Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pengenalan Filem seram adalah sebuah genre bertujuan untuk mewujudkan rasa takut dan panik kepada penonton.

Dalam artikel ditulis oleh Wahab Hamzah, Sigmund Freud mengkategorikan seram atau horror sebagai kesan uncanny atau secara longgar bermaksud aneh, ngeri, misteri, menakutkan atau supernatural (Wahab Hamzah, 2011: 15). Elemen paling penting dalam filem seram adalah kehadiran hantu atau monster. The monsters are appropriate objects of discovery and revelation, just because they are unknown not only in the sense that the murderer in a detective fiction is unknown, but also because they are outside the bounds of knowledge (Jancovich, 2002: 35). Saya menggunakan filem Hantu Bonceng (2011) arahan Ahmad Idham sebagai tools untuk mengkaji konsep configuration of horrific-being. Hantu atau monster terdapat dalam filem ini ialah hantu wanita yang mati akibat kemalangan jalan raya. Dalam filem seram terdapat dua persoalan utama iaitu death dan impact and effect of the past. Setiap filem seram harus mempunyai persoalan utama ini. Death membawa maksud kematian yang direpresentasikan oleh Maya. Manakala impact and effect of the past adalah penyebab yang direpresentasikan oleh Ayu, adik kembar Maya dan kesannya kepada Amran. Terdapat beberapa konsep utama dalam configuration of horrific-being. Antaranya ialah ilmu hitam, roh yang tidak tenteram, rasuk, saka, pontianak dan toyol. Konsep configuration of horrific-being dalam kajian saya ini ialah roh yang tidak tenteram direpresentasikan oleh Maya. Selain itu, dalam sebuah filem seram juga terdapat beberapa elemen-elemen configuration of horrific-being. Elemen-elemen configuration of horrific-being adalah
1|Page

impurity, metamorphosis, dangerous dan fear. Di bawah ini merupakan perbincangan tentang configuration of horrific-being. Perbincangan Main Concern atau Persoalan Utama Persoalan utama dalam filem Hantu Bonceng yang pertama adalah death atau kematian. Dalam kajian filem ini, death dikenalpasti pada watak yang direpresentasikan oleh Maya. Pada permulaan cerita, Maya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal yang ditunggang oleh Amran dan Maya dengan sebuah lori. Kemalangan itu telah menyebabkan kematian Maya dan Maya muncul sebagai hantu kerana rohnya tidak tenteram. Persoalan utama yang kedua dalam filem ini ialah impact and effect of the past. Impact atau penyebab dalam filem ini direpresentasikan oleh Ayu iaitu adik kembar kepada Maya. Ayu adalah penyebab dalam kajian ini. Di dalam filem ini, Ayu telah menjadikan Maya sebagai habuan kepada sesiapa yang menang dalam lumba haram tetapi Maya telah terlibat dalam satu kemalangan bersama Amran kerana Amran menang dalam lumba haram pada malam tersebut. Manakala effect atau kesan dalam filem ini direpresentasikan oleh Amran. Amran menjadi kesan akibat kematian Maya. Maya sering muncul dalam hidup Amran untuk meminta bantuan dari Amran supaya mayatnya disempurnakan dan dituntut oleh ahli keluarganya.

2|Page

Konsep Configuration of horrific-being Roh tidak tenteram Konsep configuration of horrific-being bagi kajian kes saya dalam filem Hantu Bonceng adalah roh tidak tenteram. Watak hantu atau monster dalam filem ini bernama Maya. Maya mati akibat daripada kemalangan motosikal yang ditunjukkan pada permulaan cerita. Roh Maya dikatakan tidak tenteram dalam filem ini kerana mayatnya tidak disemadikan dengan sempurna dan tidak dituntut oleh ahli keluarganya di hospital. Sebagai bukti di dalam filem ini, Maya muncul dalam mimpi Amran kerana ingin meminta pertolongan dari Amran. Bukan itu sahaja, Maya juga muncul semasa Amran sedang bekerja, berlumba di jalan raya dan berada di rumahnya. Maya sering mengulangi dialog Tolong saya, bang! tolong saya, bang!. Selain itu, terdapat dialog dalam satu babak di mana Maya ada mengatakan kepada Amran Sempurnakan saya, bang!. Itu merupakan bukti bahawa roh Maya yang tidak tenteram dan ingin mayatnya disemadikan dengan sempurna. Impurity Elemen configuration of horrific-being yang terdapat dalam filem Hantu Bonceng ialah impurity atau ketidaksucian. Ketidaksucian Maya di dalam filem ini adalah rupa fizikalnya ketika dia muncul untuk meminta bantuan dari Amran. Merujuk kajian dalam filem ini, Maya adalah roh yang tidak tenteram di mana dia bukan manusia yang bermaksud bahawa dia sudah mati. Seperti yang terdapat pada permulaan cerita, Maya mati akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan motosikal yang ditunggang oleh Amran dan Maya dengan sebuah lori. Di bawah impurity ini terdapat dua elemen kecil iaitu loathing dan disgust. Elemen kecil yang pertama ialah loathing membawa bermaksud perbuatan yang menjijikkan dan meloyakan berlaku seperti minum darah, makan makanan yang kotor dan
3|Page

