Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

Tajuk: Hak Pendidikan Kaum Minoriti (Kanak-Kanak Orang Asli) dari perpektif Hak Asasi Manusia Institut Aminuddin

Baki Pada 26 September 2011 Hasmah Abdul Manaf -SUHAKAM


1.0 Pengenalan bertujuan untuk membincangkan mengenai hak kanak-kanak kaum Orang Asli khasnya dari segi hak

Kertas ini

pendidikan terutamanya merujuk kepada hak pendidikan wajib di sekolah rendah dan seterusnya membincangkan permasalahan mengenai isu persekolahan mereka dengan harapan perbincangan ini akan tercetus idea, cadangan, pandangan keputusan yang boleh mengurangkan isu yang kebanyakan telah lama berlarutan. Dari maklumat dan data yang diperolehi oleh SUHAKAM melalui lawatan-lawatan ke kampung Orang Asli, program dan perbincangan dengan Orang Asli, dialog bersama Badan Bukan Kerajaan serta perbincangan dengan agensi Kerajaan menunjukkan bahawa isu pendidikan seperti keciciran, kehadiran dan bilangan kanak-kanak tidak bersekolah masih menjadi salah satu masalah utama. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan percuma, masih tiada pendidikan Sekolah Rendah sebagai wajib dan

banyak perubahan mengenai kehadiran di kalangan kanak-kanak Orang Asli. Berdasarkan

pengalaman bekerja dengan masyarakat Orang Asli, SUHAKAM mendapati mereka menghadapi masalah mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Di sesetengah tempat, SUHAKAM mendapati kanak-kanak Orang Asli tidak bersekolah langsung kerana tiada kemudahan disediakan selain daripada tidak menamatkan persekolahan mereka. Selain itu, penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) di kalangan murid-murid ini juga dimaklumkan tidak memberangsangkan. Dimaklumkan oleh wakil KPM dalam Mesyuarat Fokus Group Pendidikan Orang Asli dibawah Jabatan Kemajuan Orang Asli 2011 bahawa murid Orang Asli yang paling ramai yang berada pada tahap LINUS Tegar .

Kertas ini, akan meninjau peruntukan-peruntukan hak pendidikan yang termaktub dalam perundangan negara dan juga di peringkat antarabangsa dan melihat sejauh mana hak-hak ini diambilkira dalam pelaksanaan proses pendidikan kepada kanak-kanak Orang Asli. Resolusi 44/25 Perhimpunan Agung pada 20 November 1989 telah mengiktiraf hak kanak-kanak tanpa mengira bangsa, negara, asal dan jantina. Boleh dikatakan setiap negara di dunia mengiktiraf hak kanak-kanak dengan pelbagai perlindungan melalui penggubalan undang-undang. Di Malaysia, hak kanak-kanak yang selalu menjadi perhatian adalah hak dalam pendidikan. Terdapat pelabagai keciciran dalam masyarakat berhubung dengan isu pendidikan kanak-kanak. Kanak-kanak Orang Asli yang berada jauh di pedalaman biasanya kurang mendapat akses kepada pendidikan, keselamatan dan kebajikan. Kekurangan akses seperti kemudahan jalan raya, telefon dan internet menghadkan pembelajaran. Ini di tambah lagi dengan masalah-masalah lain seperti ketidak-sanggupan sesetengah guru untuk berkhidmat di pedalaman, kesukaran untuk mendapatkan dokumen kelahiran dan sebagainya. Untuk perlindungan dan pendidikan bagi kanak-kanak di Malaysia, kerajaan telah banyak mengeluarkan pekeliling, menggubal undang-undang dan mengeluarkan peruntukkan yang besar. Namun dalam faedahfeadah atau langkah-langkah besar kerajaan ini, Hak Kanak-Kanak Orang Asli masih dinafikan.

