Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Ilmu Pendidikan (Psikologi) NAMA: MAZIAH MUHAMAD

Soalan Tutorial Bagi Unit 2 2 (a) Berdasarkan apa yang telah anda pelajari, banding-bezakan antara pendidikan inklusif dengan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas Falsafah pendidikan khas boleh diringkaskan sebagai sebilangan aksiom atau kenyataan yang dianggap benar seperti berikut : 1. Setiap kanak-kanak luar biasa adalah kanak-kanak yang mempunyai hak penerimaan, pemahaman dan pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lain. 2. Perbezaan-perbezaan individu yang luas wujud antara kanak-kanak dalam setiap bidang keistimewaan. 3. Tapisan, pengenalpastian dan penempatan awal dalam program pendidikan khas adalah perlu dan penting. 4. Pendidikan pelbagai disiplin yang berbentuk kajian kes komprehensif memerlukan pakar-pakar pendidikan, perubatan, sosiologi, psikologi dan kaunseling. 5. Kejayaan sesuatu perkhidmatan pendidikan khas bergantung kepada kriteriakriteria tertentu seperti penempatan yang sesuai, guru yang terlatih, ibu bapa yang menyokong dan kurikulum yang sesuai. 6. Kurikulum bahan-bahan dan alat-alat khas yang diperlukan. 7. Objektif-objektif tertentu dengan penekanan ke atas pembelajaran akademik, vokasional, social, serta bakat dan potensi kanak-kanak. 8. Pendidikan khas harus menjadi bahagian yang melengkapkan dalam program pendidikan yang menyeluruh. 9. Penilaian semula kanak-kanak haruslah dilakukan terus-menerus. 10. Penyelidikan pendidikan, latihan perguruan dan khidmat-khidmat pengajaran adalah tanggungjawab bersama di antara agensi kerajaan dan pihak swasta. Sebagai kesimpulan, falsafah pendidikan khas menegaskan kepentingan setiap orang kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Perbezaan ini mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan. Pendidikan khas

Ilmu Pendidikan (Psikologi) NAMA: MAZIAH MUHAMAD

mestilah memenuhi keperluan pendidikan ini supaya setiap kanak-kanak dapat berfungsi dan boleh memainkan peranan mereka dalam masyarakat. Konsep Pendidikan Inklusif Dalam era maklumat teknologi ini, kita sedang mengalami banyak perubahan baru. Pada tahun 1999, sekolah-sekolah bestari akan ditubuhkan. Dalam usaha untuk menjadikan negara kita sebagai pusat pendidikan cemerlang, kita tidak lupa akan keperluan-keperluan kanak-kanak istimewa. Kita akan menampung keperluankeperluan mereka melalui pendidikan inklusif. Apakah yang dimaksudkan sebagai pendidikan inklusif? Pendidikan inklusif merujuk kepada peluang pendidikan yang disediakan bagi pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai jenis kecacatan (seperti kecacatan pendengaran atau penglihatan) belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama pelajar-pelajar yang seusia dengannya. Kini, pelajar-pelajar tersebut mengikuti kurikulum biasa yang telah diubahsuai oleh ahli-ahli pendidik. Di dalam kelas tersebut, pelajar-pelajar dapat bimbingan dari seorang guru resos yang bekerjasama dengan guru kelas agar mereka itu dapat memahami konsep yang disampaikan dengan lebih efektif lagi. Pelbagai jenis alat sokongan khas juga digunakan bagi membantu pelajar-pelajar yang mengalami kecacatan itu. Dalam keadaan pelajar tersebut tidak dapat mengikut kurikulum biasa, maka mereka akan ditempatkan di kelas pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Dalam situasi sedemikian, mereka mengikuti satu kurikulum khas. Mulai sesi persekolahan 1994/95, pendidikan inklusif telah dilaksanakan di 14 buah kelas bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran di seluruh negara. Sebagaimana terdapat dalam kurikulum biasa, tumpuan-tumpuan yang akan diambil kira dalam pendidikan inklusif ialah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pemupukan budaya ilmu yang merangkumi budaya membaca, budaya belajar, budaya berkarya dan budaya berfikir. Penerapan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran. Peningkatan pendidikan teknik dan vokasional dengan dimasukkan mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup dan Reka Cipta. Pemupukan budaya sains dan teknologi Peningkatan dan pengukuhan Bahasa Malaysia. Pemupukan budaya niaga dan keusahawan.

Ilmu Pendidikan (Psikologi) NAMA: MAZIAH MUHAMAD

7. 8. 9.

Pengukuhan perpaduan negara melalui pemupukan perasaan kekitaan, patriotisme dan cintakan negara. Penekanan kepada pendidikan komputer. Penekanan kepada konsep keduniaan.

(b) Kenalpasti dan huraikan dengan memberi contoh-contoh yang sesuai, ciri-ciri murid-murid dalam bilik darjah anda yang mengalami masalah pembelajaran. Bagaimanakah anda, sebagai seorang guru, boleh meningkatkan pembelajaran mereka? (2 jam) PENGELOLAAN AKTIVITI PENGAYAAN BAGI KUMPULAN CERDAS,

SEDERHANA DAN LAMBAT Dalam bahagian ini, mari kita mengkaji bagaimana aktiviti pengayaan dikelolakan untuk kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.

