Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TOKOH TAMADUN JEPUN

MAHARAJA MEIJI

Merupakan kerabat diraja istana Diraja Jepun

Mendapat gelaran Maharaja Meiji kerana memerintah ketika zaman Meiji (Pemerinta han kesedaran)

Nama baginda ialah Mutsuhito

Memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga 30 Julai 1912 (hari kemangkatan baginda).

Dilahirkan pada 3 november 1852

Maharaja Meiji

Sepertilah maharajamaharaja sebelumnya, baginda dikenali dengan nama posthumus selepas mangkat

PEMERINTAHAN MEIJI
Pada 23 Oktober 1868, dikatakan pemulihan atau pemodenan Jepun telah bermula dengan pemerintahan Meiji. Pemerintahan Meiji atau Pemulihan Meiji bertujuan untuk mengembalikan maharaja kepada kedudukannya yang sebenar. Namun bermulanya zaman pemulihan Meiji ini, kepimpinan kerajaan baru telah didominasi oleh samurai muda dari suku kaum Satsuna dan Choshu atau Oligarki Satsuma-Cho yang bertugas sebagai penasihat Meiji. Mereka menyedari bahawa Jepun tidak dapat menandingi kuasa imperialis barat yang merupakan ancaman utama kepada kedaulatan Jepun kecuali menjadikan Jepun sebuah negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat. Maka lahirlah tujuan utama kerajaan mereka iaitu Eukoku Kyohei ( sebuah negara yang kaya dengan kuasa ketenteraan yang kuat )

LANGKAH KE ARAH MODENISASI JEPUN..


Hubungan Luar Sistem Pentadbiran Yang Licin dan Cekap. Satu piagam telah digariskan: Dewan-dewan perbahasan akan ditubuhkan dan semua undang undang haruslah ditentukan oleh pendapat ramai. Semua pegawai kerajaan mesti sepakat dalam melaksanakan dasar kerajaan. Semua rakyat mesti dibenarkan mengembangkan bakatnya dan menggunakan hak-haknya untuk memenuhi aspirasinya. Segala adat lama yang tidak berfaedah adalah dihapuskan. Jepun hendaklah mengambil semua penegetahuan dan kemahiran dari dunia luar untuk menjadiakan Jepun negara yang moden dan kuat.

Penghapusan sistem feudal Maharaja telah mengumumkan penghapusan semua tanah feudal dan semua tanah menjadi hak milik diraja. Pada bulan berikutnya, semua tentera feudal telah dibubarkan. Seluruh Jepun dibahagikan kepada 45 daerah yang ditadbir oleh pegawai kerajaan pusat. Dengan ini maka berakhirlah daimyo-daimyo sebagai pembesar feudal. Mereka ini kemudiannya diberi pembayaran dalam bentuk bon-bon kerajaan atau bayaran beras atas persaraan mereka. Golongan samurai yang tidak mendapat jawatan dalam jabatan-jabatan kerajaan telah mngalihkan tumpuan mereka terhadap perniagaan di mana wang persaraaan yang diterima itu telah dijadikan modal untuk mereka berniaga.

You might also like