Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuarat Agung
Minit Mesyuarat Agung
Hari
Tarikh : Masa :
Kehadiran guru: 1. 2. 3. 4. 5. Puan Saudah Bt. Ahmad Cik Yamuna Sharmini A/P Manikam Puan Faizah Bt Arsad Puan Ros Anita Saloma Bt. Rosidi En. V.Santhaana Kumar A/L V.Velayutham
Kehadiran Murid : 36/37 orang murid Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi Majlis a. Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan mengucapkan selamat datang serta terima kasih kepada semua guru penasihat dan ahli-ahli persatuan. b. Tahniah kerana terpilih menyertai unit BSMM pada tahun ini terutama kepada murid-murid tahun 3. c. Perlantikan ahli jawatan kuasa yang baharu diharap dapat menggerakkan persatuan dengan lebih aktif.
2. Ucapan Penasihat a. Ucapan salam dan terima kasih kerana menghadiri mesyuarat. b. Semua ahli diharapkan akan memberi kerjasama dan bergerak aktif untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang. c. Penglibatan dalam unit beruniform akan diharap membentuk sahsiah dan keperibadian seseorang. 3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu a. Puan Ros Anita Saloma selaku Ketua Penasihat Unit BSSM sesi 2012 membentangkan minit mesyuarat yang lalu. b. Mohamad Syazwan Hafizi (6A) mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. c. Damia Nur Adlina (4A) menyokong cadangan tersebut. 4. Perkara Berbangkit. - Tiada
7. Hal-hal Lain a. Setiap hari Rabu, setelah selesai sesi persekolahan, murid tidak dibenarkan pulang. . Murid diminta membawa peralatan yang sesuai untuk aktiviti kokurikulum. Sekiranya ada kecemasan, perlu memaklumkan kepada guru penasihat. b. Murid boleh membeli makanan di kantin sekolah. Semua murid tahun 3 hingga tahun 6 tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dari jam 1.00 petang hingga 3.30 petang pada setiap Rabu kecuali untuk menunaikan solat di masjid Kampung Repoh. c. Tindakan dispilin akan diambil sekiranya didapati murid melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. d. Semua murid perlu sentiasa mengikut arahan guru semasa menjalankan aktiviti kokurikulum. e. Penyediaan buku log adalah diwajibkan. Buku log perlu segera disediakan terutama kepada murid tahun 3 dan murid lain sekiranya buku log sedia ada telah hilang. f. Pemakaian uniform adalah wajib pada hari Rabu antara jam 7.40 pagi hingga 1.00 petang. Murid boleh memakai t-shirt unit beruniform BSMM semasa menjalankan aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. 8. Ucapan Penagguhan a. Pengerusi berharap semua ahli BSMM dapat mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. b. Diharapkan pada tahun ini unit BSMM akan lebih menyerlah dan berjaya dalam aktiviti yang diadakan.