Kumpulan cerdas menguasai kemahiran lebih awal Kumpulan sederhana menguasai kemahiran dalam masa ditetapkan

Program pengayaan

Pengajaran matematik

Penilaian

Program pengayaan

Kumpulan lambat

Program pengayaan

Penilaia n

Menguasai kemahiran

Pengayaan

Ilmu Pendidikan (Psikologi) NAMA: MAZIAH MUHAMAD

Objektif Kumpulan cerdas, sederhana dan lambat adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang berbeza kebolehan mereka. Oleh itu, objektif aktiviti pengayaan hendaklah seimbang bagi setiap kumpulan, dan ini bermakna ia adalah berbeza bagi kumpulan yang berlainan. Perhatikan contoh-contoh berikut : Contoh 1

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Kemahiran : Membentuk jawapan kepada soalan kefahaman yang bebas. Objektif aktiviti pengayaan: Kumpulan cerdas- Pelajar-pelajar boleh menjawab kesemua 10 soalan kefahaman dalam kad bacaan tambahan yang disediakan. Kumpulan sederhana- Pelajar-pelajar boleh menjawab sekurang-kurangnya enam soalan kefahaman dalam kad bacaan tambahan yang disediakan. Kumpulan lambat- Pelajar-pelajar boleh menjawab sekurang-kurangnya tiga soalan kefahaman dalam kad bacaan tambahan yang disediakan.

Contoh 2 Mata pelajaran : Matematik Kemahiran : Menentukan kumpulan banyak dan sedikit Objektif aktiviti pengayaan : Kumpulan cerdas- Pelajar-pelajar boleh membandingkan bilangan pensel warna dalam 12 kotak yang disediakan. Kumpulan sederhana- Pelajar-pelajar boleh membandingkan bilangan pensel warna dalam lapan kotak yang disediakan. Kumpulan lambat- Pelajar-pelajar boleh membandingkan bilangan pensel warna dalam tiga kotak yang disediakan.

Ilmu Pendidikan (Psikologi) NAMA: MAZIAH MUHAMAD

Bidang Di dalam kelas KBSR pengayaan masih ditumpukan kepada bidang kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira. Di dalam kelas KBSM pula, penekanan aktiviti pengayaan diberi kepada bidang yang sama, iaitu mata pelajaran bahasa dan Matematik. Dari segi aras kognitif, bahan pengayaan yang disediakan mungkin berlainan tarafnya. Contohnya, petikan karangan yang terdapat di kad bacaan tambahan adalah berlainan aras kesukarannya. Kad bacaan yang disediakan untuk kumpulan cerdas mengandungi petikan yang lebih susah serta mencabar; bagi kumpulan sederhana, petikannya adalah sederhana susah manakala bagi kumpulan lambat, petikan yang akan disediakan adalah mudah sahaja. Masa Program pengayaan boleh dijalankan dengan cara-cara berikut : 1. Dalam masa tertentu pada setiap hari. 2. Setelah pelajar menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran. 3. Setelah menguasai keseluruhan kemahiran dalam satu unit pembelajaran. Dengan cara pertama, pelajar-pelajar daripada kumpulan cerdas, sederhana dan lambat akan menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan pada masa yang sama setiap hari. Dengan cara kedua pula, pelajar-pelajar yang telah menguasai suatu kemahiran akan terus mempelajari kemahiran-kemahiran berikutnya mengikut kebolehan mereka. Pelajar-pelajar yang belum menguasai sesuatu kemahiran akan diberi aktiviti-aktiviti pemulihan pula. Dengan cara ketiga, pelajar-pelajar yang telah menguasai taraf pencapaian yang ditentukan dalam suatu unit pembelajaran harus dibenarkan untuk meneruskan dengan aktiviti-aktiviti pengayaan. Bagi mereka yang belum mencapai tahap pencapaian tersebut, aktiviti-aktiviti pemulihan akan dijalankan.

Ilmu Pendidikan (Psikologi) NAMA: MAZIAH MUHAMAD

Aktiviti dan Bahan Perancangan yang rapi adalah perlu untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengayaan. Berikut adalah beberapa panduan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan itu hendaklah : 1. Bercorak belajar sendiri. Ia harus mengandungi arahan yang jelas agar pelajar dapat menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar dari guru. 2. Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan. 3. Menarik, mencabar serta sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat pelajar yang berbeza-beza. 4. Menarik berbentuk aktiviti harian atau berbentuk projek yang mengambil masa satu atau dua minggu. 5. Mengandungi bahan-bahan yang pelbagai jenis sama ada dibuat sendiri atau dibeli. 6. Berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jenis-jenis aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan terdiri daripada bacaan tambahan, kerja projek, permainan dan rekreasi. BACAAN TAMBAHAN Tujuan diadakan aktiviti ini ialah supaya pelajar-pelajar dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang bahasa. Dengan cara ini, mereka akan menimba ilmu dalam bidang-bidang baru. Di samping itu, pelajar-pelajar diharapkan akan meminati dan menguasai bacaan secara luas.

You might also like