2.0

Dasar Kerajaan dan Antarabangsa Mengenai Hak Pendidikan Orang Asli

Terdapat beberapa undang-undang di peringkat domestik dan antarabangsa yang menjamin hak pendidikan Orang Asli. Walaupun kebanyakan undang-undang kebangsaan tidak merujuk secara khusus kepada Orang Asli, namun ia secara umumnya menjamin hak pendidikan Orang Asli. Triti hak asasi di peringkat antarabangsa juga banyak yang menyebut mengenai hak pendidikan Orang Asal sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Berikut adalah beberapa perundangan dalam negara dan triti hak asasi manusia di peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan hak pendidikan.

2.1

Perlembagaan Negara Malaysia pendidikan Orang Asli. Namun, ia menyatakan

Perlembagaan Negara tidak merujuk secara khusus kepada hak

bahawa tiada sebarang diskriminasi dibenarkan dari segi kemasukan dan bantuan kewangan yang diberikan untuk tujuan pendidikan.

Perkara 12: Hak berkenaan dengan pendidikan. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 81, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir. (a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang berkuasa awam khususnya, atau (b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang penyenggaraan atau sesuatu pihak berkuasa awam bagi (sama disenggarakan oleh suatu pihak yuran;

kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran

pendidikan murid-murid atau pelajar di mana-mana institusi pendidikan

ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
1

Perkara 8 ialah berkenaan kesamarataan disisi undang-undang

2.2 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 2 Artikel 17 Orang Asli tidak boleh dilarang masuk ke mana-mana sekolah Artikel 17(1) Tiada kanak-kanak Orang Asli boleh dihalang daripada pergi ke mana-mana sekolah semata-mata oleh sebab dia Orang Asli. (2) Tiada kanak-kanak Orang Asli yang pergi ke mana-mana sekolah boleh diwajibkan menghadiri apa-apa pengajaran agama melainkan jika persetujuan bapanya atau ibunya jika bapanya telah mati, atau penjaganya, jika kedua-dua ibu bapanya telah mati, telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah terlebih dahulu dan disampaikan oleh Ketua Pengarah secara bertulis kepada guru besar sekolah berkenaan itu. (3) Mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit. 2.3 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih (Hingga 15hb Disember 2003) 3

Pada tahun 2003, Akta Pelajaran 1996 telah dpinda untuk menjadikan pendidikan asas iaitu pendidikan sekolah adalah wajib. Ini bermakna setiap kanak-kanak berusia 6-12 tahun harus mengikuti sistem persekolahan (sekolah rendah). Pindaan ini adalah selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak.
Menurut En. Lim Heng Seng dari Lee Hishamuddin , Allen & Gledhill dalam kertas kerja beliau The Rights of Orang Asli as prescribed in The Current Laws of Malaysia yang dibentangkan dalam The In-Depth Discussion On Native Customary Land Rights of The Orang Asli anjuran SUHAKAM pada 13 June 2009 menyatakan Rights To Education.in regard to education no positive obligations are imposed; General right is found in Federal Constitution and Education Act; and however, the Act (Section 17(2) prohibits the exclusion of any Orang Asli children from attending any school
3 2

Pendidikan Wajib dan Percuma bagi sekolah rendah diwartakan pada tahun 2002 dan berkuatkuasa pada tahun 2003

Pindaan ini mempunyai implikasi yang tinggi terhadap komuntiti Orang Asli kerana tidak semua kanak-kanak Orang Asli yang bersekolah. Berikut adalah seksyen 29(a) yang telah dipinda untuk menjadikan pendidikan sekolah rendah wajib.

Seksyen 29 (A) (1) menyatakan Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib. (2) tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di Sekolah Rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di Sekolah Rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. (3) Menteri boleh, jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.

(4) Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebehi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebehi enam bulan atau keduaduanya. (5) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan seksyen ini.

2.4 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat pula menyatakan pendidikan asas harus dijadikan wajib dan diberikan secara percuma. Perisytiharan ini juga menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak adalah bertujuan untuk perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan mengukuhkan rasa hormat.

Perkara 26 Perkara 26 (1) Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberi percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang sama rata kepada semua atas dasar kebolehan.