sebagainya. Walaubagaimanapun, di dalam filem ini tidak mempunyai sebarang elemen loathing. Maya hanya muncul untuk meminta bantuan dari Amran sahaja. Tidak terdapat satu babak pun dia melakukan perbuatan yang menjijikkan dan meloyakan. Elemen kecil kedua ialah disgust bermaksud rupa dan fizikal yang terdapat pada hantu tersebut seperti rupa hodoh, muka pucat, mata merah dan lain-lain lagi. Namun, filem ini mempunyai elemen disgust. Sebagai bukti di dalam filem ini Maya sering muncul dalam keadaan menakutkan. Mukanya pucat dan mulut, hidung serta matanya dipenuhi dengan darah. Maya sering muncul dalam keadaan berpakaian serba putih. Selain itu, rambutnya juga panjang dan kelihatan kusut serta tidak terurus. Terdapat satu babak di dalam filem ini di mana Maya memegang sebelah kaki yang terputus di tangan kanannya dan sebelah lagi dia memegang tulang kakinya sahaja. Dia menunjukkan kepada Amran dan rakannya, Kunyit di luar bilik mayat hospital. Contoh dialog yang diucapkan oleh Maya dalam salah satu babak filem ini ialah Abang, nak kaki penuh ke nak tulang sahaja. Metamorphosis Elemen yang seterusnya ialah metamorphosis. Dalam buku The Horror Genre from Beelzebub to Blair Witch, metamorphosis bermaksud the fluid evolution from one state to another, exhibiting the protean process of a foam (Wells, 2000: 115). Selain itu, dalam salah satu artikel terdapat dalam majalah Sinema Malaysia menyatakan metamorphosis filem seram adalah: Selalunya dalam filem seram, imej yang ngeri dan di luar jangkaan adalah imejimej daripada watak yang asalnya dikenali oleh penonton kepada imej yang

4|Page

ditakuti atau ngeri kepada penonton disebabkan oleh magik atau supernatural seperti pontianak, binatang jadian atau zombie. (Wahab Hamzah, 2011: 14) Merujuk kepada kajian dalam filem Hantu Bonceng ini tidak terdapat elemen metamorphosis kerana Maya tidak mengalami sebarang proses perubahan dari manusia menjadi hantu. Dia hanya muncul sebagai hantu perempuan biasa sahaja dalam filem ini. Dangerous atau bahaya Dangerous atau bahaya adalah salah satu elemen configuration of horrific-being. Elemen bahaya membawa maksud hantu tersebut memberi bahaya kepada orang lain atau menyerang mangsanya. Merujuk kajian dalam filem Hantu Bonceng, elemen bahaya tidak terdapat dalam filem ini. Maya tidak langsung memberi bahaya atau menyerang Amran. Maya hanya muncul sebagai hantu perempuan biasa sahaja supaya mayatnya disemadikan dengan sempurna. Fear atau takut Elemen yang terakhir bagi configuration of horrific-being ialah fear atau takut. Elemen ini mendatangkan ketakutan daripada watak hantu kepada watak manusia. Dalam kajian filem Hantu Bonceng terdapat elemen fear atau takut ini. Elemen ini direpresentasi oleh Amran yang takutkan Maya. Amran berasa takut dengan kemunculan Maya kerana dia tahu bahawa Maya sudah mati. Antara contoh babak yang terdapat dalm filem ini ialah Amran jatuh dari motor kerana takut akan kemunculan Maya di sebelahnya. Selain itu, terdapat satu babak di mana Amran takut akan kemunculan Maya di dapur rumahnya. Maya hanya ingin meminta

5|Page

supaya mayatnya disempurnakan tetapi Amran tetap berasa takut kerana Amran tahu bahawa Maya sudah mati. Kesimpulan Secara kesimpulan bagi keseluruhan kajian ini ialah roh tidak tenteram adalah penggerak cerita bagi filem Hantu Bonceng ini. Akibat kematian Maya, maka terbongkarlah kegiatan Ayu dan Dani di mana mereka menjual dadah dan menjual perempuan untuk keuntungan diri sendiri. Selain itu, konsep roh tidak tenteram juga telah mengangkat filem ini sebagai filem seram kerana terdapat beberapa elemen-elemen configuration of horrific-being. Daripada tujuh elemen yang dikaji dalam filem ini, hanya terdapat lima elemen sahaja. Antara elemen-elemen tersebut ialah death, impact and effect of the past, impurity, disgust dan fear. Ciri-ciri yang terdapat pada Maya telah mengangkat configuration of horrific-being. Secara ringkasnya, elemen death yang terdapat dalam filem ini adalah kematian Maya. Ia telah menjadi hantu disebabkan rohnya tidak tenteram kerana dia tidak disemadikan dengan sempurna serta mayatnya juga tidak dituntut oleh ahli keluarganya. Elemen impact and effect of the past adalah berpunca daripada Ayu menjadikan Maya mangsa sehingga menyebabkan Maya mati akibat kemalangan dan kesannya kepada Amran kerana Maya meminta bantuan Amran untuk menyempurnakan mayatnya. Elemen impurity pula adalah disebabkan Maya merupakan bukan manusia kerana dia sudah mati. Itu adalah salah satu ciri-ciri impurity. Elemen disgust yang direpresentasikan oleh Maya juga telah mengangkat filem ini sebagai filem seram. Elemen disgust yang terdapat pada Maya adalah fizikalnya yang menakutkan. Elemen yang terakhir dalam configuration of horrific-being adalah fear. Elemen ini telah

6|Page

menimbulkan rasa takut kepada Amran terhadap Maya kerana Amran tahu bahawa Maya sudah mati. Jadi, filem Hantu Bonceng ini layak dikategorikan sebagai filem seram kerana mempunyai kesemua elemen-elemen configuration of horrific-being.

7|Page

Rujukan

A. Wahab Hamzah (2011, January). Antara Keuntungan dan Ketegaran Sebuah Genre. Sinema Malaysia, 1, 14 & 15. Jancovich, M. (Ed.). (2002). Horror the Film Reader (2nd ed.). London, United Kingdom: Routledge. Wells, P. (2000). The Horror Genre from Beelzebub to Blair Witch. London and New York, United Kingdom and United State: Wallflower.

8|Page

You might also like