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bentuk Pentaksiran PSV

Soal selidik

Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik. Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan.

Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik: - sesuai dengan kesediaan responden, - format instrumen yang sistematik, - arahan yang jelas, - surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian - ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006).

Panduan membentuk item-item soal selidik - penggunaan bahasa yang mudah, - selaras dengan responden, - elakkan soalan yang sukar, - soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, - elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, - elakkan soalan yang kabur,

- elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, - elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif (Merican, 2006).

Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000)

Rekod profil murid

Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred. Jenis-jenis Rekod Murid

- Rekod Kutipan Yuran - Kad Himpunan - Buku Kemajuan Murid - Jadual Kedatangan - Rekod Prestasi - Rekod Profil

Portfolio

Apa Itu Portfolio?

Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar.

(Arter & Paulson, 1990)

Konsep

Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan.

Hasil kerja

Hasil Kerja Murid merupakan tugasan yang diberi oleh guru selepas P&P sebagai peneguhan kefahaman murid untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran.

Borang kemajuan diri

Menunjukkan tahap pencapaian murid. Menjadi panduan guru untuk merancang tindakan susulan.

This outline was generated with bubbl.us

You might also like