Perkara 29 (2) Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia. Ianya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan agama dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan.

2.5 United Nation Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UN-DRIP), 2007 UN-DRIP telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2007 setelah berdebat hampir dua dekad. Dokumen ini membincangkan hal Orang Asal di seluruh dunia yang dianggarkan berjumlah 370 juta orang.

Secara umumnya, Deklarasi ini menggesa perlindungan terhadap hak asasi Orang Asal dari segi : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. hak komuniti mereka jati diri penglibatan mereka dalam membuat keptusan yang melibatkan mereka menentukan keutamaan atau keperluan mereka hak pembangunan yang mampan dan berterusan hak mengamalkan budaya mereka dan bebas dari segala bentuk diskriminasi

Perkara 14 dan 15 UN-DRIP menyatakan hak pendidikan masyarakat Orang Asal seperti berikut: Article 14 1. Orang Asal berhak untuk membentuk dan mengawal system pendidikan dan institusi yang menyediakan pendidikan dalam bahasa mereka sendiri, dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan budaya mereka. 2. Individu Orang Asal terutamanya kanak-kanak berhak mendapatkan pendidikan disemua peringkat dan bentuk pendidikan yang diselenggarakan oleh Negara, tanpa diskriminasi. 3. Negara-Negara mesti bersama-sama dengan Orang Asal mengambil langkah yang berkesan, agar Orang Asal terutamya kanak-kanak termasuk mereka yang tinggal di luar komuniti mereka untuk mengakses, bila mungkin, pendidikan dalam budaya mereka sendiri dan disediakan dalam bahasa mereka sendiri. Article 15 1.Orang Asal berhak atas martabat dan kepelbagian budaya, tradisi, sejarah dan aspirasi mereka yang seterusnya digambatkan secara bersesuaian dalam pendidikan dan maklumat awam. 2. Negara-Negaran akan mengambil langkah-langkah yang berkesan, melalui perundingan dan kerjasama dengan Orang Asal yang terlibat, untuk melawan prasangka dan menghapuskan diskriminasi dan untuk mempromosikan toleransi, persefahaman dan hubungan yang baik antara Orang Asal dengan semua kelompok masyarakat yang lain. 2.6 Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 Konvensyen Hak Kanak-kanak diterima oleh PBB pada 1989, berkuatkuasa pada 2th September 1990 dan Malaysia menjadi ahli pada tahun tahun Februari 1995. Prinsip umum Konvensyen ini ialah tiada diskriminasi, kewajipan untuk mengambilkira kepentingan kanak-kanak,menghormati pendapat kanak-kanak dan hak kepada penghidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan. 8

Perkara-Perkara dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang akan diberi fokus dalam pembentangan ini adalah seprti berikut: Perkara 2 Tiada Diskriminasi Semua hak terpakai bagi kanak-kanak tanpa kecualian. Adalah menjadi obligasi Negara untuk melindungi kanak-kanak daripada apa-apa bentuk diskriminasi dan untuk mengambil tindakan yang positif untuk memajukan hak mereka.

Perkara 3: Kepentingan terbaik kanak-kanak Segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak hendaklah mengambil kira sepenuhnya kepentingan terbaik kanak-kanak itu. Negara hendaklah memberikan kanak-kanak itu jagaan yang mencukupi apabila ibu bapa atau orang lain yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab itu, gagal berbuat demikian

Perkara 4: Perlaksanaan hak-hak Negara mestilah melakukan segala yang boleh dilakukannya untuk melaksanakan hak-hak yang terkandungan dalam Konvensyen Perkara 7: Hak untuk mendapatkan nama dan kerayatan Kanak-kanak mempunyai hak terhadap nama sejak dilahirkan. Kanak-kanak juga mempunyai untuk memperolehi kerayataan dan seboleh-bolehnya untuk mengetahui ibu bapanya dan dijaga oleh mereka.

Perkara 12: Pendapat kanak-kanak Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka secara babas dan menjadikan pandangan itu diambil kira dalam apa-apa perkara atau tatacara yang menyentuh kanak-kanak.

Perkara 17: Akses kepada maklumat yang sewajarnya Negara hendaklah memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber, dan negara itu hendaklah menggalakkan media massa untuk menyebarkan maklumat yang mempunyai faedah sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak dan mengambil langkah untuk melindungi daripada bahan memudaratkan. Perkara 28 Pendidikan Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperolehi oleh setiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.

Perkara 29 Matlamat Pendidikan Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanakkanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam atau masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat

10

bagi ibu bapa kanak-kanak, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai belakang kebudayaan dan nilai orang lain.

Perkara 30 Hak Kanak-Kanak Minoriti atau Penduduk Asli Kanak-kanak daripada komuniti minoriti dan penduduk asli mempunyai hak untuk menikmati kebudayaan mereka sendiri dan mengamalkan bahasa dan agama mereka sendiri. Kesemua peruntukan-peruntukan negara dan antarabangsa ini menunjukkan pendidikan itu penting dan harus disediakan dengan mengambilkira faktor budaya dan komuniti, penggunaan bahasa sendiri dan tidak ada diskriminasi. Mendapatkan pendidikan merupakan hak asasi manusia dan pendidikan mempunyai kuasa untuk mengubah. Memenuhi tuntutan hak kanak-kanak mendapat pendidikan khasnya di peringkat sekolah rendah adalah menjadi tanggungjawab negara untuk memberi mereka kemahiran yang mereka perlukan untuk meneruskan pendidikan sepanjang hayat.

Harapan SUHAKAM, di akhir kolokium ini atau sebagai pelan tindak ikut kolokium, akan terhasil satu pelan tindakan yang komprehensif dan fungsional gabungan semua agensi yang terlibat dalam memastikan hak kanak-kanak Orang Asli mendapat pendidikan yang berkualiti.

11

3.0

Berikut adalah antara isu-isu yang dibangkitkan oleh komuniti dan kanak-kanak Orang Asli kepada pihak SUHAKAM . 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12 3.13 3.14 3.15 Pengangkutan Bantuan peralatan dan kelengkapan persekolahan oleh KPM dan JAKOA(kelewatan dan kualiti) Pemerolehan dokumen sijil kelahiran dan kad pengenalan Bantuan Makan Pagi dan Tengah hari Bantuan kebajikan Masyarakat Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM/ekasih) Yuran Sekolah (wajib dan percuma) Rancangan Makan Tambahan (RMT) Keperhatinan Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru Pengajaran dan Pembelajaran Penempatan Guru Besar dan Guru-Guru Sikap Ibu Bapa dan Murid Orang Asli Sikap Pegawai dan Pihak Bertanggungjawab dari Agensi Berkenaan Kanak-Kanak Yang Tidak Dapat Bersekolah (the unreachable) Isu asrama kanak-kanak Orang Asli

12

Lampiran 1

Jadual 1.

Bilangan Kanak-Kanak Orang Asli Tidak Bersekolah Langsung Pada Tahun 2007 Mengikut Negeri Bilangan Kanak-Kanak Tidak Bersekolah Negeri 5-6 Tahun 51 567 524 659 9 743 7-12 Tahun 15 96 1,088 173 47 543 13-18 Tahun 17 753 362 229 484 669 Jumlah

Kelantan/Terengganu Selangor Perak/Kedah Johor Negeri Sembilan Pahang

83 1416 1974 659 157 1946 6,235

2010
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Tahun 2009

2746

13

Jadual 2: BILANGAN ENROLMEN PELAJAR ORANG ASLI MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN SEHINGGA 30 JUN 2011

SEKOLAH RENDAH BIL NEGERI BIL SEKOLAH 1 2 3 4 5 6 7 8 9 JOHOR PERAK KEDAH KELANTAN TERENGGANU NEGERI SEMBILAN MELAKA SELANGOR PAHANG JUMLAH 83 100 1 12 2 53 31 72 80 434 LELAKI 900 3881 15 1526 92 691 115 1248 4736 13204 PEREMPUAN 878 3842 7 1567 92 624 125 1173 4756 13064 JUMLAH 1778 7723 22 3093 184 1315 240 2421 9492 26268

14

Jadual 3: Bilangan Murid Orang Asli Yang Bersekolah Rendah Di Seluruh Negara Pada 31 Januari 2009

Jumlah Keseluruhan Murid Orang Asli Bil. Negeri 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Perak Selangor Pahang Kelantan Johor Kedah Melaka N. Sembilan Pulau Pinang Terengganu W.Persekutuan, 11 Kuala Lumpur JUMLAH 9 533 5 13688 5 13645 10 27,333 Bil. Sek. Rendah L 121 70 158 14 73 1 23 59 2 3 3935 1180 5214 1491 861 14 120 762 11 95 P 3985 1152 5194 1478 905 14 116 705 2 89 Jumlah 7920 2332 10408 2969 1766 28 236 1467 13 184

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Tahun 2009

15

Jadual 4: Perbandingan Bilangan Murid Sekolah Rendah Di Sekolah 100% Murid Orang Asli Pada Tahun 2007 dan Tahun 2009 NEGERI BIL. SEKOLAH 1 2 3 4 5 6 7 PERAK PAHANG JOHOR SELANGOR KELANTAN NEGERI SEMBILAN TERENGGANU JUMLAH 28 26 10 11 12 4 2 93 MURID TAHUN 2007 4896 6046 791 1545 2656 630 151 16,715 MURID TAHUN 2009 5198 5783 820 1332 2965 490 182 16,370

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Tahun 2009

16

Jadual 5: KECICIRAN PELAJAR ORANG ASLI SEKOLAH RENDAH (TIDAK MENAMATKAN SEKOLAH SEHINGGA DARJAH 6) DARI TAHUN 2000 HINGGA 2011 BILANGAN MENDAFTAR DARJAH 1 TAHUN DAFTAR 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 BILANGAN DAFTAR 3,205 3,036 3,475 3,730 3,740 3,836 3,829 4,287 4,226 4,225 4,160 3,860 TAMAT DARJAH 6 TAHUN BILANGAN TAMAT TAMAT 2000 3,144 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2,849 3,333 3,368 3,726 3,814 3,775 4,266 4,423 4,411 4,271 4,091

BILANGAN CICIR MURID 61 187 142 362 14 22 54 21 -197 -186 -111 -231

PERATUS KECICIRAN (%) 1.90 6.16 4.09 9.71 0.37 0.57 1.41 0.49 -4.66 -4.40 -2.67 -5.98

17

Jadual 6:RUMUSAN DATA PELAJAR ORANG ASLI TINGGAL DI ASRAMA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH TINGGAL DI ASRAMA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH MENGIKUT NEGERI TAHUN 2011

TAHUN BIL DAERAH L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 JOHOR PERAK KEDAH KELANTAN TERENGGANU NEGERI SEMBILAN MELAKA SELANGOR PAHANG JUMLAH KECIL 10 0 0 90 0 7 0 0 4 111 P 5 0 0 78 0 4 0 0 1 88 L 12 57 0 178 0 21 0 0 90 358 P 6 72 0 188 0 13 0 2 123 404 L 9 75 0 240 0 9 0 5 128 466 P 8 95 0 230 0 15 0 3 158 509 L 8 125 0 245 0 24 0 2 190 594 P 13 108 0 213 0 20 0 4 177 535 L 10 133 0 288 0 35 0 6 166 638 P 9 126 0 281 0 34 0 9 204 663 L 16 144 0 224 0 39 0 5 194 622 P 6 147 0 262 0 20 0 6 203 644 L 7 147 0 204 0 32 0 7 246 643 P 12 144 0 243 0 40 0 12 280 731 L 72 681 0 1,469 0 167 0 25 1,018 3,432

JUMLAH P 59 692 0 1,495 0 146 0 36 1,146 3,574 J 131 1,373 0 2,964 0 313 0 61 2,164 7,006

18

You might also like